Sei sulla pagina 1di 4

Objektif

• 1. Perlaksanaan program dakwah dan pengurusan pendidikan Islam


• Memberi pendidikan kepada masyarakat supaya berpegang teguh kepada ajaran agama islam melalui program-program dakwah di
samping menyeru masyarakat ke arah perpaduan.
• 2. Pengurusan pembangunan individu dan keluarga islam
• Mengukuhkan peranan institusi kekeluargaan Islam melalui bimbingan sebelum perkahwinan dan memastikan sesebuah keluarga
dibina mengikut syariah.
• 3. Pengurusan dan pengimarah masjid dan surau
• Memastikan segala urusan pentadbiran masjid dan surau di negeri Perak berjalan dengan baik di samping melaksanakan program-
program yang dapat memupuk kecintaan masyarakat untuk mengimarahkan masjid dan surau serta mengukuhkan perpaduan
ummah.
• 4. Penyelidikan dan kajian akidah dan syariah
• Membuat kajian berkaitan isu-isu semasa dalam bidang akidah dan syariah dan memaklumkan hasil kajian kepada masyarakat
sebagai usaha membendung penularan pengamalan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan syariah islam.
• 5. Penguatkuasaan undang-undang syariah dan pendakwaan
• Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang syariah yang berkuatkuasa di negeri Perak. Ianya bukanlah sekadar berbentuk
hukuman tetapi juga memberi penerangan dan pemahaman kepada masyarakat berkaitan agama islam.
Strategi
• Menubuhkan kelas-kelas pembelajaran bagi kanak-kanak seperti kelas fardhu ain, kursus haji dan umrah, kelas mukaddam, kelas al-Quran, tahfiz al-
Quran dan kelas-kelas tambahan, kursus penyembelihan dan lain-lain.
• Menubuhkan kumpulan-kumpulan marhaban, berzanji dan kumpulan nasyid.
• Menubuhkan kelas tadika Islam.
• Mengadakan kelas bimbingan Bahasa Arab, Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
• Menyusun program kelas-kelas takmir secara terancang.
• Mengadakan kelas pengajian al-Quran lanjutan daripada program membudayakan al-Quran.
• Mengadakan majlis-majlis ceramah umum, syarahan dan forum.
• Mengadakan aktiviti kumpulan usrah.
• Menyusun program qiamulail di setiap malam Jumaat dan di malam-malam bulan Ramadhan dan menyusun progran berkala sempena hari-hari
kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul dan sebagainya.
• Mengadakan program motivasi, kursus dan bimbingan dari masa ke semasa.
• Mengadakan majlis membaca Yasin, tahlil dan solat hajat bersama dengan pihak sekolah dan PIBG semasa murid-murid hampir menghadapi
peperiksaan.
• Mengadakan solat hajat beramai-ramai setiap malam Jumaat mohon keamanan dan kesejahteraan ahli kariah.
• Mewujudkan perpustakaan yang lengkap sebagai pusat sumber mesyarakat setempat.
• Mengadakan perujian al-Quran dan berzanji peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa

Potrebbero piacerti anche