Sei sulla pagina 1di 4

SK TAMAN MIDAH (2) 56000 CHERAS KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

(MBMMBI) KALI KEDUA 2011

TARIKH TEMPAT MASA

: : :

24 OGOS 2011 BILIK BESTARI, SK TAMAN MIDAH (2) 1.05 PETANG

Kehadiran : 1. En. Abdul Rahim bin Abu (GPK T&K) 2. Pn. Aw Lee Eng (GPK KOKO) 3. Pn. Yau Wee Lin 4. Pn. Basiroh binti Kamaruzaman 5. Pn. Soh Li Juan 6. Pn. Ruziah binti Abdullah 7. En. Ahmad Saimi bin Salleh 8. Cik Amalina binti Adnan 9. En. Norizham bin Mohd Said 10. En. Shaharani bin Misrin 11. En. Norazman bin Roslan 12. Cik Ong Swee Lian 13. Pn. Azizah binti Kamarudin 14. Cik Ainul Farha binti Mohd Fauzi 15. Pn. Norlisza binti Yusak 16. Pn. Santhe a/p Rajoo 17. En. Muhd Nurul Azzam bin Hassan 18. En. Ahmad Azaly bin Ali 19. Pn. Hanisah binti Lateh 20. Pn. Rohani binti Abu Bakar

21. Cik Nur Ain Azreen binti Mohtar 22. Cik Florida Chendan 23. Cik Sarah JP Guntarid 24. Cik Nurfarahin Suhana binti Ahmad 25. En. Kumaresan a/l Mahalingam 26. Cik Dhachaini a/p Prabhakaran 27. Cik Norhidayah binti Mustafa 28. Cik Nurul Huda binti Embong 29. Cik Nur Hidayah binti Taha 30. Cik Nurul Wahidayu binti Salleh 31. Muhamad Saifulnizam bin Abd Kari 32. Cik Nur Solehah binti Ab. Halim 33. Cik Noor Hafizah binti Hamid

Tidak Hadir : 1. En. Muhd Ihsan bin Zulkharnain 2. Pn. Mazidah binti Zalihan 3. Pn. Wong Lai Mooi 4. Pn. Siti Rokiah binti Hamzah 5. En. Iswandi bin Halit

1. Ucapan Pengerusi 1.1 Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Encik Abdul Rahim bin Abu selaku Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir ke mesyuarat Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris kali kedua bagi sesi 2011 ini. 1.2 Encik Abdul Rahim juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru pelatih praktikum dan guru pelatih yang sedang menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kerana hadir ke mesyuarat pada kali ini. Sekali lagi beliau menekankan keperluan kesemua guru tersebut hadir adalah sebagai pendedahan kepada situasi sebenar pelaksanaan mesyuarat di sekolah serta pengenalan kepada dasar baru yang telah diperkenalkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Dicadangkan oleh : Puan Norlisza binti Yusak Disokong oleh : Encik Ahmad Saimi bin Salleh 3. Hal-hal Berbangkit 3.1 Encik Abdul Rahim meminta agar papan kenyataan MBMMBI yang terletak di luar pondok pengawal disiapkan dengan kadar segera sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri. Tindakan: AJK Promosi 3.2 Encik Abdul Rahim memaklumkan bahawa instrumen pemantauan MBMMBI telah diterima oleh pihak sekolah. Beliau meminta setiausaha mengedarkan instrumen tersebut kepada semua guru yang terlibat. Tindakan: Setiausaha 4. Aktiviti Minggu MBMMBI 4.1 Puan Ruziah membentangkan cadangan aktiviti Bahasa Malaysia hasil perbincangan bersama guru-guru Bahasa Malaysia yang lain. Cadangan aktiviti tersebut adalah seperti berikut: Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Aktiviti Mewarna Huruf Tersembunyi Mewarna Huruf Mencari Perkataan Tersembunyi Membaca Petikan Membaca Cerita Pendek Berpantun Kuiz Pantun Teka-teki - Nyanyian Lagu Tradisional - Mengeja Perkataan Kumpulan Sasaran Prasekolah PPKI (Tahap Rendah) PPKI (Tahap Tinggi) Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

4.2 Puan Ruziah menyatakan bahawa semua aktiviti yang dicadangkan tersebut akan dijalankan di dalam kelas oleh guru Bahasa Malaysia masing-masing. 4.3 Puan Santhe menerangkan cadangan aktiviti Bahasa Inggeris yang akan dijalankan sepanjang Minggu MBMMBI adalah seperti berikut: Bil Aktiviti 1. Cut and Paste 2. Words Colouring 3. Matching Words to Pictures 4. Guided Word Maze 5. Riddles 6. Word Building 7. Word Maze 8. Singing Competition 9. Language Games 10. Vacobulary Quiz 11. Spelling Bee Kumpulan Sasaran Prasekolah PPKI (Tahap Rendah) PPKI (Tahap Tinggi) Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Tahap 1 & Tahap 2 Tahap 2

Correct

4.4 Encik Abdul Rahim mengingatkan semua guru agar mencari kerelevanan bahan mewarna semasa merancang aktiviti agar tidak sekadar merangsang murid dalam aspek seni malah mampu mencapai objektif pelaksanaan program daripada sudut bahasa. Tindakan: Penyelaras BM dan BI 4.5 Encik Abdul Rahim meminta guru-guru agar lebih teliti dalam pemilihan lagu yang akan dinyanyikan oleh murid-murid agar tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama. Tindakan: Penyelaras BM dan BI 4.5 Encik Abdul Rahim juga mencadangkan agar pertandingan pantun peringkat akhir diadakan di foyer pada hari Jumaat (23 September 2011) sebelum majlis penutupan Minggu MBMMBI dijalankan. Hal ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua murid akan warisan budaya Melayu yang masih relevan diguna pakai hingga kini. Tindakan: Penyelaras BM 4.6 Encik Ahmad Azaly mencadangkan agar akhbar dijadikan medium utama dalam pelaksanaan aktiviti Minggu MBMMBI. 4.7 Encik Abdul Rahim menyarankan agar aktiviti bersumberkan akhbar dijadikan sebagai aktiviti pasca UPSR bagi murid-murid tahun enam. Tindakan: Setiausaha

5. Hal-hal Lain 5.1 Encik Abdul Rahim memaklumkan bahawa permohonan pertukaran guru antara daerah, negeri dan dalam daerah (e-GTukar) telah dibuka bermula 1 September 2011 manakala permohonan pertukaran bukan guru (e-Tukar) akan mula dibuka pada 1 Oktober 2011. Tindakan: Makluman 5.2 Encik Abdul Rahim turut memaklumkan kepada guru-guru mengenai tawaran permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBB TB) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Sesi 2012 telah mula dibuka dan boleh dimohon secara atas talian di laman web www.moe.gov.my. Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(CIK AMALINA BINTI ADNAN) Setiausaha Jawatankuasa MBMMBI, SK Taman Midah (2).

(ENCIK ABD RAHIM BIN ABU) Pengerusi Jawatankuasa MBMMBI, SK Taman Midah (2).

Potrebbero piacerti anche