Sei sulla pagina 1di 4
UNIVE! ‘SITI KEBANGSAAN MALAYSIA. PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI AKADEMIK 2007-2008 IJAZAH SARJANAMUDA DENGAN KEPUJIAN OKTOBE /NOVEMBER 2007 MAS 2 JAM 30 MINIT KOD KURSUS —: EREX2643 TAJUK KURSUS: PRINSIP EKONOMI ISLAM ARAHAN i I Kertas ini mempunyai Bahagian A dan B. 2. Jawab SATU soalan Bahagian A dalam buku jawapan yang diedarkan, 3. Jawab DUA soalan sahaja Bahagian B dalam buku jawapan yang diedarkan. 4, Jumlah markah keseluruhan kertas ini 50 markah. 5. Kertas soalan tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 3 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini. EEEX2643 BAHAGIAN A: (20 MARKAH) ARAHAN: —_Jawab soalan berikut dalam buku jawapan yang diedarkan. 1, Islam merupakan agama yang syumul, ajarannya meliputi segala aspek di dalam kehidupan masyarakat. Komponen aqidah, syariah dan akhlak merupakan asas panduan yang menjadi kewajipan bagi setiap muslim menghayatinya. Sistem ekonomi Islam adalah salah satu cabang yang terkandung di dalam ajaran Islam, Segala aktiviti yang terkandung di dalam ekonomi adalah terkandung di dalam rangka kerja yang terdapat di dalam ajaran Islam. (a) Terangkan konsep sistem ekonomi Islam? (4 markah) (b) — Apakah ciri-ciri utama yang terdapat di dalam sistem ekonomi Islam? (6 markah) (©) Bagaimanakah ajaran Islam memandu aktiviti ekonomi di dalam masyarakat pada masa kini? (10 markah) EEEX2643 BAHAGIAN B: (30 MARKAH) ARAHAN: Jawab DUA soalan sahaja dalam buku jawapan yang diedarkan, Penggunaan dan pengeluaran merupakan aktiviti yang penting di dalam ekonomi. Sistem ekonomi Islam telah meletakkan prinsip-prinsip yang berlandaskan syariat Islam di dalam penggunaan dan pengeluaran dalam masyarakat demi kaharmonian dalam aktiviti ekonomi. Konsep rasionaliti adalah perkara yang sangat penting kepada pengguna dan pengeluar di dalam sistem ekonomi Islam. Pengguna dan pengeluar yang rasional di dalam Islam mampu menjalankan peranan yang baik di dalam proses penggunaan dan pengeluaran. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep rasionaliti dalam sistem ekonomi islam? (3 markah) (6) Apakah prinsip-prinsip yang harus menjadi panduan kepada pengguna di dalam sistem ekonomi Islam? (6 markah) (©) Huraikan peranan individu yang perlu dalam proses pengeluaran mengikut perspektif Islam? (6 markah) Di dalam sistem ekonomi Islam, agihan pendapatan merupakan salah satu persoalan penting. Perkara asas dalam pengagihan pendapatan faktor pengeluaran ialah prinsip keadilan. Setiap faktor pengeluaran berhak mendapat pendapatan yang adil ekoran sumbangan dalam proses pengeluaran. Berpandukan kepada prinsip ekonomi Islam: (a) Apakah definisi tanah sebagai faktor pengeluaran? (9 markah) (b) — Huraikan agihan pendapatan bagi faktor pengeluaran berikut: @ Tanah (i) Usahawan (i) Buruh, (12 markah) EEEX2643 Kerajaan merupakan organisasi yang terulung dalam sesebuah masyarakat, Kuasa pemerintah amat penting bagi membolehkan pelaksanaan sistem ekonomi Islam dalam sesebuah negara. Bagi mencapai kebajikan masyarakat, pihak kerajaan mempunyai dua dasar yang utama iaitu dasar fiskal dan dasar kewangan, Kedua- dua dasar ekonomi ini haruslah mengikut keadaan ekonomi pada sesuatu masa dan syariah Islam. (a) Apakah rasional campur tangan pihak kerajaan dalam urusan ekonomi mengikut perspektif Islam? (3 markah) (>) Huraikan alat dasar berikut mengikut perspektif Islam. (i) Dasar Fiskal (6 markah) (ii) Dasar Kewangan (6 markah) ‘SELAMAT MAJU JAYA’

Potrebbero piacerti anche