Sei sulla pagina 1di 8

PENDEKATAN GURU DALAM MENANGANI MASALAH GANGGUAN EMOSI DALAM BILIK DARJAH

OLEH: NOR SYAKIRAH BT MOHD SAAD FIFI SYAZWA SYAFREIN BT NORAINI ANWAR HARIZ BT OSMAN MUHAMMAD FAUZAN BT MOHD FADZIL

AMALKAN SIKAP KEPIMPINAN DEMOKRATIK


Kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan muridmuridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang.

Menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antara satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

MENGELOLAKAN BANYAK AKTIVITI KUMPULAN


Aktiviti kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Contoh: aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek.

Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk tampilkan diri kehadapan dan mereka tidak akan merasa diri mereka terasing. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

MENGGUNAKAN PERCAKAPAN YANG SESUAI


Percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya dan mewujudkan interaksi dua hala. Percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contoh:

Beri peneguhan positif y Hukuman yang adil dan bersesuaian.


y

GURU MEMBANTU MURID YANG


BERMASALAH Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling bersama murid tersebut. Menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid- murid yang lain.

Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut.

Potrebbero piacerti anche