Sei sulla pagina 1di 53

FAHAMAN WAHHABI

DAFTAR ISI

KANDUNGAN HALAMAN

HALAMAN TAJUK

DAFTAR ISI

PENDAHULUAN

TOPIK SATU: PENGENALAN FAHAMAN WAHHABI

1.1 Definisi tajuk


1.2 Latar belakang Wahhabi
1.3 Pengasas fahaman Wahhabi
1.4 Tokoh ulama berfahaman Wahhabi
1.4.1 Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani
1.4.2 Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
1.4.3 Sheikh Muhammad bin Soleh bin Muhammad al-Uthaimin
1.4.4 Sheikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan

TOPIK DUA: CIRI-CIRI FAHAMAN WAHHABI

2.1 Fahaman Wahhabi dari Sudut Aqidah


2.1.1 Tauhid Tiga Serangkai
2.1.1.1 Tauhid Uluhiyah
2.1.1.2 Tauhid Rububiyah
2.1.1.3 Tauhid Asma’ wa Sifat
2.1.2 Menyesatkan aliran al-Asha’irah dan al-Maturidiyah
2.1.3 Mengkritik sistem pengajian Tauhid Sifat 20
2.1.4 Membahaskan ayat-ayat Mutasyabihat
2.1.5 Meletakkan isu fiqah dalam bab aqidah
2.1.6 Mengkritik tasawuf dan tarekat
2.2 Fahaman Wahhabi dari Sudut Ibadah
2.2.1 Kritis terhadap mazhab fiqah
2.2.2 Tiga golongan Mukallaf
2.2.3 Membangkitkan isu-isu Furuk
2.2.4 Mudah membidaahkan sesuatu perkara
2.2.5 Berpegang pada pendapat yang mempunyai dalil yang zahir

TOPIK TIGA: FAKTO-FAKTOR PERKEMBANGAN WAHHABI

3.1 Faktr Individu


3.2 Faktor Media
3.3 Faktor Organisasi
3.4 Faktor Kerajaan

TOPIK EMPAT: BANTAHAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TERHADAP


FAHAMAN WAHHABI

4.1 Perihal Allah bersemayam


4.2 Bertawassul ke atas Nabi
4.3 Bermusafir untuk menziarahi maqam Rasulullah.
4.4 Janggut lelaki
4.5 Nisfu Syaaban
4.6 Menziarahi kubur bagi wanita
4.7 Perihal Allah bertempat dan berjisim
4.8 Perihal Allah Menyerupai Makhluk
4.9 Membaca al-Quran secara berlagu
4.10 Mentakwil Ayat Mutasyabihat

PENUTUP

BIBLIOGRAFI

NOTA HUJUNG
KATA PENGANTAR

‫بـسـم اهلل الرمحن الرحيم‬

‫ ونعوذ باهلل من شرور أنفسنا ومن‬،‫ حنمده ونستعينه ونستغفره‬،‫إن احلمد هلل رب العاملني‬

‫ نشهد أن ال إله إال اهلل‬.‫ ومن يضلله فال هادي له‬،‫ من يهديه اهلل فال مضل له‬،‫سيئاتنا‬

‫ واخلامت ملا‬،‫ الفاتح ملا أغلق‬،‫ اللهم صل على سيدنا حممد‬.‫ونشهد أن حممدا عبده ورسوله‬

‫ وارض اللهم عن ساداتنا أيب بكر‬،‫ واهلادي إىل صراطك املستقيم‬،‫ ناصر احلق باحلق‬،‫سبق‬

،‫وعمر وعثمان وعلي وعن الصحابة أمجعني وعن التابعني وتابعهم بإحسان إىل يوم الدين‬

:‫قال اهلل تعاىل يف كتابه العزيز‬

1            

:‫وقال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يف حديثه الشريف‬

-‫ أو كما قال‬-»‫«تركت فيكم أمرين لن تضل ما متسكتم هبما؛ كتاب اهلل وسنة نبيه‬

‫أما بعد؛‬
Tiada ungkapan dan kata-kata yang layak diberikan kepada Allah melainkan kalimah
syukur serta terima kasih kami kepada-Nya atas limpahan rahmat, taufiq, hidayah
serta kasih sayang-Nya sehingga kami dapat membaca, menulis dan berfikir tentang
kekuasaan-Nya.

Kita adalah hamba Allah dan umat Rasulullah s.a.w, Nabi akhir zaman, pilihan Allah
kerana akhlaknya yang amat mulia. Maka, kita sebagai pengikutnya wajib
berselawat kepadanya agar kita mendapat syafaat di akhirat kelak, di mana pada hari
tersebut tidak akan ada pertolongan melainkan syafaat Baginda s.a.w.
Penulis sangat bersyukur kerana dapat menyusun nota kecil yang berjudul ’Fahaman
Wahhabi’ ini. Diharapkan agar nota ini dapat memberi serba sedikit gambaran
tentang fahaman tersebut seterusnya meredakan konflik sesama Muslim kerana
perbezaan pendapat dalam kalangan umat Rasulullah s.a.w itu adalah rahmat bagi
dirinya dan orang lain.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

‫اختالف أمىت رمحة‬


Maksudnya:
”Perbezaan dalam kalangan umatku adalah suatu rahmat.2”

Dalam kertas kerja ini, penulis membahagikan ia kepada empat topik.

Bagi Topik Satu, penulis membicarakan pengenalan awal tentang Wahhabi. Kita
akan ketahui definisi Wahhabi, latar belakang kelahiran Wahhabi, pengasas fahaman
ini dan beberapa ulama yang amat cenderung kepada fahaman Wahhabi.

Topik Dua pula lebih menjurus kepada ciri-ciri utama yang berkaitan dengan
fahaman Wahhabi. Penulis membahagikan ciri-ciri utama kepada dua; iaitu dari
sudut aqidah dan ibadah. Ciri-ciri ini adalah merupakan titik penting yang
menyebabkan fahaman Wahhabi tidak sealiran dengan Ahli Sunnah wal Jamaah al-
Asha’irah dan al-Maturidiyah.

Topik Tiga pula menceritakan serba sedikit mengenai faktor penyebaran Wahhabi,
khususnya di Malaysia. Penulis pecahkan kepada beberapa faktor yang perlu kepada
penekanan dan perhatian daripada semua pihak.

Dalam Topik Empat, penulis memfokuskan pula 10 bantahan daripada Ahli Sunnah
wal Jamaah aliran al-Asha’irah dan al-Maturidiyah terhadap fahaman Wahhabi.
Dalam topik tersebut, ditampilkan hujah pemikiran fahaman Wahhabi dan disertakan
kritikan dan hujah daripada pihak Ahli Sunnah wal Jamaah.
Akhir kata, sesungguhnya manusia itu fitrahnya sering melakukan kesalahan dan
seringkali alpa. Oleh itu, demi kesempurnaan buku ini, sekiranya pembaca menemui
kesalahan, diharap agar memberi teguran atau kritikan yang konstruktif.

Penulis berharap agar penulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran secara
kasar tentang fahaman Wahhabi. Semoga hasil penulisan ini bermanfaat untuk
sesiapa yang membaca dan mempelajarinya.

Allah serta Rasul-Nya yang lebih mengetahui.

Al-Faqir ila Allah al-Ghani (Yang fakir di sisi Allah yang maha kaya),
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN

Persoalan aqidah kini sering diperkata dalam kalangan masyarakat. Ia berpunca


daripada wujudnya kepelbagaian cara manusia berfikir. Hakikatnya, Islam tidak
menolak hukum yang bersumberkan pemikiran, tetapi mesti selari dengan al-Quran
dan Sunnah. Namun, sejak dahulu lagi, ramai manusia menyalah tafsir penggunaan
hukum akal tersebut.

Natijahnya, wujudlah fahaman yang terlalu rigid dan terlalu liberal. Antaranya,
fahaman Jabariyah3 dan Qadariyah4. Begitu juga dengan realiti kini yang tidak
kurang juga lahirnya fahaman akibat dari percambahan cara berfikir. Antaranya,
golongan Wahhabi (Salafi Syadid), ajaran Rasul Dahri5, Islam Liberal, Syiah, dan
tidak kurang juga ideologi dari Barat seperti sekularisme, kapitalisme dan
cauvanisme. Kesemua fahaman ini secara tidak langsung berkait rapat dengan
kepercayaan atau aqidah individu sebagai seorang Muslim.

Dalam kertas kerja ini, penulis sedaya upaya membuat penilaian yang adil berkenaan
tajuk Wahhabi. Ini kerana permasalahan Wahhabi ini terlibat dalam ruang
perdebatannya yang tersendiri antara golongan pro-Wahhabi dan anti-Wahhabi. Jadi,
kami menggunakan pendekatan wasatiyah dalam menilai isu ini.

Firman Allah s.w.t,


6
…            

Maksudnya:
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang
lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan
lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan
kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah
pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.”

Wasatiyah menurut Dr. Ahmad Umar Hashim7, ialah keseimbangan dan


kesaksamaan antara dua pihak, yang mana satu pihak tidak mendominasi yang lain,
tidak terlalu rigid dan tidak terlalu longgar, tidak melampau dan tidak mengabaikan,
tetapi mengikut kepada yang paling utama, paling tepat, paling baik dan paling
sempurna8.

Manhaj Wasatiyah juga diambil dari manhaj al-Azhar al-Syarif, sebagaimana ucapan
yang disebut oleh Sheikh al-Azhar, Sheikh Dr Ahmad Muhammad al-Tayyib9
bahawa manhaj al-Azhar al-Syarif (manhaj yang sederhana dan pertengahan yang
dipelihara oleh al-Azhar sejak lebih seribu tahun dahulu) ialah aqidah (Ahli Sunnah
wal Jamaah) al-Asha’irah10 dan al-Maturidiyah11, (berpegang pada) fiqah imam yang
empat (Mazhab Hanafi12, Maliki13, Shafie14, Hanbali15) serta tasawuf Imam al-Junaid
al-Baghdadi16 (dan yang seangkatan dengannya).17

Menurut Mohd Shahid Talib (2012). Wasatiyah bermaksud sesuatu perkara yang
seimbang, cantik, adil dan sempurna. Perkara yang dilakukan hendaklah seimbang,
agar tidak membazir masa, tenaga, idea dan lain-lain yang merugikan. Hukum-
hukum yang terdapat dalam Islam seperti wajib, sunat, harus, makruh dan haram
adalah bukti bahawa Islam adalah agama yang wasatiyah (paling terbaik)18.

Allah menerangkan dalam al-Quran,

   

Maksudnya:
“Dia yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta
menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan
keadaannya;”

Ayat ini menegaskan, Allah menjadikan semua perkara seimbang, iaitu dalam
keadaan sederhana. Tidak berat sebelah yang menjadikan pelaksanaan ajaran Islam
tidak sempurna. Oleh itu, dengan dasar wasatiyah, kita menyaksikan semua
kedudukan dalam alam ini teratur dan sempurna perjalanannya19.
TOPIK SATU
PENGENALAN FAHAMAN WAHHABI
TOPIK SATU: PENGENALAN FAHAMAN WAHHABI

1.1 Definisi Tajuk

1.1.1 Definisi Fahaman

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, fahaman ialah kepercayaan (pegangan)


individu atau masyarakat tentang sesuatu20.

1.1.2 Definisi Wahhabi

Menurut Zamihan Mat Zin (2011), kalimah ‘Wahhabi’ adalah dinisbahkan kepada
bapa pengasas fahaman ini, iaitu Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Asalnya,
lafaz Wahhabi merujuk kepada ayah beliau. Tetapi nama ini turut dinisbahkan
kepada Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab berikutan menjadi lumrah
penggunaan bahasa dan amalan bangsa Arab yang menisbahkan fahaman, amalan,
dan pencapaian si anak kepada ayah, datuk, nenek dan moyang21.

1.1.3 Definisi Fahaman Wahhabi

Menurut Zamihan Mat Zin (2011), Wahhabi ialah pegangan dan gerakan yang
didokong oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab di Semenanjung Arab yang
telah merebak ke seluruh dunia22.

Menurut The Royal Islamic Strategic Studies Centre23 yang berpusat di Jordan:

This school was developed around the doctrines of 18th century scholar
Muhammad ibn Abd al Wahhab (1703-1792 CE). Salafis have specific
doctrinal beliefs, owing to their particular interpretation of Islam, that
differentiate them from the majority of Sunnis, such as a literal
anthropomorphic interpretation of God. Salafis place a great emphasis on
literal interpretation of the Qur’an and Hadith, with skepticism towards the
role of human reason in theology.24
Maksud:
“Ia merupakan aliran yang dibangunkan oleh ulama kurun ke-18, Sheikh
Muhammad bin Abdul Wahhab. Salafi mempunyai kepercayaan tertentu,
disebabkan mereka mempunyai tafsiran sendiri mengenai Islam. Ini yang
membuatkan mereka berbeza dengan majoriti Sunni. Sebagai contoh,
tafsiran mereka mengenai perihal jisim Allah. Golongan Salafi juga memberi
penekanan yang hebat terhadap tafsiran literal al-Quran dan hadith, dan
agak skeptikal terhadap penggunaan akal dalam pemahaman Islam.”

Menurut Dr Hersi Mohamad Hilole (2012), Salafi Wahhabi berpegang pada aliran
salafiyah nususiyah, iaitu pemikiran salaf yang berpandukan nas dan teks semata-
mata (literalis)25.

1.2 Latar Belakang Wahhabi

Fahaman Wahhabi adalah satu fahaman atau aliran dominan yang diamalkan oleh
kebanyakan ulama al-Haramain26 yang diasaskan oleh Sheikh Muhammad bin
Abdul Wahhab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh Keluarga Diraja Bani Saud yang
kini memerintah Negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud telah memerintah semenjak
tahun 1924. Golongan Wahhabi merupakan antara tulang belakang dalam membantu
Gabenor Najd waktu itu, Imam Muhammad bin Saud dalam mendapatkan takhta di
Hijaz (kini Arab Saudi) daripada kerajaan Turki Uthmaniyah27 dengan bantuan pihak
British.

Golongan Wahhabi masa kini lebih suka menjenama diri mereka sebagai Salafi,
Salafiyah, Muwahidun (yang bermaksud ‘satu Tuhan’), Ittiba’ al-Sunnah, Ansar al-
Sunnah, Penggerak Tajdid, Kumpulan Islah, Protaz (akronim kepada Profesional
Ustaz) dan Muslim Progresif28. Mereka turut selesa menggelar diri mereka sebagai
Ahli Sunnah wal Jamaah al-Salafiyah. Mereka juga menggunakan gelaran Ahli al-
Tawhid (Ahli Tauhid) dan Ashab al-Tariqah al-Muhammadiyyah (Pendokong Jalan
Nabi Muhammad s.a.w.)29.
Dalam permasalahan fiqah, mereka dilihat cenderung kepada aliran Mazhab Hanbali,
kecuali dalam beberapa perlara tertentu, mereka memilih pendapat Sheikh al-Islam
Ibnu Taimiyah30 yang berbeza dari qaul rasmi dalam mazhab Hanbali. Namun,
berlainan pula dengan Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, beliau
menganjurkan agar di-istinbat (ditetapkan) hukum terus daripada al-Quran dan
hadith secara langsung, tanpa melihat fahaman ulama terhadap nas tersebut. Mereka
secara tidak langsung menentang berpegang kepada mazhab dan menyeru kepada
fahaman La Mazhabiyah (Tidak Bermazhab). Mereka turut mempromosikan Fiqah
Sunnah yang dilihat tidak berpegang pada mana-mana mazhab, sebaliknya dikatakan
berpaksikan semata-mata pada nas al-Quran dan Sunnah31.

Dalam sudut aqidah juga, mereka turut cenderung ke arah pemikiran Sheikh Ibnu
Taimiyah. Huraian Sheikh Ibnu Taimiyah dijadikan neraca untuk menerima dan
menolak huraian aqidah yang lain32.

1.3 Pengasas Fahaman Wahhabi

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin
Muhammad bin Ahmad bin Rasyid al-Tamimi. Beliau dilahirkan pada 1115 Hijriyah
di Desa ‘Uyainah, sebuah perkampungan kecil yang terletak di Najd, utara
Semenanjung Tanah Arab. Beliau berasal daripada Kabilah Bani Tamim. Bapa
beliau, Sheikh Abdul Wahhab bin Sulaiman al-Tamimi merupakan qadi dan mufti di
negeri itu. Datuknya pula, Sheikh Sulaiman bin Ali al-Hanbali memegang jawatan
Mufti Mazhab Hanbali di kawasan Najd. Jadi, Sheikh Muhammad bin Abdul
Wahhab berasal dari keluarga yang arif dalam mazhab Hanbali.

Pada usia 10 tahun, beliau telah menghafal al-Quran sepenuhnya. Beliau telah
mempelajari ilmu Fiqah Hanbali, Tafsir, dan Hadith daripada bapanya. Ayahnya
pernah menyuruh beliau menjadi imam semasa berusia 12 tahun.

Semenjak dari kecil lagi, beliau sememangnya amat menggemari kitab-kitab tafsir,
hadith dan Aqidah. Beliau juga lebih banyak menumpukan pembacaan kepada
manhaj salaf hasil karya Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyah dan al-Hafiz Ibnu Qayyim
al-Jauziyah.
Pengembaraan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab dapt kita bahagikan kepda
dua peringkat. Pertama, pengembaraan beliau kenegeri-negeri Hijaz. Beliau telah
pergi ke Makkah al-Mukarramah bagi menunaikan ibadah Haji. Ada yang
mengatakan bahawa Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab sempat bertemu dengan
ulama di Makkah dan belajar dengan mereka di sana. Selepas musim haji berakhir,
Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab pergi ke Madinah bagi menziarahi Masjid
Nabawi. Beliau turut mendalami ilmu agama daripada ulama Madinah al-
Munawwarah seperti Sheikh Abdullah bin Ibrahim al-Saif, Sheikh Ali Afendi al-
Daghastani, Sheikh Ismail al-‘Ajluni, Sheikh Abdul Latif al-Afaqi al-Ahsaie dan
Sheikh Muhammad Hayat al-Sindi. Beliau belajar daripada ulama-ulama Najd yang
sebahagiannya bermazhab Hanbali. Kemudian, Sheikh Muhammad bin Abdul
Wahhab pulang semula ke Najd.

Pengembaraan peringkat kedua pula bermula. Sheikh Muhammad bin Abdul


Wahhab menuju ke Iraq. Beliau menetap di sana untuk beberapa waktu dan
mendalami ilmu agama daripada ulama Basrah seperti Sheikh Muhammad al-
Mujmuey dan al-‘Allamah Malla Hamdu al-Jamili. Di sana, Sheikh Muhammad bin
Abdul Wahhab telah mempelajari falsafah isyraqiyah (iluminisme) dan tasawuf.
Kemudian, beliau ke Bandar Qom, Iran. Dalam perjalanan pulang ke Najd, beliau
telah berhenti di al-Ahsaa’ dan menetap di sana dan belajar dari Sheikh Muhammad
Abdul Latif al-Shafie.

Seterusnya, beliau telah pergi ke Dir’iyah dan menjadi tetamu kepada Abdul
Rahman bin Suwailim dan Ahmad Suwailim pada tahun 1158H. Semasa di sana,
beliau dikunjungi ramai orang bertujuan mempelajari dan mendalami ilmu agama
daripada beliau.

Pada tahun 1160H, Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab telah menandatangani
pesepakatan bersama Imam Muhammad bin Saud untuk menggabungkan dua kuasa
bagi membentuk sebuah kerajaan. Dua kuasa yag dimaksudkan ialah kuasa agama
yang diketuai Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan kuasa politik yang menjadi
milik keluarga al-Saud yang diketuai Imam Muhammad bin Saud.
Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab menjadi sumber rujukan muktamad bagi
sebarang keputusan yang diambil dalam kerajaan. Pada 1188M, Sheikh Muhammad
bin Abdul Wahhab menyerahkan kuasa kepada Imam Abdul Aziz bin Muhammad
al-Saud. Namun, kuasa keagamaan, pendidikan dan kehakiman masih dipegang oleh
Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Beliau menghabiskan kehidupannya dalam usaha menentang bidaah dan


menyatupadukan bangsa Arab serta memegang kuasa keagamaan di Arab Saudi.
Beliau meninggal dunia pada 1206H/1792M.33

Beliau merupakan seorang ulama pembaharuan yang mengetuai gerakan Wahhabi,


sebuah gerakan yang dianggap lebih konservatif daripada manhaj Salaf sebenar.34

1.4 Tokoh Ulama Beraliran Wahhabi

1.4.1 Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani35

Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani merupakan seorang sarjana Islam yang


berpengaruh pada abad ke-20. Beliau lebih dikenali sebagai Sheikh al-Albani. Beliau
dilahirkan pada 1914 dan meninggal dunia pada 1 Oktober 1999. Kepakaran beliau
adalah dalam bidang Hadith dan Fiqah. Beliau turut aktif dalam bidang penulisan
dan memberi ceramah. Beliau digelar ‘Al-Muhaddtih’ oleh pengikut beliau.

1.4.2 Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz36

Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz atau lebih dikenali sebagai Ibn Baz atau
Ben Baz merupakan seorang tokoh agama yang terbekas Mufti Kerajaan Arab Saudi.
Beliau dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi pada 12 Zulhijjah 1330 Hijriyah. Beliau
merupakan seorang yang buta kedua-dua matanya.

1.4.3 Sheikh Muhammad bin Soleh bin Muhammad al-Uthaimin37

Sheikh Muhammad bin Soleh bin Muhammad al-Uthaimin al-Tamimi merupakan


seorang ulama dari Arab Saudi. Beliau telah menghafal al-Quran sejak usia muda
dan belajar ilmu agama dengan Sheikh Bin Baz, Sheikh Abdul Rahman al-Sa’di, dan
Sheikh Muhammad al-Shanqiti.

1.4.4 Sheikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan38

Sheikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan merupakan seorang ulama dari Riyadh
Berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Fiqah dari Universiti Imam
Muhammad Saud, Arab Saudi. Belajar ilmu agama dengan Sheikh Bin Baz, Sheikh
Muhammad al-Shanqiti dan Sheikh Abdulah al-Humaid.
TOPIK DUA
CIRI-CIRI FAHAMAN WAHHABI
TOPIK DUA: CIRI-CIRI FAHAMAN WAHHABI39

2.1 Fahaman Wahhabi dari sudut Aqidah

2.1.1 Tauhid Tiga Serangkai

Pengikut fahaman Wahhabi membahagikan Tauhid kepada tiga bahagian. Tauhid


yang dimaksudkan ialah Tauhid Uluhiyah, Tauhid Rububiyah, dan Tauhid Asma’ wa
Sifat.

2.1.1.1 Tauhid Uluhiyah

Uluhiyah berasal daripada kata alaha, ya’lahu, ilahan, uluhiyyah. Menurut Prof. Dr.
Yusuf al-Qaradhawi, Tauhid Uluhiyah bermaksud mengesakan Allah dari sudut
pengabdian, ketundukan, dan ketaatan semutlaknya. Tidak akan terlaksana tuntutan
al-Tauhid tanpa pelaksanaan Tauhid Uluhiyah. Menurut Sheikh Muhammad bin
Abdul Wahhab, Tauhid Uluhiyah ialah mentauhidkan perbuatan Allah seperti
mencipta, membekalkan rezeki, menghidupkan, mematikan, menurunkan hujan, dan
menatur semua urusan40. Menurut Abdul Wahab Zakaria (1992), Tauhid Uluhiyah
ialah mengakui hanya Allah s.w.t sahajalah yang wajib disembah oleh makhluk,
tiada kepada yang lain. Kepada-Nyalah tempat memohon doa dan beribadah.
Penyembahan kepada yang lain akan membawa ke Neraka41.

2.1.1.2 Tauhid Rububiyah

Rububiyah berasal daripada kata rabba, yarbiy, rububiyah. Menurut Sheikh


Muhammad bin Abdul Wahhab, Tauhid Rububiyah ialah mentauhidkan Allah dalam
segala perbuatan seperti berdoa, berharap, berasa takut, memohon perlindungan,
berasa rendah diri dan takzim42. Menurut Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyah dalam
Majmu’ al-Fatawa Ibn Taimiyah, Tauhid Rububiyah ialah mengakui bahawa Allah
adalah Rabb, tuan kepada sesuatu, pemilik dan penciptanya. Menurut Abdul Wahab
Zakaria (1992), Tauhid Rububiyah ialah beriktiqad bahawa Allah s.w.t sahajalah
Tuhan yang menguasai manusia dan sekalian makhluk, memberi rezeki, mentadbir,
mencipta dan memelihara alam ini seluruhnya43.
Sheikh Ibnu Taimiyah juga menjelaskan bahawa Tauhid Rububiyah juga turut diakui
oleh kaum Musyrikin. Ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t:

44 …        

Maksudnya:
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?"
Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".

Walau bagaimanapun, tegas Sheikh Ibnu Taimiyah, seseorang yang masih berpegang
bahawa Tauhid Rububiyah adalah kemuncak kepada tuntutan Tauhid masih belum
sempurna Islamnya, apa lagi untuk menjadikan mereka sebagai wali-wali Allah45.

2.1.1.3 Tauhid Asma’ wa Sifat

Menurut Sheikh Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan dalam kitab Tauhid
karangan beliau, Tauhid Asma wa Sifat bermaksud kepada nama-nama Allah dan
sifat-sifatnya, sebagaimana yang diterangkan dalam al-Quran dan Hadith berkenaan
apa yang disandarkan kepada Allah, tanpa sebarang takwil, taktil, takyif dan tamsil.

Ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t:

46       …

Maksudnya:
“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan
pentadbiran-Nya) dan Dialah yang maha mendengar, lagi maha melihat.”

Menurut Abdul Wahab Zakaria (1992), Tauhid Asma wa Sifat ialah beriktiqad
bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang mutlak dari segala
segi dan tidak ada sekutu bagi-Nya di mana-mana pihak pun47.
2.1.2 Menyesatkan Ahli Sunnah aliran al-Asha’irah dan al-Maturidiyah

Golongan Wahhabi secara amnya menganggap pengikut Ahli Sunnah wal Jamaah al-
Asha’irah dan al-Maturidiyah sesat dan langsung tidak menerima kelompok Ahli
Nazor sedangkan secara hakikinya, Ahli Nazor48 juga diterima oleh al-Asha’irah dan
al-Maturidiyah kerana mereka juga menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai
panduan.

Sheikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan pernah ditanya, “Apakah Asha’irah dan
aturidiyah termasuk dalam Ahli Sunnah?” Beliau menjawab, “Mereka tidak
termasuk dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Tidak ada seorang pun yang
menggolongkan mereka dalam kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka memang
menamakan diri mereka sebagai Ahli Sunnah, akan tetapi mereka bukan Ahli
Sunnah.49

2.1.3 Mengkritik Pengajian Tauhid Sifat 20

Kebanyakan pengikut fahaman Wahhabi memberi kritikan yang tegas terhadap


pengajian tauhid silam, iaitu pengajian tauhid sifat 20. Mereka mendakwa pengajian
tauhid Islam tersebut berasal dari golongan ahli falsafah Yunani. Mereka secara tidak
langsung telah mengkafirkan umat Islam yang mengikuti pengajian tersebut.

2.1.4 Membahaskan ayat-ayat Mutasyabihat

Golongan Wahhabi gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat50 dan


membahaskan perihal istiwa’ Allah s.w.t, di mana Allah s.w.t, dan lain-lain ayat
mutasyabihat dengan menerima ayat-ayat tersebut secara zahir sahaja. Mereka juga
mencerca golongan yang membuat pentakwilan terhadap ayat-ayat tersebut. Mereka
akhirnya secara tidak langsung terjebak ke kancah golongan Mujassimah dan
Musyabbihat51.
2.1.5 Meletakkan isu fiqah dalam bab aqidah

Golongan Wahhabi juga sering meletakkan isu-isu fiqah ke dalam bab aqidah,
seperti tawassul dan istighathah seterusnya mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-
amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Mereka juga mensyirikkan amalan yang
tidak dipersetujui seperti Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyah.

2.1.6 Mengkritik tasawuf dan tarekat

Golongan Wahhabi suka mengkritik aliran tasawuf dan tarekat, Ada antara mereka
yang mengkafirkan terus pengikut tasawuf. Sheikh Ali bin Muhammad bin Sinan,
seorang tokoh Wahhabi dalam kitabnya, Al-Majmu’ al-Mufid min Aqidah al-Tauhid
telah berkata:
“Perangilah golongan sufi dahulu sebelum kamu memerangi Yahudi.
Sesungguhnya sufi itu adalah roh Yahudi”

2.2 Fahaman Wahhabi dari Sudut Ibadah

2.2.1 Kritis terhadap mazhab fiqah

Golongan Wahhabi amat kritikal terhadap mazhab fiqah terutama empat mazhab
fiqah yang muktabar52. Mereka menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu
mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqah
campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqah Sunnah.

2.2.2 Tiga golongan Mukallaf

Golongan Wahhabi juga membahagikan Mukallaf kepada tiga golongan iaitu,


Mujtahid, Muttabi’ dan Muqallid. Mereka mencerca golongan muqallid. Mereka
mengkritik muqallid kerana bagi mereka, jika seseorang mengikut seorang imam
mesti besertakan dalil, walaupun sebenarnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

Ini sebenarnya bertentangan dengan ulama muktabar. Ulama Usul Fiqah


menerangkan bahawa ijtihad adalah tidak dilarang manakala taqlid adalah haram ke
atas para mujtahid. Manakala orang awam yang tidak berkeahlian berijtihad
sekalipun seorang yang alim adalah wajib bertaqlid53. Pandangan ini merupakan
pandangan jumhur ulama dan inilah pandangan yang ditarjihkan oleh kebanyakan
ulama semasa54.

2.2.3 Membangkitkan isu-isu Cabang

Golongan Wahhabi gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama


dibahaskan oleh ulama terdahulu. Antara isunya ialah tahlil, talqin, bacaan qunut
ketika solat Subuh, zikir berjemaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat,
ziarah makam anbiya’ dan auliya’, sambutan Maulid Nabi dan sebagainya.

2.2.4 Mudah membidaahkan sesuatu perkara

Golongan Wahhabi gemar untuk membuat tuduhan bidaah terhadap apa yang mereka
tidak persetujui. Ini kerana, mereka menganggap hujah yang tidak seiring dengan
mereka adalah hujah yang lari dari Sunnah Rasulullah s.a.w. Semua bidaah bagi
mereka adalah sesat dan akan menjerumus ke dalam neraka. Mereka menyalah tafsir
kata-kata Imam al-Syatibi berkenaan Bidaah.

Kata Imam al-Syatibi:

ٌ‫البِ ْد َعةُ طَ ِريْـ َقةٌ ِ ْيف الدِّيْ ِن ُمُْتَـَر َعة‬


Maksudnya:
“Al-Bid’ah adalah satu jalan dalam agama yang direka.55”

Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari
sudut bahasa.

Sedangkan, para fuqaha’ Usul Fiqah ada menyebutkan al-Tark ialah apa-apa yang
tidak dilakukan Rasulullah s.a.w atau yang ditinggalkan Baginda s.a.w.
Ia termasuk dalam kaedah:

‫الرتك ال ينتج حكما‬


Maksudnya:
“At-Tark tidak menghasilkan hukum”

dan juga kaedah :

‫الرتك ال يقتضي حترميه‬


Maksudnya:
“At-Tark tidak semestinya menunjukkan keharamannya”

Kaedah-kaedah ini membawa maksud sesuatu amalan yang tidak dilakukan oleh
Nabi , tidaklah semestinya haram/ tidak boleh dilakukan. Jika tidak terdapat nas yang
menunjukkan haram atau halalnya sesuatu perkara, hukumnya adalah harus/ bukan
haram atau bukan Bidaah Dhalalah.

Perkara tersebut dikira haram/tidak boleh dilakukan sekiranya56:


1. Ada ancaman berupa seksaan jika melakukan amalan itu
2. Amalan itu dikecam oleh syarak
3. Hukuman disediakan jika amalan itu dilakukan, dan
4. Ada lafaz yang mengharamkan perkara atau amalan itu.

2.2.5 Berpegang pada pendapat yang mempunyai dalil yang zahir

Golongan Wahhabi hanya berpegang pada suatu pendapat dalam hukum fiqah
sekiranya mempunyai dalil yang zahir sahaja. Mereka juga suka meminta untuk
mengemukakan dalil dari al-Quran dan hadith seolah-olah mereka dapat membuat
perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarkan dalil yang
dijumpai.
TOPIK TIGA
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN WAHHABI
DI MALAYSIA
TOPIK TIGA: FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN WAHHABI DI
MALAYSIA

3.1 Faktor Individu

Faktor pertama adalah faktor individu itu sendiri. Pertama, ilmuwan muda masa kini
terlalu taksub dan teruja dengan ilmu yang mereka perolehi. Mereka membawa
pulang pemahaman yang mereka pelajari daripada tuan-tuan guru mereka tanpa
mempedulikan faktor waqi’iyah (realiti) setempat.

Selain itu, mereka tidak menjaga disiplin adab dan akhlak ilmu tersebut, sehinggakan
timbul perselisihan yang amat rumit. Prinsip ‘Salamah al-Sadr’ (berlapang dada)
dalam perselisihan yang berlaku tidak diterapkan dalam diri mereka. Seharusnya
mereka berpegang pada prinsip memanfaatkan persamaan dan berlapang dada
terhadap sebarang perbezaan pendapat. Kaedah serta hujah daripada pelbagai aliran
dan disiplin ilmu dengan mengutamakan semangat ukhuwah islamiyah yang tinggi.

3.2 Faktor Media

Kita bahagikan faktor media kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah media
cetak. Pada pengamatan penulis, terdapat beberapa buah syarikat penerbitan yang
tidak mempunyai dasar editorial yang jelas kepada pendekatan wasatiyah Ahli
Sunnah wal Jamaah. Dasar editorial mereka longgar dan tidak berprinsip. Ini
sekaligus dapat membiarkan aliran Wahhabi ini berleluasa di Malaysia dengan baik.

Sikap sesetengah syarikat penerbitan yang jelas ingin memperoleh keuntungan


maksimum tanpa cakna tentang isu aqidah ini amat mengecewakan. Antara syarikat
penerbitan yang terlalu longgar dalam penerbitan ialah Penerbitan Jahabersa.
Penerbitan Jahabersa jelas bermotifkan keuntungan semata-mata. Ini dapat dilihat
pada laman sesawang rasmi milik mereka57 seperti di bawah:

“Selamat datang ke laman web rasmi Perniagaan Jahabersa. Kami adalah


penerbit buku-buku, khususnya buku-buku agama Islam. Kami di Perniagaan
Jahabersa berusaha bersungguh-sungguh untuk menerbitkan bahan-bahan
yang sahih dan tulen demi keperluan umat Islam yang dahagakan ilmu
agama. Harga buku-buku kami juga berpatutan dan mampu dimiliki oleh
semua lapis masyarakat. Kebanyakan buku-buku terbitan Jahabersa boleh
didapati dalam dua edisi: edisi murah bagi individu dan edisi mewah bagi
perpustakaan.

Manakala contoh syarikat yang tidak mempunyai dasar editorial yang jelas ialah
Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd58 dan Mustread Sdn Bhd59.

Selain itu, pihak mereka juga berusaha menyuntik virus ekstremis agama dalam
penulisan ruangan rencana dan pojok dalam akhbar. Antara ruangan yang disediakan
khusus untuk mereka adalah kolum “Minda” dalam akhbar Harian Metro, kolum
“Renungan Hujung Minggu” dan “Annasihah” dalam akhbar Sinar Harian, dan
kolum “Soal Jawab Agama” dalam akhbar Mingguan Malaysia.

Sebaliknya, pujian harus diberikan kepada beberapa syarikat penerbitan yang


mempunyai dasar editorial yang berpegang, atau cenderung untuk berpegang kepada
pendekatan wasatiyah Ahli Sunnah wal Jamaah. Antara syarikat penerbitan tersebut
ialah Pelima Media Sdn Bhd60, Galeri Ilmu Sdn Bhd61 dan Telaga Biru Sdn Bhd62.

Dasar editorial Pelima Media Sdn Bhd jelas dilihat pada setiap kulit muka buku
terbitan mereka. Pihak Pelima Media Sdn Bhd menjelaskan63:

“Demi menjaga kesahihan ilmu dan kemurnian amal, keutuhan kefahaman


dan kesejahteraan akhlak Islami, Pelima Media menetapkan dasar editorial
kepada sumber ilmu yang jelas dan benar, berpaksikan kepada pegangan
majoriti umat Islam iaitu dengan Mazhab Tauhid aliran Asya’iroh/al
Maturidiyyah, Feqah Mazhab Syafie (bermazhab) dan Tasauf Imam Al
Ghazali (yang sealiran dengannya).”

Galeri Ilmu Sdn Bhd turut menjelaskan pendirian mereka seperti berikut dalam
Majalah Q&A64:
Q&A adalah sebuah majalah yang mengajak pembaca membesarkan Allah
SWT dan syariat-Nya.

Q&A menjawab persoalan kehidupan seharian anda berdasarkan Al-Quran


dan As-Sunnah.

Q&A melaksanakan pendekatan yang responsif dan interaktif

Q&A dikuatkan pandangan ulama muktabar lagi amilin, berdasarkan


disiplin dan tradisi ilmu yang mantap

Q&A membantu meluruskan fikiran dan menjernihkan hati

Q&A memberi kupasan menarik dan mudah

Q&A dipersembahkan dalam rekabentuk yang simple, tetapi menarik.

Inilah Q&A: Jadikan ia rujukan kehidupan dan penerokaan ilmu dalam


bentuk soal dan jawab berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang pertama
di Malaysia.

Telaga Biru Sdn Bhd juga menjelaskan pendirian wasatiyah mereka dalam majalh
Al-Ustaz terbitan mereka seperti berikut65:

“Manhaj kami berdiri atas akidah ahli Sunnah khususnya akidah Asy’ariyah
yang merupakan akidah utama umat Islam. Manakal dari sudut pengamalan
mazhab, ulama bersepakat atas kesahihan bertaqlid kepada mazhab empat,
khususnya mazhab imam yang besar, Imam Syafie tanpa menolak bertaqlid
kepada mazhab lain ketika berhajat seperti yang dinaskan oleh Imam Abn
Hajar al-Haitami dan al-Bajuri.”

Bahagian media kedua pula ialah media elektronik. Media Elektronik pula terbahagi
kepada dua, iaitu media maya dan media perdana. Pada pengamatan penulis,
kelompok Wahhabi didapati lebih cenderung dalam media maya berbanding media
perdana. Ini kerana, kemungkinan suara mereka kurang mendapat perhatian dari
pihak pemilik syarikat media perdana. Namun, kreativiti mereka dalam menyebarkan
pemikiran mereka amat strategik. Mereka menguasai laman sosial, laman sesawang
dan dibantu oleh ramai pendakwah kader mereka yang turut sama aktif dalam laman
sesawang, laman blog dan lama-laman sosial.

3.3 Faktor Organisasi

Kelompok Wahhabi di Malaysia mempunyai pelbagai cara untuk menyebarkan


pemikiran mereka. Mereka mempunyai satu organisasi yang kemas dan teratur,
seperti penubuhan Seketariat Ilmuwan Muda Malaysia atau dikenali sebagai iLMU.
Mereka melakukan kerja-kerja seperti mengurus banyak laman sesawang seperti
laman rasmi Sekretariat Ilmuan Malaysia dan 1aqidah.net, menguasai laman forum
alam maya seperti Al-Fikrah.net, menyebarkan pemikiran melalui laman sosial
seperti Facebook dan pelbagai lagi cara.

Selain itu, organisasi mereka juga telah membina institusi pendidikan yang
memfokuskan pemikiran Salafiyah. Antaranya ialah Maahad Ittiba’ al-Sunnah di
Negeri Sembilan, Institut al-Qayyim di Pulau Pinang dan Universiti Antarabangsa
Madinah (Medina International University) di Selangor. Mereka turut menguasai
Jawatankuasa Fatwa Negeri seperti di negeri Perlis. Perlis merupakan satu-satunya
Negeri di Malaysia yang keputusan fatwanya tidak terikat dengan mana-mana
mazhab66.

Di samping itu, mereka juga bergerak dalam parti-parti politik dan badan-badan
bukan kerajaan (NGO) yang sekaligus berusaha mengukuhkan pemikiran mereka
kepada masyarakat Malaysia.

3.4 Faktor Kerajaan

Kerajaan juga memberi impak yang positif dalam penyebaran fahaman ini. Ia
ditambah dengan kenyataan daripada keputusan mesyuarat Panel Kajian Aqidah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kali ke-14 terhadap fahaman Wahhabi.
Menurut akhbar Sinar Harian67,
“Kerajaan menyifatkan fahaman Wahabi tidak sesat, namun ianya tidak
sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada
perpecahan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom


berkata, pendirian itu dibuat hasil daripada rundingan beberapa kali dengan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.”

Golongan yang berfahaman Wahhabi ini berpegang pada klausa “fahaman Wahabi
tidak sesat”. Namun, mereka menyembunyikan klausa seterusnya “ianya tidak sesuai
diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat
Islam”.
TOPIK EMPAT
BANTAHAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
TERHADAP FAHAMAN WAHHABI
TOPIK EMPAT: BANTAHAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TERHADAP
FAHAMAN WAHHABI68

4.1 Perihal Allah bersemayam

Golongan Wahhabi telah menyamatarafkan Allah s.w.t dengan makhluk. Mereka


mengatakan bahawa, ‘Allah duduk di atas Kursi’69. Ini dapat dibuktikan daripada
kitab Fathul Majid karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Muhammad bin Abdul
Wahhab.

Menurut ulama Ahli Sunnah wal Jamaah, mereka mengatakan bahawa menganggap
dan mendakwa Allah s.w.t duduk atau bersemayam di atas Arasy mahupun di atas
Kursi dikira kafir. Ini kerana perbuatan atau sifat itu adalah sifat makhluk. Allah
maha suci daripada duduk dan bersemayam70.

4.2 Bertawassul ke atas Nabi

Sheikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan mendakwa bahawa bertawassul dengan


kemuliaan Rasulullah s.a.w adalah haram71.

Fatwa ini telah ditentang oleh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah. Ulama ASWJ
mengatakan umat Islam dibolehkan berdoa:

‘Ya Allah, dengan kemulian Nabi Muhammad s.a.w, sembuhkanlah daku’.

Ini berdasarkan hadith doa ketika keluar masjid sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w,

‫اللهم إين أسألك حبق السائلني عليك‬


Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dengan berkat kebenaran
orang yang meminta kepada-Mu”72
4.3 Bermusafir untuk menziarahi maqam Rasulullah.

Sheikh Ibn Baz mendakwa bahawa haram bermusafir untuk menziarahi maqam
Rasulullah walaupun bagi mereka yang mengerjakan haji, dan juga berjauhan dari
Madinah73.

Fatwa ini telah ditentang oleh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah. Ulama ASWJ
mengatakan amalan tersebut adalah dibolehkan dan digalakkan dalam Islam. Ini
adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

‫من جاءين زائراال يهمه إال زياريت كان حقا علي أن أكون له شفيعا‬
Maksudnya:
“Sesiapa yang menziarahiku dan tidaklah niatkan kecuali menziarahiku,
sesungguhnya dia berhak memperoleh syafaatku.”74

4.4 Janggut lelaki

Sheikh Ibn Baz mendakwa bahawa haram bagi lelaki memotong janggut walaupun
sedikit pada semua keadaan75.

Fatwa ini telah ditentang oleh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah. Ulama ASWJ
mengatakan bahawa memendekkan janggut yang panjang agar kelihatan kemas
adalah diharuskan. Ini adalah berdasarkan perbuatan Saidina Ibn Umar yang pernah
menggenggam janggut dan memotong janggutnya yang melebihi genggamnya76.

4.5 Nisfu Syaaban

Sheikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan mengatakan bahawa hukum mengkhususkan


solat dan puasa pada nisfu (pertengahan) bulan syaaban adalah Haram77.

Fatwa ini telah ditentang oleh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah. Ulama ASWJ
mengatakan mengkhususkan puasa pada nisfu Syaaban dengan mengerjakan solat
pada malamnya ialah Harus. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah yang
bermaksud:
“Apabila tiba nisfu Syaaban, maka bangunlah pada malamnya (qiyamulail)
dan berpuasalah pada siangnya.”78

4.6 Menziarahi kubur bagi wanita

Sheikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin mendakwa:

“Ziarah kubur bagi wanita itu adalah haram, dikira dosa besar walaupun
menziarahi kubur Rasulullah s.a.w79”

Fatwa ini telah ditentang oleh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah. Ulama ASWJ
mengatakan bahawa diharuskan bagi wanita menziarahi kubur Nabidan kubur umat
Islam yang lain. Ini berdasarkan daripada hadith di mana Saidatina Aisyah bertanya
kepada Rasulullah s.a.w:

“Apakah yang perlu saya lakukan ketika menziarahi kubur?”

Maka Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya80:


“Ucaplah:

‫السالم على أهل الديار من املسلمني واملؤمنني‬

4.7 Perihal Allah bertempat dan berjisim

Golongan Wahhabi telah menyamatarafkan Allah s.w.t dengan makhluk. Mereka


mengatakan bahawa, ‘Allah duduk menetap di atas Arasy dengan Zat-Nya81. Ini
dapat dibuktikan daripada kitab Nazarat wa Ta’aqubat ala mafi Kitab al-Salafiyah
karangan Sheikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan.

Fatwa ini telah ditentang oleh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah. Ulama ASWJ
mengatakan bahawa sesuatu yang menetap sama ada ia serupa dengannya ataulebih
besar atau kecil adalah bersifat jisim yang mempunyai kadar tertentu. Sedangkan
Allah s.w.t adalah maha suci daripada unsur berjisim dan bertempat82.

Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah83:

‫كان اهلل ومل يكن شيء غريه‬


Maksudnya:
“Allah itu wujud pada azal (ada-Nya tanpa permulaan), dan belum wujud
sesuatu selain-Nya84”

4.8 Perihal Allah Menyerupai Makhluk

Sheikh Hamad al-Tuwaijiri telah mendakwa dalam kitabnya bahawa Allah s.w.t
mencipta manusia sama dengan rupa bentuk-Nya85.

Fatwa ini telah ditentang oleh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah. Ulama ASWJ
mengatakan bahawa Allah tidak menyerupai manusia kerana Dia Pencipta segala-
galanya dan Pencipta itu tidak menyamai apa yang diciptakan (makhluk). Allah
bukanlah Zat yang bergambar berbentuk dan Dia tidak mempunyai kadar tertentu86.

Ini adalah berdasarkan firman Allah:

 ...87    

Maksudnya:
“...tiada sesuatupun yang sebanding dengan-Nya (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya,
dan pentadbiran-Nya)... “

4.9 Membaca al-Quran secara berlagu

Golongan Wahhabi mendakwa membaca al-Quran secara berlagu adalah bidaah


yang sesat menyerupai hukum bermain peralaan muzik yang haram88.
Fatwa ini telah ditentang oleh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah. Ulama ASWJ
mengatakan bahawa membaca al-Quran dengan berlagu yang dibenarkan syarak
adalah Sunat.

Ini adalah berdasarkan firman Allah:

89         

Maksudnya:
“Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam
dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila
Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan
Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu”

4.10 Mentakwil Ayat Mutasyabihat90

Fahaman Wahhabi menyifatkan Ahli Sunnah wal Jamaah yang mentakwil ayat
mutasyabihat sebagai golongan perosak. Hampir kesemua buku-buku fahaman
Wahhabi menganggap takwil merupakan satu penyelewengan. Hal ini ada disebut
oleh Sheikh al-Uthaimin dalam kitabnya, Qawaid al-Mithliy.

Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah pula berpendapat boleh ditakwilkan ayat-ayat al-
Quran dan hadith Rasulullah yang berbentuk mutasyabhat selagi mana takwil
tersebut tidak bercanggah dengan al-Quran dan sejajar dengan bahasa Arab. Ini
kerana Sebahagian ulama Salaf termasuk Abdullah ibn Abbas r.a turut mentakwil
ayat mutasyabihat.

Rasulullah s.a.w pernah berdoa kepada Abdullah ibn Abbas dengan doa:

‫اللهم علمه احلكمة وتأويل الكتاب‬


Maksudnya:
“Ya Allah, alimkanlah dia hikmah dan takwil al-Quran91”
PENUTUP
PENUTUP

Perselisihan dan perbezaan pendapat antara golongan Wahhabi dan Ahli Sunnah wal
Jamah yang lain merupakan khilaf dalam perkara cabang Aqidah yang perlu
diperuntukkan toleransi terhadapnya. Ini kerana masing-masing mempunyai hujah
yang tersendiri. Perbezaan ini bukanlah merupakan pertembungan prinsip yang tidak
wujud ruang toleransi di dalamnya.

Sheikh Ibnu Taimiyah sendiri mendakwa percanggahan pendapat hanyalah variasi


pandangan yang sihat. Ia perlu disulam dengan sifat hormat-menghormati dan
meraikan pandangan masing-masing92. Sheikh Muhammad Abu Zuhrah turut
mendakwa bahawa perbezaan pandangan ulama dalam hal seperti ini tidaklah sampai
ke tahap mengkafirkan pihak yang bercanggah pandangan 93. Seharusnya sifat
meraikan antara mana-mana aliran Ahli Sunnah wal Jamaah perlu diberi perhatian
yang serius.

Ini adalah kerana, didapati adakalanya perdebatan ini bertukar daripada perdebatan
sihat kepada yang sebaliknya. Hasil dari itu, kami ingin mengambil peluang bagi
berkongsi nasihat berguna daripada Dr. Zaharuddin Abd Rahman berkenaan
perbezaan aliran ini. Golongan ilmuan muda hari ini perlu memainkan peranan,
Antaranya:

1. Tidak cepat menghukum. Sebaliknya perlulah memahami perjuangan aliran


ini dengan baik
2. Menjaga asas dan adab serta bersabar dalam perdebatan dan perbincangan.
3. Memahami hujah, kondisi, kesediaan masyarakat setempat.
4. Merujuk sesuatu isu dari sumber rujukan sama ada kitab yang benar-benar
mewakili mazhab itu. Jika mazhab Shafie, maka perlulah dirujuk kitab utama
yang telah disepakati oleh ribuan ulama Shafie silam seperti Tuhfatul Muhtaj,
Mughni al-Muhtaj, Fath al-‘Aziz, al-Risalah dan al-Umm. Ini antara kitab
utama yang mesti dipastikan rujukan bagi mendapatkan satu fatwa yang
mewakili mazhab Shafie.
5. Bersikap terbuka dan beradab dalam menilai pandangan-pandangan ulama
lain dan dalil bagi setiap fatwa mereka.
Justeru, ilmuan muda dan dewasa seharusnya meneliti di mana punca temu dan
tembung antara aliran ini. Jika diteliti, kita akan dapati kedua-dua mereka bertemu
dalam banyak perkara, terutamanya, bertemu dalam niat baik yang ingin
disumbangkan kepada masyarakat.

Niat kedua-dua aliran Salafi dan Sunni ini lebih elok jika kita insafi dari asyik
berbicara tentang perselisihan mereka. Akibat peselisihan yang semakin buruk,
muncul tuduhan dari kedua-dua kumpulan bahawa orang sana tidak lain hanya ingin
menyesatkan dan memecahbelahkan orang ramai. Masing-masing menuduh antara
satu sama lain sebagai punca masalah tanpa sedar lagi kemungkinan dirinya adalah
silap.

Justeru, kita dapat lihat inilah perjuangan mereka semua niat adalah baik, cuma
mereka berbeza dalam bentuk pergerakan, penentuan keutamaan dan manhaj94.

Sebagai pengakhiran, semoga penulisan ini diberkati dan dapat memberi manfaat
kepada semua. Wassalam.

Wallahu a’lam.
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI

Al-Quran, Tafsir dan Terjemahan

Al-Quran Al-Karim, bi al-Rasm al-Uthmani, Mushaf Syria. Damascus: Maktabah


Ibn Khaldun

Abdullah Muhammad Basmieh. 1992. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada


Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri.

Kamus

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Kamus Dewan. Ed. 3. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Osman Haji Khalid, dkk. 2006. Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. Hulu Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Hadith

Al-Asqalani, Ibn Hajar. t.t. Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari. J. 13. Beirut:
Dar al-Makrifah.

Rujukan Ilmiah

Abdul Muizz. 2012. Khilaf Perselisihan Pandangan Dalam Agama. Kuala


Lumpur: Mustread Sdn Bhd.

Abdul Wahab Zakaria. 1992. ‘Gerakan Salafiyyah’. Dinamika Dakwah: Suatu


Perspektif dari Zaman Awal Islam hingga Kini. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn
Bhd.
Hashim, Ahmad Umar. 1998. Wasathiyyah al-Islam, Kaherah: Mansyurat Dar ar-
Rasysyad

Hersi Mohamad Hilole. terj. Muhammad Yusuf Khalid. 2012. Wahabi: Sesatkah
Mereka? Batu Caves: PTS Milennia Sdn Bhd

Ibnu Taimiyah. 2001. Majmuk Fatawa Ibnu Taimiyah. j.6. c.2. Mesir: Dar Wafa’
al-Mansurah.

Lumbard, Dr Joseph. Nayed, Dr Aref Ali. 2010. The 500 Most Influential Muslim
2010, Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Mohamad Fauzi Zakaria. 2007. Pengaruh Pemikiran Sayyid Qutb Terhadap


Gerakan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Mohd Shahid Talib. 2012. Wasatiah: Indahnya Hidup Besederhana. Batu Caves:
PTS Islamika Sdn Bhd

Umar Muhammad Noor. 2012. Majalah Al-Ustaz Isu No. 06. Kuala Lumpur:
Telaga Biru Sdn Bhd. Hlm. 6

Zamihan Mat Zin. 2011. Siapa Sebenarnya Wahabiy?. Selangor: Kemah Enterprise.

Kertas Kerja

Mohd Aizam Mas’ud & Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2012. Wasathiyyah Dalam
Akidah. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Fiqh Ummah 2012, anjuran
bersama Telaga Biru Sdn Bhd, ILI Dot Com Sdn Bhd dan Mantop Training &
Consultancy. 18-19 Februari, PWTC Kuala Lumpur.

Mohd Fauzi Hamat. 2010. Penolakan Al-Asha`irah Terhadap Huraian Tauhid


Rububiyyah Dan Uluhiyyah menurut Muhammad bin Abd Al-Wahhab. Kertas
kerja ini dibentangkan di Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II, anjuran
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur pada 20-22hb. Julai 2010.

Wan Suhaimi Wan Abdullah. 2010. Pendekatan Wasatiyyah Al-Ash‘Ariyyah


Dalam Memperkasa Dan Mempertahankan Akidah: Suatu Manifestasi Utuh
Antara Faham Literal Dan Liberal. Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar
Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II, anjuran Jabatan Akidah dan Pemikiran
Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 20-22hb.
Julai 2010.

Zaidi Hassan. 2010. Suatu Perspektif Dalam Memahami Gerakan Wahabi. Kertas
kerja ini dibentangkan di Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II, anjuran
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur pada 20-22hb. Julai 2010.

Laman Web

Al-Asha’irah. Sheikh Al-Azhar menganggap Salafiyin sebagai Khawarij Masa Kini.


2011. http://al-ashairah.blogspot.com/2011/04/sheikh-al-azhar-mengganggap-
salafiyyin.html. April

Bank Wahabi. Ajaran Aqidah Wahhabiyyah: Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks
Faham Ilmu Ahli Sunnah wal Jamaah. 2009.
http://bankwahabi.wordpress.com/2009/12/18/ajaran-aqidah-wahhabiyyah-satu-
pengamatan-awal-dalam-konteks-faham-ilmu-ahlissunnah-waljamaah. 18
November.

Kumpulan Karangkraf: Latar Belakang Grup Buku Karangkraf.


http://buku.karangkraf.com/latar-belakang/#.UJMBbG_MjC0

Jahabersa: http://www.jahabersa.com.my/ms
Jalan Sufi: Benarkah Wahabi diasaskan oleh Inggeris? Satu Renungan Sejarah.
http://jalansufi.com/Artikel-Sumbangan/benarkah-wahabi-di-asaskan-oleh-inggeris-
satu-renungan-sejarah. t.t

Majalah Q&A: Q&A Misi Menjernihkan Hati:


http://mymajalahqna.blogspot.com/2012/08/q-misi-menjernihkan-hati.html

Muhammad Rashidi bin Haji Wahab: Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahabi. 2009.
http://buluh.iluvislam.com/?p=41. 30 Mac

Mustread Sdn Bhd: Perihal Kami. http://www.mustread.com.my/perihal-kami.html

Mohd Rasyid Mohd Alwi Al-Asy’ari. Islam VS Wahabi & Syiah. http://www.abu-
syafiq.blogspot.com

Para Ulama Ahlul Hadits: Sheikh Sholeh bin Fauzan bin Abdullah bin Fauzan. 2007.
http://ahlulhadist.wordpress.com/2007/09/26/syaikh-shalih-ibn-fauzan-ibn-abdullah-
ibn-fauzan. 26 September

Pelima Media: Mengenai Kami. http://www.pelima.com.my/media/profil-pelima-


media-sdn-bhd/

Portal E-Fatwa. 2003. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pengharaman-buku-


buku-tulisan-saudara-rasul-dahri-yang -telah-diperakui-haram-0. 30 Disember.

Portal Rasmi Majlis Fatwa Negeri Perlis: Sejarah. http://mufti.perlis.gov.my/profil-


jabatan/sejarah

Sinar Harian: Wahabi tidak sesat tetapi tidak sesuai diamalkan di negara ini. 2011.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/wahabi-tidak-sesat-tetapi-tidak-sesuai-
diamalkan-di-negara-ini-1.7524. 24 November

Taman Ulama: Junaid Al-Baghdadi, Ulama Sufi Yang Bertasauf Mengikuti Sunnah.
http://tamanulama.blogspot.com/2007/12/junaid-al-baghdadi-ulama-sufi-yang.html
Wikipedia : Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.
http://id.wikipedia.org/wiki/Abdul_Aziz_bin_Abdullah_bin_Baz

Wikipedia : Muhammad bin Uthaymeen. http://en.wikipedia.org/wiki/Uthaymeen

Wikipedia : Nasruddin al-Albani. http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasruddin_al-Albani

Wikipedia : Wahabi. http://ms.wikipedia.org/wiki/Wahabi

Zaharuddin Abd Rahman: Satu Nasihat Buat Salafi & Khalafi Malaysia. 2006.
http://www.zaharuddin.net/politik-&-dakwah/55/218-satu-nasihat-buat-salafi-a-
khalafi-malaysia.html. 25 Disember.

Zamihan Mat Zin. http://al-ghari.blogspot.com


NOTA HUJUNG
NOTA HUJUNG

PENDAHULUAN

1
Al-Quran. Ali Imran: 102
2
Al-Suyuti, Imam Jalaluddin. Jami’ Saghir. Hadith no. 288. Hadith ini telah
diriwayatkan dalam kitab Al-Hujah karangan Imam al-Maqdisi, kitab al-Risalah al-
Asy’ariah karangan Imam Baihaqi serta diriwayatkan oleh Imam Haramain dan
selainnya tanpa sanad. Semoga sanadnya telah disebutkan di dalam kitab-kitab lain
yang tidak sampai kepada kita. Imam Suyuti adalah seorang muhaddith yang amat
masyhur dan mempunyai banyak kitab hadith termasuk himpunan hadith-hadith
palsu Al-Lali’ al-Masnu’ah, beliau tidak menjatuhkan hadith ini adalah hadith
maudhuk (palsu). Imam Suyuti berpandangan ia tetap hadith, Cuma tidak dijumpai
sanadnya yang sempurna, terdapat juga di dalam kitab Kanzul ‘Ummal hadith no.
28686. Malah hadith ini turut dianggap hadith Rasulullah s.a.w oleh Imam Malik.
Lihat Faidh al-Qadir karangan Imam Munawi, Jil. 1 m/s 270-273..
3
Jabariyah ialah satu aliran yang menganggap seseorang manusia tidak mempunyai
kuasa atas perbuatannya. Atau dengan kata lain, manusia melaksanakan
perbuatannya dalam keadaan terpaksa sama ada perbuatan baik atau jahat dengan
pilihan-Nya dan kehendak-Nya.
4
Qadariyah ialah suatu aliran yang percaya bahawa segala tindakan manusia tidak
ada campur tangan Allah s.w.t. Aliran ini berpendapat bahawa tiap-tiap orang adalah
Pencipta bagi segala perbuatannya sendiri. Ia mampu berbuat sesuatu atau
meninggalkannya dengan kehendaknya sendiri.
5
Rasul Dahri atau nama sebenarnya Rasul bin Dahri bin Saem bin Mohsen
merupakan seorang pengamal aliran Wahhabi yang amat kontroversi. Beliau tegar
menyebarkan fahaman tersebut dengan memberi ceramah dan menerbitkan buku.
Beberapa buah buku beliau telah diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang
pada 30 Disember 2003.
6
Al-Quran. Al-Baqarah: 143
7
Dr. Ahmad Umar Hashim ialah mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir.
8
Hashim, Ahmad Umar. 1998. Wasathiyyah al-Islam, Kaherah: Mansyurat Dar ar-
Rasysyad, hlm. 7.
9
Prof Dr Sheikh Ahmad Muhammad al-Tayyib merupakan Sheikh al-Azhar yang
merupakan antara jawatan agamawan tertinggi di Mesir. Beliau juga adalah Imam
Besar Masjid al-Azhar.
10
Al-Asha’irah ialah salah satu aliran Ahli Sunnah wal Jamaah dalam aqidah yang
dinisbahkan kepada Imam Abu Hasan Ali bin Ismail Al-Ashaari.
11
Al-Maturidiyah ialah salah satu aliran Ahli Sunnah wal Jamaah dalam aqidah
yang dinisbahkan kepada Imam Abu Mansur Muhammad al-Maturidi
12
Mazhab Hanafi adalah satu aliran Ahli Sunnah wal Jamaah dalam fiqah yang
dinisbahkan kepada Imam Abu Hanifah Nu’man bin Thabit.
13
Mazhab Maliki ialah satu aliran Ahli Sunnah wal Jamaah dalam fiqah yang
dinisbahkan kepada Imam Malik bin Anas
14
Mazhab Shafie ialah satu aliran Ahli Sunnah wal Jamaah dalam fiqah yang
dinisbahkan kepada Imam Muhammad bin Idris al-Shafie
15
Mazhab Hanbali ialah satu aliran Ahli Sunnah wal Jamaah dalam fiqah yang
dinisbahkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal.
16
Imam Al-Junaid Al-Baghdadi adalah salah seorang ulama sufi yang terkemuka di
wilayah Parsi (Iraq dan Iran). Beliau merupakan individu yang terawal menyusun
dan membahaskan ilmu tasawuf dengan ijtihadnya. Beliau meninggal dunia pada
297H.
17
Al-Asha’irah: Sheikh Al-Azhar meganggap Salafiyin sebagai Khawarij Masa Kini.
http://al-ashairah.blogspot.com/2011/04/sheikh-al-azhar-mengganggap-
salafiyyin.html
18
Mohd Shahid Talib. 2012. Wasatiah : Indahnya Hidup Bersederhana. Batu
Caves: PTS Islamika Sdn Bhd. Hlm. VII & 1.
19
Ibid. Hlm. 10

TOPIK SATU: PENGENALAN FAHAMAN WAHHABI

20
Kamus Dewan. Ed. 3. 1994. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
21
Ibid. Hlm. 5
22
Zamihan Mat Zin. 2011. Siapa Sebenarnya Wahabiy?. Selangor: Kemah
Enterprise. Hlm. 5
23
The Royal Islamic Strategic Studies Centre atau Pusat Kajian Strategik Islam
Diraja adalah sebuah entiti penyelidikan bebas yang dibiayai sepenuhnya oleh
Institut Diraja Aal Bait bagi Pemikiran Islam, Jordan. Ia merupakan institusi bukan
kerajaan yang bebas dan berteraskan Islam yang beribu pejabat di Amman, ibu
negara Jordan.
24
Lumbard, Dr Joseph. Nayed, Dr Aref Ali. 2010. The 500 Most Influential
Muslim 2010, Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. Hlm 14
25
Hersi Mohamad Hilole. terj. Muhammad Yusuf Khalid. 2012. Wahabi: Sesatkah
Mereka? Batu Caves: PTS Milennia Sdn Bhd. Hlm XVII
26
Al-Haramain bermaksud Dua Tanah Haram, iaitu Mekah al-Mukarramah dan
Madinah al-Munawwarah
27
Bank Wahabi: Ajaran Aqidah Wahhabiyyah: Satu Pengamatan Awal Dalam
Konteks Faham Ilmu Ahlussunnah Waljamaah.
http://bankwahabi.wordpress.com/2009/12/18/ajaran-aqidah-wahhabiyyah-satu-
pengamatan-awal-dalam-konteks-faham-ilmu-ahlissunnah-waljamaah. Pendapat ini
turut disokong dalam laman Jalan Sufi: http://jalansufi.com/Artikel-
Sumbangan/benarkah-wahabi-di-asaskan-oleh-inggeris-satu-renungan-sejarah
28
Zamihan Mat Zin. 2011. Siapa Sebenarnya Wahabiy?. Selangor: Kemah
Enterprise. Hlm. 31
29
Mohd Fauzi Hamat. 2010. Penolakan Al-Asha`irah Terhadap Huraian Tauhid
Rububiyyah Dan Uluhiyyah menurut Muhammad bin Abd Al-Wahhab. Kertas
kerja ini dibentangkan di Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II, anjuran
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur pada 20-22hb. Julai 2010.
30
Nama sebenar Ibnu Taimiyah ialah Ahmad Taqiyuddin Abu Al-Abbas ibn Al-
Syeikh Abdul Halim Ibn Abdul Salam bin Abdullah Abi Al-Qasim al-Harrani,
dikenali keluarganya dengan keluarga Ibnu Taimiyah. Lahir tahun 661 H dan wafat
tahun 728 H. Beliau digelar Sheikh Al-Islam dalam Mazhab Hanbali. Karya beliau
yang terkenal ialah Majmu’ al-Fatawa Ibn Taimiyah
31
Wan Suhaimi Wan Abdullah. 2010. Pendekatan Wasatiyyah Al-Ash‘Ariyyah
Dalam Memperkasa Dan Mempertahankan Akidah: Suatu Manifestasi Utuh
Antara Faham Literal Dan Liberal. Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar
Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II, anjuran Jabatan Akidah dan Pemikiran
Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 20-22hb.
Julai 2010.
32
Zaidi Hassan. 2010. Suatu Perspektif Dalam Memahami Gerakan Wahabi.
Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II,
anjuran Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur pada 20-22hb. Julai 2010.
33
Hersi Mohamad Hilole. terj. Muhammad Yusuf Khalid. 2012. Wahabi: Sesatkah
Mereka? Batu Caves: PTS Milennia Sdn Bhd. Hlm 5, 37
34
Wikipedia: Wahabi. http://ms.wikipedia.org/wiki/Wahabi
35
Wikipedia: Nasruddin al-Albani.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasruddin_al-Albani
36
Wikipedia: Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz:
http://id.wikipedia.org/wiki/Abdul_Aziz_bin_Abdullah_bin_Baz
37
Wikipedia: Muhammad bin Uthaymeen. http://en.wikipedia.org/wiki/Uthaymeen
38
Para Ulama Ahlul Hadits: Sheikh Sholeh bin Fauzan bin Abdullah bin Fauzan:
http://ahlulhadist.wordpress.com/2007/09/26/syaikh-shalih-ibn-fauzan-ibn-abdullah-
ibn-fauzan/

TOPIK DUA: CIRI-CIRI FAHAMAN WAHHABI

39
Dipetik dan disunting dari: Muhammad Rashidi Haji Wahab. 2009.
http://buluh.iluvislam.com/?p=41. 30 Mac.
40
Ibnu Taimiyah, Ahmad a-Harrani dan Muhammad bin Abdul Wahhab. t.t.
Majmu’at al-Tauhid. t.t. Darul Fikri. Hlm 56.
41
Abdul Wahab Zakaria. 1992. Gerakan Salafiyyah. Dinamika Dakwah: Suatu
Perspektif dari Zaman Awal Islam hingga Kini. c. 1. 137-160
42
Abdul Rahman bin Qasim al-Asimi. 1965. Al-Durar al-Saniyah fi al-Ajwibah al-
Najdiyah. c.3. juz. 2. Hlm. 35
43
Op.cit.
44
Al-Quran. Luqman. Ayat 25
45
Mohamad Fauzi Zakaria. 2007. Pengaruh Pemikiran Sayyid Qutb Terhadap
Gerakan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Jundi Resources. Hlm. 95.
46
Al-Quran. Al-Syura. Ayat 11.
47
Abdul Wahab Zakaria. 1992. Gerakan Salafiyyah. Dinamika Dakwah: Suatu
Perspektif dari Zaman Awal Islam hingga Kini. c. 1. 137-160
48
Ahli Nazor ialah golongan yang membuat penelitian dan penggunaan akal, tanpa
menyimpang dari al-Quran dan Sunnah. Mereka adalah Al-Asha’irah dan Al-
Maturidiyah.
49
_____________. tt. At-Ta’kid Musallamat Salafiyah. Hlm 19-30
50
Mutasyabihat bermaksud ayat al-Quran yang mengandungi berbagai pengertian.
51
Musyabbihat ialah satu kumpulan agama yang membandngkan Allah dengan
makhluk.
52
Mazhab Fiqah yang muktabar tersebut ialah Mazhab Shafie (nisbah kepada Imam
Muhammad bin Idris al-Shafie), Mazhab Maliki (nisbah kepada Imam Malik bin
Anas), Mazhab Hanafi (nisbah kepada Imam Abu Hanifah Nu’man bin Thabit), dan
Mazhab Hanbali (nisbah kepada Imam Ahmad bin Hanbal).
53
Nadiyah Syarif al-Umri (2004), Al Ijtihad a al Taqlid Fi al Islam, Beirut:
Muassasah al Risalah, h. 271-273.
54
Luqman Haji Abdullah. 2010. Isu-Isu Mazhab dan Khilafiyyah di Malaysia.
Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II,
anjuran Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur pada 20-22hb. Julai 2010.
55
Al-Syatibi. al-I’tisom. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Hlm. 188-211
56
As-Sayyid Abdullah bin Shiddiq al-Ghummari. Bab Husn at-Tafahhum wa ad-
Dark li Mas’alah at-Tark, Al-Bayan lima Yashghal al-Azhan. Hlm. 210

TOPIK TIGA: FAKTOR PERKEMBANGAN WAHHABI DI MALAYSIA

57
Jahabersa: http://www.jahabersa.com.my/ms
58
Grup Buku Karangkraf adalah gabungan tiga anak syarikat penerbitan buku-buku
dan novel-novel yang tersohor iaitu Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari. Setiap
penerbit masih mengekalkan imprint masing-masing tetapi dari aspek, pengurusan,
penerbitan, pemasaran dan juga penghantaran akan dikawal oleh pihak pengurusan
Grup Buku Karangkraf untuk menjamin kualiti penerbitan pada tahap tertinggi. Grup
ini menerbitkan pelbagai genre buku termasuk novel, buku pengetahuan umum, buku
agama dan buku-buku lain mengikut minat pembaca.
59
Must Read Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat penerbitan buku. Walaupun
setahun jagung usianya di arena penerbitan, Must Read telah berjaya menerbitkan
150 naskah karya dalam pelbagai genre. Must Read mentafsirkan “karya yang
bermutu” sebagai karya-karya yang merupakan “change agent” dalam kehidupan
insan. Sama ada naskah kami merupakan suatu bentuk penjernihan ilmu atau sekadar
pengkongsian pengalaman hidup atau coretan fiksyen, moga ia selalu memberi
pembaca kami suatu dimensi yang baik.
60
Pelima Media Sdn Bhd ditubuhkan pada 9 April 2009 bagi memeriahkan lagi
industri penerbitan dan percetakan di Malaysia. Bermatlamat untuk menyampaikan
mesej Islam melalui pelbagai media dalam rangka menyulam kembali nilai dan
Memperkasa Tradisi Hidup Para Salafussoleh ke dalam masyarakat dengan
mengoptimumkan pengunaan sumber kehidupan untuk membentuk nilai diri terbaik
pada pandangan Allah s.w.t; dan Memperkasa diri insani dengan kemantapan sikap
dan kemahiran diri yang tinggi dalam agenda membina kebaikan dan kemajuan
hidup bermasyarakat di dunia.
61
Galeri Ilmu Sdn Bhd percaya perubahan mampu dijana melalui pendidikan.
Justeru, Galeri Ilmu Sdn Bhd terpanggil memperkayakan khazanah pendidikan
dengan bahan-bahan bacaan berkualiti yang menarik dan mendidik khususnya untuk
memperkukuhkan institusi kekeluargaan demi keutuhan Negara dan ummah.
62
Telaga Biru Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1997. Diasaskan oleh Tuan Hj.
Waharp Yusoff yang mempunyai pengalaman melebihi 30 tahun dalam industri
muzik dan audio visual. Penubuhannya adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu
pengetahuan bagi santapan minda dan rohani melalui sumber–sumber berbentuk
lisan, audio dan visual yang disampaikan melalui kaset, CD, VCD, buku dan
majalah. Usaha ini dibuat agar Muslimin dan Muslimat dapat manfaatkan ilmu yang
diperoleh untuk membentuk fikrah yang murni di samping mendekatkan diri kepada
Allah dan rasul-Nya
63
Pelima Media: Mengenai Kami. http://www.pelima.com.my/media/profil-pelima-
media-sdn-bhd/
64
Majalah Q&A: Q&A Misi Menjernihkan Hati:
http://mymajalahqna.blogspot.com/2012/08/q-misi-menjernihkan-hati.html
65
Umar Muhammad Noor. 2012. Majalah Al-Ustaz Isu No. 06. Kuala Lumpur:
Telaga Biru Sdn Bhd. Hlm. 6
66
Hal ini dinyatakan dalam portal rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis sebagai Dasar
Penggubalan Fatwa.

“Sistem atau dasar untuk mengubal fatwa yang dilakukan di Negeri Perlis
adalah berlainan sedikit dengan Negeri-negeri Melayu lain. Di Perlis,
Jawatankuasa Syariah hendaklah mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah
s.a.w dan tidak semestinya mengikut mana-mana mazhab yang tertentu.
Keputusan hukum hendaklah berpandu kepada suara yang terbanyak.

67
Sinar Harian: Wahabi tidak sesat tetapi tidak sesuai diamalkan di negara ini. 2011.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/wahabi-tidak-sesat-tetapi-tidak-sesuai-
diamalkan-di-negara-ini-1.7524. 24 November

TOPIK EMPAT: BANTAHAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TERHADAP


FAHAMAN WAHHABI

68
Dipetik dan disunting dari: Zamihan Mat Zin. Siapa Sebenarnya Wahabiy?.
Selangor: Kemah Enterprise.
69
Abdul Rahman bin Hasan bin Muhammad bin Abdul Wahhab. Fathul Majid.
Riyadh: Darul Salam. Hlm. 356.
70
op. cit. Hlm. 157
71
Al-Fauzan, Soleh bin Fauzan. Al-Tauhid. Riyadh. Hlm. 70.
72
Hadith Riwayat Ibnu Majah
73
Ibn Baz. Tahqiq wa al-Idhoh li Kathir min Masail al-Haj. Hlm. 88, 90, 98.
74
Hadith Riwayat Tabrani
75
Ibn Baz. Tahqiq Wa Idhoh Li Kathir Min Masail Al-Haj Wa Al-Umrah. Hlm. 16
76
Riwayat Abu Daud.
77
Al-Fauzan, Soleh bin Fauzan. Al-Tauhid. Riyadh. Hlm. 101.
78
Hadith Riwayat Ibnu Majah
79
Al-Uthaimin, Muhammad bin Soleh. Fatawa Al-Muhimmah. Riyadh. Hlm. 149-
150.
80
Hadith Riwayat Muslim
81
Al-Fauzan, Soleh bin Fauzan. Nazarat wa Ta’aqubat ala mafi kitab Al-Salafiyah.
Riyadh: Darul Watan. Hlm. 40.
82
Zamihan Mat Zin. Siapa Sebenarnya Wahabiy?. Selangor: Kemah Enterprise.
Hlm. 157
83
Hadith Riwayat Bukhari
84
Al-Asqalani, Ibn Hajar. t.t. Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari. J. 13. Beirut:
Dar al-Makrifah. Hlm. 526.
85
Al-Tuwaijiri, Hamad. t.t. Aqidah Ahlul Iman Fi Khalq Adam Ala Suratir Rahman.
Hlm. 76. Kitab ini dipuji oleh Sheikh Ibn Baz.
86
Al-Baghdadi, Abdul Qaher bin Thaher. 1997. Farqu Bana al-Firaq. Beirut: Dar
Al-Makrifah. Hlm. 291-292.
87
Al-Quran. Al-Syura: 11
88
Al-Suwaid, Aiman Rushdi. Tahqiq: Ibn Baz. 1991. Al-Bayan Lihukmi Qiraatil
Quran. Jeddah. Hlm. 47.
89
Al-Quran. Al-Qiyamah: 17-18
90
Zamihan Mat Zin. Siapa Sebenarnya Wahabiy?. Selangor: Kemah Enterprise.
Hlm. 185
91
Hadith Riwayat Ibnu Majah

PENUTUP

92
Ibn Taimiyah. 2001. Majmu Fatawa Ibnu Taimiyah. j.6. c.2. Mesir: Dar Wafa’ al-
Mansurah. Hlm. 57
93
Jum’ah Amin Abdul Aziz. 2005. Fahm al-Islami. Mesir: Dar al-Dakwah
Iskandariah
94
Dr. Zaharuddin Abd Rahman: Satu Nasihat Buat Salafi & Khalafi Malaysia. 2006.
http://www.zaharuddin.net/politik-&-dakwah/55/218-satu-nasihat-buat-salafi-a-
khalafi-malaysia.html. 25 Disember.

Potrebbero piacerti anche