Sei sulla pagina 1di 44

 Standard dalam dokumen kurikulum

merujuk suatu pernyataan tentang


perkara yang murid perlu tahu dan
boleh lakukan selepas mempelajari
sesuatu topik atau unit dalam mata
pelajaran.
 Standard kurikulum digubal pada
peringkat pusat dan disebarluaskan ke
sekolah untuk dilaksanakan oleh guru
dalam bilik darjah.
 Guru haruslah merujuk dokumen
kurikulum yang telah disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
KPM telah menyediakan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) bagi setiap mata pelajaran.
Dokumen tersebut mengandungi tiga
jenis standard, iaitu Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran
dan Standard Prestasi.
Merupakan pernyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan yang
merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
 Ialah satu penetapan kriteria atau
penunjuk (indikator) kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.
 Merupakan kenyataan khusus tentang
perkara yang murid patut tahu dan
boleh lakukan dari segi pengetahuan
atau konsep yang difahami dan
keupayaan melakukan sesuatu yang
membolehkan murid menunjukkan
keupayaan mereka dalam penguasaan
pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam bentuk yang boleh diukur.
SP tidak menunjukkan kaedah PdP.
Tujuannya spy guru diberikan ruang
dan peluang untuk menggunakan
kreativiti dalam menyediakan
persekitaran pembelajaran kondusif
untuk murid dan sekali gus
membentuk konsep serta
mengembangkan kemahiran, sikap
dan nilai dalam mata pelajaran yang
diajar.
Merupakan pernyatan tentang tahap
perkembangan pembelajaran murid
yang diukur berdasarkan standard
dan juga menunjukkan kedudukan
murid dalam perkembangan atau
kemajuan pembelajarannya.
Perkembangan atau kemajuan murid
dijelaskan dengan satu atau lebih
qualifier dengan menggunakan
perkataan yang menggambarkan
standard dalam bentuk hasil
pembelajaran.
Bermaksud guru perlu menganalisis
dan mengenalpasti pengetahuan
(konsep) dan kemahiran yang
terdapat dalam standard dan
indikator.
Standard ialah pernyataan umum
tentang hasil pembelajaran, iaitu
perkara yang murid perlu tahu dan
boleh lakukan.
Indikator ialah hasil pembelajaran
mata pelajaran bagi sesuatu tahap
yang khusus (tahun/tingkatan)
 Tujuan merungkai standard dan indikator
mata pelajaran tertentu yang tersenarai di
dalam dokumen kurikulum adalah untuk
menentukan dengan tepat perkara yang
murid perlu tahu, iaitu konsep.
 Kandungan mata pelajaran ialah perkara
yang murid boleh lakukan, iaitu merujuk
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid;
melalui konteks atau aktiviti tertentu
(merujuk unit pengajaran dan aktiviti2
spesifik yang guru akan gunakan untuk
mengajar murid tentang konsep dan
kemahiran yang terkandung dalam
standard).
KERANGKA KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH RENDAH
 Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dibina berasaskan enam tunjang,
iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan
Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri;
Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta
Sains dan Teknologi.
 Enam tunjang tersebut merupakan domain
utama yang menyokong antara satu sama
lain dan disepadukan dengan pemikiran
kritis, kreatif dan inovatif.
Kesepaduan ini bertujuan
membangunkan modal insan yang
menghayati nilai-nilai murni
berteraskan keagamaan,
berpengetahuan, berketerampilan,
berpemikiran kritis dan kreatif
serta inovatif.
Ainsworth (2003) mengemukakan empat
langkah utama merungkai standard
adalah seperti berikut:

Langkah 1:
 Merungkai standard dan indikator
bertujuan mengenal pasti konsep yang
penting dan kemahiran yang perlu
diajar.
 Guru perlu mengenal pasti konsep
(pengetahuan) yang perlu diajar atau
“apa yang murid perlu tahu” dalam
topik yang akan diajar ini.
Guru perlu mengetahui kemahiran
yang perlu dikuasai oleh murid atau
“apa yang murid boleh lakukan”
selepas murid mempelajari topik ini.
Guru juga perlu memahami konteks
yang akan digunakan untuk
mengajar konsep dan kemahiran,
iaitu unit khusus, pengajaran dan
aktiviti-aktiviti PdP dalam bilik
darjah.
Langkah 2:
Tulis standard dan indikator yang
dirungkai dalam bentuk
persembahan grafik (graphic
organizer) ringkas seperti outline,
bulleted list, peta konsep dan
sebagainya.

Langkah 3:
Kenal pasti idea utama, iaitu perkara
yang murid perlu faham dan ingat.
Langkah 4:
Bina soalan-soalan penting daripada
idea-idea utama untuk membantu
pengajaran dan pentaksiran.
Selepas itu guru membuat
perancangan pengajaran dan
pentaksiran serta membuat rumusan
pengajarannya.
Membina persembahan grafik
(bulleted list) untuk merungkai
standard

Mata pelajaran : Matematik


Tahun :4
Standard kandungan: Perimeter dan luas
Topik/Sub topik : Luas
Standard:
Di samping mengetahui konsep luas,
murid berupaya melakukan kemahiran
cara mengira luas segi empat tepat,
segi empat sama dan segi tiga dengan
cara pengiraan petak segi empat sama
dan rumus.

Indikator:
Murid melakukan aktiviti melukis bentuk
dengan kertas grid dan bersoaljawab
soalan seperti yang berikut:
 Melukis bentuk tidak sekata (surihan tapak
tangan) dan bentuk sekata pada kertas
grid untuk mengenal pasti konsep luas.
 Membuat anggaran luas bagi bentuk yang
tidak sekata dengan pengiraan petak segi
empat sama.
 Melaksanakan aktiviti inkuiri terbimbing
untuk mencari luas pelbagai bentuk segi
empat tepat dan segi tiga.
 Mengesan dan menginterpretasi maklumat
dengan menyatakan luas segi empat tepat
adalah sama dengan hasil darab panjang
dan lepar bentuk segi empat tepat.
 Menyatakan pengiraan luas segi tiga
dengan cara membilang petak segi
empat sama tidak semestinya
memberikan jawapan yang tepat
 Mengesan perkaitan luas segi tiga
adalah separuh luas segi empat tepat
dengan memperluas lukisan segi tiga
kepada segi empat tepat
 Mengesahkan perkaitan luas segi tiga
dan luas segi empat tepat dengan
lipatan dan potongan bentuk suatu segi
empat tepat.
Menggunakan formula untuk
mengira luas bagi sebarang bentuk
segi empat tepat, segi empat sama
dan segi tiga.
Bertanya dan menjawab soalan yang
berkaitan dengan aktiviti inkuiri
untuk mencari luas.
Konsep (Pengetahuan):
Pengetahuan berkaitan dengan luas segi
empat tepat, segi empat sama dan segi
tiga adalah:
 Luas ialah permukaan satah yang ditutupi
oleh suatu sempadan
 Sempadan luas segi empat dan segi tiga
ialah perimeter
 Unit luas ialah unit persegi
 Luas boleh dicari dengan membilang petak
segi empat sama dan rumus
 Rumus luas segi empat tepat/sama ialah
panjang x lebar (p x l)
 Rumus luas segi tiga ialah separuh
daripada luas segi empat tepat
Kemahiran:
Murid berupaya untuk:
 Menyurih suatu bentuk tidak sekata (tapak
tangan, tapak kaki, bentuk daun besar dll)
pada kertas bergrid dan membilang serta
membuat anggaran petak segi empat sama
yang ditutupi.
 Melukis sebarang bentuk segi empat tepat
dan segi empat sama pada kertas grid dan
membilang petak segi empat sama yang
ditutupi secara tepat
 Bertanya dan menjawab soalan berkaitan
dengan inkuiri
 Membuat tafsiran dan kesimpulan
Konteks (Topik atau Isi Kandungan):
Memperkenalkan konsep luas
Mencari luas segi empat tepat, segi
empat sama dan segi tiga dengan
petak segi empat sama.
Mencari luas segi empat tepat, segi
empat sama dan segi tiga dengan
rumus.
mengenal pasti pengetahuan
(konsep) dan kemahiran yang
terdapat dalam standard
(pernyataan umum tentang hasil
pembelajaran – apa yang murid
perlu tahu dan boleh lakukan) dan
indikator (hasil pembelajaran
khusus).
 Mengenal pasti idea-idea utama yang terdapat
dalam konsep (pengetahuan) dan kemahiran.
 Merupakan suatu kesedaran, kefahaman atau
kesimpulan yang dicapai sendiri oleh murid sama
ada semasa pengajaran atau selepas pengajaran.
 Idea utama berbentuk gambaran yang lebih besar
dan generalisasi yang dapat difikirkan oleh murid
selepas memahami sesuatu konsep.
 Merupakan pernyataan daripada murid sendiri yang
diperoleh daripada pemhaman mereka yang
mendalam tentang konsep yang dipelajari.
 Merupakan pemahaman murid yang kekal tentang
sesuatu konsep dan dapat mengamalkannya serta
membuat perkaitan dengan bidang pembelajaran
yang lain serta dalam kehidupan mereka.
Ciri-ciri idea utama antaranya adalah:
 Ringkas dan tepat – biasanya lima hingga
sepuluh patah perkataan
 Konseptual – tidak boleh dijawab secara
fakta atau dengan kenyataan ya/tidak
 Terbuka (open-ended) – membolehkan
pelbagai perspektif; tiada satu jawapan
betul
 Meluas dan berpanjangan – idea yang
merentas masa dan boleh digunakan
kepada bidang pembelajaran lain dan
dalam kehidupan harian.
 Penjajaran Konstruktif ialah suatu
pendekatan mereka bentuk kurikulum di
mana aktiviti pengajaran serta
pembelajaran dilakukan untuk
memaksimumkan pembelajaran dengan
cara melibatsama para pelajar serta juga
bagi mereka mengaktifkan kata perlakuan
yang dinyatakan dalam hasil pembelajaran
sewaktu libatsama dalam pembelajaran
dan juga bagi mereka mengaktifkan kata
perlakuan yang sama dalam tugas
pentaksiran.
 Konstruk di sini bermaksud pelajar sendiri
yang membina dan menstrukturkan
pemahaman mereka dan bagi mereka
membentuk maksud tersendiri daripada apa
yang dipelajari.
 Penjajaran pula dikaitkan dengan
persekitaran pembelajaran yang diwujudkan
oleh staf akademik bagi membolehkan
pelajar libatsama secara bermakna dan
penuh pengertian mengikut kata perlakuan
yang dihasratkan dalam hasil pembelajaran
dan bagi mereka libatsama kata perlakuan
yang sama dalam tugas pentaksiran yang
diberikan untuk mendapatkan tahap
pencapaian hasil pembelajaran yang telah
dicapai.
Konstruktif ialah pendekatan yang
memberikan hak dan peluang untuk
murid belajar untuk belajar dengan
membina makna dan kefahaman
dalam minda masing-masing
berdasarkan pengalaman dan
persekitaran pembelajaran.
Penjajaran ialah kesinambungan
antara objektif, kurikulum, aktiviti
PdP serta pentaksiran untuk
mengukur objektif yang ditetapkan.
 Penjajaran konstruktif merupakan prinsip
yang digunakan untuk merangka aktiviti
pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran
untuk mencapai hasil pembelajaran yang
dikehendaki (Biggs dan Tang, 2011)
 Semua komponen dalam PdP dijajarkan
antara satu sama lain bagi membolehkan
hasil pembelajaran dicapai.
 Dijajarkan bersama kurikulum, matlamat,
hasil pembelajaran, kaedah pengajaran,
sumber dan tugasan pentaksiran serta
kriteria untuk menilai.
Hubungan yang jelas perlu
ditunjukkan antara hasil
pembelajaran (pernyataan
berkenaan perkara yang murid boleh
buat selepas pengajaran sesuatu
konsep) dan pentaksiran.
Terdapat empat langkah utama dalam
penjajaran konstruktif:
1. Mendefinisikan hasil pembelajaran
yang dikehendaki
2. Memilih aktiviti-aktiviti PdP yang
sesuai untuk mencapai hasil
pembelajaran
3. Mentaksir hasil pembelajaran sebenar
murid untuk melihat tahap
pencapaiannya
4. Menentukan gred akhir dan maklum
balas diberikan untuk meningkatkan
pembelajaran murid.
Didefinisikan secara spesifik, iaitu
yang menunjukkan apa yang murid
perlu tahu dan kemahiran yang perlu
dikuasai murid.
Hasil pembelajaran dinyatakan
dalam bentuk tingkah laku murid.
Hasil Pembelajaran mempunyai tiga
ciri yang jelas:
1. Tingkah laku yang dinyatakan
mestilah boleh dilihat
2. Tingkah laku yang dinyatakan
mestilah boleh diukur
3. Tingkah laku yang dinyatakan
mestilah dilakukan oleh murid
Contoh:
Melukis bentuk segi empat tepat
pada kertas grid
Mengira ukurlilit dan diameter bagi
sebarang bentuk bulatan.
Membentuk haiwan berkaki dan
tidak berkaki.
Mewarna tumbuhan berbunga.
Memilih aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai untuk
mencapai hasil pembelajaran
Kaedah pilih yang melibatkan murid
dalam aktiviti pembelajaran adalah
melalui proses pengajaran
Perlu mempunyai aktiviti
pembelajaran yang sesuai bagi
memastikan murid dapat membina
makna dalam pembelajaran mereka.
 Mentaksir hasil pembelajaran sebenar
pelajar untuk melihat sejauhmana
ianya tercapai
 Tugasan pentaksiran perlu disesuaikan
dengan hasil pembelajaran yang
hendak dicapai serta kaedah
pengajaran yang dipilih.
 Tugasan pentaksiran yang dapat
menyediakan maklumat untuk
mengukur hasil pembelajaran yang
hendak dicapai dengan tepat dan
berkesan.
Bagi hasil pembelajaran aras tinggi,
tugasan pentaksiran yang disediakan
dapat menggunakan pelbagai
kaedah pentaksiran yang sesuai
serta kriteria penentuan gred yang
sesuai.
Pentaksiran berbentuk autentik
kerana dapat mengukur pelbagai
hasil pembelajaran termasuk
pemikiran aras tinggi.
Penggredan diguna pakai apabila
membuat pertimbangan mengenai
kualiti pencapaian atau prestasi
murid melaksanakan tugasan
pentaksiran ataupun mengadili
pencapaian hasil pembelajaran.
Kualiti pencapaian atau prestasi
untuk setiap gred dinyatakan dengan
jelas dalam kriteria penggredan.
 Maklum balas yang berterusan adalah penting
dalam pembelajaran murid dan pengajaran
guru.
 Maklum balas yang diperoleh membolehkan
guru menilai keberkesanan PdP serta
pencapaian hasil pembelajaran.
 Menjadikan proses PdP lebih dinamik dan
bermakna.
 Memberikan maklumat yang berguna kepada
murid untuk meningkatkan pembelajaran
mereka.
 Guru dapat meneliti pengajaran mereka supaya
tindakan yang sesuai boleh diambil untuk
menambah baik PdP murid pada masa akan
datang.

Potrebbero piacerti anche