Sei sulla pagina 1di 8

(SALURAN TERBUKA)

1
Program Pengajian Sarjana Muda (SATU) Sesi Akademik 2023/2024

TAHNIAH! Saudara/i telah diterima masuk untuk mengikuti Program Pengajian Sarjana Muda
Universiti Malaya (SATU). Lampiran yang disertakan bersama dengan surat tawaran ini adalah
MAKLUMAT PENTING yang perlu diberi perhatian bagi proses kemasukan dan pendaftaran.

Tawaran ini akan dianggap sebagai LUPUT dan TERBATAL sekiranya pihak Universiti Malaya (UM)
tidak menerima sebarang maklum balas pengesahan penerimaan tawaran daripada saudara/i
dan/ atau gagal melapor diri secara dalam talian (Self-Enroll) mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.

Saudara/i dinasihatkan supaya dapat mengikuti keseluruhan proses kemasukan dan pendaftaran
ini dengan kadar segera mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

(1) PENGENALAN PROSES KEMASUKAN DAN PENDAFTARAN

UM melaksanakan kaedah Pembelajaran Teradun (Blended Learning). Oleh yang demikian,


saudara/i hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai kemudahan internet, aplikasi dan
peralatan yang lengkap seperti komputer riba (laptop), komputer peribadi (desktop) atau
komputer tablet bagi mengikuti program pengajian. Laman web rasmi yang akan
digunakan oleh pelajar UM bagi urusan berkaitan hal ehwal akademik adalah seperti
berikut;

(a) Portal MAYA : https://maya.um.edu.my/


(b) UM SPeCTRUM : https://spectrum.um.edu.my/

Bagi mengaktifkan status sebagai pelajar UM, saudara/i perlulah melaksanakan tiga (3)
langkah utama seperti berikut;

(a) Penerimaan tawaran kemasukan (Accept Offer Letter);


(b) Lapor diri pelajar secara dalam talian (Self- Enroll); dan
(c) Pendaftaran kursus dan pengaktifan pendaftaran (Module Registration and
Registration Activation).

Saudara/i perlu memastikan supaya semua langkah Pengaktifan Status Pelajar Baharu
Program Pengajian Sarjana Muda dapat diikuti dan diselesaikan sepenuhnya mengikut
tempoh yang telah ditetapkan.

PENTING!
Saudara/i DIWAJIBKAN untuk melengkapkan Ujian My Career Personality Profiler
sebelum proses pendaftaran modul dan pengaktifan pendaftaran bermula.

2
Program Pengajian Sarjana Muda (SATU) Sesi Akademik 2023/2024

(2) SENARAI SEMAK PELAJAR BAHARU

Saudara/i diminta untuk meneliti dan memahami senarai semak di bawah sebagai langkah
untuk mengaktifkan status pendaftaran sebagai pelajar UM.

KLIK
SENARAI SEMAK
SINI
(a) Kalendar Akademik 2023/2024 – Program Pengajian Sarjana Muda
(b) Maklumat Yuran Pengajian
(c) Pengaktifan Kad Prihatin Siswa dan Pembukaan Akaun Simpanan
I-Pro RHB (“RHB Pro Savings Account-I”)
(d) Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian
(e) Keperluan Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Baharu Seperti
dibawah
(f) Keperluan Penyempurnaan Kelayakan Bahasa Inggeris
(g) Pusat Tanggungjawab (PTj)
(h) Pautan Telegram Hal Ehwal Pelajar

(3) PENGAKTIFAN KAD PRIHATIAN SISWA DAN PEMBUKAAN AKAUN SIMPANAN I-PRO
RHB (“RHB Pro Savings Account-I”)

Kad Prihatin Siswa adalah merupakan satu (1) inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
bersama-sama Universiti Awam (UA) di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif
penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan
ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan KPT.

Akaun Simpanan-i Pro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah
inisiatif Kad Prihatin Siswa. Kad Prihatin Siswa juga berfungsi sebagai kad debit (MySiswa
Debit Card-i) dan kad matrik pelajar.

Sehubungan itu, saudara/i DIWAJIBKAN untuk membuka akaun Simpanan I-Pro RHB
(“RHB Pro Savings Account-I”) di mana-mana cawangan bank RHB seluruh Malaysia. Semua
pembayaran wang biasiswa/ pinjaman atau pemulangan wang (jika ada) oleh Universiti
akan dibuat melalui akaun bank pelajar.

Tatacara pembukaan akaun bank Simpanan I-Pro boleh dirujuk seperti pautan ini.
(Versi Bahasa Malaysia / English Version).

3
Program Pengajian Sarjana Muda (SATU) Sesi Akademik 2023/2024

(4) KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN

Bayaran yuran kemasukan dan yuran pengajian boleh dibuat menggunakan kaedah FPX
atau Kad Kredit Atas Talian melalui Portal MAYA (https://maya.um.edu.my/). Saudara/i
juga boleh merujuk https://umsitsguide.um.edu.my bagi melihat panduan pembayaran
yuran melalui kaedah ini secara rakaman video. Saudara/i dinasihatkan untuk menyimpan
resit rasmi/ dokumen bayaran yuran sepanjang tempoh pengajian untuk rujukan di masa
hadapan. Tiada sebarang bayaran TUNAI diterima semasa proses pendaftaran.

Saudara/i yang mempunyai penaja perlu menunjukkan bukti dan maklumat lengkap
penajaan sekiranya yuran akan dijelaskan oleh pihak penaja. Saudara/i yang mempunyai
penajaan hendaklah mengemukakan bukti penajaan melalui e-mel
bursar_student@um.edu.my

Biasiswa/ pinjaman yang disalurkan melalui Jabatan Bendahari akan ditolak hutang yuran
dan hutang lain sebelum dibayar kepada saudara/i. Pembayaran wang tajaan yang tidak
melalui Jabatan Bendahari, yuran perlu dijelaskan oleh saudara/i sendiri.

PENTING!
TIADA SEBARANG PENGEMBALIAN YURAN DAN BAYARAN LAIN dalam apa-apa
keadaan sekalipun termasuklah tidak hadir mendaftar atau menarik diri daripada universiti.

(5) KEPERLUAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR BAHARU

Pemeriksaan kesihatan adalah WAJIB bagi semua pelajar baharu. Pemeriksaan kesihatan
hendaklah dilakukan di Klinik UM SAHAJA. Saudara/i akan dimaklumkan mengenai tarikh
temu janji Pemeriksaan Kesihatan melalui Siswamail yang berdaftar selepas pendaftaran
Semester 1, Sesi Akademik 2023/2024 selesai. Sudara/i yang hadir membuat pemeriksaan
kesihatan akan diberikan slip pengesahan kehadiran bagi urusan kelas yang tertinggal
ekoran pemeriksaan kesihatan berkenaan.

PENTING!
(a) Kos pemeriksaan kesihatan adalah ditanggung oleh pelajar;
(b) Cara pembayaran adalah secara UM e-pay;
(c) Pembayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada hari temu janji;
(d) Caj bayaran Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan adalah seperti berikut;

4
Program Pengajian Sarjana Muda (SATU) Sesi Akademik 2023/2024

(i) Pelajar Fakulti Perubatan/ Pergigian/ Farmasi - RM 109.00


(ii) Pelajar Fakulti/ Akademi lain - RM 65.00

(e) Tiada sebarang pembayaran balik akan dilakukan sekiranya saudara/i tidak hadir
melakukan pemeriksaan perubatan di Klinik UM atau menarik diri dari pengajian di
UM.

Mohon untuk menekan pautan di bawah bagi mendapatkan panduan selanjutnya;

Pautan Bagi Panduan Pembayaran Mengunakan UM e-Pay

Kegagalan saudara/i membuat pemeriksaan kesihatan akan menyebabkan saudara/i tidak


layak mendapatkan rawatan di bawah Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar Universiti
Malaya. Sebarang maklum balas atau pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, saudara/i
boleh menghubungi Klinik UM seperti butiran berikut:

KLINIK UNIVERSITI MALAYA


Bangunan Siswarama,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur

No. Tel : 03-7967 6445/6444


E-mel : laporankesihatan@um.edu.my

(6) KEPERLUAN PENYEMPURNAAN SYARAT BAGI TUJUAN PENGIJAZAHAN

Kepada pelajar yang menerima tawaran kemasukan melalui kategori Kelayakan Setaraf
seperti A–Level, International Baccalaureate (IB) Diploma & Australian Matriculation
Programme (AUSMAT) perlu memenuhi syarat di bawah:

(a) Kelayakan Bahasa Inggeris (MUET)

Bagi memenuhi keperluan syarat kelayakan Bahasa Inggeris, saudara/i perlu;

(i) menduduki dan lulus peperiksaan MUET pada tahap/ skor yang ditetapkan
berdasarkan syarat khas program pengajian; dan

5
Program Pengajian Sarjana Muda (SATU) Sesi Akademik 2023/2024

(ii) mengemukakan salinan keputusan peperiksaan MUET kepada pihak Fakulti/


Akademi dengan kadar segera atau dalam tempoh satu (1) sesi pengajian
selepas tawaran dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya sebelum berakhir
Semester 2, Sesi 2023/2024.

(b) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus
mata pelajaran Sejarah peringkat SPM seperti yang ditetapkan dalam syarat am
program pengajian serta memperoleh gred yang ditetapkan bagi mata pelajaran
tertentu seperti yang ditetapkan dalam syarat khas kemasukan program pengajian. Slip
keputusan SPM perlu diserahkan kepada pihak Fakulti/Akademi dengan segera atau
dalam tempoh dua (2) tahun pengajian selepas tawaran dikeluarkan iaitu sebelum
berakhir Semester 2, Sesi 2024/2025.

Kegagalan saudara/i memenuhi penyempurnaan keperluan di atas dalam tempoh yang


ditetapkan boleh menyebabkan tawaran program saudara/i ditarik semula atau status
sebagai pelajar UM boleh ditamatkan.

(7) PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj)

KLIK SINI
Fakulti/ Akademi
Universiti Malaya

Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan Akademik (AASD)


Universiti Malaya

Bahagian Kemasukan & Pendaftaran (BKP)


Bahagian Peperiksaan & Pengijazahan (BPP)
Bahagian Pentadbiran & Data Akademik Pelajar (BPD)
Bahagian Perkhidmatan Pelajar (BP)

Jabatan Bendahari Pautan Virtual


Universiti Malaya Counter

Seksyen Pelajar dan Kolej,

6
Program Pengajian Sarjana Muda (SATU) Sesi Akademik 2023/2024

Bahagian Perkhidmatan Kewangan, Pautan


Jabatan Bendahari Helpdesk

Jabatan Hal Ehwal Pelajar


Universiti Malaya

No. Tel : 03-7967 3506


E-mel : hep@um.edu.my

7
Program Pengajian Sarjana Muda (SATU) Sesi Akademik 2023/2024

(8) PAUTAN TELEGRAM HAL EHWAL PELAJAR

Sila imbas kod QR Telegram di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan UM-
WOW Program Pengajian Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2023/2024.

PERHATIAN:

• Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan adalah berbentuk pengambilan terbuka
(open-market) dan tiada jaminan penempatan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) selepas pelajar menamatkan pengajian.

• Penyerahan maklumat atau dokumen yang tidak sahih dan tidak tepat semasa proses
pendaftaran akan mengakibatkan tawaran kemasukan saudara/i ditarik semula dan boleh
dibatalkan oleh pihak Universiti.

Tarikh Dikemaskini: 07/09/2023

Potrebbero piacerti anche