Sei sulla pagina 1di 15

SEJARAH PENDIDIKAN AL-QURAN &

HADIS DI MALAYSIA : SELEPAS MERDEKA


Pendidikan Islam secara formal mula diberi perhatian
selepas kemerdekaan Tanah Melayu
1957
Banyak perubahan berlaku dalam perundangan kerajaan
di dalam Ordinan Pelajaran 1957 tidak menetapkan kuasa
pihak yang menguruskan tentang perbelanjaan
melaksanakanpelajaran agama Islam
Kesannya, pelaksanaan pelajaran agama Islam tidak berjalan
dengan sistematik
1960
Kerajaan laksanakan undang-undang berdasarkan Laporan
Rahman Talib
perkara berkaitan perbelanjaan dinyatakan secara terperinci ;
segala perbelanjaan berkaitanpelajaran agama Islam
ditanggung oleh Kementerian Pelajaran
1961
Akta Pelajaran 1961 mewajibkan sekolah-sekolah
bantuan kerajaan mengadakan pelajaran agama Islam
kepada murid-murid selama dua jam seminggu sekiranya
di sekolah tersebut terdapat seramai 15 orang murid
Islam atau lebih.

1962
Akta Pelajaran1961 mula dikuatkuasakan, pelajaran
agama Islam telah diadakan dalam jadual waktu
pelajaran biasa dengan peruntukan masa pengajaran
dan pembelajaran sebanyak 120 minit seminggu.
1955
Pendidikan Tinggi Islam diberi perhatian Kolej Islam Malaya
ditubuhkan
Keperluan terhadap pendidikan Islam semakin meningkat
Banyak kolej dan universiti Islam ditubuhkan
Kolej & universiti aliran biasa ditambah fakulti pengajian Islam
Kursus Tamadun Islam diperkenalkan di semua institusi pengajian
tinggi awam dan swasta.
sukatan pelajaran pendidikan Islam hendaklah terlebih dahulu
dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja sebelum dilaksanakan di
sekolah-sekolah
sukatan matapelajaran agama Islam yang pertama untuk sekolah
bantuan kerajaan telah disusun pada tahun 1959 - dipersetujui
oleh Majlis Raja-Raja dan dilaksanakan mulai dari tahun 1962
hingga1967
Isi kandungan pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah
mengandungi beberapa perbezaan sesuai dengan tahap dan
umur murid-murid
Sukatan tersebut jugadisesuaikan dengan keperluan masyarakat
dan kepentingan negara
Sukatan sekolah rendah :
akidah, ibadah, sejarah rasul-rasul, budi pekerti dan
bacaan al-Quran

Sukatan sekolah menengah :


fiqah, tauhid, sejarah Islam, ayat al-Quran dan hadis
Sebelum KBSR & KBSM diperkenalkan, matapelajaran pendidikan
Islam tidak wajib diambil dalam peperiksaan seperti peperiksaan
Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

1979
Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan
dasarpelajaran telah mengeluarkan satu laporan menyeluruh
berkaitan aspek pendidikan negara termasuklah kurikulumnya
Hasilnya, KBSR telah digubal dan dilaksanakan secara
keseluruhannya pada 1983
Semasa Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan,
matapelajaran pendidikan Islam memberi penekanan kepada asuhan dan
latihan membaca al-Quran dan asas pelajaran agama Islam yang meliputi
akidah, ibadah, sirah rasul dan budi pekerti ; aspek-aspek amali
dititikberatkan.
KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993 bagi meng-
gantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Matapelajaran pendidikan Islam ditambah satu lagi bidang iaitu bidang asas
akhlak Islam menjadikan jumlah bidang dalam pendidikan Islam kepada 3 :
asuhan al-Quran
asas syariah Islam
asas akhlak Islam
program
j-QAF iaitu singkatan kepada jawi, al-Quran, bahasa
Arab dan fardu ain diperkenalkan pada tahun 2005.
bertujuan untuk memperkukuhkan penguasaan jawi,memastikan
murid-murid khatam al-Quran di sekolah rendah,mewajibkan
pelajaran bahasa Arab dan memantapkan amalan dan
penghayatan fardu ain
KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam dibina bagi memenuhi
keperluan pendidikan Islam
merangkumi tujuh bidang iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab, dan
Jawi yang dilaksanakan secara modular mengikut keperluan murid
kemahiran dan nilai perlu disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai
pendekatan, kaedah dan teknik yang lebih menarik dan sesuai bagi memenuhi
keperluan kemahiran abad 21
Proses pentaksiran dijalankan secara formatif untuk melihat perkembangan murid
mengikut tahap kemahiran dan kebolehan mereka. Manakala pentaksiran secara
sumatif adalah untuk melihat pencapaian murid mengikut gred yang ditetapkan.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) telah diperkenalkan
KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN AL-QURAN DI
MALAYSIA

1. Kaedah Baghdadiyah
2. Kaedah Qiraati
3. Kaedah Hattawiyyah
1. KAEDAH BAGHDADIYAH
Merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di
seluruh dunia.
Dipercayai berasal dari Baghdad
Diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke
Tanah
Melayu sejak berabad yang lalu
Muqaddam menjadi bahan utama pengajaran
Kaedah ini menekankan kepada huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan.
2. KAEDAH QIRAATI
Atau dikenali juga sebagai Bacaanku disusun pada tahun 1963
oleh seorang guru al-Quran Hj. Dachlan Salaim Zarkasyi dari
Semarang, Indonesia.
Terdiri darpada 2 bahagian buku ; Qiraati untuk kanak-kanak &
Qiraati untuk dewasa
Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah
sehinggalah pelajaran yang lebih susah seperti membac huruf
Qalqalah dan sebagainya.
Setelah selesai, murid akan dilatih membaca Juzu Amma
seterusnya al-Quran mushaf Rasm Uthmani.
3. KAEDAH HATTAWIYAH
Kaedah membaca al-Quran dengan berpandukan tulisan rumi
Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang terlalu
lemah dalam tulisan jawi
Syarat utama pengajaran kaedah ini : murid tersebut benar-benar
buta al-Quran dan pelajar tersebut boleh membaca rumi.
Kaedah ini dianggap sementara, langkah terakhir dan hanya untuk
golongan tertentu sahaja bagi memastikan mereka tidak terus buta
al-Quran

Potrebbero piacerti anche