Sei sulla pagina 1di 60

ELM3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL

TAJUK: NILAI-NILAI AGAMA & MASYARAKAT

DISEDIAKAN OLEH : MOHD FADHLAN BIN ABD. JALIL HANIF HUSAINI BIN AHMAD FAKHRURADZI MOHD HILMI BIN JAAPAR MUHAMMAD FAIZ BIN ABD. AZIZ 3 PISMP PJK IPGKSM

Islam & Pembangunan Manusia


Islam amat berpengaruh dalam menjelaskan tentang pembangunan manusia. Dalam Islam, jangka hayat manusia mempunyai kesinambungan bermula sebelum dilahirkan sehingga selepas mati.

Sejak dalam kandungan lagi, hal2 ghaib mengenai hidup seseorang manusia itu akan ditentukan iaitu:

Jangka hayat Rezeki Jodoh


Sewaktu hidup, Islam menuntut umatnya agar meningkatkan mutu rohani, intelek dan fizikal.

Islam turut mementingkan perhubungan antara manusiatuhan dan manusia-makhluk.

Tujuannya agar manusia dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Hubungan manusia-tuhan berlaku melalui roh (batin) dan hubungan manusia-manusia berlaku melalui jasad (zahir). Kedua-dua medium ini mempunyai keperluan2 yang perlu dipenuhi.

Faktor2 yang mempengaruhi perkembangan manusia

Kemampuan diri Persekitaran

Akhlak

Manusia dari perspektif Islam


Menurut Shaharom TM Sulaiman (1997), dlm pandangan Islam, manusia bukanya terbit daripada proses alam benda ttp dijadikan oleh zat yg menguasai alam iaitu Allah dan mempunyai dua unsur iaitu roh dan jasad atau pun dwisifat. Manusia ialah makhluk fizikal dan rohani.

Bersesuaian dgn fitrahnya, manusia dijadikan utk beibadat kpd Allah dan bertaqwa kepadaNya agar manusia dpt membezakan yg baik dgn yg buruk atau hak dgn yg batil. Manusia dilengkapkan dgn akal. Melalui akal manusia diberi pertunjuk utk memahami kebenaran yg hakiki dan berperilaku yg diredai Allah serta diberi amanah sbg khalifah di muka bumi utk mentadbir dunia mengikut syariat Allah.

Manusia sebagai khalifah


Suatu anugerah yg tertinggi drpd Allah yg membezakan manusia dgn mahkluk yg lain. Sifat yg ada pada diri manusia akan menentukan hidupnya sama ada pada tugas yg formal atau tidak dan sama ada kegiatan itu berhubung dgn individu atau kekeluargaan, kemasyarakatan, kenegaraan, dan sekali gus membentuk tamadun yg menjadikan taqwa dan keredaan Allah sbg matlamat.

Kitab2 dalam Islam


Al-Quran kalam (kata-kata suci) Allah s.w.t yg diturunkan kpd Rasulullah s.a.w secara tawatur menerusi malaikat Jibrail. Hadis - perkara2 yg disandarkan kpd perkataan, perbuatan, tingkah laku, akhlak serta taqrir (pengakuan) Rasulullah s.a.w.

Aspek2 Ajaran Islam

Aqidah Ibadah Akhlak

Aqidah
Keimanan dan kepercayaan kepada Allah Penting utk manusia percaya wujudnya Allah iaitu Tuhan yg wajib disembah & tiada tuhan melainkan Dia

Boleh dimanifestasikan menerusi syariah & ibadah

Ibadah
Konsep yg amat penting & utama dlm ajaran Islam

Dibahagi kpd ibadah umum & ibadah khusus.


Dari segi bhs-ibadah ialah patuh, taat, dan menyerah diri kpd pihak yg lain.

Dari segi istilah- ibadah merupakan sebarang tindakan yg melambangkan perasaan merendah diri, patuh & menyembah Allah dgn penuh keimanan, ketaqwaan & keikhlasan sama ada ibadah umum atau ibadah khusus

Ibadah perlu disertai dgn akhlak yg mulia spy umat Islam dpt mencapai kehendak Allah.

Akhlak
Perkataan Arab yg berasal drpd kata khulub yg bermaksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku. Istilah-segala perbuatan yg telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang. Sesuatu tingkah laku yg telah diamalkan sekian lama & diterima oleh masy sbg sebahagian drpd cara hidup.

Kristian
Agama wahyu yg membentuk pengikut agama terbesar di dunia. Nama Kristian diambil sempena pengasasnya, Jesus Christ.

Crist berasal dari bahasa Yunani, christos yg seerti dgn Messiah = Penyelamat

Kitab sucinya ialah Bible & terdapat juga Kitab Injil Lama & Kitab Injil Baru. Kehidupan & ajaran Jesus Christ diterangkan dlm 4 gospel yg utama dlm Injil Baru.
Gospel Mark Gospel Matthew Gospel Luke Gospel John

Ajaran kristian berpusat kpd 4 tema utama iaitu:


Kemuliaan Tuhan menerima Tuhan sbg pencipta alam & maha pengasih, penyayang & pengampun Imej Christ- memuliakan Tuhan Rohaniah Tuhan-muncul apabila Tuhan mengguna kuasa tertingginya dlm dunia yg berdosa utk menolong & menyelamatkan org yg berdosa. individu yg memasuki rohaniah Tuhan akn menjalani kehidupa abadi. Kehidupan Abadi- persaudaraan rapat dgn tuhan

2 rukun utama dlm ajaran Kristian:


Cintai Tuhan sepenuh hati, jiwa raga & minda. Cintai jiranmu seperti kamu menyintai diri sendiri.

Nilai utama yg menjadi panduan kehidupan org Kristian adalah cinta atau kasih sayang dlam bentuk keadilan, keampunan & taat.

Ajaran kristian yg berkait rapat dgn kehidupan beretika ialah ten commandments
Satu-satunya Tuhan ialah Tuhan kita Jgn menyembah berhala dlm apa pun bentuk Jgn salah guna nama Tuhan Hormati hari Sabbath dgn memuliakannya Hormati ibubapa Jgn membunuh Jgn berzina Jgn mencuri Jgn memberi keterangan palsu Jgn mengingini isteri atau harta benda jiran

Buddhisme
Pengasas agama Buddha- Siddharta Gautama yg digelar Buddha iaitu pemberi cahaya setelah beliau mendpt ilham, pemakluman atau pengajaran agung. Gautama Buddha berkata setiap individu perlu melatih diri sendiri spy mendapat kesedaran utk melihat bukan shj sesuatu kejadian alam seperti yg berlaku pd diri sendiri malah berhubung dgn kejadian itu. Menurutnya lagi, individu bebas mengubah takdir w/p dia telah mewarisinya drpd kehidupan masa lalu. Keinginan yg tdk dikawal akn mengubah cara hidup yg akn dipenuhi dukkha iaitu duka atau kesengsaraan.

Asas ajaran Buddha ialah sesuatu itu tidak kekal & semua saling bergantung antara satu sama lain. Nilai2 ajaran buddha
Memimpin manusia ke arah pendamaian Mengembangkan kesempurnaan tingkah laku & moral Mengajar cara berfikir yg beralasan & logik

Tiga asas utama dlm ajaran Buddha, iaitu :


Jalan Tengah stp individu perlu hidup dlm keadaan sederhana & jgn melampau kemampuan diri kerana ini akn membawa penderitaan & kesusahan. Nilai kesederhanaan & sifat rendah diri juga merupakan nilai moral.

Jalan Lapan Lapis Mulia- kesederhanaan hidup ini akn membawa seseorang individu itu kpd lapan jalan iaitu pandangan yg benar, ucapan yg benar, kelakuan yg benar, cara hidup yg benar, usaha yg benar, fikiran yg benar, mati yg benar & meditasi yg benar. Nilai2 ini merupakan nilai2 asas pendidikan moral.

Empat Kebenaran Yang Agung kebenaran pasti wujud dlm kehidupan manusia adalah penderitaan, asal usul penderitaan, penghapusan penderitaan & jalan yg membawa penghapusan penderitaan. 4 kebenaran ini hanya dpt dicapai apabila manusia dpt mengawal nafsunya.

Hinduisme
Agama Hindu dianuti oleh sebahagian besar penduduk India. Mula berkembang pada sekitar tahun 2000 S.M. Dipercayai bahawa agama Hindu merupakan salah satu agama tertua di dunia.

Kitab bagi agama Hindu ialah kitab Veda

Kitab2 VEDA dibahagikan kpd 2 :


(1)Kitab VEDA Sruthi (2)Kitab VEDA Smrithi

Veda adalah kitab agama yg mengandungi nyanyian & pujian terhadap Tuhan, lagenda Tuhan & lain2. Stp Veda mempunyai 4 bahagian iaitu Samhita, Brahmana, Aranyaka dan Upanishad.

Dalam kitab Veda, Tuhan teragung ialah Brahman.

Sikhisme
Diasaskan oleh Guru Nanak I & turun-menurun hingga sepuluh orang Guru berganti-ganti. Agama sikh percaya bhw hanya terdapat satu Tuhan dan dialah yg mutlak. Guru dlm agama Sikh tidak dianggap sbg penjelmaan Tuhan tetapi seorang yg menunjukkan kpd org ramai jalan ke arah kebenaran & kesejahteraan.

Ajaran guru2 ini terdapat dlm kitab Adi Granth atau Sri Guru Granth Sahib. Kitab suci- Guru Granth Sahib ji Ditulis dlm bentuk puisi yg mengandungi ajaran etika & kerohanian. Ia boleh diringkaskan kpd 3 bahagian :
Keperluan memajukan manusia Hubungan sesama manusia Keselarasan dgn roh yg merupakan matlamat paling tinggi yg patut dicapai.

Taoisme
Bukan ajaran agama tetapi merupakan ajaran falsafah ttg moral & hubungan manusia dgn alam sekitarnya. Diasaskan oleh Lao Tze (575-485 S.M)

Buku karangan Lao Tze iaitu Tao Te Ching yg bermakna Jalan dan Kekuasaan.

Terdapat 4 konsep penting:


Dao melahirkan yg Satu (tindakan natural & bukan mengikut sst arahan bahasa.) Yang Satu melahirkan Yang Dua (ying dan yang) Yang Dua melahirkan Yang Tiga (syurga, bumi , manusia) Yang Tiga melahirkan semua makhluk (melahirkan segala benda & mahkluk dlm alam semesta. Pencapaian Dao tertinggi)

Utk mencapai perpaduan dgn Tao, penganut Taoisme mengamalkan Wu-Wei yg bermaksud cara bukan tindakan. Ia bermaksud, melakukan sst bukanlah utk diri sendiri sahaja bahkan utk org lain juga. Ia juga bermaksud kehidupan sederhana, bebas & tidak dikongkong oleh hawa nafsu.

Confucianisme
Diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius yg bermaksud Guru Agung. Merupakan ajaran ttg moral dan bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku, berhubung dgn org lain & hidup sbg anggota masyarakat.

Ajaran Confucius terkandung dlm buku yg dikenali sbg Lima Klasik dan Empat Buku yg memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik & agama. Beliau menegasakan bahawa seseorang individu boleh menjadi msyrk yg sempurna dari segi tingkah laku & kelakuan jika dia memprakitkan jalan2 yg murni.

Lapan nilai murni dalam buku Lun Yu :


Ren atau baik hati yg bermaksud sikap menyayangi semua org, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan & murah hati terhadap semua org.
Shu yg meliputi murah hati, toleransi& belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dgn org lain.

Chung yg bermaksud kesedaran dlm melakukan sst yg baik utk diri sendiri & org lain. Li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa & adat dlm istiadat atau upacara, peraturan & tingkah laku seseorang. Yi yg ditakrifkan sbg membuat sst dgn cara betul & patut dlm situasi tertentu yg motif sst perbuatan lebih penting drpd hasilnya.

Ming yg menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dgn sedaya upaya dgn tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan. Xiao yg bermaksud ketaatan kpd ibu bapa dgn menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi & jiwa mrk. Zhi yg bermaksud ketulusan & ketegahan dlm tingkah laku.

Animisme
Kepercayaan bahawa stp benda mpy semangat. Suku Negrito
menyatakan segala benda mpy kuasa. Kepercayaan lebih bercorak bebas & tidak terikat atau mpy cara tertentu utk mempercayai sst benda. Percaya dunia ini didiami pelbagai jenis dewa & makhluk yg mpy kuasa (org hidup).

Suku Senoi
Mpy seorang dewa yg maha kuasa. Kuasa dewa ini bermacam-macam bentuk. Mempunyai 4 dewa utama.- Engku, Karei, hilok dan Hiwah Juga percaya akn kewujudan jin-jin.

Suku Melayu Asli


Hampir 85% penganut islam. Segala kepercayaan berlandaskan ajaran islam. Sebilangan kecil masih mengamalkan amalan anismisme.- percaya kuasa2 ghaib yg terdapt pd sst objek. Percaya wujusnya hantu, dewa2 & roh turut mendiami dunia ini.

Nilai Masyarakat Malaysia


Org Asia atau org Timur (termasuklah Malaysia) sbg suatu kumpulan yg lebih memberatkan soal pencapaian ketenteraman fikiran serta lebih cenderung kpd hal kerohanian & agama berbanding org Barat.

Nilai org Malaysia, walaupun mungkin berbeza dgn org Barat, tidak semestinya serupa dgn nilai org Timur dari Negara Asia yg lain.

Di Msia terdapat pelbagai norma & nilai kerana rakyat Msia wujud dlm konteks pelbagai gabungan etnik & agama.
Diakui bhw sesetengah nilai dikongsi bersama oleh kaum2 di Msia. Cth, org Melayu, Cina, dan India menilai keluarga sbg asas bg komuniti - menekankan nilai menghormati ibu bapa, org tua & org yg bijaksana.

Nilai Tradisional Orang Melayu


Kebanyakan org Melayu masih tinggal di luar bandar & kehidupan mrk bersifat tradisional.
Mrk ialah rakyat jelata & etika utama dlm politik yg menentukan hbg golongan ini dgn pihak pemerintah atau aristokrasi ialah kesetiaan yg tidak berbelah bagi.

Sbg rakyat, org melayu di desa menganggap mrk perlu mematuhi & berkhidmat utk pemimpin sbg suatu fadilah. Org melayu tradisional di desa juga mempertegas nilai gotongroyong atau kerjasama dan perasaan esprit de corps yg kuat.

Dlm kehidupan ekonomi mrk pula, penyesuaian diri, bersusah sahulu bersenang kemudian, kerajinan, berdikari, berjimat-cermat, menghargai masa & berjaga-jaga dlm sebarang usaha digalakkan. Kesemua nilai itu bukanlah tertinggi dlm alam nilai Melayu tradisional. Perkara yg terpenting ialah sifat sosial dan moralnya.

Satu ciri kepercayaan org Melayu ialah apa yg baik & diingini ialah budi, iaitu keunggulan sahsiah mesti dicapai. Darjat sosial seseorang diukur dari segi budinya & budi diberi keutamaan yang tinggi dalam skala nilai yang menentukan tingkah laku. Konsep budi tidak menegaskan kedudukan sosial yg tinggi atau kekayaan material, tetapi mengutamakan kemuliaan perwatakan yang diperoleh menerusi amalan nilai murni.

Kemewahan telah meresap di byk kws desa, seterusnya mengubah masy serta budaya Melayu drpd bersifat feudal & tradisianal kpd kapitalis & moden. Sesetengah org melayu di bandar sudah mpy nilai & sikap kosmopolitan, liberal & individualistik.

Masyarakat Cina
Dalam kalangan org Cina & India tidak terdapat ketengangan agama dlm masy masing2. Dari segi agama terutama org cina, mrk menyatukan & menyesuaikan pelbagai sistem kepercayaan yg berbeza. Etnik ini lebih mengutamakan kejayaan dlm kehidupan kebendaan.

Dlm kebudayaan tradisional org cina, dipercayai bhw asas bagi keluarga yg harmonis & stabil bergantung kpd pengurusan hubungan manusia serta ekonomi yg ada. Kekayaan bukan sahaja memotivasikan org cina mencari kekayaan ttp merasionalisasikan ketiadaan pengaruh sosial akibat tidak adanya kekayaan.

Pemilikan harta kekayaan memberi sokongan moral kpd pemikiran & perlakuan org cina. Dari segi ini, kekayaan memperoleh kemoralannya sendiri. Sesungguhpun org cina & org india di msia mungkin menganggap kekayaan sbg nilai yg paling utama, ttp ini tidak bermakna mrk tidak peka terhadap nilai sosial & moral.

Tidak mudah utk memaparkannya dgn tepat berhubung dgn nilai org cina & india di msia sbg satu kelompok kerana masy cina & india di msia terdiri drpd pelbagai jenis. Terdapat pembahagian di kalangan org cina mengikut keluarga, kelas, dialek, kelompok komuniti & kawasan dalam kegiatan kesusasteraan, politik serta kesatuan & juga dari segi kesetiaan mrk terhadap msia. Asas perpaduan ialah kegiatan ekonomi.

Orang cina memberi nilai yg tinggi pd ketaatan kpd ibu bapa iaitu hormat & kasih sayang terhadap ibu bapa.-punca semua nilai org cina mengalir. Ketaatan merupakan teras kebudayaan etika cina.

Selain menjadi anak yg baik & rakyat yg setia, nilai yg membimbing seseorang menjadi suami atau isteri, adik, abang atau kakak & sahabat yg baik digalakkan dlm masy tradisional cina.

Nilai sahabat bagi org cina pula bukan terletak pd rakan yg minum & makan bersama tetapi terletak pada rakan yg tidak bergantung kpd soal makan& minum utk persahabatan itu. Perkara lain yg dihargai org cian tradisional termasuklah menghargai masa, pddk, kepuasan kerohanian, semangat berpatutan& kerajinan merancang kehidupan sediri.

Masyarakat India
Org india di msia juga materialistik. Sikap materialistik org india terhadap kehidupan yg melebihi sikap org barat merupakan sumbangan utama terhadap cara hidup org india di Msia.

Satu sidat tipikal bagi org india ialah memperoleh harta demi kekayaan.

Org india di msia juga berpecah dlm kelompok kecil megikut bahasa & agama serta kelas & kasta. Mrk lebih cerewet dan kurang luwes dlm kebudayaan. Punca org india di msia gagal bersatu dlm bidang sosial dan kebudayaan. Sistem nilai Hindu yg mempengaruhi ramai org india di msia pula berpunca drpd gagasan agama & metafizikal tertentu seperti karma dan dharma.

Tingkah laku mrk turut dipengaruhi oleh kesusasteraan india terutama dua karya agung iaitu Mahabharata dan Ramayana Dlm struktur sosial tradisional org india hindu, unit keluarga mendapat tpt yg paling penting kerana dianggap intitusi yg suci. (nilai keluarga)

Kesucian keluarga serta hubungan org yg lebih tua, kepatuhan kpd autoriti dan kerjasama atr ahli keluarga membentuk spektrum rangkaian sosial dlm kehidupan keluarga yg unggul. Dlm hubungan dgn bukan anggota keluarga pula, org india menghormati org tua, pemimpin, guru, org terpelajar dan sebagainya. Kaum ini diminta spy tidak hidup sbg individu terasing atau keluarga yg terpencil.

Perubahan Nilai Masyarakat Malaysia


Org msia kini tidak begitu mengambil perhatian berat berhubung dgn keunggulan autoriti & ketaatan serta penghormatan terhadap ketua atau orang tua dlm hubungan keluarga & sosial.
Individualiama merupakan kehidupan biasa di bandar besar atau di bandar.

Memandangkan kemelesetan moral di seluruh dunia kini boleh dikatakan sudah merbak ke msia, pemerintah & para pemimpin masy negara ini perlu bertindak & mengatur startegi mengatasi gejala itu.

Pengaruh negatif individualisme yg mendorong individu bersikap mementingkan diri sendiri.

Pemimpin nergara terpaksa menegaskan soal moral, hormat kpd undang2 serta peraturan & disiplin di kalangan pelajar & belia.-pddk moral sbg matapelajaran wajib atau teras di sekolah. Pemimpin negara juga cuba menerapkan nilai murni di pejabat kerajaan seperti menerusi konsep bersih cekap & amanah.

Masy msia- mengamalkan atau menghayati nilai2 kebangsaan. Rakyat negara juga perlu bersikap progresif & memiliki pemahaman positif serta mengamalkan hubungan kemanusiaan yg baik utk membolehkan mrk hidup dlm masy berbilang kaum & agama dlm era industri.

Msia memandang tinggi nilai kemanusiaan yg secara sejagat diterima oleh byk Negara demokratik dan bertamadun. Nilai ini penting utk masy yg berdisiplin, pembangunan serta perpaduan negara.

SEKIAN TERIMA KASIH

Potrebbero piacerti anche