Sei sulla pagina 1di 24

Topik 10:

Isu dan Cabaran Penggunaan


Teknologi untuk Pengajaran dan
Pembelajaran

Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran (EDUP 3053)


Objektif Pembelajaran
• Di akhir pelajaran ini, pelajar-pelajar dapat:
• Menyatakan isu-isu yang berkaitan dengan harta intelek, undang-undang
siber, keselamatan, kerahsiaan dan plagiat
• Membincangkan perkara yang berkaitan dengan penyebaran maklumat
• Menghuraikan cabaran aplikasi teknologi terkini dalam PdP
• Membincangkan aspek sokongan organisasi, kesediaan teknologi dan
Piawaian ISTE
• Mengkaji trend teknologi pendidikan pada masa depan
Pengenalan
• Perkembangan pesat dalam era teknologi adalah menjadi suatu
kemestian untuk mengkaji isu-isu dan trend yang perlu diambil
perhatian supaya dapat melindungi hak cipta terpelihara karya dan
produk orang lain.
• Antara isu dan trend yang akan dikemukakan termasuklah hak cipta
terpelihara, keselamatan, kerahsiaan dan kawalan kendiri dalam
penggunaan teknologi.
Harta Intelek
• Harta Intelek atau Intellectual Property (IP) merujuk perlindungan
yang diberikan terhadap ciptaan intelektual yang berkaitan dengan
karya sastera dan seni, reka bentuk dan simbol, nama dan imej yang
mempunyai nilai komersial.
• Undang -undang harta intelek biasanya memberikan pengarang asal
hak cipta eksklusif untuk memanfaatkan ciptaan mereka mengikut
peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di sesebuah negara.
…Harta Intelek
• Perlindungan terhadap harta intelek bertujuan merangsang kreativiti
dan eksploitasi harta intelek serta menjaga keadilan seseorang
pencipta supaya reka cipta/hasil/karya mereka tidak disalahgunakan
oleh orang lain yang boleh mengakibatkan kerugian kepada pencipta
asal.
• Harta intelek terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
• Harta perindustrian—paten, cap dagangan, reka bentuk industri dan petunjuk
geograf
• Hak cipta—karya seni, reka bentuk binaan serta siaran radio dan televisyen
Harta Perindustrian
Jenis Harta Penerangan
Perindustrian
Paten Paten ialah hak eksklusif yang diberikan untuk sesuatu ciptaan, sama ada produk
atau proses yang menyediakan secara umum cara baharu untuk melakukan
sesuatu atau menawarkan penyelesaian teknikal baharu kepada sesuatu masalah.
Cap dagangan Cap dagangan ialah tanda yang mampu membezakan barang atau perkhidmatan
satu perusahaan daripada perusahaan lain. Cap dagangan boleh sebagai
perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi elemen-elemen yang
disebutkan.
Reka bentuk industri Ciri bentuk, rajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui
apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap,
merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata.
Petunjuk geografi Petunjuk geografi ialah tanda yang digunakan pada produk yang mempunyai asal
geografi tertentu dan memiliki sifat atau reputasi yang dari tempat asalnya.
Contohnya Sabah Tea, Sarawak Pepper, Songket Terengganu, Florida Oranges
dan lain-lain.
Bahagian Harta Intelek
• Bahagian Harta Intelek, di bawah Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertanggungjawab
mentadbir Akta Paten 1983, Akta Cap Dagangan 1976 dan Akta Hak
Cipta 1987
• Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) berfungsi untuk:
• Memperkukuh perundangan harta intelek
• Menyediakan khidmat nasihat harta intelek
• Menyediakan maklumat lengkap mengenai harta intelek
• Menggalakkan kesedaran dan kepentingan harta intelek
Hak Cipta Terpelihara
• Merupakan hak ekslusif yg diberi oleh undang-undang kepada
pencipta/penerima haknya untuk kawal pengeluaran semula atau
pelbagai bentuk penggunaan hasil ciptaan berkenaan bagi sesuatu
tempoh.

• Hakcipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai


‘hak kepunyaan’ terhadap ciptaan mereka.
Hak Cipta Terpelihara
• Tujuan utama ialah bagi melindungi pencipta dan ciptaannya.

• Terbahagi kepada 2 kategori utama:


• Hak ekonomi
• Hak moral
Hak Cipta Terpelihara
Hak Ekonomi
Hak ekonomi ini adalah sesuatu yang bersifat kebendaan atau material.

Tujuan :
Supaya pencipta mendapat pulangan dalam bentuk kewangan atau
kebendaan.

Perlindungan hakcipta yang berkesan akan menjamin pemberian royalti


kepada pencipta hasil daripd jualan ciptaannya.
Hak Cipta Terpelihara
Hak Moral

 Hak moral menjamin pencipta mendapat pengiktirafan sebagai


seorang pencipta.

 Hakcipta untuk diiktiraf sebagai seorang pencipta merupakan hak


moral yang tinggi dan memberi kepuasan yang tinggi kepada
pencipta.

 Ia juga memberi hak mutlak terhadap hasil ciptaan asal dari


mengalami apa-apa perubahan tanpa persetujuan pencipta.
Undang-undang Siber
• Antara beberapa undang-undang siber di Malaysia adalah seperti
berikut:
• Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
• Akta Jenayah Komputer 1997
• Akta Hakcipta (Pindaan) 1997
• Akta Perdagangan Elektronik 2006
• Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Jenayah Siber
• Terdapat tiga jenis jenayah siber yang sering dilakukan oleh penjenayah siber.
Antaranya ialah:
• Jenayah siber terhadap manusia
• Aktiviti jenayah ini termasuk gangguan siber terhadap mana-mana individu, pengedaran pornograf
kanak-kanak, pelbagai jenis penipuan, penipuan kad kredit, penyeludupan manusia, kecurian identiti
dan unsur ftnah dalam talian.
• Jenayah siber terhadap harta benda
• Aktiviti jenayah dalam talian yang berlaku terhadap harta seperti komputer atau pelayan termasuk
serangan DDOS, penggodaman, penghantaran virus, vandalisme komputer, perlanggaran hak cipta
dan pelanggaran hak harta intelek.
• Jenayah siber terhadap agensi kerajaan
• Aktiviti penggodaman, mengakses maklumat sulit, peperangan siber, keganasan siber dan perisian
cetak rompak.
Aktiviti Melanggar Undang-
undang Siber
• Melayari laman sesawang yang menyebarkan maklumat yang mengancam keselamatan negara
• Memuat naik berita yang berbentuk ftnah terhadap mana-mana individu
• Memuat turun dan mengedar maklumat atau aplikasi yang dilindungi undang-undang secara haram
• Membuat salinan secara haram atau cetak rompak terhadap program atau aplikasi yang
mempunyai status hak cipta terpelihara
• Mencuri maklumat pengguna (phishing) dan menyamar sebagai pengguna (kecurian pengenalan
diri) ialah jenayah siber yang serius
• Mengirim mesej pukal yang boleh menjejaskan sistem rangkaian yang dikenali sebagai spamming
• Menghantar malicious codes seperti virus dan worms melalui laman sesawang dan e-mel
• Urus niaga perbankan secara haram
Keselamatan
• Menjaga keselamatan perkakasan dan data komputer
merupakan perkara yang sangat penting
• Kecurian
• Banjir
• Kebakaran
• Perlu patuh kepada peraturan yang disediakan di sekolah
Plagiat
• Berikut ialah perbuatan yang dikaitkan dengan plagiat:
• Mengubah hasil kerja orang lain dan membuat perakuan sebagai
hasil milik sendiri
• Menyalin perkataan atau idea daripada orang lain tanpa
memberikan kredit
• Gagal memasukkan tanda petikan untuk petikan yang diambil
• Memberikan maklumat yang salah mengenai sumber yang diambil
• Hanya mengubah perkataan tetapi mengekalkan struktur ayat
sumber tanpa memberikan kredit
Plagiat
• Perkara-perkara yang perlu dititik beratkan bagi
mengelakkan dari perbuatan memplagiat:
• Paraphrase—Mengulangi sesuatu yang ditulis atau dituturkan
dengan menggunakan perkataan yang berbeza, dalam bentuk yang
lebih ringkas dan jelas
• Citation—Sumber yang merujuk buku, kertas penyelidikan, atau
penulis, terutama dalam karya ilmiah.
• Quoting—Ulangi atau salin (perkataan dari teks atau ucapan yang
ditulis atau dituturkan oleh orang lain)
Penyebaran Maklumat
• Penyebaran maklumat mempunyai beberapa fungsi seperti:
• Membuat keputusan
• Maklumat yang disebarkan boleh memberikan peluang kepada seseorang untuk membuat keputusan.
• Pelengkap Ilmu
• Maklumat yang diterima boleh mendidik serta memberikan kesedaran terhadap perkembangan
semasa serta perubahan tingkah laku seseorang.
• Maklum balas
• Penyebaran maklumat juga dibuat untuk mendapatkan maklum balas daripada pembacanya melalui
soal selidik, testimoni dan sebagainya.
• Koloborasi
• Maklumat sering kali disebarkan agar sekumpulan individu dapat berkongsi pengetahuan dan juga
menjadi platform untuk berkomunikasi.
Cabaran Aplikasi Teknologi
Terkini dalam PdP
• Kesediaan Guru dan Murid untuk menggunakan kemudahan seperti:
 Facebook  Skype
 Twitter  Pinterest
 Instagram  WhatsApp

• Sokongan Organisasi
• Kesediaan Teknologi
Piawaian ISTE (International
Society for Technology in
Education)
• Persatuan Antarabangsa untuk Teknologi
Pendidikan atau International Society for
Technology in Education (ISTE) adalah
sebuah organisasi bebas menyediakan
khidmat nasihat kepada pendidik yang
berminat menggunakan teknologi dalam
pendidikan secara efektif
Piawaian ISTE (International
Society for Technology in
Education)
• Piawaian untuk murid
• Pada masa kini murid harus bersedia mengikuti perkembangan dalam landskap
teknologi yang sentiasa berubah.
• Piawaian ISTE untuk murid direka bentuk untuk memastikan proses
pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah sewajarnya berpusatkan murid.
• Antara standard yang digariskan oleh ISTE untuk murid ialah penurunan kuasa
kepada murid, warganegara yang berasaskan digital, membina pengetahuan
berdasarkan kemahiran yang dimiliki, pereka bentuk yang inovatif, memiliki
kemahiran pemikiran komputasional, berupaya untuk berkomunikasi secara
kreatif dan mempunyai keupayaan untuk bekerjasama secara kolaboratif di
peringkat global.
Piawaian ISTE (International
Society for Technology in
Education)
• Piawaian untuk pendidik
• ISTE untuk pendidik ialah panduan untuk membantu murid untuk
menjadi murid yang diberi penurunan kuasa.
• Piawaian ini akan memperdalam amalan pedagogi seseorang
pendidik serta mewujudkan kerjasama dengan rakan-rakan dan
menyediakan murid yang boleh menguruskan pembelajaran
mereka secara bebas
Trend-trend Teknologi
Pendidikan Masa Depan
• Penggunaan Media Tradisional secara Beterusan
• Pembelajaran Elektronik
• Perubahan dalam Peranan Guru
TERIMA KASIH

Potrebbero piacerti anche