Sei sulla pagina 1di 3
\ ast BO 3 UNIVERSITI_ KEBANGSAAN MALAYSIA. PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI 2001/2002 IJAZAH SARJANAMUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN |AZAH SARJANAMUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN KOD KURSUS ; €C4213/C33213 TAJUK KURSUS : PELABURAN ARAHAN ; JAWAB SEMUA SOALAN. Rertas soalan ini meng fungi @ muka surat bercetak, tidak termacuk muka ai C4213 PELABURAN PEPERIKS4AN AKHIR SEMESTER I, SESI 2001/2002 SOALAN (20 markah) a) Penarafan bon (bon ratings) merupakan satu aspek yang penting di dalam pasaran bon. Terangkan apakah maksud penarafan bon, agensi apakah yang bertanggungjawab untuk memberikan penarafan ini dan bagaimanakah seseorang pelabur boleh menginterpretasikan penarafan yang diberi b) Pelabur yang membeli bon yang mempunyai ciri-ciri panggilan akan menghadapi risiko bon yang dibeli akan dipanggil balik oleh penerbit, Terangkan dengan ringkas di dalam keadaan apakah firma penerbit akan memanggil balik bon dan jelaskan juga kesannya ke atas pelabur yang memiliki bon sedemikian apabila panggilan dibuat. ©) Kirakan durasi (dalam tahun) untuk bon yang mempunyai kadar kupon 6% setahun, nilai par RM 1,000, akan matang 3 tahun dari sekarang, dengan kadar hasil hingga matang (yield to maturing) sebanyak 10% dan bayaran kupon dibuat_sekali setahun d) Beri definisi ‘convexity’ dan terangkan bagaimana durasi terubahsuai (modified durasi) dan ‘convexity’ boleh digunakan untuk menganggar peratusan perubahan di dalam harga bon bila berlakunya perubahan di dalam kadar faedah. SOALAN 2 (20 markah) a) Namakan produk-produk derivatif yang diperdagangkan di MDEX. b) incangkan bagaimana pegangan porfolio berikut yang terdiri daripada kombinasi saham dan opsyen ke atas saham boleh menghasilkan satu kedudukan yang bebas risiko kepada pelabur. Beli saham XYZ Beli opsyen letakkan ke atas saham XYZ Jual_ opsyen panggilan ke atas saham XYZ ©) Bincangkan perbezaan untuk kontrak berikut: i) _kontrak hadapan (forward contract) dan kontrak niaga ke depan (future contract) ii) _ontrak niaga ke depan (future contract) dan kontrak opsyen (options contract) C4213 PELABURAN TER 1, SESI 2001/2002 SOALAN 3 (20 markah) a) Bezakan Dana Tertutup dengan Dana Terbuka b) Bincangkan tiga manafaat yang boleh diperolehi oleh pelabur melalui pelaburan di dalam dana amanah, ©) Setiap dana amanah mempunyai objektif pelaburan tertentu, Secara ringkasnya terangkan objektif pelaburan untuk dana amanah berikut: i) growth funds (dana bertumbuh) ii) balance funds (dana seimbang) iii) bond funds (dana bon) SOALAN 4 (20 Markah) Anda ditugaskan untuk menilai prestasi Dana Amanah MNO dengan menggunakan ukuran prestasi potfolio Treynor dan Sharpe. Jadual berikut mengandungi maklumat tentang purata pulangan tahunan bagi Dana Amanah MNO, pulangan purata potfolio pasaran (Indeks Komposit BSKL) dan pulangan purata bil perbendaharaan untuk lima tahun yang lepas. Kadar Pulangan sihan Piawai Purata Tahunan Pulangan Beta Dana Amanah MNO 10% 18% 0.60 Indeks Komposit BSKL 12% 13% 1,00 Bil Perbendaharaan 6% 2 - a) Prestasi potfolio manakah yang lebih baik (Dana Amanah MNO vs Indeks Komposit) jika kaedah Treynor digunakan? Jika kaedah Sharpe digunakan? b) Berdasarkan kepada prestasi Dana Amanah MNO secara relatif kepada Indeks Komposit di atas, terangkan mengapa kaedah Treynor memberi penilaian prestasi yang bertentangan dengan kaedah Sharpe? SOALAN TAMAT

Potrebbero piacerti anche