Sei sulla pagina 1di 28

ISI KANDUNAGN

BIL 1 2 3

PERKARA Penghargaan Pengenalan Isi

MUKA SURAT

SEJARAH MUZIK TRADISIONAL ETNIK DI MALAYSIA - Muzik Tradisional Melayu - Muzik Tradisional Cina - Muzik Tradisional India ALAT MUZIK TRADISIONAL - Kordofon - Membranofon -Erofon - Idiofon 4 5 6 Refleksi Borang Koloborasi Bibliografi

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Tarikh

: : YEW HOOI KHENG : 17/10/2011

HALAMAN JUDUL

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) -KERJA KURSUS PENDEK -

Jabatan Ilmu Pendidikan

Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala lipis,Pahang

PENGHARGAAN Saya bersyukur dan berasa gembira dapat menyempurnakan kerja kursus ini pada tepat masanya. Pertama sekali, seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada EN.CHE LAH BIN CHE MAMAT, Pensyarah pembimbing yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, saya tidak akan menyempurnakan tugasan ini pada masa. Seterusnya, jutaan penghargaan juga diucapkan kepada ahli keluarga kami masing-masing yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam penjalanan kerja kursus pendek ini. Mereka telah meluangkan masa untuk berbincang dan memberikan sokongan moral serta sokongan kewangan kepada saya agar tidak berputus asa semasa menemui kesulitan apabila menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, rakan-rakan juga banyak membantu saya sepanjang saya menyelesaikan kerja kursus pendek ini sama ada dari segi kewangan mahupun dorongan kepada saya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak. Saya juga ingin mengambil peluang keemasan ini untuk memohon maaf kepada pensyarah sekiranya terdapat apa-apa kesilapan cacat-cela yang berlaku semasa proses menjalankan kerja kursus ini. Sekian, terima kasih.

PENGENALAN Alatan muzik tradisional merupakan elemen penting dalam penghasilan muzik tradisional. Alatan-alatan ini menghasilkan bunyi yang unik sehingga membentuk identiti tersendiri sesebuah etnik. Kajian ini akan memfokuskan alatan muzik tradisional tiga kaum utama Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Sehingga kini, alatan muzik tradisional masih lagi mendapat tempat di kalangan masyarakat. Masyarakat Melayu terkenal dengan irama tradisional seperti keroncong dan ghazal. Di sebalik irama-irama tersebut terdapat instrumen penting seperti serunai, gong, gambus, rebana ubi dan kompang. Lazimnya alatan-alatan ini dimainkan semasa majlis perkahwinan, kebudayaan, dan adat-istiadat raja-raja Melayu. Dalam masyarakat Cina, alatan muzik tradisional mereka meliputi rangkaian alatan yang menggunakan tali, tiupan dan gendang. Sebagai contoh, erhu, yangqi dan sheng. Berbeza dengan masyarakat Melayu, mereka memainkan alatan-alatan ini semasa musim perayaan. Semasa Tahun Baru Cina misalnya, kedengaran bunyi gendang mengiringi tarian singa. Bagi masyarakat India pula, mereka gemarkan memainkan muzik tradisional semasa musim perayaan dan perkahwinan. Tabla, sitar, dan shehnai adalah contoh-contoh alatan muzik tradisional masyarakat India. Bagi mereka tarian dan muzik tidak dapat dipisahkan. Disebabkan itulah tidak hairan jika melihat pengantin India dan keluarga menari semasa majlis perkahwinan dilangsungkan sambil diiringi dengan muzik tradisional. Secara amnya, selain daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat-alat muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakansebagai bangsa, alat penyebar maklumat, lambang budaya alat ritual yang dapatmenghubungkan manusia dengan alam luar

biasa(magis) selain dari fungsi utama sebagaialat hiburan.

SEJARAH MUZIK TRADISIONAL ETNIK DI MALAYSIA Muzik Tradisional Melayu Asal-usul alat-alat muzik tradisional masih lagi dalam kesamaran ,jadi tiada bukti yang kukuh mengenai kewujudannya. Walau bagaimanapun, secara amnya muzik tradisional kita dipercayai bermula dari masyarakat primitif yang mengamalkan kepercayaan animisma. Mereka menggunakan tarian (pergerakan) dan bunyi-bunyian (muzik) dalam upacara penyembahan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Pada mulanya , muzik dihasilkan dengan suara, tepukan tangan, hentakan kaki dan ketukan kayu. Lama-kelamaan alat-alat seperti seruling mula dicipta akibat dari dorongan akal dan hasrat batin mereka untuk memeriahkan lagi upacara sembahyang mengikut kepercayaan animisma yang dianuti. Sejarah muzik Melayu juga harus dilihat dari sudut dunia Melayu lama yang merangkumi Malaysia, Indonesia,dan juga sebahagian negeri Thai, Kampuchea dan Filipina. Terdapat banyak persamaan dari segi alat dan struktur muzik yang digunakan antara negara-negara tersebut. Walaupun telah dipengaruhi oleh unsur-unsur muzik asing misalnya muzik dari Timur Tengah, Hindu, Indonesia dan Thai, bentuk dan jenis muzik Melayu berjaya mewujudkan identitinya yang tersendiri. Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat, tinjauan tersebut telah membuktikan bahawa alat-alat dari jenis "knobed gong" dan "mouth organ" seperti "Sompoton" dan "Engkerurai" yang terdapat di Sabah dan Sarawak adalah bermula dari kawasan Asia Tenggara dan tidak pernah menerima pengaruh dari luar. Pendek kata, kebanyakan alat muzik Melayu, kecuali alat-alat gamelan dan angklung yang berasal dari Timur Tengah dan India serta dibawa ke dunia Melayu melalui agama Hindu dan Islam, rebab, gendang, rebana, tar dan serunai menyokong pendapat ini. Hanya gong sahaja berasal dari Asia. Lama-kelamaan alat-alat ini telah diserapkan ke dalam negara masing-masing dan membentuk ciri-ciri yang tersendiri tanpa kehilangan identiti asal mereka dan telah digabungkan dengan alat-alat muzik lain untuk menghasilkan muzik Melayu.

Muzik Tradisional Cina Perkembangan muzik di China telah berlaku sejak 7000 hingga 8000 tahun yang dahulu dengan penemuan seruling yang diperbuat daripada tulang zaman Neolitik. Semasa pemerintahan Dinasti Xia, Shang dan Zhou golongan Diraja dan bangsawan meminati muzik yang dihasilkan oleh loceng. Pada zaman pemerintahan Dinasti Tang pula seluruh rakyat jelata dan kerabat Diraja mula menunjukkan minat dalam bidang nyanyian dan tarian. Muzik tradisional Cina dianggap sangat penting pada zaman pemerintahan Dinasti Chou (1027-256 SM) kerana anak-anak bangsawan dan putera-putera raja diwajibkan mempelajari muzik serta tiga lagi subjek yang harus mereka kuasai. Pada masa itu terdapat sekolah muzik yang menempatkan kira-kira 1400 orang atau lebih. Namun pada Dinasti Qin (221-206 SM) muzik dianggap merugikan masa dan hampir semua buku-buku yang berkaitan dengan muzik, alat-alat muzik serta manuskrip telah dimusnahkan. Zaman kegemilangan muzik tradisional akhirnya kembali pada Dinasti Han (206 SM-220) apabila sebuah unit khas untuk muzik ditubuhkan bagi mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan upacara muzik. Kesenian masyarakat Cina bermula pada abad ke- 19 dengan perhijrahan secara beramai-ramai orang Cina dari negara selatan China ke Tanah Melayu atau dikenali (Malaysia). Pada masa itu, pendatang Cina di bawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai buruh di lombong biji timah, peniaga dan petani di tanah Melayu. Menurut beberapa sumber dan rujukan, masyarakat Cina hanya berminat untuk bekerja bagi menampung kehidupan yang agak sukar pada masa itu. Penduduk pada masa itu tidak merancang untuk menetap secara tetap di Tanah Melayu atau memperkembangkan kebudayaan Cina bagi penduduk tempatan. Namun demikian, lama-kelamaan orang Cina akhirnya menyimpan hasrat untuk menetap tetap di Tanah Melayu sehingga masa pada kini dan seterrusnya memperkembangkan kebudayaan kaum Cina di Malaysia.

Muzik Tradisional India

Muzik Rakyat India kaya dengan muzik rakyat tradisional. Muzik rakyat mempunyai pelbagai gaya mengikut daerah dalam negara. Muzik ini mencerminkan kelompok rakyat India dalam sesuatu kawasan. Muzik merupakan komponen yang penting dalam majlis perkahwinan, pertunangan, dan kelahiran. Terdapat banyak lagu untuk meraikan majlis-majlis tersebut. Ada juga lagu untuk penanaman dan penuaian. Dalam aktiviti ini, penduduk-penduduk menyanyikan harapan, ketakutan dan aspirasi mereka. Muzik rakyat juga digunakan untuk tujuan pendidikan seperti pendidikan seks. Apabila seorang gadis datang haid buat pertama kali, semua orang perempuan yang lebih tua akan berkumpul dalam rumah memberi gadis ini woni dan langa yang pertama serta menyanyikan lagu kepadanya. Kandungan lagu ini mempunyai arahan bagi anak gadis sebagai perempuan dewasa dan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri pada masa hadapan. Alatan muzik yang biasa diguna dalam muzik rakyat seperti daf, dholak, ektar, dotar, dan saringda. Nama alatan muzik mungkin berbeza mengikut dialek daerah yang berlainan. Sesetengah alatan muzik hanya digunakan dalam sesuatu daerah sahaja. Alatan muzik ini dicipta oleh pemuzik sendiri, tiada sebarang rekaan atau penghalusan dilakukan ke atas alatan muzik. Sistem Muzik India Utara (Hindustani Sangeet) Sistem Muzik India Utara dikenal sebagai Hindusthani Sangit atau Hindustani Sangeet. Ia meliputi kawasan dari Bangladesh menerusi India utara dan tengah , Pakistan dan Afghanistan. Sistem Hindustani ini boleh dianggap sebagai campuran konsep muzik tradisional Hindu dengan persembahan Persia. Pemerintahan Islam meliputi seluruh India utara menyebabkan pemain muzik mendapatkan pertolongan daripada pemerintah-pemerintah luar negara. Pemerintah ini membenarkan mereka untuk mengekalkan budaya tradisional Hindu. Keadaan ini berterusan secara beberapa abad menyebabkan muzik Hindu dipengaruhi oleh dunia Islam dan terutamanya Persia. Walaubagaimanapun, terdapat banyak faktor yang memperlihat anggapan ini terlalu ringkas. Anggapan ini terlalu menitik berat pada perbezaan budaya

antara Asia selatan Hindus dan empayar Persia (kini Iran, Afghanistan, dan sebahagian daripada Soviet). Pada masa yang sama, anggapan ini mengabaikan bahasa, ekonomi, dan budaya yang telah lama wujud antara kawasan India utara dan dunia Persia. Terdapat banyak alatan muzik yang digunakan dalam Hindustani Sangeet. Antara yang terkenal ialah sitar dan tabla. Contoh muzik Hindustani Sangeet seperti kheyal, gazal dan thumri. Sistem Muzik India Selatan (Carnatic Sangeet) Carnatic Sangeet ialah sistem muzik India selatan. Sistem muzik ini kaya dengan sejarah dan mempunyai sistem teoritis yang canggih. Pemain dan penggubah yang menyanyi dan memainkan alatan muzik seperti veena, gottuvadyam, antarabangsa. Di barat, Carnatic Sangeet tidak begitu terkenal jika dibanding dengan Hindustani Sangeet. Apabila orang barat mengatakan muzik India, mereka terfikir tentang Ravi, Shankar, dan sitar. Walaupun muzik India selatan canggih, akan tetapi tiada seorang seniman yang dihasilkan mendapat pengiktirafan taraf dunia. Sejarah Carnatic Sangeet bermula dengan Purandardas (1480-1564), bapa kepada Carnatic Sangeet. Dia diberi kredit terhadap usahanya dalam pendidikan dan penciptaan beribu-ribu lagu. Venkat Mukhi Swami(abad ke-17), seorang ahli teori muzik Carnatic yang mulia. Dia memperkenal sistem melakarta pada abad ke-18 yang membentuk muzik Carnatic kini. Pada abad ini lahirlah pemuzik yang terkenal seperti Thyagaraja, Shamashastri, dan Muthuswami Dikshitar. Muzik vokal merupakan asas muzik India selatan. Alatan muzik yang terdapat seperti vina, venu dan violin.Persembahan India selatan berpandu pada tiga bahagian iaitu pallavi, anupallavi dan charanam, ini selaras dengan sthai, antara dan abhog dalam Hindustani Sangee Alat Muzik Tradisional violin, dan mridangam telah memperoleh reputasi taraf

Terdapat empat

kategori Alat Muzik Tradisional, iaitu Kordofon,

Membranofon, Erofon, dan Idiofon. Secara amnya, selain daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat alat muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan. Kordofon Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini. Membranofon Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat. Erofon Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia, terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis. Idiofon Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan. Alatan Muzik Melayu Kordofon Sapeh

Pengenalan Sapeh berasal dari Timur Tengah. Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. Ciri-ciri istimewa Sapeh mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sapeh diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sapeh kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sapeh berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sapeh pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sapeh dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sapeh dipetik menggunakan jari. Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya. Melodi hanya dimainkan oleh satu tali sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung. Sapeh dimainkan untuk hiburan, mengiringi upacara berubat dan mengiringi persembahan tarian tradisional seperti ngajat. Fungsi Alat ini popular dalam kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak. Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan. Cara Bermain Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.

Membranofon Geduk Pengenalan

Geduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas mengikut kedudukan masa bermain. Didapati dalam dua ukuran iaitu satu besar dan satu lagi kecil, dipanggil ibu dan anak. Geduk Digunakan dalam permainan Wayang Kulit dan Menora di Kelantan dan Wayang Gedek di Kedah. Ciri-ciri istimewa Geduk adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka. Muka geduk diperbuat daripada belulang lembu atau kerbau. Pada mulanya belulang diletakan pada badan geduk menggunakan perekat. Bahagian dalam temalang disebut lompang. Dua bilah buluh dipasang pada satu sisi temalang. Bilah-bilah tersebut lebih panjang daripada temalang dan berfungsi sebagai kaki. Fungsi Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora. Cara Bermain Geduk didirikan mukanya ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayu. Geduk dimainkan secara berpasangan iaitu pasangan geduk ibu dengan geduk anak bagi mengiringi persembahan wayang kulit dan menora.

Erofon Serunai Pengenalan Diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 7 lubang memetik di

bahagian tengah belakang. Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering. Terdapat beberapa jenis serunai seperti serunai Kedah yang ukirannya agak kurang menonjol dan serunai Kelantan yang ukirannya lebih ketara serta diwarnai dengan warna yang terang. Fungsi Serunai dimainkan bersama wayang kulit, nobat, gendang keling, menora dan juga gendang silat. Cara Bermain Pelidah empat lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai. Ciri-ciri istimewa Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kon dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Badan serunai mempunyai tujuh lubang memetik di belakang.

Idiofon Gong Pengenalan Gong merupakan sejenis peralatan muzik idiofon Melayu yang silam yang berasal dari Asia Timur Selatan. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan.Gong adalah sebuah alat muzik yangdiperbuat daripada perunggu

berbentuk bulat, tepinya melengkong ke bawah, berongga di dalam dan cembul di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ciri-ciri istimewa Gong ini diperbuat daripada besi. Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar. Fungsi Digunakan dalam Kumpulan joget gamelan di Pahang dan Terengganu Cara Bermain Saiz gong digunakan untuk menghasilkan bunyi yang berbeza dan dimainkan bersama-sama rentak muzik. Dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya dan bunyinya berdengung

Alatan Muzik Cina Kordofon Erhu Pengenalan Alat ini dipercayai muncul pada dinasti Tang iaitu pada abad ke-7 hingga abad ke-10. Erhu merupakan evolusi dari sebuah alat muzik yang bernama xiqin. Abjad yang pertama dalam perkataan erhu ialah er ( ) yang bermaksud 2.

Nombor 2 ini merujuk kepada 2 tali tangsi yang terdapat pada erhu. Abjad yang kedua pula adalah hu () yang bermaksud erhu berada dalam kumpulan huqin iaitu alat muzik jenis kordofon yang hanya dimainkan dalam muzik cina. Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Ciri-ciri istimewa Bunyi erhu yang menarik sebenarnya dihasilkan oleh getaran kulit ular sawa apabila menggesek tali. Jika pemain mahu menggunakan satu tali saja, dia perlu menekan tali yang satu lagi tanpa menyentuh lehernya kerana tiada penyokong jari seperti gitar. Fungsi Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Cara Bermain Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello. Kadang-kadang erhu juga dimainkan secara memetik talinya dalam sesetengah keadaan.

Membranofon Gendang Cina Pengenalan Gendang dipercayai dicipta pada dinasti Shang (16-11 kurun sebelum masihi) berikutan penemuan dokumentasi mengenainya yang diukir pada cengkerang kura-kura dan tulang haiwan. Gendang tertua diperbuat 4000 tahun yang lalu, dijumpai di Sungai Kuning di sebuah tempat yang dipanggil Taosi. Ia diperbuat daripada tanah liat, kulit buaya menutupi kerangka seramiknya. Seterusnya batang pokok pula digunakan.

Kategori gendang menurut tradisi Cina mengikut bahan asas: Jin: dibuat daripada besi, Ge: dibuat daripada kulit Mu: dibuat daripada kayu, Tu: dibuat daripada tanah liat Ciri ciri istimewa Antara 5 atau 6 gendang diatur dalam satu baris, setiap satunya berbeza diameter dan menghasilkan nada yang berbeza.Lazimnya dicat dengan warna merah bersama-sama dengan hiasan pada keliling gendang. Nada gendang boleh dikawal dengan mengubah ketegangan permukaan gendang. Permukaan gendang boleh diterbalikkan untuk menghasilkan bunyi yang berbeza. Fungsi Digunakan bagi mengiringi tarian singa dan naga semasa musim perayaan. Juga digunakan dalam upacara keagamaan. Tarian singa dan naga akan mengikut rentak gendang dengan pergerakan yang menarik. Cara Bermain Saiz gendang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang berbeza dan dimainkan bersama-sama rentak muzik. Erofon Sheng Pengenalan Sheng adalah alat organ mulut. Ruang angin dibuat dari logam. Tiub-tiub dibuat daripada buluh. Tiub-tiub dari tembaga ditambah untuk mengeluarkan gema dan diletak pada bahagian atas yang lebih kuat. Satu tiub mempunyai satu pelidah dan tujuh belas ruang pemetik. Ciri-ciri istimewa Terdapat dua jenis sheng, iaitu tradisional dan moden.Sheng tradisional mengandungi 17, 21, 24 atau 30 paip.Untuk bermain sheng, pemain haruslah meniup sambil jari menutup dan membuka lubang di setiap paip itu. Sheng

moden mempunyai 32 atau 36 paip. Untuk sheng moden, lubang ditutup dan dibuka menggunakan punat atau kekunci.

Fungsi Sheng digunakan dalam orkestra atau sebagai alat solo untuk dimainkan muzik hiburan. Alat muzik utama dalam persembahan opera terutamanya opera kunqu. Kunqu merupakan salah satu jenis opera cina yang tertua. Memainkan peranan sebagai alat muzik tambahan dalam persembahan dizi atau suona. Cara Bermain Angin boleh dilalui menerusi pipit-pipit samada dengan cara meniup atau menyedut.

Idiofon Gong Pengenalan Gong yang asal adalah berbentuk leper. Dokumentasi terawal mengenainya dibuat pada kurun ke-6 China. Ciri-ciri istimewa Mempunyai pelbagai saiz dan bentuk. Gong yang kecil lazimnya mempunyai nada yang lebih tinggi berbanding gong yang besar. Dibuat daripada sejenis piring kepingan lebar beserta dengan rim di bahagian dalam. Jenis Gong yang boleh digantung Gong yang berbentuk sperti mangkuk Gong yang digantung secara melintang

Cara Bermain Saiz gendang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang berbeza dan dimainkan bersama-sama rentak muzik.

Alatan Muzik India Kordofon Sitar Pengenalan Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear. Fungsi Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi. Fungsi Sebagai pengiring acara adat, inspirasi masyarakat dan sumber hiburan spiritual. Cara Bermain Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.

Membranofon Dholak Pengenalan Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya. Ia juga banyak digunakan dalam muzik tempatan India. Ciri-ciri istimewa Membran tangan kanan ialah membran yang sederhana. Manakala membran tangan kiri mempunyai diameter yang lebih besar dan mempunyai pembungkusan yang istimewa. Kedua-dua membran ditegangkan dengan logam. Badan adalah diperbuat daripada kayu. Fungsi Fungsi ritmis.

Cara Bermain Gendang laras tinggi dapat dimain dengan menggunakan batang rotan yang lebar 1/4/6 mm dan panjang 14/30 cm. Gendang laras rendah dapat dimain dengan tangan ataupun batang yang berbentuk batang hoki kecil.

Erofon Shehnai Pengenalan Sejenis alat muzik yang terdapat di Utara India. Alatan muzik yang dipercayai akan mendatangkan nasib baik (luas digunakan dalam perkahwinan dan perarakan India). Shehnai adalah dipercayai bahawa ia dicipta dari usaha untuk menaik taraf pungi (pungi ialah seruling yang berbentuk seperti botol yang sering digunakan untuk memuja ular). Salah satu bahagian daripada naubat (persembahan muzik tradisional diraja). Ciri-ciri istimewa Diperbuat daripada kayu kecuali loceng yang disertakan pada bahagian bawah. Terdapat enam hingga lapan lubang pada badannya. Muncung peniupnya merupakan dua kepingan buluh di bahagian atas dan dua kepingan buluh di bahagian bawah.Kesemua kepingan buluh ini dilekatkan pada bahagian tiub tembaga yang bercantum dengan badannya. Fungsi Fungsi melodis. Cara Bermain

Teknik tiupan udara dan permainan jari yang matang diperlukan. Irama yang berlainan dimainkan dengan mengawal hembusan udara.

Idiofon Ghatam Pengenalan Ghatam bermaksud belanga dalam Sanskrit dan digunakan dalam muzik Carnatic di selatan India. Ciri-ciri istimewa Diperbuat daripada campuran tanah liat dan logam. Bunyi pic rendah yang berangin disebut gumki dihasilkan dengan memukul bahagian mulut belanga dengan tangan terbuka. Ton yang berlainan boleh dihasilkan dengan menepuk bahagian berlainan di sekeliling belanga dengan setiap lain-lain bahagian tangan. Sama bentuknya dengan belanga buatan India tetapi direka khas sebagai alat muzik. Fungsi Sebagai pengiring acara adat, inspirasi masyarakat dan sumber hiburan spiritual. Cara Bermain Teknik permainan termasuk menggunakan jari, tapak tangan dan tumit tangan untuk memukul permukaan ghatam. Memukul mulut ghatam menghasil gumki (suara laras rendah). Menekankan mulut ghatam menghadap perut untuk menghasilkan nada bass yang lebih rendah.

Refleksi Pertama sekali, saya bersyukur kepada Tuhan yang telah memberi kekuatan kepada saya untuk menyiapakan tugasan ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat semua pihak yang terlibat sebelum, semasa , dan selepas tugas ini disiapkan terutamanya kepada pensyarah yang mengajar mata pelajaran Penghantar Pendidikan iaitu En. Norshamsuri bin Sapiai kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu terutamanya rakan-rakan daripada unit PRA(BM)/MU/PJ. Pada mulanya saya tidak dapat memahami sepenuhnya tugasan yang diberikan. Oleh itu, saya telah bertanya kepada pensyarah tentang tugasan ini. Setelah memahami soalan tugasan yang diberikan, saya mula mencari seberapa banyak bahan yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Saya menggunakan kebanyakkan masa pada membaca bahan-bahan yang dapat dicari di internat dan saya memilih bahan yang berguna sahaja untuk menjalankan tugasan saya. Setelah mendapat bahan yang mencukupi , saya memulakan tugasan saya. Maklumat yang dapat dicari di internat adalah tidak boleh dikira, maka maklumat yang paling berguna adalah memerlukan masa untuk menghayati dan memahaminya. Melalui kerja kursus ini, saya mendapati terdapat banyak alat muzik tradisional yang tidak pernah saya sentuh dan main. Secara tidak langsung saya

telah beperluang belajar alat-alat ini dengan teliti dan menguasai kemahiran asas memainkannya. Saya juga sedar bahawa masyarakat kita kurang menghayati alatan muzik tradisional atas alasan tidak kena dengan jiwa kemodenan. Hakikatnya, kita kurang mengenali alatan muzik tradisional. Jadi saya berasa kita perlu melibatkan diri secara aktif dalam segi alatan muzik tradisional untuk membolehkan masyarakat kita lebih mengenali alatan muzik tradisional supaya boleh mendalami budaya yang berbeza berikutan kaum yang berbeza di Malaysia. Hal ini juga menjadikan kita menghargai masyarakat yang berbilang kaum di samping mengeratkan hubungan tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai penutup kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses menyiapkan tugasan ini secara langsung mahupun secara tidak langsung.

BORANG REKOD KOLABORASi

INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN KM10, JALAN PADANG TENGKU, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR.

NAMA PELAJAR : YEW HOOI KHENG NO. KAD PENGENALAN :920120-08-6446 KUMPULAN/UNIT SEMESTER PENSYARAH : PRA (SJKC) / MU / PJ : SEM 3 : En. Norshamsuri bin Sapiai

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN Tugasan perlu dihantar selewatlewatnya pada 17/10/2011

T/TANGAN

03/10/201 Menerima soalan tugasan 1 dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran. - En. Norshamsuri bin Sapiai 04/10/20 11 Menganalisis dan memahami kehendak soalan.

(En. Norshamsuri bin Sapiai)

Membuat jadual kerja. (YEW HOOI KHENG)

09/10/201 1

Menggunakan kemudahan internat mencari maklumat yang perlu.

Mencatat maklumat yang penting dan berguna serta bibiligrafi yang berkenaan. (YEW HOOI KHENG)

12/10/201 1

Mengumpul maklumat yang berguna.

Membuat nota ringkas tentang tugasan dan menghubungkaitkan maklumat dengan tajuk tugasan tertentu. (YEW HOOI KHENG)

13/10/2011

- Membuat perbincangan dengan pensyarah tentang bahagian yang tidak faham. -Mengemaskini maklumat yang dikumpul.

Taip ke dalam computer.

(En. Norshamsuri bin Sapiai) 15/10/201 1 Membuat bahagian tugasan dalam bentuk Microsoft Word. Menyemakkan dan membetulkan ejaan.. (YEW HOOI KHENG) 16/10/20 11 Menggabungkan semua tugasan. Menggunakan format yang dikehendaki. (YEW HOOI KHENG) 17/10/201 1 Menghantar tugasan yang lengkap kepada pensyarah pembimbing. Tugasan akan disemak oleh pensyarah pembimbing. (En. Norshamsuri bin Sapiai)

Bibliografi Sejarah muzik: http://www.layarberita.com/sejarah-perkembangan-musik-tradisional-dan-ciri-cirinya.html (04/10/2011) http://www.scribd.com/doc/49932729/Pengenalan-alat-muzik (04/10/2011) http://www.scribd.com/doc/59098161/muzik (04/10/2011) Kordofon: http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Kor_Sapeh.htm (05/10/2011) http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Kor_Erhhu.htm (05/10/2011) http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Kor_Sitar.htm (05/10/2011) Membranofon: http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Membra_Geduk.htm (06/10/2011) http://malay.cri.cn/chinaabc/chapter23/chapter230604.htm (06/10/2011) http://www.triaum.com/Docs/Dholak.pdf (06/10/2011) Erofon: http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Ero_Serunai.htm (08/10/2011) http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Ero_Sheng.htm(08/10/2011) http://azharhusin.blogspot.com/ (08/10/2011) Idiofon: http://rockapak.org/forum/index.php?topic=7042.0 (10/10/2011) http://malay.cri.cn/chinaabc/chapter23/chapter230603.htm (10/10/2011) http://azharhusin.blogspot.com/2008_07_01_archive.html (10/10/2011)

Potrebbero piacerti anche