Sei sulla pagina 1di 22

1.

Pengenalan Unit berunifom adalah satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Badan berunifom do sekolah merupakan salah satu pasukan yang wajib disertai oleh murid-murid sekolah. Ini berdasarkan warta kerajaan bertarikh 31 Disembar 1997 menyatakan mengenai penyertaan murid-murid dalam aktviti kokurikulum. Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan. Matlamat badan berunifom ini ditubuhkan agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk

melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang. Selain itu objektifnya agar guru-guru dan murid-murid akan megetahui dan memahami cirri-ciri meminpin, mengurus, dan mengoperasikan badan berunifom dis sekolah. Objektif yang kedua ialah guru dan murid juga akan dapat mengetahui dan memahami kaedah, strategi dan prinsip pengurusan badan berunifom secara berkesan. objektif yang ketiga ialah mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli badan beruniform yang dipimpin. Oleh itu badan berunifom ini sangat penting untuk guru-guru dam muridmuird keran kesan positifnya kita akan dapat lihat kepada mereka.

2.0

Sejarah Pengakap Sejarah pengakap di Malaysia ialah pergerakan pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C Sands menubuhkan pasukan

pengakap Kanak-Kanak (CUBS) di Singapura pada tahun 1910. Bermula daripada tarikh tersebut, pada tahun 1919 pasukan pengakap untuk kanak-kanak melayu telah diasaskan oleh kapten N.M Hashim dan Encik A.Z Alsagoff yang berada di singapura. negeri melayu yang pertama memulakan pergerakan pengakap ialah negeri Pahang (Pekan) oleh G.M Laidlow. namun begitu, pergerakan pengakap terkubur setelah G.M Laidlow meninggal dunia. Pada tahun 1927, pergerakan pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan pengakap. H.R Cheesma (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan pengakap di Pulau Pinang iaitu Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai penolong pesuruhjaya pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh i.r wheeler. pada tahun 1922, pergeran pengakap bermula di Kedah. manakala di johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu Bakar. Melaka dan negeri Sembilan memulakan pergerakan ini pada tahun 1926 oleh brunstone. Selangor juga tidak ketinggalan menubuhkan pergerakan pengakap pada tahun yang sama iaitu 1926 oleh amen akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pegerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J. Gracle, dan di Kelantan pula ialah YM Ahmad Temenggong. Perlis pulan pada tahun 1931. Sarawak menubuhkan pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam persidangan pengakap sedunia. pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada persekutuan pengakap Malaysia.
2

Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi pada July2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai "Father of Malayan Scouting". Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut: 1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan 1915 - Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School 1915 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari 1930). 1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield 1926 - Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar 1926 - Melaka, oleh R. Brunstone 1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith 1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar 1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle 1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong 1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar). 1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith. Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet

3.0

Organisasi Pertubuhan Pengakap

4.0

Perlembagaan Pertubuhan Fasal 1 : Nama dan Alamat. i. persatuan ini dikenali dengan nama pertubuhan pengakap kanak-kanak (pkk) . ii. alamat yang didaftarkan bagi persatun ini adalah

Fasal 2 : Tujuan Persatuan i. ii. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid. iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.

Fasal 3 : Keahlian i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6). ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun. iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.

Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli. i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan. ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan.

Fasal 5 : Mesyuarat i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk: - memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan
5

- kewangan - ucapan penangguhan - cadangan-cadangan ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada: a. Pengerusi b. Setiausaha c. Bendahari d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6) iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan. iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan. v. ahli-ahli jawatankuasa.

Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan. i. Pengerusi Menjadi pengerusi mesyuaraat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan. ii. Setiausaha Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan. iii. Bendahari Bertanggungjawab dalam hal kutippan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.

Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan. i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui : a. wang SUWA (Kokurikulum).

b. sumbangan PIBG. c. derma daripada ahli dan orang ramai. ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.

Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan. i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.

Fasal 9 : Tafsiran. i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad.

Fasal 10 : Pembubaran. i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir Sekolah.

PENDAFTARAN PENDAFTARAN BADAN BERUNIFORM / KELAB / PERSATUAN / PERMAINAN TAHUN ............... 1. NAMA : KUMPULAN PENGAKAP .............................................. 2. GURU PENASIHAT : 2.1 2.2 2.3 2.4 3. AHLI JAWATAN KUASA : 3.1 .................................................... S/B ........................ (KETUA) 3.2 .................................... S/B ........................ (PEN KETUA) 3.3 3.4 3.5 3.6 4. BILANGAN AHLI : LELAKI : .............. ORANG PEREMPUAN : ............... ORANG JUMLAH KESELURUHAN : .............. ORANG 5. KEGIATAN : TARIKH : ................................. HARI : ............. MASA : ............................ 6. TARIKH : ........................

tandatangan ( GPK. KOKURIKULUM) LULUS / TIDAK DILULUSKAN

tandatangan (GURU PENASIHAT 1 )

5.0

Pengurusan Dan Pentadbiran Pengakap Mengikut Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)

ditubuhkan mnegandungi pucuk pimpinan terdiri daripada penaung utama, iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan penaung-penaung terdiri daripada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Sultan negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan tuan-tuan yang terutama Yang Di Pertua Negeri-Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong melantik salah seorang daripada menteri kabinet bagi memegang jawatan ketua pengakap Negara, yang juga sebagai yang dipertua, majlis pengakap Malaysia (MPM) dalam tempoh lima tahun. sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, lima orang menteri telah dilantik menjadi ketua pengakap Negara, mereka ialah Allahyarham Dato Sulaiman Dato Abdul Rahman, Allahyarham Datuk Abdul Rahman Talib, Tan Sri Datuk Haji Mohamed Bin Yaacob dan YB Datuk Dr. Sulaiman Haji Daud. Kuasa tertinggi persekutuan ialah MPM yang bersidang dua tahun sekali bagi menentukan dasar-dasar persekutuan dan menubuhkan jawatnkuasa kerja bagi menjalankan dasar dan kegiatan atau aktivit persekutuan ini. Keahlian majlis seramai 83 orang dan keahlian jawatankuasa kerja seramai 49 orang. Jawatankuasa kerja bermesyuarat tiga bulan sekali. Bagi menentukan kejayaan perlaksanaan aktiviti-aktiviti, beberapa jawatankuasa kecil ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Ahli-ahli jawatankuasa MPM terdiri daripada yang dipertua, iaitu ketua pengakap Negara dan mereka yang disenaraikan seperti berikut: 1. Ahli-Ahli Rasmi Naib Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Pesuruhjaya Antarabangsa Penolong-Penolong Pesuruhjaya Anatarabangsa Pesuruhjaya Latihan Negara
9

Semua Pesuruhjaya Negeri Semua Setiausaha Majlis Pengakap Negeri Eksekutif Latihan Negara Pengelola Latihan Negara Pengelola Persaudaraan BP Bendahari Majlis Pengakap Malaysia Ketua Setiausaha Majlis Pengakap Malaysia 2. Ahli-ahli yang dilantik Seorang ahli biasa daripada tiap-tiap majlis pengakap negeri yang dipilih oleh majlis pengakap majlis pengakap negeri. Seorang ahli yang dilantik oleh menteri kerajaan pusat yang bertanggungjawab dengan kewangan. Seorang ahli yang dilantik oleh menteri kerajaan pusat yang bertanggungjawab dengan pendidikan. seorang ahli yang dilantik oleh menteri kerajaan pusat yang bertanggungjawab dengan belia. seorang ahli yang dilantik oleh ketua pesuruhjaya persatuan pandu puteri Malaysia seoarng ahli yang dilantik bagi mrwakili persekutuan di dalm majlis belia Malaysia. 3. Ahli-ahli yang dipilih Tidak lebih daripada 20 orang dipilih dari semasa ke semasa oleh mpm di mesyuarat dan tahunannya menjadi ahli-ahli untuk selama tidak lebih daripada dua tahun mulai tarikh pencalonan mereka. 5.1 Pentadbiran Persekutuan Pengakap Malaysia Pusat pentadbiran bagi PPM bertempat di rumah BP, Jalan Hang Jebat 50550 Kuala Lumpur. Di sinilah segala pentadbiran dan pengurusan dengan Majlis Pengakap Negeri dan Persekutuan Pengakap Tempatan ataupun perhubungan di peringkat antarabangsa diuruskan. Perhubungan di antara PPM dengan Biro Pengakap Sedunia bagi kawasan Asia Pasifik di Manila berjalan dengan baik. Dalam usaha merapatkan perhubungan antarabangsa, PPM tidak ketinggalan mengirimkan ahli-ahlinya ke persidangan-persidangan dan jambori-jambori di peringkat dunia dan di
10

peringkat

kawasan

Asia

Pasifik

serta

kebangsaan.

PPM

juga

mengundang pengakap dari Negara lain untuk menyertai jambori-jambori yang diadakan di Malaysia.

5.1.1 Pertubuhan Negeri Kawasan negeri yang berkenaan dengan kawasan

pengakap biasanya ditentukan mengikut sempadan negeri-negeri, tetapi jika dikehendaki atas keperluan kumpulan-kumpulan yang terlibat, sempadan kawasan pengakap boleh diubah dengan persetujuan pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap negeri yang

berkenaan setelah berunding dengan pesuruhjaya pengakap Negara. Struktur Majlis Pengakap Negeri seperti juga dengan struktur di peringkat kebangsaan. Yang dipertua majlis pengakap negeri dilantik oleh ketua pengakap Negara atau Yang Di Pertua Pengakap Malaysia, untuk berkhidmat selama dua tahun. Pada peringkat negeri, pengakap ditadbir oleh majlis pengakap negeri dan diketuai oleh pesuruhjaya negeri yang dilantik oleh ibu pejabat. Keahlian dan pentadbirannya adalah mengikut undang-undang yang diciptakan khas baginya dengan

berpandukan kepada contoh undang-undang yang disediakan oleh ibu pejabat. Majlis pengakap negeri juga mempunyai jawatankuasa kerja yang menjalankan tugas-tugas majlis. Jawatankuasa kerja ini boleh menubuhkan beberapa jawatankuasa kecil untuk menjalankan tugas-tugas seperti kewangan, latihan, perhubungan dan lain-lain.

5.1.2 Pertubuhan Daerah Daripada peringkat negeri diwujudkan pula peringkat daerah atau daerah pengakap, tiap-tiap satunya dalam jagaan seorang Pesuruhjaya Daerah dengan
11

satu

atau

lebih

Persekutuan

Pengakap Tempatan. Sain dan sempadan-sempadan daerah ini adalah diuruskan oleh pesuruhjaya negeri atas rundingan daripada ibu pejabat PPM. Pesuruhjaya daerah bertanggungjawab kepada pesuruhjaya negeri dan ibu pejabat PPM bagi kebajikan, kemajuan pergerakan dan bagi mengekalkan perlembagaan dan peraturan dan undangundang kecil dan digubal khas berpandukan contoh yang disediakan oleh ibu pejabat. 5.2 Pendaftaran Pengakap 2012 Adalah dimaklumkan bahawa semua Pemimpin Kumpulan bertanggungjawab memastikan pendaftaran kumpulan dan keahlian setiap pengakap masing-masing bagi tahun 2012 dijalankan. Untuk memastikan proses ini dijalankan dengan lancar, pihak tuan / puan diminta supaya mengikut langkah-langkah yang berikut: Langkah Pertama Jalankan proses pendaftaran di peringkat kumpulan untuk mendapatkan maklumat ahli-ahli Pengakap yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Nama penuh ahli Tarikh Lahir Nombor Kad Pengenalan Kaum Jantina Agama Alamat Rumah (termasuk poskod) Nama Ibu / Bapa / Penjaga Pangkat dalam kumpulan Tuan / puan boleh menggunakan borang kumpulan sendiri atau borang berikut: Borang Pendaftaran Ahli Pengakap PKK, PM & PR (Individu) Borang Pendaftaran Ahli Dewasa (Individu) Langkah Kedua Muat turun Borang Pendaftaran PPM 2012. Klik-kanan menggunakan tetikus atas pautan di atas dan pilih Save Target As

12

Fail yang dimuat turun seharusnya dibuka dengan menggunakan Microsoft Excel. Langkah Ketiga Lengkapkan borang tersebut mengikut panduan berikut: i. Namakan fail yang telah dimuat turun mengikut nombor kumpulan anda:

ii.

Selepas itu, buka fail tersebut dan pastikan anda berada dalam helaian PPM1A seperti yang dilihat di bawah:

iii.

Isikan maklumat (No. Kumpulan, No. Pendaftaran, Nama Sekolah, Telefon Sekolah & Poskod Sekolah) di ruang atasan helaian PPM1A seperti berikut:

iv.

Isikan butir-butir bagi setiap Pemimpin Pengakap. Contoh telah disediakan dalam barisan pertama. Gantikan contoh tersebut dengan butir-butir sendiri. Pemimpin Kumpulan biasanya Ketua Guru Pengakap. Pemimpin dan Penolong
13

Pemimpin biasanya terdiri daripada guru-guru Pengakap lain dan Pemimpin sukarelawan.

v.

Isikan butir-butir bagi setiap Pengakap Kanak-kanak / Muda / Remaja. Contoh telah disediakan dalam barisan pertama. Gantikan contoh tersebut dengan butirbutir ahli-ahli Pengakap di kumpulan anda.

vi.

Isikan butir-butir bagi setiap Ahli Biasa (layman). Contoh telah disediakan dalam barisan pertama. Gantikan contoh tersebut dengan butir-butir ahli-ahli biasa (layman) di kumpulan anda.

vii.

Selepas anda siap, semak butir-butir Pengakap semula dan teruskan ke helaian PPM1B seperti di bawah:

14

viii.

Kira bilangan Pengakap mengikut unit Pengakap, jantina dan kaum lalu isikan di ruangan yang disediakan:

ix.

Bilangan Pengakap akan dijumlahkan secara automatik. Jumlah akhir yang perlu dibayar akan terpapar di sini:

x.

Akhir sekali, save fail anda. Tahniah, anda hampir selesai!

15

Langkah Keempat Sediakan cek / kiriman wang / wang pos mengikut jumlah bayaran yang diperlukan di atas nama Majlis Pengakap Daerah Petaling. Kadar bayaran pendaftaran bagi tahun 2012 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. Kumpulan: RM 10.00 Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja: RM3.00 Ahli Pengakap Kelana: RM5.00 Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa: RM5.00

Borang Pendaftaran Excel yang telah dilengkapkan akan mengira jumlah bayaran yang dikehendaki secara automatik tetapi pihak tuan / puan boleh menyemak semula untuk memastikan jumlah bayaran adalah tepat. Langkah Kelima Hantar fail excel PPM-2011-NomborKumpulan-Petaling.xls kepada admin@petalingscouts.org dan johnson@srikl.edu.my seperti berikut:

Pastikan anda mengisikan Perkara (Subject) dalam e-mel tersebut dengan Pendaftaran 2012 XX Petaling seperti yang dilihat di contoh di atas. Gantikan XX dengan nombor Kumpulan Pengakap anda. Tuan / puan juga diminta menulis nombor cek / kiriman wang / wang pos di dalam e-mel tersebut. Langkah Keenam Bayaran secara cek / kiriman wang / wang pos boleh dihantarkan kepada: Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Pentadbiran) Encik Ngoo Kee Min

16

No. Telefon: 012-3668090 Lokasi: SR Sri Kuala Lumpur. Sila aturkan temujanji terlebih dahulu. 5.3 Pakaian seragam ahli dan pemimpin

17

18

19

6.0

Lampiran

20

21

7.0

Bibliografi Buku Rujukan Abdul Alim Abdul Rahim (2000). Oxford Fajar Sdn. Bhd, Ilmu Pengakap. Internet Rujukan http://scout.nohal.com/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=48

22