Sei sulla pagina 1di 12

Adobe Photoshop, atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe

Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. "Photoshop" bermaksud "kedai foto" dalam Bahasa Inggeris. Perisian ini banyak digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan, bersama Adobe Acrobat, dianggap sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini disebut dengan nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2 dan seterusnya. Photoshop boleh digunakan pada Microsoft Windows, Mac OS X, dan Mac OS; versi 9 ke atas juga dapat digunakan oleh sistem operasi lain seperti Linux dengan bantuan perisian tertentu seperti CrossOver.

[sunting] Ciri-ciri
Walaupun pada awalnya Photoshop dirancang untuk menyunting gambar untuk cetakan berasaskan kertas, Photoshop yang wujud kini juga dapat digunakan untuk menghasilkan gambar bagi Jaringan Sejagat. Beberapa versi terakhir juga menyertakan sekali aplikasi tambahan, Adobe ImageReady, untuk keperluan tersebut. Photoshop juga berkait rapat dengan beberapa perisian penyunting media, animasi, dan authoring buatan-Adobe lainnya. File format asli Photoshop, .PSD, dapat dieksport ke/dari Adobe ImageReady. Adobe Illustrator, Adobe Premiere Pro, After Effects dan Adobe Encore DVD untuk membuat DVD profesional, menyediakan penyuntingan gambar tidak linear dan layanan kesan khas seperti latar belakang, tekstur, dan lain-lain untuk keperluan televisyen, filem, dan laman web. Sebagai contoh, Photoshop CS dapat digunakan untuk membuat menu dan butang DVD. Photoshop dapat menerima penggunaan beberapa model warna:

Model warna RGB Model warna Lab color model Model warna CMYK Grayscale Bitmap Duotone

Versi terbarunya, yang dilancarkan pada April 2007, adalah versi 10. Program ini dipasarkan dengan nama "Photoshop CS3." "CS" melambangkan kesepaduan barangan Photoshop dengan aplikasi "Creative Suite buatan Adobe dan disebut "3" kerana program ini adalah versi ke-3 sejak Adobe menyepadukan kedua-dua produknya. Ada beberapa pada tambahan pada Photoshop CS3 seperti penuras dan alatan baru. Untuk para penggemar fotografi, Adobe menyediakan turas "reduce grain" (mengurangkan bijian) yang dapat membantu mengoptimumkan foto yang diambil dalam keadaan kekurangan cahaya. Untuk "memperjelas" perbezaan produk CS dengan produk-

produk Photoshop sebelumnya, Adobe menghilangkan lambang mata Photoshop, yang digunakan dalam bentuk yang berbeza-beza sejak versi 3 hingga versi 7. Photoshop CS dan CS2 kini menggunakan bulu sebagai ikon dan bentuk pengenalannya. Versi beta Photoshop CS3 telah dilancarkan untuk pengguna CS2 pada 15 Disember 2006. Berbeza dengan Photoshop CS dan CS2 yang menggunakan bulu sebagai logonya, logo untuk edisi ketiga ini berbentuk tipografi, dengan huruf 'Ps' berwarna putih dan berlatar belakang biru-berkecerunan. Versi terakhirnya dilengkapi dengan Adobe Camera RAW, sebuah plugin yang dikembangkan oleh Thomas Knoll yang dapat membaca beberapa format file RAW dari kamera digital dan mengimportnya terus ke Photoshop. Versi awal RAW plugin ini juga tersedia untuk Photoshop 7.0.1 dengan tambahan AS$99.

Grafik vektor ialah primitif yang berasaskan persamaan (seperti titik, garis, keluk, dan bentuk atau poligon) yang digunakan untuk melambangkan imej dalam bidang grafik komputer. Format grafik vektor ialah pelengkap kepada grafik raster (yang merupakan perlambangan imej berasaskan tatasusunan piksel) kerana ia biasanya digunakan untuk melambangkan imej fotografi.[1] Terdapat waktu ketika menggunakan alatan dan format vektor ialah amalan yang terbaik dan terdapat juga waktu ketika menggunakan alatan dan format raster merupakan amalan yang terbaik. Sebaliknya, amalan yang terbaik kekadang merupakan penggunaan kedua-dua format bersama-sama. Justera, memahami kelebihan dan batas setiap teknologi serta perhubungannya antara satu sama lain akan menyebabkan penggunaan alatan yang cekap dan berkesan.

[sunting] Gambaran keseluruhan


Paparan komputer terdiri daripada grid sel-sel segi empat tepat yang halus yang dikenali sebagai piksel. Gambar dihasilkan daripada sel-sel itu. Lebih kecil dan lebih rapat sel-sel itu, lebih baik kualiti imejnya, tetapi saiz fail juga akan menjadi lebih besar supaya dapat menampung datanya. Jika bilangan piksel ditetapkan supaya tidak berubah, saiz untuk setiap piksel akan bertambah besar dan imejnya akan kelihatan berbintik-bintik apabila dibesarkan kerana peleraian mata dapat mengesan piksel-piksel yang berasingan itu. Fail grafik vektor menyimpan garis, bentuk, dan warna yang membentuk imej sebagai formula matematik. Atur cara grafik vektor mempergunakan formula tersebut untuk membina imej skrin pada kualiti imej yang terbaik, bersandarkan peleraian skrin. Formula matematik menentukan di mana titik-titik yang membentuk imej perlu diletakkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik ketika memaparkan imej itu. Oleh sebab formula itu dapat menghasilkan imej pada pelbagai saiz dan perincian, kualiti imej ditentukan hanya oleh peleraian paparan, dengan saiz fail data vektor yang menjanakan imej tidak berubah. Pencetakan imej pada kertas biasanya menghasilkan output peleraian yang lebih tinggi dan lebih jelas, berbanding dengan memaparkan imej itu pada skrin, meskipun kedua-dua imej itu menggunakan fail data vektor yang tepat sama.

Reka bentuk grafik


PENGENALAN

1.Seni grafik wujud di sekeliling kita pada setiap hari dan setiap tempat. Contohnya akhbar, majalah dan lain-lain. 2.Dalam konteks seni, seni grafik merupakan satu istilah kolektif bagi segala reka bentuk yang berkaitan dengan cetakan, penerbitan dan pembungkusan. 3.Pada tahun 1890 1930, kumpulan Avant Garde memperkenalkan istilah Art Nouveu yang bermaksud seni baru . 4.Kumpulan ini telah memberi nafas baru yang menggiat, merangsang dan menghairankan bagi gaya persembahan catan, arca, dan grafik. 5.Sejarah awal seni gafik juga sering dikaitkan dengan perkembangan industri percetakan kerana mesin percetakan digunakan untuk meghasilkan poster yang awal. 6.Kini, seni grafik lebih berkaitan dengan komunikasi dan perdagangan. 7.Rekaan grafik tidak hanya dipersembahkan melalui bahan percetakan, bahkan melalui televisyen, vedio, filem dan komputer. 8.Bidang-bidang grafik beraneka dan lebih meluas. Antara yang popular termasuk:a). Reka bentuk koporat b). Reka bentuk cetakan iklan dan komunikasi c). Reka bentuk penerbitan umum (akhbar, buku dan majalah). d). Reka bentuk papan tanda. e). Reka bentuk pembungkusan. 9.Media utama yang digunakan untuk kerja-kerja grafik termasuk :a). Media cetak seperti litografi, fotografi, percetakan saring sutera dan ofset. b). Media elektronik seperti komputer dan mesin percetakan. c). Media campuran, iaitu menggabungkan kedua-dua media yang disebut dalam (a) dan (b). 10.Rekaan Grafik boleh dipersembahkan kepada masyarakat umum melalui :a). Media percetakan seperti risalah, poster, papan iklan, iklan pada pengangkutan, serta iklan dalam akhbar, majalah dan sebagainya. b). Media elektronik yang diserikan dengan bunyi (audio) dan pergerakkan (animasi) seperti wayang gambar, televisyen, persembahan komputer melalui LCD projektor, papan iklan elektronik dan sebagainya.

Tipografi

Definisi dan Pengertian

Tipografi seni memilih dan mengatur huruf/muka taip. Kaligrafi tulisan cantik (Kaligrafi Rumi & Tulisan Khat) Jenis dan Kumpulan Muka Taip Black Letter/Text Letter- bentuk huruf teks mempunyai elemen-elemen tradisional dan artistik. Serif - terbahagi kepada 2 iaitu Roman Serif dan Square Serif (Slab Serif). Sans serif - stroke yang lebar bersih dan statik yang mudah dan sekata. Skrip/kursif - mempunyai huruf yang bersambung-sambung. Miscellaneous/Novelty - tidak mempunyai karekteristik yang tetap dan jelas.

Pemilihan Tipografi Readibility (Keboleh Bacaan) Merujuk kepada gaya taip, ketebalan taip, jarak antara perkataan, garisan dan perenggan. Legibility (Kesesuaian) Merujuk kepada keseluruhan rupa visual pada setiap karektor mukataip yang digunakan. Komposisi Muka Taip Flush kiri - menggunakan margin sebelah kiri sahaja. Flush kanan - menggunakan margin kiri yang lemah menganggu penglihatan mata. Justified - menggunakan kedua-dua flush kanan dan flush kiri. Centred - aturan yang formal (symmetrical). Contour - bentuk tulisan atau teks yang disusun mengikut bentuk. Run-around - taip membaluti sekeliling grafik. Shaped - aturan teks mengikut rupa garisan yang dibina.

Reka Bentuk Korporat

Definisi dan Pengertian Identiti seragam dan terkawal, boleh memberi kesatuan positif dengan organisasi pada pandangan orang awam. Ciri-ciri Identiti yang Effektif Simbolisme yang menekankan tentang kesatuan yang ringkas Tarikan visual serta mudah dikenali Identiti visual sebagai alat promosi Identiti visual perlu konsisten Tahap-tahap Penghasilan Identiti Kajian, Teras identiti , Aplikasi & Kawalan Jenis-jenis Tandaniaga Simbol- tandaniaga yang tidak menggunakan perkataan atau huruf. Pictograf- simbol yang merujuk kepada objek, perbuatan, proses atau konsep. Lettermark - nama ringkas untuk nama syarikat yang panjang.

Logo/Logotaip - satu tanda yang berupa perkataan. Tanda kombinasi - kombinasi antara simbol dengan logo atau simbol dengan lettermark. Reka Bentuk Pengiklanan Definisi dan Pengertian Bentuk-bentuk pengumuman awam yang berbayar. Jenis-jenis Media Pengiklanan Media Penyiaran (Televisyen & Radio) Kategori Iklan Penyiaran Jualan terus/fakta, Perbandingan, Animasi, Humor, Secebis Kehidupan Perancangan Produksi Papan Cerita (storyboard)

Media Cetak (Akhbar & Majalah) Kategori Iklan Cetak Pelancaran (Launch), Bertema (Thematic) Taktik (Tactical) Reka Bentuk dan Reka Letak Iklan Cetak Unsur dan Prinsip Reka letak. Media Pengiklanan Luar (Poster) Kategori Poster - Poster Produk, Poster Perkhidmatan, Poster Informasi & Poster Dekorasi Reka Bentuk Poster Fokus Utama, Unsur & Prinsip Rekabentuk

Reka Bentuk Penerbitan Proses Reka Letak Kajian, Thumbnails, Rough / semi-comprehensive, Comprehensive & Mekanikal Elemenelemen Reka Letak Grid, Illustrasi / fotografi, Taipografi, Ruang putih, Tajuk utama, Subhead, Body copy & Caption Aplikasi Komputer Perisian Penerbitan (Desktop Publishing Software)

Reka Bentuk Pembungkusan Kategori Pembungkusan Label, beg kertas, Kotak bungkusan & Pembalut hadiah Maklumat pada Pembungkusan Jenama, Senarai Bahan, Nama Syarikat dan Alamat dll. Jenis-jenis Pembungkusan Pembungkusan Kertas, Plastik, Polisterin, Tin dll. Papan Pamer Pembungkusan Jenis dan Bahan Penghasilan

Reka Bentuk Penerbitan

Pelaksanaan Idea diperjelaskan dengan membuat lakaran kasar mengikut saiz sebenar dan lengkap. Penilaian Proses menerang dan menghuraikan idea, format, warna, tipografi, ilustrasi dan sebagainya.

KOMUNIKASI VISUAL (Reka Bentuk Grafik)


7. KALIGRAFI a. Berasal daripada perkataan Greek kallos grapha yang bermaksud tulisan cantik b. Seni tulisan yang berkerawang dan berbunga, sama ada tulisan rumi / khat / jawi c. Semua dokumen bertulis dipanggil manuskrip yang bermksud tulisan tangan d. Jenis-jenis kaligrafi seperti tulisan Italik, Roman dan Gothik. e. Biasanya di tulis menggunakan pen manuskrip, bulu burung dan berus 8. TIPOGRAFI a. Seni menyusun atur huruf dan muka taip b. Reka bentuk muka taip mesti sesuai dengan dengan tajuk, saiz, dan reka letak c. Kategori muka taip i. Muka taip peraga untuk peragaan / paparan seperti iklan & bilbod ii. Muka taip teks huruf yang kecil untuk bacaan umum seperti akhbar dan majalah d. Jenis muka taip i. Serif mempunyai serif / corak pada bahagian atas dan bawah seperti ABCDEFG (Times New Roman) ii. Sans serif - tidak mempunyai serif seperti ABCDEFG (Arial Black) iii. Kursif berbentuk tulisan tangan seperti ABCDEFG (Monotype Corsiva) iv. Dekoratif bergaya & mempunyai hiasan seperti ABCDEFG (Jokerman) 9. ILUSTRASI a. Ilustrasi ialah gambar lukisan / catan untuk menyampaikan mesej dengan lebih lebih jelas dan singkat b. Biasanya hadir bersama artikel / akhbar & majalah c. Jenis-jenis ilistrasi i. Ilistrasi alam contoh proses percambahan biji benih ii. Ilistrasi fesyen fesyen pakaian iii. Ilustrasi perubatan organ manusia iv. Ilustrasi seni bina pelan bangunan v. Ilustrasi maklumat carta / graf vi. Ilustrasi penerbitan buku, kad ucapan, majalah dan sebagainya d. Ciri-ciri ilustrasi yang baik i. Sesuai dengan tajuk ii. Seimbang iii. Dapat menarik perhatian

iv. Mudah dibaca 10. POSTER a. Komunikasi perhubungan atau pengiklanan b. Melibatkan tipografi, kaligrafi dan ilustrasi c. Berfungsi untuk memberi maklumat, peringatan, berkomunikasi dan promosi d. Ciri-ciri poster yang baik i. Menarik perhatian ii. Dapat menyampaikan mesej dengan berkesan iii. Muka taip dan ilustrasi yang jelas 11. GRAFIK PERSEKITARAN / PENGIKLANAN a. Jenis-jenis pengiklanan i. Papan iklan / Bilbod ( amat popular pada masa kini ) ii. Iklan persimpangan ( terletak di persimpangan dan laluan strategik ) iii. Iklan Transit ( iklan yang dilekat pada kenderaan seperti teksi / bas ) iv. Tanda jalan b. Aspek penting dalam grafik persekitaran i. Keterbacaan mudah dibaca, muka taip yang jelas ii. Ilustrasi / gambar yang jelas dan sesuai iii. Saiz iklan mengikut tempat / lokasi iv. Keaslian dan kreativiti v. Reka letak yang teratur

ORGANISASI REKAAN Komunikasi visual merujuk kepada pembelajaran yang membolehkan pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasil kerja seni. Komunikasi visual terdiri daripada dua tumpuan utama iaitu; reka bentuk grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik meliputi pengenalan reka bentuk grafik, poster, simbol, logo dan maskot, kaligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi, dan komputer grafik. Poster merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsi menyampaikan mesej dan intipati daripada gubahan idea. Ianya juga merupakan elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya. Simbol Ialah reka bentuk grafik yang diringkas dan dipermudahkan daripada imej sumber alam semula jadi dan alam buatan manusia. Simbol terdiri daripada flora dan fauna serta benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia. Ianya lebih ringkas dan mudah daripada tanda yang menggunakan teks. Logo Logo ialah visual grafik yang menjadi identiti kepada firma perniagaan, kelab, persatuan, organisasi dan bandan-badan tertentu. Maskot Maskot pula digunakan untuk menarik minat pada sesuatu sambil menampilkan ciri-ciri kemesraan. Tipografi (Muka Taip) Tipografi merupakan seni menyusun atur atau merekaletak sesebuah muka surat

dengan menggunakan huruf untuk mendapatkan hasil yang menarik. Terdapat 3 kumpulan muka taip yang diaplikasikan dalam rekaan grafik iaitu muka taip serif, san serif dan hiasan. Pembungkusan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembungkusan jenis lembut dan pembungkusan jenis keras. Pembungkusan seni lembut terdiri daripada beg plastik, kertas, plastik pembalut dan kertas pembalut. Manakala pembungkusan jenis keras terdiri daripada kotak, tin, botol dan sebagainya. Grafik Persekitaran Ialah reka bentuk grafik yang ada pada alam sekeliling. Ianya berkonsepkan pengiklanan untuk menyampaikan maklumat di samping mempromosi kepada pembaca dan pengguna. Ilustrasi Ilustrasi merupakan seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar. Pada zaman dahulu, ilustrasi digunakan untuk merakamkan legenda dan peristiwa bersejarah. Kini ianya lebih bersifat komersial dan berkembang pesat seiring dengan penemuan teknik percetakan. Komputer Grafik Komponen grafik dalam perisian menggunakan komputer grafik ialah teks, warna, bentuk, ilustrasi dan garisan yang boleh membantu pelajar. Penggunaan komputer grafik membantu pelajar meningkatkan mutu hasil kerja kerana komponen grafik telah tersedia dalam pelbagai perisian. Multimedia Multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatu persembahan dengan menggunakan sokongan teks, grafik, audio dan video. Ianya menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari, berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi.

Grafik komputer 3D ialah salah satu bidang kajian dalam bidang grafik komputer yang memanipulasikan model-model berangka untuk objek tiga dimensi melalui komputer. Grafik sebegini paling biasa digunakan bersama-sama dengan animasi komputer untuk menjanakan imej pandangan bagi penerbitan filem dan televisyen, permainan komputer dan video, ilustrasi komersil, kejuteraan, dan penggambaran saintifik. Istilah "grafik komputer 3D" boleh juga digunakan untuk merujuk kepada imej-imej yang dihasilkan melalui model-model tersebut. Grafik komputer boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu grafik komputer masa-nyata dan grafik komputer bukan masa-nyata. Grafik komputer masa-nyata membenarkan pengguna berinteraksi dengannya. Contohnya ialah seperti permainan komputer, simulasi penerbangan dan sistem telusur maya. Manakala grafik bukan masa-nyata hanya membenarkan pengguna melihat sahaja. Contoh grafik bukan masa-nyata ialah filem animasi dan persembahan multimedia. Pengunaan komputer dalam menghasilkan Grafik komputer 3D ini menjadikan grafik 3D janaan komputer ini begitu istimewa sekali kerana imej 3D yang dihasilkan itu dapat dibentuk dengan sangat terperinci menyamai objek sebenar atau hampir menyamai objek sebenar sehingga kita kadang-kadang tidak dapat membezakan antara gambar sebenar atau gambar yang dihasilkan dengan komputer. Selain daripada dapat menghasilkan gambar objek seperti objek sebenar,grafik 3d berkomputer ini juga digunakan untuk meggambarkan sesuatu idea atau objek yang belum dicipta kepada bentuk 3 dimensi. Sebagai contoh dalam industri pembuatan kereta, rekabentuk sesebuah kereta yang hanya direka dalam bentuk paparan di atas kertas boleh dipindahkan ke dalam komputer yang kemudiannya dibentuk secara 3d oleh artis 3d yang mana imej kereta secara 3d itu boleh dipaparkan secara 360 darjah. Keupayaan imej 3 dimensi janaan komputer ini membolehkan pereka melihat dengan lebih sebenar apa yang akan dibina nanti dan bagaimana rupa kereta tersebut apabila siap nanti. Imej yang dihasilkan dalam bentuk 3 dimensi secara digital ini juga dikenali sebagai model 3 dimensi. Ada juga yang merujuk kepada perkataan objek 3 dimensi.Model 3 dimensi ini pula boleh terdiri daripada model manusia, haiwan, kenderaan, bangunan, perkakas elektrik, gajet, pokok malah bukit-bukau dan lain-lain lagi. Model 3 dimensi ini pula akan dikeluarkan dalam 2 bentuk iaitu secara gambar pegun atau animasi 3d

Potrebbero piacerti anche