Documenti di Didattica
Documenti di Professioni
Documenti di Cultura
SOSIO BUDAYA DI
MALAYSIA
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP 3073
SUB TOPIK
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya di
Malaysia
- Bangsa
- Bahasa
- Struktur Sosial
- Kepercayaan
- Adat resam
Kepentingan kesedaran kepelbagaian
sosiobudaya kepada guru di Malaysia
A. KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
DI MALAYSIA
PENGENALAN
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan
budaya mewujudkan kepelbagaian sosiobudaya.
Kepelbagaian sosiobudaya ini wujud di dalam bilik
darjah yang mempunyai murid dari pelbagai latar
belakang.
Pengetahuan tentang sosiobudaya yg pelbagai ini
penting untuk memudahkan pemahaman terhdap
budaya dan struktur masyarakat lain.
Seterusnya, nilai hormat menghormati, toleransi
dan semangat bekerjasama lebih mudah dipupuk
ASPEK PENTING UNTUK MEMAHAMI
KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
BANGSA
Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa
merupakan sekumpulan orang yang mempunyai
ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang
sama
Amalgamasi
-proses percantuman dari segi biologi berlaku melalui
perkahwinan campur
-perkahwinan akan menghasilkan satu kelompok baru
yang seterusnya membentuk budaya baru dalam
masyarakat berkenaan
Pluralisme
- proses mempertahankan kepelbagaian budaya
- ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok dikekalkan
- setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan
kelompok, justeru itu terus mengamalkan budaya
yang diwarisinya.
Akomodasi
- setiap etnik menyedari nilai dan norma antara satu
sama lain.
- Mereka menghormati budaya etnik lain dan dalam
masa yg sama mempertahankan budaya mereka
sendiri.
Akulturasi
Selo Soemardjan :
Pengertian masyarakat adalah orang-orang
yang hidup bersama dan menghasilkan
kebudayaan
Ciri – ciri Utama Masyarakat
Hidup berkelompok
Mempunyai budaya
Sering mengalami perubahan
Saling berinteraksi sama ada dalaman dan dengan
pihak luar
Mempunyai pemimpin
Mempunyai aturan sosial
Struktur masyarakat atau kelas sosial berperanan untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Menggambarkan suasana
Menyampaikan maklumat antara penutur
dengan pendengar
Supaya pendengar menyambut (percakapan)
Untuk menyatakan perasaan
Untuk mempertingkatkan prestasi dalam aspek
penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan,
perbahasan, syarahan dan pidato adalah
digalakkan sebagai galakan penggunaan bahasa.
MANTRA GAYATRI
(Ya Tuhan, Engkau penguasa alam nyata, alam ghaib, alam maha
ghaib)
(Engkaulah satu-satunya yang patut hamba sembah)
(Engkaulah tujuan hamba dalam semadhi)
(Terangilah jiwa hamba agar hamba berada dijalan yang lurus
menuju Engkau)
ADA T RESAM MASYARAKAT CINA
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau
pantang larang yang agak unik.
Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh
persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan
mereka banyak bergantung kepada nasib.
Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai
peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-
hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Adat resam dan pantang larang ini diamalkan
secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu
dalam masyarakat Cina,
Adat resam orang cina terdiri dari pelbagai kepercayaan
tentang alam serta etika dari ahli-ahli falsafah zaman
kuno serta agama Buddha. Oleh kerana itu, mereka
kelihatan menyembah pelbagai ciri alam dari pagi
hingga malam iaitu mengikut perubahan musim dan
pelbagai kuasa tertentu.
Tanpa kepercayaan khusus tentang tuhan maka
keluarga dan negara menjadi tumpuan pemujaan
mereka.
Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan
pemujaan. & ditandakan oleh sekeping papan
peringatan ( tablet) yang dicatatkan nama keturunannya.
Papan ini merupakan tumpuan penyembahan keluarga
dan diletakkan di ruang tamu rumahuntuk semua
keluarga. Setelah beberapa generasi papan ini disimpan
di rumah klen (huaykuan atau pun di rumah tokong.
Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan
merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan
dengan sebaik-baiknya.
Mengikut kepercayaan mereka,pasangan yang
berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak
sah.
Pada asasnya,adat resam perkahwinan mereka
merangkumi beberapa peringkat iaitu dari merisik,
bertunang dan majlis perkahwinan.
Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan
pantang larang diamalkan oleh wanita cina semasa
mengandung dan selepas bersalin untuk memastikan
bayi yang bakal lahir tidak ditimpa kejadian buruk.
Sebagai contoh,wanita mengandung dilarang
melakukan kerja-kerja memaku kerana dikhuatiri
bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.
Mereka juga terpaksa berpantang selama 40 hari
selepas melahirkan anak.
Seperti masyarakat melayu,mereka turut
mengadakan kenduri apabila bayi tersebut
mencapai umur sebulan.
Masyarakat cina juga mengamalkan adat mencukur
rambut bayi kerana mereka menganggap rambut
bayi yang baru lahir adalah rambut sementara
Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam
yang berkaitan dengan soal-soal kematian.
Apabila berlaku kematian,mayat akan dibersihkan dan
dimandikan sebagai tanda penghormatan terakhir
kepada si mati.
Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang
diperbuat daripada kayu yang diukir menarik.Mereka
akan mengupah lebih ramai orang untuk menangisi si
mati.
Semasa mengiringi mayat,pelbagai jenis lagu
dimainkan.
Selepas upacara kematian,ahli keluarga menjalani
adat berkabung.
Pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk beberapa
hari sehingga hari perkabungan tamat.
KEPENTINGAN KESEDARAN KEPELBAGAIAN
SOSIOBUDAYA KEPADA GURU DI MALAYSIA
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya merupakan
aspek penting kepada para guru di Malaysia.
Menambahkan pengetahuan guru tentang budaya
lain yang terdapat di Malaysia
Membantu guru wujudkan suasana bilik darjah yang
kondusif
Memudahkan guru untuk menyatukan murid
pelbagai kaum di dalam bilik darjah
Dapat mengelakkan berlakunya pertengkaran atau
pergaduhan di dalam bilik darjah.
Guru dapat mempelbagaikan kaedah dan aktiviti
pengajaran bagi memudahkan pemahaman murid
yang pelbagai kaum dan kecerdasan
Mengelakkan guru dari menggunakan pertuturan yang
berbaur perkauman dan sensitiviti agama.