Sei sulla pagina 1di 22

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA WAJ3110

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
Disediakan oleh: (Chalie)
PUNNITHANN

SUBRAMANIAM AMRI ZAKARIA FITRI MOHD

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN


PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN LAMBANG, COGAN KATA, LAGU DAN BENDERA PERTUBUHAN

7 PRINSIP ASAS PERTUBUHAN


Kemanusiaan (Humanity) Kesaksamaan ( Impartility) Keberkecualian ( Neutrality) Kebebasan( Independence) Khidmat Sukarela ( Voluntary Service) Ketunggalan ( Unity) Kesejagatan (Universality)

KEMANUSIAAN (HUMANITY)

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud. Tujuannya adalah melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia. mempupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.

KESAKSAMAAN (IMPARTIALITY)
Tidak

membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.

Tujuan

KEBERKECUALIAN (NEUTRALITY)

Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi manamana pihak yang bermusuhan. Tidak menyertai pertikaian yang bercorak plitik, perkauman, agama dan ideologi.

KEBEBASAN (INDEPENDENCE)

Palang Merah tetap menjaga autonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. Palang Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam.

KHIDMAT SUKARELA (VOLUNTARY SERVICE)


Ia

berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.

KETUNGGALAN (UNITY)

Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Pertubuhan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. Aktivitinya meliputi seluruh negara

KESEJAGATAN (UNIVERSALITY)

Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia. Mempunyai tanggungjawab yang sama. Saling membantu di antara satu sama lain antara negara

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

OBJEKTIF PERLEMBAGAAN

Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undangundang. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia. Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans.

Antara fungsi perlembagaan atau undangundang ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk.

OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM


Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.

PERLEMBAGAAN BSMM
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2: Matlamat Peraturan 3: Objektif Peraturan 4: Keahlian Peraturan 5: Guru Penasihat Peraturan 6: Ahli jawatankuasa Peraturan7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa

PERLEMBAGAAN BSMM
Peraturan 8: Kewangan Peraturan 9: Penyertaan Peraturan 10: Aktiviti Peraturan 11: Peraturan-peraturan Peraturan 12: Pindaan perlembagaan Peraturan 13: Perbubaran persatuan Peraturan 14: Tindakan disiplin Peraturan 15: Hal-hal lain Perkara perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah : i) Lencana / logo persatuan ii) Cogan kata / moto iii) Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan cawangan iv) Pendaftaran persatuan v) Jawatankuasa kecil,

PERLANTIKAN JAWATANKUASA
Terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan di Malaysia. Setiap satunya berbeza cara penubuhannya mungkin kerana terikat dengan perlembagaan. Terdapat dua cara perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu persatuan iaitu: i. Mesyuarat Agong.

Semua ahli berhak membuat pencalonan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di kalangan ahli menjadi Jawankuasa. Jawatan yang di pertandingkan antaranya ialah Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan jawatankuasa kerja. Pemilihan dibuat secara mengangkat tangan atau undi rahsia dengan menggunakan kertas.

ii) Perlantikan oleh penasihat Perlantikan dibuat melalui perbincangan dengan ahli atau ujian tertentu terutamanya untuk pasukan beruniform. Ia berbeza kerana perlantikan melalui penasihat mengikut kepada kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli yang lain. Carta organisasi untuk perlantikan oleh penasihat juga berbeza daripada perlantikan ahli jawatankuasa melalui mesyuarat agong. Ia bergantung kepada keperluan sesuatu pasukan.

Biasanya, jawatankuasa akan dibentuk mengikut carta organisasi seperti berikut; PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA

BENDAHARI

NAIB SETIAUSAHA

NAIB BENDAHARI

JAWATANKUASA KETUA PATROL/ BIRO

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA


Penasihat :
Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan.

Pengerusi :
Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankusa Kerja atau Mesyuarat Agong.  Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.  Merancang, malaksana dan menyelia aktiviti persatuan  Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pentadbir   Tentukan langkah-langkah keselamatan pemeriksaan doktor jika perlu  Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan

Naib Pengerusi :  Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan.




Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila ketiadaan pengerusi. Menjalakan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan.

Setiausaha :  Menyimpan pendaftaran ahli.




Membuat urusan suratmenyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi pendidikan atau ahli persatuan. Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat. Berkerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. Merekod kegiatan gerak kerja ko kurikulum.

Bendahari :  Menyimpan rekod dan stok harta persatuan.




Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli. Mengurus persatuan. dan mentadbir pembelian dan kewangan

 

Menyimpan dan menyiapkan penyata kira kira persatuan. Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan persatuan.

Ketua Patrol atau Ketua Biro :  Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan mengikut biro, bahagian atau patrol.


Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan.