Sei sulla pagina 1di 9

LAMBAIAN KAABAH

Objektif program
Mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap tajuk
Pendidikan Islam Tingkatan 4 , iaitu Kaifiat Mengerjakan
Haji dan Umrah.
Pelajar dapat menjalani amali pemakaian pakaian ihram.
Pelajar melakukan sendiri amali tawaf, saie dan melontar
di bawah bimbingan fasilitator dan penceramah yang
berpengalaman.
Pelajar dapat membuat gambaran mental suasana umat
islam mengerjakan ibadah haji di Mekah.

RASIONAL PROGRAM
Rata-rata umum mengetahui bahawa ibadah haji dan umrah
merupakan kemuncak kepada ibadah dan merupakan salah
satu daripada rukun islam yang perlu ditunaikan oleh mereka
yang berkemampuan.
Boleh dikatakan, para pelajar di sekolah umumnya
mempunyai akaun Tabung Haji dan ada diantaranya yang
telah pernah mengikuti ibu bapa menunaikan fardhu haji dan
umrah.
Program ini diadakan bertujuan sebagai pemangkin dan
pencetus iltizam dikalangan pelajar untuk menunaikan ibadat
haji dan umrah.

Cadangan Program
Kuiz

Lambaian

Kaabah

Mengadakan kuiz secara terus atau


soalan terkumpul berkaitan dengan
perkara-perkara yang bersangkut
paut

dengan

ibadat

haji

dan

umrah, serta perkara-perkara yang


dinisbahkan sebagai ibadat selain
memberikan kefahaman yang jelas
kepada pelajar selok-belok ibadah
haji dan umrah

Kursus Asas Ibadat


Haji dan Umrah
Menganjurkan kursus asas ibadat
haji ( Sekolah Menengah) dan
Ibadat umrah ( Sekolah Rendah).
Kursus melibatkan semua warga
sekolah yang beragama islam.
Guru juga digalakkan untuk
bersama-sama menyertai kursus
asas yang dianjurkan.
Selain sebagai medan perbincangan
kursus ini juga boleh dijadikan
sebagai salah satu aktiviti
kerohanian khusus untuk pelajar

Pameran Barangan
Keperluan Mengerjakan
Haji
Mengadakan pameran berkaitan dengan perkara-perkara dan
perkakasan yang diperlukan oleh seseorang jemaah haji dan
umrah sebelum menunaikan haji dan umrah.

Pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama dan bantuan


daripada Pejabat Urusan Tabung Haji daerah berkaitan
dengan pembimbing dan peralatan yang diperlukan.

Penutup
Diharapkan dengan modul yang disediakan ini
akan dapat membantu guru-guru dalam
melaksanakan aktiviti yang diadakan.
Selain memberikan panduan kepada guru,
modul ini juga diharapkan dapat menjadi idea
tambahan kepada guru dalam melaksanakan
aktiviti kerohanian pelajar.

Disediakan oleh

Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin


Panel Bulan Dakwah
SM Sains Rembau

Potrebbero piacerti anche