Sei sulla pagina 1di 20

MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA

MA1712214T (MR60503)

DEMOKRASI DI MALAYSIA: ISU CAN CABARAN

1.0 PENGENALAN

Penulisan ini bertajuk demokrasi di Malaysia merupakan sebahagian dari perbincangan


mengenai sistem politik yang berlaku di Malaysia pada masa kini. Sistem politik adalah salah
satu sistem yang mana ianya sangat kompleks kerana ia melibatkan pelbagai kategori dan
kadang-kadang berkait antara satu sistem dengan sistem yang lain. Dalam perkembangan
sistem pemerintahan secara tatacara bermasyarakat, demokrasi dianggap sebagai salah satu
sistem politik yang terbaik yang terkandung di dalam idealisme sepertimana yang diperkatakan
oleh Socrates sehinggalah ke hari ini. Sehubungan dengan itu, demokrasi berkembang selari
dengan konsep negara bangsa, kontrak sosial, kehendak umum (general will), penyertaan
rakyat dan hak rakyat. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai bentuk dan jenis yang wujud
dalam negara moden hari ini samada negara republik, monarki demokrasi ataupun autokrasi.
Sistem politik yang diamalkan juga berbeza mengikut negara. Sebagai contoh, negara Malaysia
sendiri merupakan sebuah kerajaan persekutuan yang mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kepelbagaian inilah yang mewujudkan pengkelasan
dalam sistem politik pada saat ini. Namun begitu, Malaysia pada asasnya mengamalkan sistem
demokrasi akan tetapi apa yang dilihat pada masa kini telah berubah kerana ideologi-ideologi
politik yang begitu tinggi terhadap pemimpin sehingga nilai-nilai demokrasi itu tercemar
seperti dalam peribahasa melayu mengatakan hidup segan mati tak mahu. Hidup segan mati
tak mahu ini adalah sebuah peribahasa melayu bagi seseorang yang hidup melarat. Menurut
kamus peribahasa pula mengatakan bahawa hidup segan mati tak mahu bermaksud seseorang
yang hidupnya tidak sempurna, susah dan melarat. Maka itu, jika dilihat dalam konteks
Malaysia, walaupun mengamalkan demokrasi berparlimen akan tetapi masih banyak
kelemahan atau isu-isi yang timbul yang telah menyalah gunakan nilai-nilai demokrasi tersebut
seperti sekatan terhadap hak bersuara rakyat, hak berhimpun dan sebagainya.

2.0 DEMOKRASI SECARA UMUM

Demokrasi adalah satu sistem politik yang mana rakyat mempunyai kuasa untuk membuat
pilihan ke atas persaingan di antar pemimpin-pemimpin politik yang ada. Hal ini demikian
kerana, rakyat hanya mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin yang mereka merasa layak
untuk memimpin negara tetapi rakyat tidak boleh menjalankan pemerintahan sendiri serta tidak

1
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

boleh mengawal kerajaan. Maka itu, sistem demokrasi yang dijalankan, rakyat dapat
menentukan perkembangan sistem politik di negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

2.1 KONSEP DEMOKRASI

secara umumnya, istilah demokrasi ini berasal dari dua perkataan yang berlainan yang
berasal dari bahasa Yunani Greek iaitu perkataan demos bermaksud rakyat manakala
kratos bermaksud kekuasaan dan secara keseluruhannya demokrasi ini bermaksud
diperintah oleh rakyat (Campbel, 2008: 5). Berdasarkan sejarahnya, asal usul
demokrasi ini wujud di zaman purba Yunani kuno pada abad ke-5 SM dan pada ketika
itu Athens sebagai contoh yang paling menonjol. Di samping itu, sistem demokrasi ini
telah dipengaruhi oleh politik moden yang sering dikaitkan dengan Presiden Amerika
Syarikat pada ketika itu iaitu Abraham Lincoln. Beliau berkata mengenai demokrasi
seperti:-

“government of the people by the people for the people” (Raphael, 1990: 87)

Bagi meletakkan bagaimana cara lain yang boleh kita katakan bahawa kerajaan datang
dari rakyat adalah disebabkan daripada pelaksanaan oleh rakyat itu sendiri dan
tujuannya adalah untuk kepentingan rakyat dalam sesebuah negara. Maka itu, jika
dilihat pada dasarnya bahawa demokrasi yang sebenarnya adalah satu sistem di mana
semua warganegara boleh menyertai keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Seterusnya, kebanyakan negara demokrasi ini merupakan wakil daripada


kerajaan yang di pemimpin. Begitu juga telah dijelaskan bahawa dunia pada saat ini
terdapat dua sistem sosial yang berbeza di mana kedua-duanya telah mengakui bahawa
mereka adalah negara yang demokratik (Richard M. Ketchum, 2004: 7). Hal ini
demikian kerana masing-masing telah mempunyai jutaan pengikut yang mengaku
bahawa sistem mereka adalah satu-satunya yang boleh menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh manusia pada masa itu. Di samping itu, seratus tahun yang lalu juga, Karl
Marx yang merupakan salah satu pemikir sistem tersebut mengatakan bahawa dunia ini
telah terbahagi kepada dua “blok” yang saling bermusuhan (Richard M. Ketchum,
2004: 7). Maka itu, Ramalan yang beliau telah buat telah menjadi walaupun tidak dari
sudut pandangan beliau lagi di mana berlakunya negara-negara yang pada asasnya yang
mengaku demokratik dapat menyelesaikan pelbagai masalah.

2
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

Menurut pengkajian yang dijalankan, konsep demokrasi telah diasaskan sekitar


abad ke-4 Masihi oleh kerajaan Greek Purba. Konsep demokrasi ini telah
dikembangkan secara meluasnya melalui karya-karya ilmiah ataupun pemikir-pemikir
politik oleh beberapa ahli falsafah tamadun Yunani kuno seperti Socrates, Aristotles,
Plato dan Pericles. Maka dengan itu wujudnya pemikir-pemikir politik moden yang
memperluaskan lagi sistem demokrasi ini.

2.2 SYARAT-SYARAT DEMOKRASI

Dalam menjalankan pemerintahan demokrasi, terdapat beberapa syarat yang perlu


diambil kira dan dipatuhi dalam sesebuah negara. Namun begitu, terdapat dua syarat
utama yang perlu dipatuhi jika ingin mengamalkan sistem demokrasi di sesebuah
negara. Antaranya ialah kebebasan politik dan perlembagaan demokrasi. Walau
bagaimanapun, terdapat banyak lagi syarat-syarat yang perlu ada dalam negara
demokrasi seperti dari segi persamaan politik, pelajaran, penglibatan dalam politik,
masyarakat yang setara, persatuan politik, pengagihan harta benda dan sikap tolak ansur
(Daver, B., (n.d): 99) . Maka itu, apa yang perlu diketengahkan dalam penulisan in
adalah perlembagaan demokrasi dan kebebasan politik kerana mengikut isu yang dilihat
bahawa sistem demokrasi khususnya di Malaysia pada masa kini yang sering
bercanggah pada syarat-syarat demokrasi adalah berasaskan kebebasan, hak asasi
manusia dan lain-lain.

Seterusnya, dalam menjelaskan kebebasan politik ini, ahli falsafah terkenal


seperti Plato telah mengatakan bahawa memilih apa yang disukai adalah menarik tetapi
ia akan berakhir. Maksudnya disini adalah manusia perlu bebas dan mempunyai
perbezaan antara satu sama lain, dan mereka patut diberi fungsi mengikut
kecenderungan mereka. Kebebasan merupakan sesuatu elemen yang penting dalam
sistem demokrasi, akan tetapi tidak bermaksud mereka boleh menggunakan sewenang-
wenangnya kebebasan yang diberikan (Schmitter, P. C. and Karl, T. L, 2014: 79). Di
samping itu, terdapat dua konsep pertimbangan dalam demokrasi iaitu individu adalah
bebas dari pengadilan pemerintahan dan individu mempunyai hak menyuarakan dan
mengawal kerajaannya sendiri. Melalui ini, rakyat berhak mengkritik sesiapa sahaja
yang menjadi pemimpin dalam kerajaan di negaranya.

3
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

Sehubungan dengan itu, isu yang dikaitkan dalam penulisan ini adalah
perlembagaan demokrasi itu sendiri agar penulisan ini lebih menjurus kepada pokok
pangkal pada persoalan yang diutarakan. Kerajaan yang mengamalkan sistem
demokrasi perlulah memberikan perhatian sepatutnya untuk menyediakan satu media
berkesan di mana cita-cita dan kehendak rakyat boleh diambil perhatian. Hal ini
demikian kerana, rakyat mempunyai kehendak dan keupayaan untuk menjayakan
demokrasi, perlembagaan yang lemah masih dapat dikuatkan dengan pembaharuan dan
ditingkatkan kelengkapannya (Schmitter, P. C. and Karl, T. L, 2014: 79). Dengan itu,
perlembagaan sesebuah negara haruslah mengubah sistem demokrasi yang
menyediakan keperluan-keperluan sebagai sebuah perlembagaan demokrasi. Antara
perlembagaan demokrasi yang ada ialah kebebasan mengundi dan bersuara; badan
perundangan; eksekutif; dan kehakiman

3.0 IDEA IMMANUEL KANT

Istilah demokrasi ini juga turut dikemukakan oleh para ahli-ahli politik yang menekankan pada
aspek-aspek yang menjadi fokus utama mengenai sistem demokrasi yang diamalkan. Sebagai
contoh, para ahli-ahli politik yang memberikan beberapa istilah mengenai demokrasi turut
difahami melalui pelbagai sudut pandang masing-masing. Antaranya Henry B. Mayo; Sidney
Hook; Joseph A. Schmeter; dan Phillippe C. Schmitter dan Terry Lynn Karl (Azyumardi Azra,
2003: 110).

Para Ahli-Ahli Politik


Istilah yang Dikemukakan
Demokrasi
Henry B. Mayo Demokrasi adalah sistem politik yang menunjukkan bahawa
dasar awam ditentukan berdasarkan majoriti oleh wakil-wakil
yang dipantau secara berkesan oleh rakyat dalam pemilihan
berkala berdasarkan prinsip-prinsip kesetaraan politik dan
diadakan dalam suasana kebebasan politik.

Sidney Hook Demokrasi adalah satu bentuk kerajaan di mana keputusan


kerajaan penting sama ada secara langsung atau tidak langsung
berdasarkan perjanjian majoriti yang diberikan secara bebas dari
penduduk dewasa.

4
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

Joseph A. Schmeter Demokrasi adalah perancangan institusi untuk mencapai


keputusan politik di mana individu memperoleh kuasa untuk
memutuskan betapa berdaya saing perjuangan untuk rakyat.

Phillippe C. SChmitter Demokrasi adalah sistem kerajaan di mana kerajaan


dipertanggungjawabkan untuk bertindak wilayah awam oleh
rakyat yang bertindak secara tidak langsung melalui persaingan
dan kerjasama dengan wakil rakyat mereka

Walau bagaimanapun, Immanuel Kant bukanlah tokoh utama yang membincangkan


tentang sistem demokrasi akan tetapi beliau merupakan tokoh yang melontarkan idea-idea
berkenaan erti kebebasan (freedom) dan keadilan (equality) dalam sesebuah kerajaan (Rosen,
M. dan Wolff, J, 1999: 97) .

3.1 KEBABSAN (FREEDOM)

Menurut Kant kebebasan atau freedom, seseorang individu sebagai manusia


berdasarkan prinsip konstitusi Komanwel boleh dijelaskan melalui formula seperti
berikut. Tiada satu pun memaksa untuk saya berasa gembira dengan konsep kekayaan
orang lain, yang mana setiap individu boleh mencari kebahagiaan/kegembiraan dengan
sendiri selagi individu itu tidak mengganggu kebebasan orang lain atau kegiatan yang
membawa kepada perkara seumpamanya (Rosen, M. dan Wolff, J, 1999: 97). Sebagai
contoh, seseorang individu itu perlu memberi hak yang sama seperti hak yang
dimilikinya. Kerajaan berkemungkinan akan dibentuk berdasarkan prinsip kebajikan ke
atas rakyat, seperti seseorang ayah kepada anak-anaknya. Contoh lain yang dijelaskan
oleh Kant ialah pentadbiran di bawah ayah (atau konsepnya dikenali sebagai imperium
paternale), subjek-subjek sebagai kanak-kanak yang belum matang yang tidak dapat
membezakan apa yang berguna atau membahayakan diri mereka, diwajibkan bersikap
pasif dan bergantung kepada kehakiman negara sebagaimana mereka memiliki hak
kegembiraan mereka dengan kebaikan kehakiman tersebut yang membenarkan hak
kegembiraan terus dimiliki (Rosen, M. dan Wolff, J, 1999: 97). Selain itu, Kerajaan
lain pula yang dikenali sebagai despostisme (bentuk pemerintahan dengan satu
penguasa atau dalam erti kata lain autokrasi) mempunyai satu perlembagaan yang

5
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

menangguhkan seluruh kebebasan subjeknya yang kemudian tidak mempunyai hak apa
pun. Kerajaan ini seumpama seorang lelaki yang mempunyai hak secara keseluruhan.
Walau bagaimanapun, lelaki ini berbeza dengan konsep kerajaan ayah ke atas anak-
anak di mana lelaki ini dianggap sebagai seorang pemerintah patriotik secara
keseluruhan (atau dikenali sebagai imperium non paternale, sad patrioticum) (Rosen,
M. dan Wolff, J, 1999: 98). Patriotik adalah merupakan sikap di mana semua orang di
dalam sesebuah negara (tidak termasuk ketua kerajaan) menganggap kemakmuran
sebagai rahim ibu atau tanah di mana tanah diwujudkan dengan sendirinya di mana
tanah-tanah ini akan diturunkan kepada generasi akan datang kerana setiap individu
menganggap diri mereka sebagai hak untuk melindungi hak-hak perseorangan undang-
undang kehendak umum, tetapi tidak menyerahkan hak tersebut kepada kegunaan dan
peribadinya. Hak kebebasan ini adalah milik setiap anggota Komanwel sebagai seorang
manusia selagi ia mempunyai kelayakan untuk memiliki hak tersebut. Dengan itu, idea
yang di bawah Kant ini yang mencetus bahawa seseorang atau kerajaan yang
mengamalkan sistem demokrasi perlu adanya kebebasan sama ada dari segi individu
dan bermasyarakat dalam sesebuah kerajaan atau negara.

3.2 KEADILAN (EQUALITY)

Menurut Kant pula berkaitan Keadilan atau Equality, seseorang individu sebagai satu
subjek berkemungkinan sepertimana yang diformulakan seperti berikut; setiap ahli
Komanwel mempunyai hak untuk memaksa orang lain (kecuali ketua negara/kepala
kepada kerajaan) (Rosen, M. dan Wolff, J, 1999: 97). Seseorang individu dan bukan
ahli kepada Komanwel adalah seseorang yang mencipta atau menyimpan dan berkuasa
dalam memaksa orang lain tanpa menjadi sesuatu subjek undang-undang mengenai
paksaan terhadap dirinya. Walau bagaimanapun, subjek-subjek kerajaan (mereka yang
di bawah kerajaan) menjadikan mereka subjek yang boleh dipaksa oleh ahli Komanwel
lain dan satu-satunya pengecualian adalah seorang individu (tanpa melibatkan aspek
fizikal atau moral dari segi perkataan), ketua kerajaan, atau kepada individu yang
mempunyai hak untuk memaksa orang lain (Rosen, M. dan Wolff, J, 1999: 97). Sebagai
contoh, orang yang dirogol boleh memaksa orang yang merogol untuk mengaku
bersalah ke atas jenayah yang dilakukan. Melalui tindakan ini, sekiranya ketua negara
mampu dipaksa, maka akan berlaku gangguan kepada hierarki kepimpinan dan

6
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

sekiranya hak pemaksaan berlaku di antara dua hala, maka sukar untuk mencari jalan
penyelesaian. Di samping itu, keseragaman dalam keadilan di antara manusia sebagai
subjek negara berada dalam keadaan bersesuaian dan sempurna (konsisten) dengan
darjah ketidakadilan tidak kira dalam bentuk fizikal mahupun mental yang mana satu
individu ini berasa superior berbanding yang lain atau pemilikan kekayaan
membuatkan mereka kelihatan mempunyai hak tertentu berbanding orang lain (Rosen,
M. dan Wolff, J, 1999: 97). Oleh yang demikian, kesejahteraan bergantung kepada
kehendak individu lain yang mana yang miskin akan bergantung dengan yang kaya,
sepertimana rakyat perlu mematuhi tindakan kerajaan (seperti seorang anak perlu patuh
kepada ibubapanya atau kepatuhan isteri kepada suaminya), dan seseorang tenaga
buruh perlu patuh kepada majikannya. Walau bagaimanapun, mereka adalah tetap
subjek yang sama apabila di dalam undang-undang yang mana telah diumumkan oleh
‘kehendak umum’ atau dikenali sebagai general will, iaitu penyatuan keseluruhan
hasrat individu yang wujud di dalam sesuatu masyarakat yang bermaksud meneliti
kepentingan dan faedah bersama sepertimana diperkatakan oleh Rousseau (Mohd Ayop
Abd Razid, 2011: 74). Oleh itu, tiada seorang yang boleh melakukan pemaksaan tanpa
melalui undang-undang awam serta menghakiminya. Tiada sesiapa juga yang hilang
kekuasaannya dalam memaksa orang lain untuk mendapatkan haknya kecuali orang itu
telah melakukan jenayah dan tiada sesiapa yang secara sukarela dapat meninggalkan
haknya melalui kontrak atau transaksi undang-undang. Hal ini demikian kerana, sebuah
kontrak tidak membawa hak tetapi hanya membawa tugas kerana sekiranya kontrak
membawa kepada hak seseorang, dengan adanya kontrak baru, kontrak baru itu akan
membatalkan kontrak sedia ada sebelum ini. Maka itu, idea yang di bawah Kant ini
yang mencetus bahawa seseorang berhak dilakukan secara adil walaupun dia
melakukan kesalahan akan tetapi hanya undang-undang yang mampu menentukan
kesalahan yang dilakukannya.

4.0 DEMOKRASI DI MALAYSIA

Seperti sudah sedia maklum bahawa, Malaysia telah mengamalkan konsep demokrasi
berparlimen dari permulaan kemerdekaannya lagi sehinggalah pada saat ini. Negara Malaysia
telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan.
Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih berdasarkan

7
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

sistem giliran daripada sembilan sultan negeri melayu untuk berkhidmat selama lima tahun
sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Selain itu, Yang
Dipertuan Agong turut memegang kuasa ke atas sistem perundangan, ketenteraan, agama
Islam, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya. Peruntukan ini terkandung di dalam
perlembagaan negara Malaysia sejak mula-mula ia diperkenalkan setelah Malaysia mendapat
kemerdekaan dari kerajaan British.

Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster. Ini kerana Malaysia merupakan
bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang diketuai oleh
Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang ahli
Dewan Rakyat dan memimpin kumpulan majoriti ahli dalam parlimen. Manakala kabinet
merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

4.1 KETUA NEGARA

Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara dan persekutuan Malaysia, baginda
juga merupakan puncak kekuasaan kepada ketiga-tiga badan utama dalam negara iaitu
Badan Perundangan (Legislatif), Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif (Mohd Ayop
Abd Razid, 2011: 68). Jawatan Yang Dipertuan Agong ini mula diperkenalkan pada 31
Ogos 1957 mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Di samping itu,
jawatan ini merupakan sesuatu yang unik kerana menjadi satu-satunya jawatan
seumpama ini di dalam dunia dengan seorang raja berperlembagaan memegang jawatan
secara dipilih dan bukan dilantik berasaskan sistem warisan turun-temurun seperti
negara-negara lain. perkara 31 (1) menyebut bahawa Yang Dipertuan Agong
mendahului keutamaan segala orang di dalam persekutuan

Pada masa kini, proses pemilihan Yang Dipertuan Agong telah memasuki
pusingan kedua iaitu raja dari Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah
dan pada ketika ini Yang Dipertuan Agong adalah dari negeri Kelantan telah dipilih
buat kali kedua jawatan tersebut. Bagi jawatan Yang Dipertuan Agong, baginda boleh
memegang jawatan selama 5 tahun sahaja, tetapi baginda boleh dipecat daripada
jawatannya oleh Majlis Raja-Raja. Pemecatan yang dilakukan adalah untuk jawatan
Yang Dipertuan Agong sahaja dan bukan melibatkan jawatan di peringkat negeri
masing-masing. Yang Dipertuan Agong merupakan Ketua Negara dan menjadi punca
asas kepada segala kuasa di Malaysia, sama ada kuasa untuk membuat undang-undang,

8
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

kuasa pemerintahan dan kuasa kehakiman (Mohd Ayop Abd Razid, 2011: 83-96).
Baginda merupakan salah satu unsur parlimen iaitu yang terdiri dari Yang Dipertuan
Agong dan dua buah dewan. Dewan yang dimaksudkan adalah Dewan Rakyat dan
Dewan Negara. Maka itu, baginda berkuasa penuh untuk memanggil sidang parlimen
untuk bersidang dan juga menangguh ataupun membubarkan Dewan Parlimen.

Justeru itu, Yang Dipertuan Agong juga harus memperkenankan pelantikan


yang diadakan secara demokrasi. Hal ini demikian kerana , kuasa budi bicara hanya
akan dapat dilaksanakan seandainya tiada sesiapa yang dicalonkan untuk menjadi
perdana menteri oleh ahli majoriti sesebuah parti yang banyak terdapat di dalam sidang
parlimen tersebut (Mohd Ayop Abd Razid, 2011: 83-96).. Namun begitu, tindakan yang
lebih sesuai untuk dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong adalah menunggu keputusan
pucuk pimpinan parti yang mempunyai majoriti besar di dalam dewan parlimen untuk
mengetengahkan calon bagi jawatan perdana menteri Malaysia dan diperkenankan oleh
baginda. Menerusi tindakan ini, Perkara 3 (3) Perlembagaan Persekutuan juga
memperuntukkan seseorang timbalan ketua negara yang digelar sebagai Timbalan
Yang Dipertuan Agong untuk menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara sekiranya
Yang Dipertuan Agong sedang gering atau keluar negara dalam masa sekurang-
kurangnya 15 hari. Timbalan Yang Dipertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja
Melayu untuk tempoh selama 5 tahun sepertimana tempoh perkhidmatan Yang
Dipertuan Agong (Mohd Ayop Abd Razid, 2011: 83-96).. Namun begitu, sekiranya
baginda ingin meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh perkhidmatan maka baginda
haruslah menghantar surat peletakan jawatan kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

4.2 PERLEMBAGAAN

Perlembagaan bermaksud prinsip-prinsip asas yang menegaskan sesebuah negara dan


memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-
undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang
mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Dalam konteks
perlembagaan di Malaysia pula dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang
mengandungi 183 perkara dan ianya undang-undang tertinggi di Malaysia. Dalam
perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah
dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah

9
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini juga telah
dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian
dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuasa sejurus selepas kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957.

Selain itu, tindakan ini berlaku sejak bermulanya dari satu persidangan
perlembagaan yang telah diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang
telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya. Pada ketika
itu, wakil dari Malaya terdiri Menteri Persekutuan iaitu Tunku Abdul Rahman dan tiga
lagi dari menteri-menteri yang lain. Dalam persidangan tersebut turut juga dihadiri
Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya. Seterusnya, ahli-ahli
dewan parlimen dan dewan rakyat tidak boleh membuat undang-undang mengenai
sesuatu perkara atau isu yang berkemungkinan bertentangan dengan perlembagaan
Malaysia. Oleh hal demikian, Perlembagaan ini telah dibahagikan kepada 15 bahagian
dan pada setiap bahagian telah mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan diguna
pakai oleh kerajaan Malaysia, antaranya ialah (Perlembagaan Persekutuan, 2010: 5-
17):-

BAHAGIAN PERKARA
1 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan
2 Kebebasan Asasi
3 kewarganegaraan
4 Persekutuan
5 Negeri-negeri
6 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
7 Peruntukan Kewangan
8 Pilihan Raya
9 Badan Kehakiman
10 Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam
11 Kuasa Khas menentang perubahan Subversif, keganasan terancang,
dan perbuatan dan jenayah yang memudaratkan orang awam dan
kuasa darurat
12 Am dan pelbagai
13 Perlindungan tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak

10
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

14 Peruntukan sementara dan peralihan


15 Kecualian bagi Kedaulatan, dsb., Raja-raja
16 Prosiding terhadap yang Dipertuan Agong dan Raja-raja

Sumber: Dipetik Daripada Perlembagaan Persekutuan

Walau bagaimanapun, dalam sistem demokrasi di Malaysia perkara yang di


utamakan adalah Pemerintahan beraja, Agama Islam, Bahasa Kebangsaan dan
keistimewaan orang melayu sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan
Malaysia terutamanya dalam Artikel 11, Artikel 152, dan Artikel 153.

Artikel 11 (Perlembagaan Persekutuan, 2010: 26)

Dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam merupakan


agama rasmi persekutuan. Sungguh pun begitu tiap-tiap orang berhak menganuti dan
mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4).

Artikel 152 ( Perlembagaan Persekutuan, 2010: 161)

Dalam Artikel 142 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan


merupakan bahawa melayu. Walau bagaimanapun, peruntukan Fasal (1), selama
tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan
selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis
Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri.

Artikel 153 (Perlembagaan Persekutuan, 2010 : 162)

Dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa menjadi


tanggungjawab Yang di-Pertuan Aging untuk melindungi kedudukan istimewa orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarak dan kepentingan
sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

4.3 PARLIMEN

11
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

Parlimen merupakan majlis pembuat undang-undang (legislatif). Sebelum Parlimen


Tanah Melayu dibentuk dan sebuah bangunan Parlimen didirikan, ahli-ahli Dewan
masih bernaung di bawah Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu. Sejurus
itu, perisytiharan penubuhan Parlimen Tanah Melayu hanya dibuat pada 11 September
1959, iaitu ketika sesi persidangan dewan diadakan dan teks pengisytiharan penubuhan
Parlimen oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah dibacakan oleh
C.A. Fredericks iaitu Setiausaha Dewan (Clerk of the Council) (Mohd Ayop Abd Razid,
2011: 110). Selain itu, parlimen yang ditubuhkan itu mengandungi dua dewan iaitu
Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perjumpaan parlimen biasanya dikerusikan oleh
‘speaker’ atau Yang Dipertua. ‘Speaker” pertama yang dilantik ialah Dato’ Haji
Mohamad Noah bin Omar yang dipilih sebulat suara oleh ahli-ahli Dewan dan ianya
diikuti dengan majlis angkat sumpah untuk 102 orang Ahli Dewan yang hadir dalam
persidangan pertama itu (Mohd Ayop Abd Razid, 2011: 110).

4.4 PILIHAN RAYA


Pilihan raya merupakan ciri penting yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Hal
ini demikian kerana pilihan raya diadakan setiap 5 tahun sekali untuk memilih wakil
bagi menduduki institusi perundangan sama ada untuk Badan Perundangan
Persekutuan atau Badan Perundangan Negeri. Di Malaysia yang mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen telah menganggap bahawa pilihan raya adalah suara atau
pilihan rakyat untuk memilih calon-calon dalam membentuk kerajaan bagi mewakilkan
kepentingan mereka. Proses pilihan raya juga dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) yang mana pada asasnya merupakan satu badan bebas yang tidak berpihak
kepada mana-mana parti politik. Melalui pilihan raya ini juga rakyat akan bebas dan
mempunyai hak untuk memilih wakil-wakil mereka untuk memerintah sama ada di
peringkat pusat/persekutuan ataupun negeri. Maka itu, sistem pilihan raya yang
diamalkan di Malaysia merupakan satu asas kelebihan suara mudah dengan keahlian
tunggal mengikut perwakilan wilayah yang mana sistem pengundian yang digunakan
ialah First Past – The Post System. Maksudnya disini ialah calon yang dinyatakan
memenangi semasa pilihan raya adalah calon yang banyak mendapat undi terbanyak
dalam kalangan calon-calon lain yang bertanding.
5.0 ISU-ISU DEMOKRASI DI MALAYSIA

12
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

Malaysia selaku negara yang mengamalkan sistem demokrasi akan tetapi masih sering berlaku
isu-isu yang membawa kepada penyalahgunaan nilai-nilai demokrasi yang sepatutnya
diamalkan di negara-negara demokrasi khususnya. Jika diimbas kembali pada zaman dahulu,
berdasarkan buku penulisan Richard telah menyatakan bahawa demokrasi kini diancam oleh
pihak komunisme yang mana sebuah sistem yang menafikan apa yang telah dilakukan dan
menstabilkan apa yang telah dikuatkuasakan selama beratus-ratus tahun. Selain itu juga beliau
juga turut menyatakan dalam penulisan bukunya bahawa, tidak ada yang lebih berbahaya
daripada fakta bahawa komunisme mengenal pasti dirinya sebagai demokrasi dengan
menggunakan kata-kata yang digunakan dengan cara sendiri seperti kerajaannya sebagai
Republik Demokrat Rakyat, pengikutnya sebagai pasukan Demokratik, dan pasukannya
sebagai pembebasan serta ianya memberikan jaminan kepada hak-hak rakyat yang merupakan
produk demokrasi (Richard M. Ketchum, 2004: 21). Maka itu, persoalan timbul apabila bentuk
demokrasi yang diamalkan di Malaysia dilihat memberikan kuasa dominan kepada Badan
Eksekutif dan melalui ini pelbagai isu timbul yang menyalahgunakan samaada kuasa ataupun
undang-undang itu sendiri.

5.1 UNDANG-UNDANG

Dalam isu ini seseorang atau sekumpulan tahanan yang di tahan di bawah ISA akan
ditahan tanpa memerlukan waran tangkap, tidak perlu di hadapkan ke hadapan majistret
di dalam tempoh 24 jam untuk mendapatkan perintah reman (Saroja Dhanapal and
Johan Shamsuddi Sabaruddin, 2015: 4). Melalui tindakan ini, mereka tidak akan
dibicarakan di mahkamah awam di atas segala pertuduhan dan akan terus ditahan selagi
di atas perkenan ISA. Namun tindakan ini mengelirukan terhadap tindakan pemerintah
Malaysia sendiri sehinggalah wujudnya Keselamatan Akta Kesalahan (langkah-
langkah Khas) (SOSMA) pada 2012 yang telah digubal di Malaysia hasil daripada
kritikan terhadap ISA 1960 dan ianya memberikan banyak perubahan ke arah positif
(Saroja Dhanapal and Johan Shamsuddi Sabaruddin, 2015: 4. Dalam perkara mengenai
hak-hak orang yang ditangkap, Perlembagaan Persekutuan menjamin hak-hak orang
yang ditangkap itu dua hak asasi iaitu: (i) hak untuk diberitahu sebab ia ditangkap dan
(ii) hak untuk mendapatkan perkhidmatan peguam (Mohd Ayop Abd Razid, 2011:
106). Namun begitu, persoalan timbul apabila bentuk demokrasi yang diamalkan di
Malaysia dilihat memberikan kuasa dominan kepada Badan Eksekutif. Hal ini

13
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

bermaksud, keputusan yang diperoleh ialah Perlembagaan Persekutuan yang


membatasi hak-hak yang penting dan menafikan semula kehakiman berdasarkan
tindakan badan eksekutif. Namun masalah utama yang dihadapi ialah tindakan badan
eksekutif yang tidak mengikut elemen-elemen masyarakat demokratik yang mengikut
undang-undang serta menggugat konsep pengasingan kuasa yang diamalkan (Mohd.
Azizuddi Mohd Sani, 2002).

Berdasarkan Human Rights Watch (HRW) Malaysia telah membuat satu usul
yang mana membenarkan lanjutan kuasanya untuk menahan mana-mana suspek di
bawah rang undang-undang keselamatan selama 28 hari yang melanggar hak-hak
terhadap suspek dan mereka boleh membuat permohonan kepada pihak kehakiman
dengan kadar segera. Hal ini demikian kerana Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA)
2012 yang membolehkan pegawai polis untuk menahan sebarang suspek tanpa
pertuduhan bagi menyiasat. Sehubungan dengan itu, sejak 2012, Pihak berkuasa
Malaysia telah menggunakan undang-undang kesalahan keselamatan berulang kali bagi
tujuan agenda politik dengan menahan para aktivis yang lantang bersuara tanpa
sebarang pertuduhan (Human Rights Watch, 2017). Phil Roberston selaku timbalan
pengarah HRW Asia mengatakan bahawa Parlimen harus sedar akan bahaya yang
menimpa rakyat Malaysia dan reputasi Malaysia di luar negara akibat penahanan
tersebut. Maka itu, perlu menolak rang undang-undang ini bagi mengelakkan mudar
yang berpanjangan.

Seterusnya, pelbagai kes yang telah dilaporkan dalam HRW yang membuktikan
bahawa undang-undang tersebut begitu mudah disalahgunakan. Salah satunya, pada 18
September 2015, pihak berkuasa menahan Khairuddin Abu Hassan di Kuala Lumpur
kerana didakwa terlibat dengan “aktiviti yang mengancam demokrasi Parlimen”,
bertujuan menghalang pemergian beliau ke Amerika Syarikat setelah beliau didapati
memerikan maklumat tentang skandal rasuah 1 Malaysia Development Berhad
(1MDB) kepada pihak berkuasa di Perancis, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan
Britain (Human Rights Watch, 2017). Setelah dibebaskan oleh mahkamah pada 23
September beliau kemudiannya ditangkap semula lalu ditahan di bawah SOSMA
selama 28 hari sementara disiasat atas aduan “sabotaj terhadap negara”. Sejurus itu,
Ketua Polis Negara telah menegaskan bahawa usaha menarik siasatan pihak luar ke atas
1MDB merupakan perbuatan sabotaj dan ancaman berbahaya kepada ekonomi dan
kedaulatan negara, justeru suatu kesalahan terhadap keselamatan negara.

14
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

Di samping itu, pihak berkuasa juga turut menahan peguam Khairuddin iaitu
Matthias Chang di Kuala Lumpur di bawah peruntukan yang sama sepertimana
dilakukan terhadap Khairuddin Abu Hassan pada 8 Oktober 2015 (Human Rights
Watch, 2017). Namun, Mahkamah Tinggi menolak hujah pihak kerajaan pada 18
Novermber 2015, lantas memutuskan bahawa kes-kes perbankan dan kewangan
bukanlah salah ke atas keselamatan di bawah rang undang-undang tersebut. Hakim
memerintahkan kedua-dua suspek dibebaskan dengan ikat jamin. Ketika dibebaskan,
Khairuddin telah ditahan selama lapan minggu dan pada 14 Disember 2016, panel tiga
hakim di Mahkamah Rayuan sebulat suara mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Namun, pihak kerajaan menyebut mereka bakal mengemukakan rayuan terhadap
keputusan tersebut. Maka itu, disini dapat dilihat bahawa pihak berkuasa Malaysia
ternyata melihat SOSMA sebagai jalan pintas untuk mengancam dan mengunci mulut
para aktivis hak asasi manusia serta pejuang kempen antirasuah menerusi penahan
berpanjangan tanpa pendakwaan. Dengan itu, parlimen perlu menegakkan hak-hak
asasi dan menamatkan peruntukan tersebut, disusuli dengan semakan atau pemansuhan
keseluruhan undang-undang zalim yang ini (Human Rights Watch, 2017).

5.2 HAK ASASI MANUSIA

Undang-undang di semua negara demokratik akan menyediakan peruntukan mengenai


hak asasi manusia bagi rakyatnya. Dalam konteks di Malaysia, Perlembagaan
Persekutuan ialah prinsip-prinsip pemerintahan yang menjamin kebebasan rakyat iaitu
Kebebasan Asasi yang terkandung dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan
termasuklah kebebasan diri (artikel 5), keabdian dan kerja paksa dilarang (artikel 6),
perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan
berulang (artikel 7), kesamarataan (artikel 8), larangan buang negeri dan kebebasan
bergerak (artikel 9) kebebeasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan (artikel 10)
kebebasan beragama (artikel 11), hak berkenaan dengan pendidikan (artikel 12), dan
hak terhadap harta (artikel 13) (Perlembagaan Persekutuan, 2010: 5). Walau
bagaimanapun, agenda hak asasi yang dijanjikan oleh Kerajaan Malaysia jauh berbeza
daripada apa yang telah dipraktikkan pada tahun 2012.

Isu ini berlaku pada 28 April 2013, puluhan ribu penunjuk perasaan secara aman
telah dihujani oleh meriam air, gas pemedih mata, dipukul dan ditangkap semasa

15
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

membuat perarakan dan protes mengenai “duduk dan bantah” yang dipanggil sebagai
Bersih yang man suatu gabungan pertubuhan-pertubuhan hak-hak sivil (Human Rights
Watch, 2013). Punca tindakan ini hasil daripada mereka-mereka yang menuntut
pilihanraya yang bersih dan adil. Maka itu, satu jawatankuasa kerajaan yang ditubuhkan
untuk menyiasat kejadian tersebut gagal menjelaskan tindakan pihak berkuasa pada
ketika itu. Pada dasarnya berlaku rundingan diantara polis dan gabungan parti-parti
politik pembangkang dan kumpulan aktivis yang membawa kepada perhimpunan aman
yang mana dipanggil “Perhimpunan Kebangkitan Rakyat” yang bertempat di Stadium
Merdeka di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian Human
Rights Watch, pindaan kepada undang-undang lama yang menindas mempunyai kurang
kesan dari segi penggunaannya daripada yang diharapkan. Sebagai contoh, penggantian
seksyen 27 Akta Polis dengan Akta Perhimpunan Aman tidak membatalkan kuasa
mutlak polis untuk mengeluarkan permit untuk sebarang perhimpunan awam (Human
RIghts Watch, 2013).

Sebaliknya, undang-undang baharu tersebut menguasakan polis untuk


mengharamkan secara efektif perarakan-perarakan dengan melarang “perhimpunan
bergerak” melalui pengisytiharan banyak kawasan diumumkan sebagai kawasan
larangan dan dengan memberi kuasa kepada polis untuk menentukan masa, tarikh,
dengan syarat-syarat yang mesti dipatuhi. Melalui tindakan yang dilakukan oleh pihak
penguasa, tindakan itu telah dipatuhi oleh pihak penganjur dengan bersetuju menerima
27 syarat yang telah ditetapkan dan salah satunya adalah penggunaan slogan-slogan
yang sesuai sebelum perhimpunan mereka mendapat kelulusan. Namun, apa yang
dilihat disini adalah bahawa, tindakan penguat kuasa telah menyalah gunakan
Perlembagaan Malaysia yang telah termaktub dalam Artikel 10 berkenaan kebebasan
bercakap dalam Perkara 10 (1)(b) telah menyatakan bahawa semua warganegara berhak
untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata (Perlembagaan Persekutuan, 2010: 25).
Walaupun, Ordinan Ketenteraman Awam boleh mengehadkan perhimpunan awam
yang boleh menggugat keselaatan dan ketenteraman awam, akan tetapi Akta Polis
mewajibkan permit polis diperolehi sebelum perhimpunan awam dirancang kecuali
para pekerja yang berpiket. Dengan itu, kedua-dua undang-undang ini telah menyekat
kebebasan berhimpun.

Dalam satu lagi pembaharuan undang-undang yang tidak menepati piawaian


antarabangsa, kerajaan Malaysia telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri

16
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

(ISA), dan menggantikannya dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah


Khas ) 2012 (SOSMA). SOSMA mengurangkan tempoh penahanan arbitari daripada
tempoh yang tidak terhad di bawah ISA kepada 28 hari, tetapi ditambah pula dengan
pelanggaran hak yang baharu dan Akta tersebut mengandungi definisi kesalahan
keselamatannya yang begitu luas (Human Right Watch, 2013). Di samping itu,
berdasarkan laporan Human Rrights Watch lagi, Polis (dan bukan mahkamah)
diberikan kuasa untuk memintas sebarang komunikasi yang mana Akta tersebut juga
membolehkan pihak pendakwa menggunakan bukti tanpa mendedahkan sumber bukti
dan identiti saksi. Selai itu, sekiranya seorang suspek dibebaskan di bawah SOSMA
dan kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut, suspek boleh ditahan
semula di dalam penjara dengan peranti pemantauan sehingga rayuan itu diselesaikan
dan bagi setiap proses itu boleh mengambil masa bertahun-tahun.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, Malaysia dengan


sendirinya telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi berparlimen kerana wujudnya
sistem raja berperlembagaan. Seperti yang kita sudah sedia maklum bahawa untuk melantik
wakil rakyat ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri maka pilihan raya telah diadakan
bagi setiap 5 tahun. Di samping itu, doktrin pengasingan kuasa telah terbahagi kepada tiga
badan yang bebas iaitu Badan Perundangan (Legislatif), Badan Kehakiman dan Badan
Eksekutif yang saling mengawal dan mengimbangi tindakan-tindakan rakyat Malaysia
khususnya daripada berlaku perpecahan atau pergolakan. Namun, jika dilihat pada masa kini,
Kebebasan Asasi di Malaysia sering disekat oleh lima Akta yang mana kebebasan bersuara dan
kebebasan berhimpun amat terbatas dan rakyat begitu sukar untuk menyuarakan tidak puas hati
mereka terhadap pemerintahan yang dilakukan di Malaysia.

Keadaan ini telah menimbulkan persoalan kerana pelaksanaan akta-akta tersebut


mengehadkan kebebasan adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang mana
perkara/ artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa
kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan merupakan kebebasan asasi yang
diberikan kepada warganegara. Mengenai ‘Kebebasan Bersuara’ ianya dinyatakan dengan jelas
di dalam Perkara 10 (1) (a) yang menyatakan bahawa ‘tiap-tiap warganegara berhak bebas
bercakap dan mengeluarkan fikiran’ (Perlembagaan Persekutuan, 2010: 25). Maka itu,

17
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

Kebebasan Hak Asasi adalah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 2.
Peruntukan tersebut juga selari dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara Malaysia
sejak daripada kemerdekaannya, walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang komited
mendukung perisytiharan Hak Asasi Sejagat 1948 yang telah diterima dan diluluskan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (Mohd Ayop Abd Razid, 2011: 108).

Namun, satu hakikat yang harus diterima dan difahami ialah tiada satu pun perkara di
dunia ini yang bersifat mutlak (absolute). Demikianlah halnya dengan kebebasan hak asasi
manusia yang juga mempunyai had, kawalan dan sempadan yang tertentu supaya ianya dapat
menjamin kerukunan, keharmonian dan solidarti serta keselamatan dan kedaulatan negara
daripada diganggu-gugat. Di samping itu juga, tindakan ini juga sebahagian daripada langkah
kerajaan Malaysia agar tidak berlakunya lagi pergolakan yang berlaku ke atas Malaysia
sepertimana berlakunya 13 Mei yang berlaku pertumpahan darah di Tanah Melayu pada masa
itu dan itu merupakan sejarah hitam Malaysia. Dengan itu, tindakan kerajaan yang banyak
menyekat tindakan-tindakan yang dilakukan oleh rakyatnya adalah salah satu langkah yang
pada masa kini yang begitu efisien kerana kita sudah sedia maklum bahawa negara Malaysia
merupakan negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan etnik.

RUJUKAN

Azyumardi Azra. (2003). Pendidiakan Kewarganegaraan (Civic Education): Demokrasi, Hak


Asasi Manusia dan Masyarakat Madani. Jakarta: ICCE UIN Syarif Hidayatullah.

Campbell, David F. J. (2008). The Basic Ceoncept for The Democracy Raking of the Quality
of Democracy. Vienna: Democracy Ranking.

Daver, B. (n.d). The Basic Principles of Democracy and Their Importance in Dealing with
Terrorism. Diperoleh daripada
<www.politics.ankara.edu.tr/dergi/pdf/41/1/Bulent_Daver_The_Basic.pdf> 18
Disember 2017.

18
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

Human Rights Watch. (2017). Malaysia: Reject Security Bill Extension. Diperoleh daripada
<https://www.hrw.org/news/2017/03/30/malaysia-reject-security-bill-extension> pada
18 Disember 2017.

Human Rights Watch. (2013). Malaysia: Backsliding on Rights. Diperoleh daripada


<https://www.hrw.org/news/2013/02/01/malaysia-backsliding-rights> pada 18
Disember 2017

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (online). (2017). Hidup Segan Mati Tak Mahu. Diperoleh
dari <http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=peribahasa+hidup+segan+mati+tak+mahu
&d=287324&#LIHATSINI> pada 18 Disember 2017.

Raphael, D. D. (1990). Problems of Political Philosophy. London: Macmillan Press Ltd.

Richard M. Ketchum. (2004). Demokrasi Sebuah Pengantar. Yogyakarta: Futuh Printika.

Rosen, M. and Wolff, J. (1999). Political Though. New York: Oxford University Press Inc.

Mohd Ayop Abd Razid. (2011). Mengenali Sejarah dan Asas-asas Perlembagaan Negara.
Kuala Lumpur: Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Mohd. Azizuddin Mohd. Sani. (2002). Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam
dan Barat. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Nitro PDF Professional. (2010). Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur:


Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia & Pencetakan Nasional Malaysia
Berhad.

Saroja Dhanapal and Johan Shamsuddi Sabaruddin. (2015). Rule of Law: An Initial Analysis
of Security Offences (Special measures) ACT (SOSMA) 2012. Diperoleh dariapda
<http://journals.iium.edu.my/iiumlj/index.php/iiumlj/article/view/143/157> pada 19
Disember 2017.

Schmitter, P. C. and Karl, T. L. (2014). What Democracy Is... and Is Not. Journal of
Democracy. Volume 2, Number 3, PP. 75-88.

19
MOHAMMAD SAIFUL BIN SINRING GOVERNMENT AND POLITICS OF MALAYSIA
MA1712214T (MR60503)

20

Potrebbero piacerti anche