Sei sulla pagina 1di 12

Daripada: Aisyah Najwa

: Nur Safiah
: Gomathi A/P Kumarasamy
SIMPTOM-SIMPTOM KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru bermula secara senyap… ni kira macam serang hendap


lah ni… sangat bahaya sebab ia berlaku tanpa kita sedar. Biasanya tak ada
simptom atau tanda amaran pada peringkat awal. Bila keadaan dah
semakin parah, penghidap kanser paru-paru akan mula mengalami masalah
berikut:
• Batuk yang berlarutan
• Sakit dada terutamanya semasa menarik nafas
• Nafas berbunyi (wheezing) atau sesak nafas
• Batuk berdarah
• Keletihan (fatigue)
JENIS-JENIS KANSER PARU-PARU
• Ada 2 jenis kanser paru-paru – small-cell cancer yang sangat agresif dan
merebak dengan cepat ke bahagian anggota / organ badan yang lain.
Kanser paru-paru jenis ni berkait rapat dengan perokok tetapi jarang
ditemui pada orang yang bukan perokok. Non-small-cell cancer merebak
lebih perlahan dan ia lebih kerap ditemui dan 85% kanser paru-paru terdiri
daripada jenis ini.
TAHAP-TAHAP KANSER PEPARU
• Tahap-tahap dalam kanser adalah sebagai penanda kepada berapa serius
penyakit tersebut.
• Small-cell lung cancer terbahagi kepada 2 tahap: “Limited” bermakna
kanser tersebut terhad kepada sebelah paru-paru atau mungkin lymph
nodes berhampiran. “Extensive” bermakna kanser telah merebak ke kedua-
dua paru-paru atau lebih.
• Non-small-cell cancer terdiri daripada tahap I hingga IV, bergantung
kepada sejauh mana ia telah merebak.
RAWATAN AWAL UNTUK KANSER PEPARU
• Apabila doktor mengenalpasti non-small-cell lung cancer sebelum ia
merebak ke kedua-dua paru-paru, pembedahan segera mungkin dapat
membantu. Pembedahan adalah untuk membuang bahagian yang
terkena tumor atau jika perlu mungkin membuang keseluruhan bahagian
paru-paru tersebut. Allah!… tak mampu nak bayankan pulak macam mana
agakanya kehidupan dengan sebelah paru-paru saja.
• Tapi apabila kanser paru-paru dah merebak, ia sangat mustahil untuk
dipulihkan semula. Rawatan mungkin masih boleh membantu seseorang tu
untuk hidup lebih lama dan hidup yang lebih berkualiti. Radiasi dan
kimoterapi mampu mengecutkan tumor dan membantu mengawal
simptom-simptom kanser paru-paru seperti kesakitan tulang dan laluan
pernafasan tersekat. Kimoterapi biasanya rawatan utama bagi kanser paru-
paru.
RAWATAN BARU UNTUK KANSER PEPARU
• Ada 2 jenis rawatan tambahan yang mungkin diperlukan oleh seorang
pesakit kanser paru-paru selain daripada kimoterapi iaitu targeted therapy
dan immunotherapy.
SECONDHAND SMOKE

• Memang merokok adalah punca utama kepada kanser paru-paru tapi itu
bukanlah satu-satunya faktor risiko yang ada. Orang yang menjadi second
hand smoker iaitu mereka yang berada di sekeliling orang yang merokok
juga mempunyai risiko yang sama. Orang yang berkahwin dengan seorang
perokok adalah 20% hingga 30% lebih berisiko untuk mendapat kanser paru-
paru berbanding mereka yang tidak. Jadi, kalau dapat suami seorang
perokok, cubalah yer kita ikhtiar untuk mereka berhenti merokok sebab
merokok bukan saja membahayakan kesihatan perokok tu sendiri, tapi turut
sama meletakkan kesihatan orang sekeliling dalam risiko.
PEKERJAAN BERISIKO
• Sesetengah pekerjaan juga menjadi punca kepada kanser paru-paru.
Mereka yang bekerja dengan uranium, arsenic dan bahan kimia lain
hendaklah cuba sebaik mungkin untuk mengurangkan pendedahan
kepada bahan-bahan tersebut. Asbestos yang banyak digunakan dalam
penebatan juga dikenalpasti sebagai punca kanser paru-paru. Walaupun
bahan ni dah jarang digunakan sekarang, tapi mereka yang pernah
terdedah kepada bahan ni dulu masih berisiko.
PENCEMARAN UDARA

• Bukan seperti merokok, pencemaran udara merupakan punca yang agak


minima kepada kanser paru-paru. Walau bagaimanapun, ia tetap sesuatu
yang perlu dielakkan. Pakar percaya pencemaran yang datang daripada
asap kereta, kilang dan stesen janakuasa mampu memberi risiko kepada
paru-paru… lebih kurang macam risiko seorang second hand smoker.
APA LAGI YANG MEMBUATKAN SESEORANG TU
BERISIKO UNTUK MENDAPAT KANSER PARU-PARU
• Sejarah keluarga yang ada kanser paru-paru
• Meminun air yang tinggi kandungan arsenic
• Walaupun begitu, kanser paru-paru tetap terjadi pada orang-orang yang
tak ada faktor risiko macam yang tersenarai di atas tadi termasuklah
mereka yang tidak merokok. Para pengkaji pun tak dapat nak pastikan
kenapa. Kanser paru-paru juga lebih banyak terjadi di kalangan wanita
berbanding lelaki.
• Adenocarninoma lebih popular di kalangan bukan perokok berbanding
perokok.
MENCEGAH KANSER PEPARU
• Kanser paru-paru menjadi punca utama kematian akibat kanser tak kiralah
samada lelaki atau wanita. Tapi jika anda tak merokok dan elakkan
daripada berada di kalangan perokok, itu akan membantu untuk
merendahkan risiko anda mendapat kanser paru-paru.
• Jika anda seorang perokok, cubalah sebaik mungkin untuk berhenti
merokok. Ada banyak cara yang boleh diambil dan ia memerlukan
kesabaran yang sangat tinggi. Tapi IsnyaAllah, ia adalah satu cubaan yang
berbaloi bukan saja untuk badan sendiri, tapi juga demi orang-orang
sekeliling yang anda sayang.
• Mereka-mereka ini telah berjaya berhenti merokok dengan ikhtiar melalui
pengambilan Vivix. Anda nak cuba?
TERIMA KASIH!

Potrebbero piacerti anche