Sei sulla pagina 1di 36

KSSR diketengahkan dalam bentuk modular yang mana

kandungan pembelajaran disediakan berbentuk unit kendiri


lengkap yang dinamakan modul. Setiap unit adalah tersendiri
dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
sudah dikenalpasti untuk dikuasai oleh murid.

Bagi tahap 1, kandungan kurikulum disusun dalam Modul Asas


Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif manakala
tahap 2 dalam bentuk matapelajaran teras dan elektif. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, isi kandungan
pembelajaran memiliki standard tertentu yang perlu dicapai
oleh setiap pelajar. Pencapaian itu boleh diukur menggunakan
sistem penilaian yang telah disediakan iaitu Dokumen
Standard Prestasi. Standard Prestasi merupakan satu
pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau
penguasaan seseorang murid dalam sesuatu topik yang telah
dipelajari dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu
penanda aras yang telah dikenalpasti.
KSSR digubalkan berasaskan Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran dimana standard ini merupakan
Dokumen Standard Kurikulum yang menggantikan Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Standard Kurikulum
merupakan pernyataan standard tentang apa yang murid patut
tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR.
Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang
perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Manakala Standard Pembelajaran ialah satu penetapan
kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian
yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
Penekanan adalah eleman yang berorientasikan kreativiti dan
inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi.
Standard Kandungan yang terkandung di dalam Dokumen
Standard Kurikulum adalah bersifat jangka masa panjang.
Standard ini menekankan aspek yang menyeluruh untuk
mencapai objektif pembelajaran matapelajaran tersebut.
Contoh Standard Kandungan yang terkandung di dalam
matapelajaran Matematik Tahun Dua ialah:
1. Murid dibimbing untuk menama dan menentukan nilai
nombor.
2. Murid dibimbing untuk menulis nombor.
3. Murid dibimbing untuk melengkapkan sebarang
rangkaian nombor.
Daripada contoh yang dikemukan diatas, dapat disimpulkan
bahawa Standard Kandungan lebih menjurus kepada peranan
guru dalam mengelola murid-murid agar mencapai objektif
yang ditentukan oleh Standard Kandungan.
Bagi Standard Pembelajaran pula lebih menjurus kepada
murid dimana proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
dalam kelas perlu diukur diakhirnya. Selain itu, standard ini
adalah bersifat jangka masa pendek dimana pada akhir
pembelajaran,murid-murid mampu menguasai objektif yang
terkandung didalam standard pembelajaran tersebut. Sebagai
contoh standard pembelajaran untuk subjek Matematik Tahun
Dua ialah :
1. Menamakan nilai nomnbor hingga 1000:
a) Membaca sebarang nombor yang diberi dengan
perkataan.
b) Menyebut sebarang nombor yang diberi dalam bentuk
angka.
c) Memadan angka dengan namanya dalam perkataan
kepentingan yang diperolehi dengan termaktubnya Kurikulum
Standard Sekolah Rendah ini ialah :
1. Guru memahami dengan lebih jelas objektif yang ingin
dicapai dalam sesuatu topik
Dengan adanya Dokumen Standard yang terdiri daripada
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran serta modul
pengajaran yang turut disediakan sebagai panduan untuk guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Modul
Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk murid
untuk menggantikan buku teks. Modul ini akan menjadi rujukan
guru sejauh mana tahap yang perlu dikuasai oleh setiap murid
dan guru tidak akan tersasar dari objektif yang telah ditetapkan
oleh pihak kementerian.
2. Meningkatkan kredibiliti guru
Sistem penilaian peringkat sekolah yang dilaksanakan
Kementerian Pelajaran Malaysia menggantikan kaedah
peperiksaan yang dilaksanakan untuk murid sebelum ini
mampu meningkatkan kredibiliti seseorang guru. Ini kerana
pentaksiran berasaskan sekolah memberi hak 100% kepada
guru untuk menilai murid-murid semasa di dalam bilik darjah.
Penilaian sebanyak 60% oleh guru dan 40% markah
peperiksaan peringkat pusat akan diambil kira dalam
memberikan murid gred sebagai keputusan yang menentukan
hala tuju murid tersebut. Penilaian peringkat sekolah
membolehkan guru menilai prestasi serta membimbing murid
tersebut untuk memberikan yang terbaik sepanjang proses
pembelajaran di dalam bilik darjah.
3. Memastikan murid melepasi standard yang ditetapkan
Guru boleh menyediakan instrumen berdasarkan
Dokumen Standard Prestasi yang dibekalkan oleh Lembaga
Peperiksaan. Di dalam Dokumen Standard Prestasi ini,
terdapat band yang merangkumi band 1 hingga band 6.
Kebaikan dilaksanakan penilaian berasaskan sekolah adalah
untuk murid yang berada pada aras lemah kerana guru boleh
mempelbagaikan instrument bergantung pada tahap murid.
Tidak semestinya satu instrument untuk keseluruhan kelas
yang diajar. Guru mempunyai target untuk setiap murid bagi
mencapai band yang telah diharapkan. Apabila murid tersebut
tidak mencapai band yang diharapkan maka guru boleh
menukar instrument yang baru tetapi masih lagi berlandaskan
Dokumen Standard Prestasi tersebut. Selain itu, guru perlu
terbuka dalam menilai pencapaian murid kerana setiap individu
itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang dapat dilihat
guru.
4. Mengenalpasti strategi penambahbaikan
Dokumen Standard Kurikulum yang ada di dalam KSSR
adalah usaha menyusun semula pelan menambahbaik kurikulum
sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. KSSR
ini juga dapat menangani isu pendidikan seperti kepadatan jadual
waktu, bilangan matapelajaran yang banyak serta keterlaluan.
Justeru, pendekatan sebegini memberi penegasan kepada
pelaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi
menjadikan proses P&P di dalam kelas menjadi lebih
menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid
juga digalakkan meningkatkan pembabitan dalam aktiviti kurikulum
di bilik darjah serta kokurikulum di luar bilik darjah. Selain itu,
penambahan elemen kreativiti dan inovasi di dalam kurikulum,
corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian
perlu diterapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal
insan yang berdaya saing. Guru juga boleh menerapkan kemahiran
asas ICT di dalam proses pengajaran kerana kemahiran ini
termasuk dalam modul KSSR.
5. Mengatasi masalah keciciran murid
Melalui pendekatan modul pembelajaran untuk murid
menggantikan buku teks, setiap sesi pengajaran akan
berupaya mewujudkan fokus kepada sesuatu kemahiran
utama dengan mengintegrasikan kemahiran lain secara
menyeluruh. Selain itu juga,dengan menggunakan Dokumen
Standard Prestasi yang ada akan menyebabkan guru
memainkan peranan yang bersepadu untuk semua muridnya.
Setiap murid perlu ditaksir oleh guru secara individu dan ini
menyebabkan tidak akan timbul masalah murid tercicir. Tidak
seperti kurikulum yang digunakan sebelum ini yang mana tiada
pentaksiran yang berterusan dilakukan oleh guru, hanya
bergantung kepada peperiksaan yang disediakan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Definisi Kurikulum

Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan


satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang
mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.
Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu
budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar
kumpulan murid tertentu.
Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum
sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di
sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah
Definisi Standard

Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat


sebagai sesuatu yang dapat diterima (diiktiraf) dan dijadikan
dasar untuk mengukur sesuatu yang lain
Organisasai KSSR:
KSSR digubal dalam 2 bentuk:
-Standard Kandungan
-Standard Pembelajaran
Perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan
yang ditetapkan.

Standard Kandungan:
pernyataan yang lebh terperinci mengenai perkara yang
murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh
persekolahan

Standard Pembelajaran:
Suatu pebnepatan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur.
Tujuan Standard diwujudkan:
Antaranya ialah memastikan semua murid melepasi
standard yang ditetapkan.
Melalui adanya standard kandungan dan standard
pembelajaran , guru dapat mengikuti garis panduan tersebut
supaya murid dapat mencapai pembelajaran dengan lebih
berkesan.
Hal ini, secara tidak langsung dapat mengatasi keciciran
dalam pembelajaran murid di sekolah.
Selain itu penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
diukur oleh guru terhadap murid adalah jelas. Perkara ini dapat
dilakukan melalui pentaksiran yang akan dibuat kepada murid.
Perlaksanaan yang dibuat adalah berasaskan sekolah.
Strategi penambahbaikan ( assessment for learning ) dapat
dikenal pasti juga antara tujuan standard ini dibuat. Oleh yang
demikian , guru dan murid akan meningkatkan diri masing-
masing untuk mencapai lebih daripada yang telah ditetapkan.
Bahan Kurikulum:
Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR
terbahagi kepada tiga iaitu dokumen standard, modul pengajaran
dan modul pembelajaran.

Dokumen Standard
bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang
rancangan pengajaran mereka.
Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah elemen
utama yang terdapat dalam dokumen standard.
Sebagai contoh dalam mata pelajaran Matematik , guru
membimbing pelajar dalam menamakan dan menentukan nilai
dalam topik Nombor Bulat 0 hingga 100 yang merupakan standard
kandungan bagi topic ini. Manakala standard pembelajaran yang
perlu dicapai oleh pelajar ialah dapat menamakan nombor hingga
100.
Modul Pengajaran
-dokumen yang digunakan oleh guru untuk
menyampaikan pengajaran manakala modul
pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk
mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi
pembelajaran.
Komposisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah terdiri:

-Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.


-Pembahagian masa juga bertambah daripada 1350 dalam KBSR
kepada 1380 dalam KSSR.

Modul pengajaran dalam KSSR mengandungi :


- cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan kepada murid.
-Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu
kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul
-Tujuan pemulihan adalah untuk membantu murid lemah mencapai
objektif pembelajaran yang belum dicapai dalam pelajaran lalu dan
untuk membantu murid dalam mengembangkan diri dan
menunjukkan potensi mereka.
Modul Dalam KSSR:
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul
iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas
Elektif.

Modul Asas Teras:


merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Modul Asas Tema:
daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta
Seni Visual dan Muzik.

Modul Asas Elektif:


pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau
Bahasa Arab.

Modul Teras Asas:


terdiri daripada subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT),
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Kesihatan dan Matematik.
Modul Teras Tema:
terdiri daripada subjek Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Seni
Visual dan Dunia Muzik.

Modul Elektif:
terdiri daripada bahasa pilihan seperti Bahasa Arab, Bahasa
Cina Sekolah Rendah, Bahasa Tamil Sekolah Rendah, Bahasa
Iban dan Bahasa Kadazandusun.
Peruntukan masa pengajaran bagi modul elektif adalah
sebanyak 90 minit (3 waktu) yang dimasukkan dalam jadual
persekolahan.
Sekolah perlu melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa
dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek
penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana
sekolah.
Bagi Tahap Dua :
akan dilaksanakan pada tahun 2014.
Antara subjek yang bakal diperkenalkan ialah:
Reka Bentuk dan Teknologi Maklumat dan Sejarah.
Manakala subjek sedia ada termasuklah :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Kesihatan,
Pendidikan Jasmani, Matematik, Sains, Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral.
Pentaksiran Dalam KSSR:
Pentaksiran Sekolah
proses mengumpul maklumat yang autentik dan
boleh diharap oleh guru secara formatif dan
sumatif.
Pentaksiran secara formatif
adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran
(assessment for learning)
pentaksiran secara sumatif
adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah
menguasai apa yang dipelajari (assessment of
learning).
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
pentaksiran formatif berasaskan sekolah dijalankan secara
berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian
murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ini menggunakan
pelbagai kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autaentik
dan holistik
Proses Pentaksiran Sekolah:
melibatkan aktiviti-aktiviti seperti mengumpul maklumat yang
autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi
murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan pernyataan
kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance
standard) serta penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan
konteks.
Guru membuat penilaian dan melaporkan secara verbal atau
bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan
murid.
Pentaksiran formatif untuk pembelajaran
merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan
kepada murid untuk membolehkan guru menilai
perkembangan dan masalah pembelajaran murid.
Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan
membantu proses pembelajaran.
Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam
mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi
memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid
berbeza antara satu sama lain.
Dalam aktiviti pemulihan:
guru boleh menjalankan program bacaan tambahan dengan
menggalakkan murid membuat bacaan meluas dengan
pelbagai rujukan daripada buku dan internet.
Guru boleh memberi bahan bacaan yang sejajar dengan
perkembangan kognitif murid bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran murid dalam kelas.
Guru boleh menggalakkan murid membuat kerja projek yang
dijalankan secara individu atau berkumpulan contohnya aktiviti
yang meminta murid untuk membuat sesuatu hasilan atau
menyelesaikan masalah mudah.
Ia bertujuan untuk menggalakkan murid-murid untuk berfikir
menyelesaikan masalah.
Pengayaan:
proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras
kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah.
Tujuannya ialah untuk memperkembangkan kemahiran-
kemahiran yang sedia ada pada murid di samping
membekalkan peluang tambahan untuk mengembangkan lagi
daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat
kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang.
Aktiviti pengayaan menyediakan murid untuk
memperkembangkan potensi ke tahap maksima. Ia dijalankan
secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu
tetap sekolah.
Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti
pengayaan bercorak belajar kendiri.
Penjajaran Konstruktif

KONSTRUK
DEFINISI
Konstruk ialah perkara yang hendak ditaksir, merupakan dimensi
manusia yang berbentuk konkrit seperti tinggi dan berat atau yang
berbentuk abstrak seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, yang
cuba dibangunkan atau diperkembangkan melalui hasil
pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Kontruk mesti dikenalpasti
berdasarkan dokumen kurikulum.
Konstruk yang ditaksir boleh dikategorikan sebagai :
1. Pengetahuan, contohnya : fakta,prinsip,teori,kriteria,terminologi,
peraturan dan kaedah.
2. Kemahiran, contohnya : Kemahiran intelektual, mengorganisasi,
menyelesaikan masalah, mengaplikasi dan menyiasat serta amali.
3. Nilai, contohnya : Bertanggungjawab, menghargai, bersistem,
bekerjasama, akauntabiliti, dan berkeyakinan
KONSTRUK

PENGETAHUAN
KEFAHAMAN KEMAHIRAN
Terminologi
Melibatkan Kebolehan
Fakta
pengetahuan menggunakan
Kelaziaman
tanpa situasi prinsip dan
Urutan
baru generalisasi
Kelas/jenis/bahagian
Dan tidak kepada sesuatu
Kriteria
memerlukan permasalahan
Kaedah
atau an dan situasi
Prinsip
memerihalkan baru
teori
tentang
implikasi
terhadap
pengetahuan
Nyatakan jenis konstruk bagi item ini.
Apakah maksud tawakal?
Nyatakan dua ciri makanan yang baik.
Namakan dua jamrah dalam ibadat haji.
Senaraikan rukun haji.

Nyatakan jenis konstruk bagi item ini.


Susun semula potongan ayat al-Quran di bawah mengikut
tertib seperti dalam al-Quran.
Nyatakan jenis konstruk bagi item ini.
Tulis semula ayat berikut menggunakan tulisan jawi.
Terjemahkan petikan berikut ke bahasa Melayu.
Cadangkan dua langkah bagi mencegah perbuatan khurafat.

Nyatakan jenis konstruk bagi item ini.


Huraikan implikasi sekiranya anda tidak memiliki pekerjaan
dalam kehidupan.
Terangkan dua pengajaran hadis.
Jelaskan hikmah berada di jalan yang lurus.

Potrebbero piacerti anche