Sei sulla pagina 1di 15

NURUL FARAHIN BINTI IBRAHIM NOR HANANI BINTI ABDUL HALIM NORFAZIATIN BINTI AHMAD FADZILAH NUR HAZIRAH

BINTI ZAKARIA 2 PISMP PJK IPGKSM

DISEDIAKAN OLEH :

Pendidikan Kesihatan Keluarga tertumpu kepada keluarga sebagai institusi asas manusia serta gaya hidup yang sihat dan selamat bagi memelihara integriti institusi ini. Murid diberi kemahiran pengetahuan dan amalan bagi menghadapi proses perkembangan fizikal, sosial, emosi dan rohani dari segi persediaan untuk kedewasaan, perkahwinan, dan keibubapaan serta perhubungan sosial dalam konteks sosiobudaya keluarga dan masyarakat.

Gender membawa maksud sosial bagi perbezaan seks antara lelaki dan wanita secara biologi. Ia merupakan ideologi dalam masyarakat yang terhasil dari kelakukan fizikal dan pengaruh pemikiran kedua-dua jantina. Peranan gender memberi kesan dalam penyebaran sumber-sumber, kekayaan, pekerjaan, pembuatan keputusan dan kuasa politik dan juga dalam menikmati hak-hak serta kelayakan terutamanya dalam institusi kekeluargaan dan juga masyarakat.

Peranan gender ialah set tingkah laku yang ditetapkan oleh masyarakat yang sesuai untuk lelaki dan wanita.

Kaum Arapesh ialah orang kawasan pergunungan dari New Guinea. Dalam masyarakat ini tidak terdapat banyak perbezaan antara peranan gender. Kaum lelaki dan perempuan dikehendaki menjaga semua benda hidup. Bapa juga membantu membesarkan anak. Tingkah laku agresif tidak digalakkan, terutama sekali tingkah laku yang merangsang sifat agresif dalam diri orang lain. Ibu bapa memberi layanan yang sama kepada anak lelaki dan perempuan dan mereka gembira mendapat anak tanpa mengira jantina.

Orang Bali dari Indonesia mempunyai paras rupa yang berbeza dengan bangsa lain.

Kaum lelaki Bali kelihatan seperti perempuan. Lengan dan kaki mereka hampir tidak kelihatan otot besar. Mereka juga mempunyai buah dada yang besar. Setiap kali melakukan kerja berat, 50 hingga 100 orang lelaki berkumpul untuk membuat kerja yang biasanya dilakukan oleh beberapa orang lelaki sahaja dalam budaya lain. Mereka dapat bekerja lama pada kadar yang perlahan dan seolah-olahnya tidak pernah letih. Mereka gemar menyanyi dan bermain.

Kaum wanita Bali pula kelihatan seperti budak lelaki dengan punggung dan buah dada yang kecil.

Dalam budaya kita, perbezaan antara kelelakian dan kewanitaan amat ketara.

Kaum lelaki dengan sifat kelelakian sementara kaum wanita dengan sifat kewanitaannya. Kini lelaki dan perempuan perlu mempunyai beberapa sifat personaliti yang dahulunya dianggap sebagai khas kepada satu gender sahaja.

Walaupun lelaki dengan kelelakiannya, terdapat juga sifat kewanitaan padanya. Begitu juga wanita dengan sifat kewanitaannya turut mempunyai sifat kelelakian padanya.
Perbincangan tentang kelelakian dan kewanitaan dalam masyarakat kita sepatutnya mengiktiraf bahawa peranan lelaki dan perempuan berada dalam keadaan transisi.Perbezaan antara tingkah laku kewanitaan dan kelelakian tidak begitu jelas seperti dahulu.

Terdapat beberapa mitos biasa tentang perbezaan jantina yang tidak dibuktikan. Contohnya :

budak perempuan lebih bersifat sosial daripada budak lelaki. budak perempuan lebih mudah dipengaruhi berbanding budak lelaki. budak perempuan mempunyai penghargaan kendiri yang lebih rendah daripada budak lelaki. budak perempuan kurang bermotivasi untuk mencapai kejayaan. budak perempuan lebih baik dalam pembelajaran yang bersifat rutin. budak lelaki lebih teliti daripada budak perempuan.

Kaum lelaki terperangkap dalam peranan menjadi penyara hidup yang kuat dan boleh diharapkan, serta terbatas dalam ekspresi emosi mereka. Ini menyebabkan mereka menafikan sebahagian diri mereka dan mengakibatkan penafian hubungan yang terbuka dan intim.

Kebanyakan lelaki tidak mempunyai pilihan duduk di rumah dan menjaga anak, sambil isteri mereka menjadi penyara hidup keluarga. Sungguhpun pasangan itu mungkin bahagia dengan pembahagian tugas seperti ini, jarang terdapat lelaki yang melawan desakan masyarakat. Tekanan untuk mencapai kewangan dan kedudukan, bertanggungjawab terhadap tahap ketegangan, tekanan dan kebimbingan yang tinggi di kalangan lelaki mungkin menyebabkan kadar serangan jantung yang tinggi di kalangan lelaki yang berumur 40 an ke atas.

Penyelidikan menunjukkan lebih wanita menduduki status sosial yang lebih rendah dan peranan sosial yang kurang penting akibat streotaip peranan gender. Penerimaan tradisional kedudukan seperti itu, telah menyebabkan akibat yang amat buruk bagi mereka.

Kajian yang lain menunjukkan kaum wanita mempunyai prasangka terhadap kaum sejenisnya. Masyarakat mempercayai bahawa lelaki lebih sesuai untuk kedudukan status tinggi dan kurang mementingkan pencapaian kaum wanita. Nampaknya kaum wanita yang beriorientasi pencapaian tinggi juga takut berjaya dari segi usaha intelek atau akademik.

Wanita lebih sensitif terhadap pemilihan warna kerana mereka memilik gen yang dapat membezakan warna merah hijau dengan lebih baik daripada kaum lelaki. Sebab yang samalah kes-kes buta warna hampir keseluruhannya melibatkan kaum lelaki. Walaupun wanita menjadi pembawa gen buta warna, mereka tidak mengalaminya oleh kerana pemilikan dua kromosom X tersebut. Sedangkan kromosom Y kaum lelaki tidak mampu meneutralkan kekuatan gen buta warna sehingga mereka mengalami kebutaan terhad itu. Mata wanita lebih unggul daripada lelaki dan barangkali keunggulan itu juga melibatkan penggunaan secara efisien fungsi mata yang lain. Di samping mempunyai penglihatan yang tajam daripada lelaki, wanita memiliki pendengaran yang lebih baik. Tidak hanya berkemampuan mendengar lebih baik, keterampilan berkomunikasi lisan memang diketahui umum lebih hebat daripada kaum lelaki.

Wanita memang mempunyai kelebihan dalam bidang akademik kerana otak wanita dibentuk untuk kecemerlangan tersebut dan kebanyakan peperiksaan dikatakan mempunyai kecenderungan gender, lebih memihak kepada kaum perempuan. Para saintis kini percaya wanita berfikir dengan keduadua belah hemisfera otak sedangkan kaum lelaki menggunakan hanya satu sisi hemifera otak untuk berfikir. Dalam penguasaan perbendaharaan kata dan pentakrifan perkataan, wanita unggul mendahului lelaki kerana menggunakan kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan serentak sedangkan kaum lelaki hanya menggunakan otak sebelah kiri sahaja.

Begitu

juga dengan persepsi penglihatan dan orientasi ruang, kaum lelaki mempunyai kelebihan kerana mengguna otak kanan sahaja secara khusus dan fokus sehingga amat berguna untuk kegiatan luar seperti berburu seperti nenek moyang kita lakukan di zaman prasejarah. kaum wanita amat teruk dalam acara membaling dart kerana walaupun menggunakan kedua-dua otak mereka tetapi operasinya secara menyeluruh, tidak khusus dan tidak fokus.

Rata-rata

Tanggungjawab mencari nafkah keluarga kini bukan sahaja ditanggung oleh suami malah, isteri juga memainkan peranan untuk membantu. Dalam masa yang sama tanggungjawab menjaga anak-anak, makan minum, mengemas dan membasuh serta membuat keputusan dalam keluarga seharusnya diberi sama rata antara suami dan isteri supaya tidak timbul masalah isteri yang sebenarnya bekerja lebih masa dari suami. Kesedaran gender amat perlu supaya terdapat keseimbangan tanggungjawab di antara kaum lelaki dan kaum wanita.

SEKIAN TERIMA KASIH

Potrebbero piacerti anche