Sei sulla pagina 1di 10

.

.




Sidang Jumaat Yang Dihormati sekalian,
Marilah kita tingkatkan kualiti takwa kita kepada Allah SWT dengan
mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah di dunia
dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan tajuk: "Solat
Jemaah Teras Perpaduan Umat".
Hadirin Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Solat merupakan ibadah yang wajib dilakukan oIeh setiap muslim lima
waktu sehari semalam mengikut waktu yang telah ditetapkan. Ibadah
solat ini menjadikan seseorang muslim itu sentiasa dekat dan mengingati
Allah SWT. Seterusnya, menatijahkan mereka untuk sentiasa mendapat
rahmat daripada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat
56;



Maksudnya :"Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada
Rasul, mudah-mudahan kamu akan diberi rahmat".

Kesetiaan melaksanakan solat melambangkan kualiti iman dan keyakinan


kita terhadap Allah SWT. Melalui ibadat solat, kita dapat melahirkan
kepatuhan yang tulen kepada Allah SWT. Malah solat adalah ibadat yang
menentukan keislaman seorang muslim berbanding orang kafir. Sabda
Nabi SAW dalam hadis riwayat Muslim :








Ertinya : Sesungguhnya antara seorang muslim dengan syirik dan kufur
ialah meninggalkan solat
Begitu juga dinyatakan dalam hadis riwayat Al-Tirmizi, bahawa para
sahabat nabi RA berpandangan bahawa tidak ada amalan agama yang
ditinggalkan, menyebabkan seseorang itu menjadi kafir kecuali solat.
Sesungguhnya solat merupakan penanda aras kekuatan agama,
kemantapan jati diri dan keteguhan akhlak. Menegakkan solat bererti
menegakkan agama dan syiar Islam. Sebab itu umat Islam dituntut
mengamalkannya sejak berumur tujuh tahun lagi. Ketika berumur sepuluh
tahun, anak kita boleh dipukul jika tidak menunaikan solat. Solat wajib
dilakukan walaupun kita mempunyai halangan seperti sakit, bermusafir
atau bertugas. Bagi orang yang sakit terdapat cara khusus untuk mereka
mengerjakannya. Begitu juga jika kita terhalang untuk menggunakan air
untuk berwuduk, kita boleh bertayamum. Jelaslah kepada kita, bahawa
Islam tidak membenarkan ibadah solat ini ditinggalkan dalam apa cara
sekalipun.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,


Di samping solat ditunaikan secara bersendirian, terdapat pula tuntutan
khusus kepada para lelaki muslim supaya menunaikan solat secara
berjemaah. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan
Muslim :



Ertinya : "Kelebihan solat berjemaah mengatasi solat bersendirian
sebanyak dua puluh tujuh darjat" .
Memang pelik dan menghairankan jika umat Islam tidak mengambil
peluang mendapat kelebihan solat berjemaah ini. Dinyatakan dalam hadis
sahih, jika umat Islam di sesuatu tempat sama ada kampung, pekan, atau
kawasan perumahan tidak melakukan solat berjamaah maka syaitan akan
menguasai mereka. Maka munasabahlah jika kawasan mereka tidak
aman, tenteram dan harmoni yang mungkin berpunca kerana mereka
tidak melakukan solat berjemaah. Keutamaan solat berjemaah hendaklah

dilakukan di masjid, di surau atau di mana-mana sahaja mengikut


maslahat dan keutamaan.
Solat jemaah ialah lambang kepada kesatuan,ikatan, disiplin, kepatuhan,
dan kemesraan ke arah mencapai satu tujuan yakni mendapat keredhaan
Allah SWT. Melalui solat jemaah, kita diminta berada dalam satu saf dan
barisan. Ini sekaligus menggambarkan umat Islam sentiasa bersatu dan
bersedia dalam menghadapi segala bentuk ancaman musuh yang akan
menentang dan merosakkan Islam.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Abu Daud, yang bermaksud:
"Luruskanlah saf, rapatkan bahu, penuhi ruang saf yang kosong. Jangan
kamu biarkan ada tempat kosong pada saf yang akan menjadi tempat
syaitan. Sesiapa yang merapatkan saf nescaya Allah akan rapatkan
hubungan dengannya. Sesiapa yang memutuskan saf nescaya Allah
putuskan dirinya daripada mendapat rahmat Allah".

Semua makmum dan imam ketika solat menghadap ke arah kiblat yang
sama, yang membawa tujuan, wawasan dan pencapaian yang sama. OIeh
itu, semua umat Islam dikehendaki patuh kepada perbuatan imam selagi
ianya tidak bercanggah dengan peraturan solat.
Kita tidak boleh
membantah, kerana ia akan membatalkan ibadah solat kita. Ini
menggambarkan ketaatan yang tidak berbelah-bagi kaum muslimin dalam
menjalankan arahan Allah SWT yang diperintahkan oIeh imam dan
pemimpin selagi ianya tidak bercanggah dengan syarak. OIeh itu, umat
Islam dituntut melaksanakan solat jemaah kerana ia melambangkan
kekuatan, menzahirkan kemantapan dan keteguhan perpaduan dalam
kalangan umat Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,


Tuntutan solat jemaah turut membawa maksud tuntutan memakmurkan
rumah Allah iaitu Masjid. Masjid adalah sebahagian dari syiar Islam,
kerana di sinilah tempat pertemuan dan perpaduan umat Islam.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 18:




Maksudnya: Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid
Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta
mendirikan sembahyang, menunaikan zakat serta tidak takut melainkan
kepada Allah, mudah-mudahan mereka menjadi golongan yang mendapat
petunjuk daripada Allah.
Selain itu,masjid tidak dapat disamakan dengan tempat-tempat lain
seperti rumah-rumah persendirian, gedung-gedung perniagaan atau pasar
kerana tempat yang suci dan mulia ini menjadi tempat orang Islam
mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ia juga adalah tempat kebajikan yang
penuh dengan rahmat dan berkat.

Umat Islam perlu bersedia menghadapi segala cabaran daripada pelbagai


aspek sama ada ilmu, amal, strategi dan kepakaran.
Latihan dan
kepatuhan semasa solat berjemaah ditambah dengan amalan harian yang
lain secara istiqamah pasti memantapkan ukhuwah, meneguhkan
perpaduan dan syahsiah umat Islam. Seterusnya, akan menampilkan
kehebatan jati diri muslim yang mampu menarik minat masyarakat bukan
Islam kepada agama islam.Marilah kita tingkatkan ukhuwah, kasih sayang
dan perpaduan dalam kalangan umat islam untuk meneguhkan kesatuan
ummah.

Muslimin Yang dirahmati Allah,


Mimbar ingin mengingatkan bahawa kunjungan kita ke masjid hendaklah
atas dasar ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, kita hendaklah menjaga
adab-adab, tatatertib, tingkah laku, perbuatan dan percakapan kita
semasa berada di tempat yang mulia ini. Mereka yang hadir ke masjid
atas tujuan untuk memecah-belahkan umat Islam serta mencemarkan
imej Islam adalah dilarang dan tidak layak memakmurkan masjid ini. Allah
SWT menempelak sikap golongan munafik yang cuba menjadikan masjid
sebagai tempat memecah belahkan umat menerusi firman-Nya dalam
surah at-Taubah ayat 107:



Maksudnya: Dan mereka yakni orang-orang munafik yang membina
masjid dengan tujuan memudaratkanorang lain, dan menguatkan
keingkaran, serta memecah-belahkan perpaduan orang yang beriman,
dan untuk dijadikan tempat mengintip bagi orang yang telah memerangi
Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan mereka akan bersumpah dengan
berkata: Tidaklah kami kehendaki melainkan untuk kebaikan sematamata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah
berdusta)

Maksudnya: Gembirakanlah orang-orang yang mahu datang berjalan ke masjid


diwaktu gelap malam dengan nur cahaya terang benderang di hari kiamat
nanti.
(riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi )

Dan tidaklah berkumpul satu kaum di satu rumah dari rumah-rumah


Allah sambil membaca kitab Allah (al-Quran) dan mempelajarinya
bersama di antara mereka kecuali turunlah ke atas mereka pertolongan,
mereka dilimpahi rahmat, malaikat menaunginya dan Allah menyebut

namamereka dikalangan orang yang ada di sisinya. Sesiapa yang lambat


amalnya maka tidak disegerakan dekatnya kepada Allah.

Wahai hamba-hamba Allah SWT,


Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan mematuhi
segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Carilah bekalan, sebaik-baik bekalan
itu ialah bertaqwa kepada Allah SWT.
Seterusnya marilah menghayati ayat Allah SWT di dalam surah at-Taubah :
Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orangorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat
tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
Alhamdulillah, hari ini 12 Rabiul Awwal, bersempena dengan tarikh kelahiran Rasulullah
SAW, kita mengambil kesempatan untuk memulakan solat Jumaat di masjid yang baru ini,
mudah-mudahan perjalanan hidup kita bersama masjid ini akan sentiasa bersemangat
sebagaimana perjuangan hidup Rasulullah SAW menyebarkan Islam di seluruh muka bumi
ini.
Oleh itu, suka kita menyebutkan di mimbar ini akan sebuah hadith Rasulullah SAW :
Sesiapa yang membina sebuah masjid, Allah akan membuatkan untuknya sebuah rumah di
dalam syurga.

Mudah-mudahan mereka yang turut menyumbang sehingga terbina dan siapnya masjid indah
yang berharga RM2.7 juta ini bersama kelengkapannya menjadi amal jariah yang berkekalan
sehingga hari kiamat.
Hadirin yang dikasihi Allah SWT,
Saat baginda SAW dan para sahabat dikepung sebelum hijrah, mereka kesukaran dan tidak
dapat melakukan solat berjamaah kerana tekanan musuh.
Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal tahun ke 14 kerasulan, iaitu tahun pertama hijrah, Rasulullah
SAW tiba di Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari, isnin, selasa, rabu dan
khamis. Di sana baginda SAW sempat mengasaskan Masjid Quba dan bersolat di dalamnya.
Itulah masjid yang pertama sekali diasaskan atas dasar taqwa selepas baginda SAW menjadi
Nabi. Pada hari jumaat, iaitu 12 Rabiul Awwal tahun pertama hijrah, baginda bergerak
menuju ke Madinah, menunaikan solat Jumaatnya yang pertama di sebuah kampung bernama
kampung Bani Salim bin Auf.
Setelah jumaat itulah, baginda bersama para sahabatnya RA memasuki Kota Madinah secara
rasmi pada 12 Rabiul Awwal tahun pertama hijrah.
Di Madinah, antara perkara pertama yang dilakukan oleh baginda SAW ialah mendirikan
Masjid Nabawi yang bukan hanya berfungsi sebagai tempat solat sahaja, bahkan menjadi
tempat pertemuan, atau pusat hentian atau dipanggil hari ini sebagai one stop centre, menjadi
pusat pengajian ilmu pengetahuan, pusat pentadbiran dan perbincangan, pangkalan tentera
dan lokasi bermulanya segala gerakan.
Hadirin yang dikasihi Allah SWT,
Sebagaimana ayat yang dibacakan awal khutbah ini, mengimarahkan masjid adalah salah satu
tanda keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat. Adapun matlamat yang ingin kita capai
daripadanya adalah menggapai hidayah yang akan menyinari hidup kita dan masyarakat kita.
Apakah makna mengimarah dan memakmurkan masjid?
Memakmurkan masjid maknanya mengisi masjid dengan ibadah-ibadah yang bermanfaat
bagi diri sendiri dan juga masyarakat, seperti shalat berjamaah, mengadakan majlis ilmu dan
tazkirah, membaca al-Quran dan buku-buku yang bermanfaat dan sebagainya.
Termasuk juga makna memakmurkan masjid ialah mengusahakan apa sahaja perkara yang
boleh menjadikan masjid selesa untuk didatangi dan digunakan, sehingga pada akhirnya
masjid merupakan tempat yang disukai untuk dikunjungi oleh ummat Islam.
Sidang jamaah yang dirahmati Allah,
Panji-panji Islam hanya akan bangkit di atas dasar perkenalan sesama muslim, persaudaraan
dan tolong menolong sesama mereka untuk menyatakan kebenaran dan menghapuskan
kebatilan.

Tidak ada lapangan atau tempat yang lebih baik dan harmoni untuk menyempurnakan
persaudaraan itu melainkan di dalam masjid. Iaitu ketika umat Islam dapat bertemu sesama
mereka untuk mendirikan solat secara berjamaah sebanyak lima kali setiap hari.
Walaupun kepentingan dan kemaslahatan dunia kadang-kadang boleh memecahbelahkan
manusia dan boleh mencetuskan perasaan hasad dengki, sesungguhnya pertemuan secara
berterusan dalam menunaikan ibadah solat secara berjamaah merupakan suatu perkara yang
boleh memecahkan benteng permusuhan dan perbezaan itu, sekiranya kedatangan dan
kehadiran di masjid itu dengan niat yang suci dan tulus ikhlas bukan menjadi orang munafik
yang menunjuk-nunjuk dan bermegah dengan ibadahnya.
Ingatilah akan sebuah hadith Rasulullah SAW :
Tidak sewajarnyalah bila ada tiga orang dalam sebuah kampung yang tidak mahu
mendirikan solat berjemaah di dalamnya melainkan syaitanlah yang akan menguasai
mereka, maka kamu hendaklah mendirikan solat berjemaah, kerana sesungguhnya serigala
itu hanya akan memakan kambing yang duduk bersendirian.
Hadirin yang dikasihi Allah SWT,
Suatu perkara yang sepatutnya dititikberatkan dalam mengimarahkan masjid ialah berkenaan
dengan majlis-majlis ilmu yang mesti dipupuk disemai dan menjadi budaya masyarakat
Islam. Ketahuilah bahawa seseorang yang beribadah dalam keadaan jahil, tidak mengetahui
hukum hakam ibadahnya dan cacat aqidahnya, sangat disukai oleh syaitan kerana mudah ia
mengganggu dan merosakkannya.
Oleh itu dalam kesungguhan kita beribadah, wujudkan kuliah-kuliah secara tetap. Cari dan
undang para ustaz untuk mengajar aqidah, fekah, akhlak, sirah Nabawi, tafsir al-Quran,
hadith Rasulullah dan sebagainya.
Perhatikan sebuah hadith Rasulullah SAW :




Mana sahaja daripada suatu masyarakat yang berkumpul daripada rumah-rumah Allah
AWJ (masjid-masjid), membaca dan belajar Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka,
mereka akan didampingi oleh malaikat, diliputi oleh rahmat dan Allah akan mengingat
mereka pada makhluk-makhluk yang berada disisiNya. (H.R. Ahmad)
Apabila kita hidup dalam masyarakat, beribadah dalam keadaan kita mengetahui dan menurut
peraturannya maka kita akan menjadi hamba Allah yang beruntung.
Contohnya, jika berlaku kematian, masyarakat kita sibuk dengan kenduri arwah setiap
malam, ada yang sehingga 7 malam berturut-turut, ada yang sehingga 40 malam berturutturut sehingga meninggalkan dan mengabaikan pengimarahan masjid khususnya solat
berjamaah.

Sebenarnya itu semua tidak terjadi jika kita mempunyai ilmu dan mempelajari agama Islam
dengan sebenarnya. Bayangkanlah peruntukan yang besar dibelanjakan untuk membina
masjid yang indah, tiba-tiba ditinggal orang kerana sibuk solat berjamaah di rumah sahaja.
Mudah-mudahan di kampung ini tidak berlaku sebegitu dan kita memahami keutamaan dan
kelebihan mendirikan solat di dalam masjid.
Sidang jamaah yang dikasihi sekalian,
Seterusnya, dalam program pengimarahan masjid, hendaklah kiranya masjid ini mesra kepada
semua golongan. Buatkan program yang bersesuaian dengan kaum ibu, dengan kanak-kanak
dan dengan remaja dan belia.
Sudah menjadi buah mulut masyarakat, bahawa masjid seolah-olah hanya menjadi lokasi
terakhir orang tua dan yang sudah pencen, dan tidak diminati oleh orang muda.
Kalau kita memerhatikan, maka di sana Rasulullah SAW ada menyebutkan antara golongan
yang mendapat naungan Allah SWT pada hari kiamat, pada saat tidak ada perlindungan lain
selain daripada Allah, ialah orang muda yang hatinya sentiasa terpaut untuk beribadah kepada
Allah dan pemuda hatinya sentiasa terpaut kepada masjid.
Rasulullah SAW tidak menyebut tentang orang tua, kerana menjadi lumrah dan kebiasaan
mereka hadir ke masjid. Tetapi bagi orang muda, Rasulullah SAW merangsang mereka agar
menjadi pendukung dan pencinta masjid. Bukan setakat untuk hadir menjadi mamum,
bahkan menjadi penggerak utama dalam mengimarahkan masjid.
Berilah ruang dan peluang kepada semua golongan untuk berperanan dalam mengimarahkan
masjid. Contohnya, ruang kepada kanak-kanak menyusun sajadah, ruang orang muda untuk
menjadi bilal dan muazzin solat lima waktu dan tarawih, menghidang jamuan kepada anakanak perempuan dan sebagainya.
Hadirin yang dikasihi Allah,
Terlalu banyak yang boleh diperkatakan apabila kita mengutarakan persoalan mengimarahkan
masjid. Apa yang penting, semua pihak sama ada JK masjid dan penduduk kampung mestilah
ikhlas dan membetulkan niat untuk mengimarahkannya, bersedia untuk memperbaiki diri,
menunjukkan contoh yang baik serta kreatif dalam merancang dan melaksana aktiviti
pengimarahan.
Ingatlah bahawa masjid adalah rumah Allah SWT yang mesti dijaga dengan sebaik-baiknya,
sama ada kebersihan hati jamaah, kebersihan zahir masjid, penggunaan dana masjid yang
amanah dan jujur, dan sebagainya.
Sebagai penutupnya, mari kita hayati sebuah hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh
Sayyidina Muaz bin Jabal RA :

.

Sesungguhnya syaitan adalah serigala pemangsa manusia seperti serigala pemangsa


kambing, ia akan menerkam kambing yang jauh dan terpinggir maka janganlah kamu
berpecah belah, akan tetapi hendaklah kamu berjamaah, bersama masyarakat banyak dan
mengimarahkan masjid

Potrebbero piacerti anche