Sei sulla pagina 1di 8
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2007-2008 IJAZAH SARJANAMUDA DENGAN KEPUJIAN KODKURSUS =: ~—_—EPPD1033/CCCG1113 TAJUK KURSUS) = PRINSIP PERAKAUNAN/PERAKAUNAN AWALAN I ARAHAN : 1. Kertas ini mempunyai EMPAT (4) soalan. 2. Jawab SEMUA soalan dalam buku jawapan yang diedarkan. 3. Jumlah markah keseluruhan kertas ini 100 markah. 4, Kertas soalan tidak dibenarkan dibawa keluar daripada Dewan Peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 7 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini, EPPD1033/CCCGII13 SOALAN 1 (30 MARKAH) BAHAGIAN A (22 Markah) Mahmud dan Leong membentuk Perkongsian ML untuk menjalankan pemiagaan kedai alat sukan mereka. Pada 1 Disember 2006, lejer menunjukkan baki Inventori Barangniaga berjumlah RM17,000, Berikut adalah urusniaga sepanjang bulan Disember 2006: DISEMBER ‘4 Membeli bola tenis dan raket dari Syarikat JM pada harga RM64,000, FOB titik perkapalan, syarat 2/10, n/30. 6 — Membayar RM4,000 kos angkutan atas belian dari Syarikat JM. 8 Menjual barangniaga kepada ahli pada harga RM135,000, syarat 1/30. 10 Menerima memo kredit RM4,000 dari Syarikat JM untuk raket rosak yang telah dipulangkan. 11 Membeli kasut tenis RM42,000 secara tunai dari Venus Sports. 13. Membayar semua baki terhutang kepada Syarikat JM. 14 Membeli kasut dan seluar tenis dari Serena Sportswear berjumlah RM70,000, FOB titik perkapalan, syarat 3/10, n/60. 15 Menerima pulangan tunai RMS,000 dari Venus Sports untuk barangniaga rosak yang telah dipulangkan. 17 Membayar kos angkutan RM3,000 untuk belian dari Serena Sportswear. 18 Menjual barangniaga kepada ahli berjumlah RM116,000, syarat 1/30. 20 Menerima RMS0,000 tunai dari ahli yang membayar hutang mereka. 21 Membayar sepenuhnya baki hutang kepada Serena Sportswear. 27 Memberi elaun RM3,000 kepada ahli untuk baju tenis yang rosak. 30 Menerima bayaran tunai RM66,000 dari abli yang berhutang. 31 Inventor Barangniaga pada tarikh ini berjumlah RM16,800. EPPD1033/CCCGI113 Dikehendaki: (a) Sediakan catatan jurnal untuk merekod urusniaga di atas dengan andaian Perkongsian ‘ML menggunakan sistem inventor berkala. (14 markah) (b) Sediakan Penyata Pendapatan Perkongsian ML (hingga untung kasar sahaja) bagi bulan berakhir 31 Disember 2006. (8 markah) BAHAGIAN B (8 Markah) Maklumat mengenai modal Mahmud dan Leong pada 1 Disember 2006 adalah seperti berikut: RM Akaun modal, Mahmud 48,000 ‘Akaun modal, Leong 36,000 | Pada 5 Disember 2006, Mahmud membawa masuk modal tambahan sebanyak RM12,000 ke dalam perkongsian. Ambilan yang dibuat sepanjang Disember 2006 oleh Mahmud dan Leong adalah masing-masing RM3,600 dan RM2,400. Perjanjian yang telah dibuat antara Mahmud dan Leong sebelum memulakan perkongsian adalah seperti berikut: 1. Mahmud akan menerima gaji sebanyak RM3,000 sebulan 2. Mahmud akan menerima bonus sebanyak 12% daripada untung bersih. 3, Mahmud dan Leong masing-masing akan menerima dividen 10% atas modal akhir selepas ditolak ambilan. 4. Nisbah pembahagian untung atau rugi adalah: Mahmud ~ 60%, Leong — 40%. Andaikan untung bersih Perkongsian ML untuk bulan Disember 2006 berjumlah RM33,600. Dikehendaki: Sediakan akaun pengasingan untung rugi untuk Perkongsian ML bagi bulan berakhir 31 Disember 2006, (8 markah) EPPD1033/CCCG1113 SOALAN 2 (25 MARKAH) BAHAGIAN A (7 Markah) Syarikat AMUN mengeluarkan pelbagai jenis katil untuk bayi. Salah satu model yang popular ialah Katilbeb. Syarikat mengeluarkan 1,000 unit Katilbeb sebulan. Kos perkilangan sebulan dan lain-lain data perbelanjaan berkaitan Katilbeb ini adalah seperti berikut: RM Sewa peralatan kilang (Kos sewa pajak) 2,000 sebulan Insurans bangunan kilang 750 sebulan Bahan mentah (kayu, rotan dan sebagainya) 80 seunit Kos utiliti kilang 1,000 sebulan Bekalan pejabat 800 sebulan Upah buruh langsung 30 seunit Susutnilai peralatan pejabat 650 sebulan Pelbagai bahan mentah tak langsung, 1.20 seunit Cukai harta bangunan kilang 2,400 setahun Gaji penyelia kilang 3,000 sebulan Belanja pengiklanan 30,000 setahun, Komisyen jualan 10 seunit ‘Susutnilai bangunan kilang 1,500 sebulan Dikehendaki Kira; (@) Kos prima untuk 1,000 unit Katilbeb (1 markah) (6) Kos pertukaran untuk sebulan (4 markah) (©) Kos period untuk sebulan (2 markah) BAHAGIAN B (18 Markah) Syarikat Perkilangan Mahir memberikan maklumat-maklumat hasil, kos dan belanja bagi tahun berakhir 31 Disember 2006 seperti berikut: RM Inventori bahan mentah, 1/1/06 24,000 Inventori bahan mentah, 31/12/06 16,000 Belian bahan mentah 164,000 Belian bahan mentah tak langsung 12,000 Kerja dalam proses, 1/1/06 64,000 Kerja dalam proses, 31/12/06 40,000 Inventori barang siap, 1/1/06 88,000 Inventori barang siap, 31/12/06 96,000 EPPD1033/CCCGI113 Buruh langsung 280,000 Gaji pengurus kilang 28,000 Insurans kilang 11,200 Cukai harta bangunan kilang 4,800 Jualan (bersih) 1,200,000 Belanja penghantaran barangniaga 80,000 Komisyen jualan 120,000 Buruh tak langsung 72,000 Sewa peralatan kilang, 32,000 Belanja utiliti kilang 52,000 Susutnilai bangunan kilang 19,200 Belanja pentadbiran pejabat 240,000 Maklumat tambahan: Andaikan lejar-lejar Syarikat Mahir menunjukkan baki akaun aset semasa yang berikut: Tunai RMI3,600 | [Akaun Belum — Terima| RM96,000 | |_| (bersih) Belanja Prabayar RM10,400 |_| Pelaburan Jangka Pendek RM20,800 Dikehendaki: (a) Sediakan Jadual Kos Barang Dikilang untuk Syarikat Mahir bagi tahun 2006. (8% markah) (6) Sediakan Penyata Pendapatan untuk Syarikat Mahir bagi tahun 2006. (5% markah) (©) Sediakan Kunci Kira-Kira Syarikat Mahir pada 31 Disember 2006 untuk bahagian Aset Semasa sahaja, (4 markah) SOALAN 3 (25 MARKAH) Petikan Kunci Kira-Kira Syarikat Khidmat Laju pada 31 Disember 2006 adalah seperti berikut: Syarikat Khidmat Laju Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2006 ‘Modal dibenarkan: 40,000 unit, saham keutamaan kumulatif, 7% RM2,000,000 600,000 unit, saham biasa nilai par RM10 sesaham 6,000,000 8,000,000 EPPD1033/CCCG1113 Modal diterbitkan dan berbayar penuh: 16,000 unit, saham keutamaan kumulatif, 7% RM_ 800,000 280,000 unit, saham biasa nilai par RM10 sesaham 2,800,000 3,600,000 Premium saham keutamaan 480,000 Premium saham biasa 5,600,000 Perolehan Tertahan 2,400,000 8,480,000 12,080,000 Berikut adalah urusniaga yang melibatkan saham modal bagi tahun 2007: Januari] Menerbitkan 4,000 unit sham keutamaan kumuletif, 7% untuk ‘mendapatkan tanah yang mempunyai nilai pasaran RMS20,000. Februari 1 Menerbitkan 4,000 unit saham keutamaan kumulatif, 7% untuk tunai pada RM60 sesaham, Mac Menerbitkan 80,000 unit saham biasa untuk tunai pada RM12 sesaham. Jun 30 Mengisytiharkan RM80,000 dividen tunai dan 5% dividen saham kepada pemegang saham yang ada dalam rekod pada 15 Jun yang akan dibayar dan diagihkan pada bulan Julai. Ini merupakan pengisytiharan dividen interim kepada pemegang sham syarikat. Harga pasaran saham biasa syarikat pada tarikh ini adalah RM12.00 sesaham. Dividen saham keutamaan untuk tahun lepas masih belum diisytihar dan dibayar. Julai 1 Membuat pecahan saham 2 untuk 1, Harga pasaran saham pada tarikh ini adalah RM12.05 sesaham. Julai30 Membuat pembayaran dividen tunai dan mengagihkan dividen saham kepada pemegang saham biasa. Dikehendaki: (@) — Sediakan catatan jurnal untuk merekod urusniaga di atas. (11 markah) (b) — Terdapat perbezaan item yang dipersembahkan dalam penyata kewangan syarikat dan pemi an tunggal. Jelaskan dengan ringkas satu (1) perbezaan di dalam: penyata pendapatan kunci kira-kira penyata ekuiti pemilik B markah) EPPD1033/CCCG1113 (©) _Jelaskan dua (2) perbezaan utama antara saham biasa dan saham keutamaan, (4:markah) (@)__Jelaskan dengan ringkas perkara-perkara berikut yang dinyatakan dalam bahagian cekuiti pemegang saham: Modal Dibenarkan, Saham Biasa, Premium Saham. Perolehan Tertahan. (4 markah) (©) Jelaskan dengan ringkas perbezaan utama antara sham keutamaan kumulatif dan saham keutamaan bukan kumulatif, G markah) SOALAN 4 (20 MARKAH) Bendahari Kelab Krus Kris telah menyediakan Akaun Penerimaan dan Pembayaran untuk bulan berakhir 30 Jun 2007 seperti berikut: Akaun Penerimaan dan Pembayaran RM RM Baki tunai pada 1 Jun 2007 3,000 | Belian Bekalan - Kafe 1,480 Yuran abli 2,200 | Belanja Jamuan 1,000 Hasil Kafe 2,250 | Belanja Pelbagai 2,375 Lain-lain hasil 910 | Belanja Gaji 2,850 Hasil jamuan 2,050 | Baikpulih Bangunan 900 Belanja Utiliti 370 Baki tunai pada 30 Jun 2007 1,435 10,410 10,410 Maklumat berikut juga telah diperoleh daripada bendahari Kelab: 1 Jun 2007 (RM) | 30 Jun 2007 (RM) Premis (kos) 12,000 12,000 Bekalan - Kafe 500 570) ‘Akaun Belum Bayar — bekalan Kafe 210 320 Yuran Tertunggak 80 160 Yuran Terdahulu 50. 70 Belanja Pelbagai Belum Bayar 210 250 Peralatan (kos RM5,000) 2,000 - EPPD1033/CCCGI113 Kos baikpulih bangunan dianggap sebagai perbelanjaan modal. Peruntukan susutnilai adalah 12% setahun untuk peralatan manakala tiada peruntukan diperlukan untuk premis perniagean, Dikehendaki: (@) —Sediakan Akaun Perniagaan yang menunjukkan untung atau rugi Kafe Kelab Krus Kris (4 markah) () Sediakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan kelab untuk bulan Jun 2007. (9 markah) (© Sediakan Kunci Kira-Kira Kelab Krus Kris pada 30 Jun 2007. (7 markah) “SELAMAT MAJU JAYA”

Potrebbero piacerti anche