Sei sulla pagina 1di 5
Ly ees oe ete ES Gurdon UNIVERSITL KEBANGSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI_ 2001/2002 IJAZAH SARJANAMUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN IJAZAH SARJANAMUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN KOD KURSUS, a €C3033/CJ2023 TAJUK KURSUS = PRINSIP KEWANGAN KORPORAT ARAHAN : JAWAB SEMUA SOALAN. Tan fal wengandongi 4 maka a 7 tidak termasuk maka =i “at int C3033 PRINSIP KEWANGAN KORPORAT PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI 2001/2002 BAHAGIAN A SOALAN 1 [9 MARKAH] Apakah polisi dividen yang sesuai untuk pelabur-pelabur berikut, dan terangkan mengapa? a) Seorang pesara guru wanita yang berumur 60 tahun. b) —_Seorang jejaka bujang yang bekerja pegawai kanan dalam firma broker saham, ©) Seorang usahawan berjaya yang mempunyai kadar cukai yang tinggi SOALAN2 [10 MARKAH] a) Bon yang diterbitkan berserta dengan waran mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi dan syarat-syarat covenan yang lebih ketat berbanding dengan terbitan bon biasa. Adakah anda bersetuju dengan keterangan ini? Berikan alasan bagi jawapan anda b) —Apakah yang dimaksudkan dengan sekuriti boleh tukar? Huraikan dua kebaikan dan keburukan sekuriti boleh tukar sebagai satu sumber pembiayaan kepada firma. SOALAN3 [6 MARKAH] Adakah anda bersetuju bahawa perkara-perkara berikut akan mengurangkan nilai option panggilan bagi saham biasa syarikat Y2Z.? Berikan alasan bagi jawapan anda. a) Peningkatan harga saham syarikat Y2Z. b) _Peningkatan harga laksana bagi option panggilan Y2Z. ©) Peningkatan risiko bagi harga saham syarikat Y2Z. SOALAN 4 [6 MARKAH] Huraikan maksud istilah dibawah: a) White Knight b) Poison Pill cc) Shark-Repellent C3033 PRINSIP KEWANGAN KORPORAT ERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI 2001/2002 SOALAN5 [15 MARKAH] Syarikat Nini memperolehi_ pendapatan bersih berjumlah RM 30,000 dari tahap jualan RM 120,000 dalam tahun 2000 dan ia menjangkakan peningkatan jualan sebanyak 25% pada tahun hadapan, Nisbah bayaran dividen pada tahun 2000 adalah 40% dan Nini berhasrat untuk mengurangkan nisbah tersebut kepada 30% pada tahun hadapan, Ini akan meningkatkan tahap pendapatan tertahan firma dan mana ianya boleh digunakan sebagai pembiayaan dalaman untuk menanggung peningkatan jualan pada tahun 2001 Dengan cara ini, kos dapat dikurangkan, nilai firma dapat ditingkatkan dan seterusnya meningkatkan harga saham syarikat Nini Bincangkan kenyataan di atas berdasarkan’ a) Teori Burung Dalam Sangkar. b) — Teori Kandungan Maklumat. ©) Teori Dividen Tidak Releven 4) Teori Keutamaan Cukai ©) Kesan Klientel BAHAGIAN B: SOALAN 6 [12 MARKAH] Syarikat Shabab Berhad (SSB) mempunyai RMS,000,000 aset, dan pada masa ini ia tidak mempunyai hutang. Kesemua aset SSB dibiayai oleh 200,000 unit saham biasa dengan harga RM2S sesaham. Pendapatan sebelum faedah dan cukai SSB dijangka sebanyak RM 1,250,000 setahun dengan kadar cukai 40%, SSB bercadang untuk membayar dividen diakhir tahun sebanyak 50% daripada jumlah pendapatan bersihnya Syarikat meramalkan bahawa kadar pertumbuhan pendapatan dan dividen adalah konstan sebanyak 3% setahun, Syarikat sedang mempertimbangkan penstrukturan semula dimana ia akan meminjam sebanyak RM1,000,000 dari bank dengan kadar faedah sebelum cukai sebanyak 12%. Pinjaman tersebut akan digunakan untuk membeli balik saham biasanya dengan harga RM 25.00 sesaham. Syarikat menjangkakan bahawa kadar kos ekuiti akan menjadi 16% selepas penstrukturan semula itu C3033 PRINSIP KEWANGAN KORPORAT PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI 2001/2002 Kirakan, a) Pendapatan sesaham (EPS) Syarikat Shabab Berhad selepas penstrukturan ‘semula. b) _Dividen bagi syarikat Shabab. ©) Harga saham syarikat Shabab selepas penstrukturan semula SOALAN7 [20 MARKAH] Syarikat ABC mempunyai struktur modal sebanyak 60% hutang dan 40% ekuiti biasa. Kadar faedah sebelum cukai bagi hutangnya adalah 12%, kadar ekuiti biasanya daripada pendapatan tertahan adalah 14%, dan kadar ekuiti daripada terbitan saham baru adalah 16%. Syarikat ABC dikenakan cukai sebanyak 28% dan ia mempunyai peluang-peluang pelaburan seperti di bawah Projek A: Kos Projek B: Kos Projek C: Kos M 9 juta, IRR = 20% RM 9 juta; IRR = 12% RM 9 juta, IRR = 9%. Perolehan bersih syarikat_ ABC dijangkakan sebanyak RM10,000,000 setahun Berdasarkan maklumat yang diberi a) Kirakan titik pulang modal bagi pendapatan tertahan syarikat ABC b) __Kirakan kos modal bagi syarikat ABC. c) —_Lakarkan graf belanjawan modal, pulangan pelaburan dan purata kos modal bagi projek A,B dan C. 4) Dengan menggunakan model dividen sisa, kirakan nisbah bayaran dividen syarikat ABC. SOALAN8 [10 MARKAH] Syarikat MAQ sedang mempertimbangkan untuk mengambilalih syarikat NOB. Syarikat NOB dijangkakan akan memberikan aliran tunai masuk kepada syarikat MAQ sebanyak RMI4 juta pada tahun pertama, RM19 juta pada tahun kedua, RM20 juta pada tahun ketiga dan RMIO juta pada tahun keempat. Pada akhir tahun keempat, nilai penamat syarikat NOB adalah dijangkakan sebanyak RMI8 juta. Kos pengambilalihan ini bagi syarikat MAQ adalah sebanyak RM41 juta jika dibayar sekarang dengan bayaran penuh, Jika nilai penggabungan itu adalah RM6.00 sesaham dan MAQ mempunyai 2,000,000 unit saham belum lunas, berapakah kadar diskaun yang akan digunakan oleh MAQ untuk menilai kos pengambilatihan ini. CC3033 PRINSIP KEWANGAN KORPORAT PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI 2001/2002 SOALAN 9 [12 MARKAH] Syarikat Donald (SD) sedang menimbang cadangan untuk menukar sebuah mesin semi- otomatik dengan sebuah mesin otomatik keluaran terbaru, Harga mesin tersebut adalah RM 1 juta’ Maybank sedia memberi pinjaman 100% dengan kadar faedah 15% untuk membiayai mesin tersebut. Azli Enterprise (AE), sebuah syarikat pajakan, juga sudi untuk memajakkan mesin tersebut kepada SD. Berdasarkan maklumat berikut, nyatakan sama ada SD patut membeli atau memajak mesin tersebut. A) Mesin baru mempunyai tempoh hayat 5 tahun dan kaedah garis lurus digunakan untuk tujuan susut nilai B) _Anggaran belanja penyelenggaraan ialah RM50,000 setahun. ©) Kadar cukai syarikat SD ialah 30%. D) _ Kadar bayaran yang dikenakan oleh AE ialah RM375,000 setahun. Bayaran tersebut tidak termasuk kos insurans, cukai dan penyelenggaraan. E) __ Selepas tempoh pajakan, AE sedia untuk menjual mesin tersebut kepada SD pada Harga RM150,000.

Potrebbero piacerti anche