Sei sulla pagina 1di 12

 Sistem Endokrin terdiri daripada kelenjar

endokrin yang merembeskan hormon untuk


mengkoordinasikan aktiviti badan dan gerak
balas terhadap ransangan daripada
persekitaran.
 Kelenjar endokrin tidak mempunyai duktus.
Hormon tidak dirembeskan melalui duktus,
tetapi dirembes terus ke dalam aliran darah
yang membawa hormon keseluruh badan
 Hormon adalah protien yang dirembeskan daripada
kelenjar endokrin dalam badan kita
 Hormon adalah pengutus kimia yang dirembeskan
secara langsung dalam darah, dan dibawa ke organ
sasaran yang terdapat di bahagian lain dalam darah.
 Hormon dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit
 Hormon adalah spesifik dari segi tindakan dan hanya
bertindak pada organ sasaran tertentu
 Tindakan hormon adalah lambat tapi kesannya tahan
lebih lama.
 Perembesan hormon dikawal atur oleh :
i. Hormon Lain
ii. Aras bahan
iii. Sistem Saraf
 Hormon lain , contohnya hormon perangsang
tiroid (TSH)
 Aras hormon tiroksina yang tinggi akan
merencat rembesan hormon perangsang tiroid
yang menyebabkan rembesan hormon
tiroksina berlebihan terhenti
 Aras glukosa yang tinggi di dalam darah merangsang
pankreas untuk merembes hormon insulin yang
menukarkan glukosa berlebihan kepada glikogen.
 Aras glukosa yang rendah di dalam darah merangsang
pankreas untuk merembes hormon glukagon yang
menukarkan glikogen kepada glukosa
 Contohnya kelenjar pituitari dan kelenjar
adrenal
 Hipotalamus menerima impuls saraf dari
reseptor dan seterusnya merangsang kelenjar
pituitari untuk merembeskan hormon.
 Kelenjar adrenal juga dirangsang oleh sistem
saraf untuk merembeskan hormon
 Ketakseimbangan hormon disebabkan oleh
penghasilan hormon yang berlebihan atau
kekurangan
 Oleh sebab sistem endokrin menkoordinasikan
perubahan jangka panjang badan kita , segala
ketakseimbangan dalam penghasilan hormon
akan mempengaruhi kesihatan kita.