Sei sulla pagina 1di 2

E-Pidato – Kelab Doktor Muda

TAJUK PIDATO: AMALAN MEROKOK MEMBAWA MAUT


Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum pembuka bicara buat peneraju majlis, barisan
panel hakim yang bijak, pastinya juga penjaga masa yang setia.
Amalan merokok membawa maut mauduk pidato pilihan
saya. Amalan bererti sesuatu yang dilakukan sehingga menjadi
kebiasaan. Merokok merupakan aktiviti menghisap rokok.
Membawa maut bererti menyebabkan kematian.
Sidang Hadirin,
Amalan merokok sebenarnya menyumbang pelbagai
masalah kesihatan dalam kalangan penduduk Malaysia. Merokok
merupakan penyebab utama gangguan kesihatan serta kematian
sebelum sampai masanya. Statistik yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan bahawa bilangan
kematian yang berpunca daripada barah paru-paru dianggarkan
sebanyak 14,733 orang dari tempoh 1995 hingga tahun 2000.
Hakikatnya perokok akan diserang pelbagai penyakit yang
berpunca daripada tembakau atau dikenali sebagai Nikotina
Tabacom
Contohnya penyakit sekatan pulmonary kronik atau COPD
yang menyebabkan pesakit sukar bernafas, batuk berkahak dan
memberi kesan kepada jantung. Ini kerana mereka akan
menyimpan satu persepuluh partikel asap dalam jantung mereka.
Secara tidak lansung, menggandakan risiko kematian. Orang
yang kuat merokok ini sebenarnya mendedahkan diri mereka
dengan risiko maut.
Hadirin yang dihormati,
Selain daripada merokok membahayakan perokok, dalam
masa yang sama, merokok membawa kesan buruk kepada orang
lain. Ini kerana asap rokok yang dihembus keluar mengandungi
bahan kimia dan beracun. Orang yang berada di sekeliling
perokok, boleh diserang penyakit akibat asap rokok tersebut.
Paling menyedihkan, jika seorang ibu mengandung yang terhidu
asap rokok dengan kerap, kemungkinan besar anak di dalam
kandungannya mungkin boleh menjadi cacat tubuh badan dan
lemah daya tahan penyakit. Bayi dalam kandungan juga mungkin
akan dijangkiti penyakit paru-paru, batuk-batuk, selsema dan
sakit kerongkong. Tidakkah ini … .membahayakan masyarakat
sekeliling?
Sidang Hadirin,
Kerajaan kita, telah menunjukkan usaha untuk menangani
masalah ini. Contohnya mengadakan Kempen Tak Nak … Setiap
sedutan membawa padah … Namun begitu, usaha kerajaan telah
mengalami pelbagai halangan. Antaranya halangan daripada
media massa terutamanya iklan di media sosial. Pihak kerajaan
seharusnya, mengharamkan iklan rokok, sama ada di media
cetak atau media elektronik. Pihak kerajaan juga perlu
mengharamkan apa saja bentuk perkhidmatan menggunakan
jenama rokok. Contohnya, haramkan iklan rokok dipermis
makanan seperti di restoran.
Sidang Hadirin,
Selain itu tabiat perokok sendiri menjadikan usaha
membanteras amalan merokok menjadi gagal. Perokok yang
lemah semangat, tidak bersungguh-sungguh untuk berubah
menjadikan kempen hapuskan rokok menjadi gagal.
Perhatian buat anak muda jangan sekali mencuba rokok,
sekali mencuba susah melupakannya
Tuntasnya, amalan merokok membawa maut. Hargai nyawa
adalah kewajipan bagi yang beragama Islam. Anak muda pewaris
negara. Jauhi rokok negara sejahtera.
Sekian, wabilahitaufikwalhidayah wassalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Potrebbero piacerti anche