Sei sulla pagina 1di 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BEKOH

JKR 1698, Kg Bekoh, Tangkak,


84900 Tangkak,
Johor Darul Takzim No. Tel & Fax : 06-5237495
Email: jba9026@moe.edu.my
______________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKBH.600-3/6/7 ( )
Tarikh : 11 Oktober 2023

Pengurus,
Kompleks MSN Saujana Asahan,
Jalan Kolam Air Asahan,
77100 Asahan,
MELAKA.

(U/P: Encik Mohamad Nizam bin Abu Talib)

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


DI KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA.

Adalah saya dengan segala hormatnya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk membawa
murid-murid ke perkhemahan di Kompleks Majlis Sukan Negara Saujana Asahan, Melaka.

2. Bersama-sama ini disertakan butiran-butiran yang dikehendaki untuk tujuan di atas:

TARIKH :19 dan 20 Oktober 2023


HARI : Khamis dan Jumaat
TEMPAT : Kompleks MSN Saujana Asahan
ANJURAN : Unit Kokurikulum SK Bekoh

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin menempah penginapan dan mengadakan aktiviti di kompleks
Tuan. Kami juga memohon agar pihak Tuan agar dapat memberikan jumlah kos penginapan dan aktiviti
dalam bentuk invois atau senarai sebut harga berserta brosur aktiviti yang berpatutan.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………..
(MOHD ANUAR BIN AB SAMAD)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bekoh,
84900 Tangkak, JOHOR.

Sk: - Fail Sekolah

Potrebbero piacerti anche