Sei sulla pagina 1di 4

Jurnal Tarikh : 17 / 1/2011 21 / 1/2011 Masalah Pada minggu yang pertama, saya telah melaksanakan aktiviti dalam kumpulan

n dalam pengajaran Pendidikan Quran dan Sunnah tingkatan 4. Saya telah membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan telah diberikan tugas masing-masing. Di awal pembelajaran saya mendapat respon postif daripada pelajar namun apabila diteruskan kepada aktiviti yang seterusnya respon pelajar semakin berkurangan. Oleh yang demikian saya berhadapan dalam menguruskan masa bagi setiap aktiviti yang diteruskan Interaksi antara ahli kumpulan para pelajar tidak memuaskan akibat pelajar mulai berasa bosan dengan sessi pembelajaran dan pengajaran. Analisis Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalnkan didapati kurang memupuk semangat kerjasama di antara ahli kumpulan. Antara punca bagi masalah ini mungkin soalan-soalan yang diberikan tidak sesuai dengan tahap pelajar itu sendiri dan tidak menarik. Disamping itu saya kurang mempelbagaikan bahan bantu mengajar daripada pelbagai sumber Cadangan untuk memperbaiki 1. Saya perlu membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam proses pembelajaran dan pengajaran akar dapat menguruskan masa dengan lebih baik dan sempurna terutama ketika menguruskan aktiviti dalam kumpulan 2. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang telah diperutukkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topic yang sama, saya akan memilih beberapa hasil yang terbaik untuk dibentangkan 3. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat dari dari pensyarah dan guru pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain 4. Saya akan menyediakan soalan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka dalam mencari jawapan yang betul.

Refleksi Semasa membuat rancangan persediaan mengajar saya akan memberikan objektif dan aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Saya akan sentiasa membuat pemantauan setiap aktiviti yang saya laksanakan kelak.

Jurnal Tarikh : Masalah Pada minggu keempat saya menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab tingkatan 1 saya bersyukur kerana pelajar masih lagi member respon yang positif namun wujudnya segelintir pelajar yang menunjukkan sikap negatif. Sikap negatif yang dipamerkan adalah seperti tidak mahu mendengar arahan dan sukar di kawal. Analisis Masalah ini timbul kerana 1. Ahli kelas yang terlalu ramai iaitu seramai 55 orang menyebabkan kesukaran untuk mengawal aktiviti kelas 2. Faktor umur dimana, pelajar tingkatan 1 masih lagi bersikap kebudak-budakkan. Mereka masih lagi tidak dapat menyesuaikan dengan alam persekolahan sekolah menengah. 3. Sikap guru yang tidak professional dalam menguruskan pelajar Cadangan untuk memperbaiki 1. Mengurangkan ahli kelas kepada maksimum 50 orang satu kelas. 2. Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak 3. Meningkatkan tahap profesinalisma perguruan 24 /1/2011-28/1/2011

Refleksi Sepanjang sessi pembelajaran dan pengajaran minggu ini saya menyedari terdapat jurang sikap dan mentaliti pelajar menengah rendah dan pelajar menengah atas. Mereka menyedarkan saya bahawa pelajar menengah rendah yang lebih mudah dikawal jika mereka merasakan guru adalah berperanan sebagai ibu-bapa. Di mana ibu-bapa ini haruslah tegas ketika mendidik dan dan sabar ketika melayan kerenah keanak-anakan mereka.

Jurnal Tarikh : Masalah Pada minggu ini saya menyedari isu Buta Jawi oleh segelintir para pelajar tingkatan 4 dalam subjek Pendidikan Quran dan Sunnah. Agak mengecewakan kerana saya tidak menyedari masalah ini dengan lebih awal. Saya anggarkan dalam 5 orang pelajar membaca jawi dengan merangkak-rangkak dan 3 orang pelajar tidak mampu menyebut kalimah-kalimah dengan baik. Oleh yang demikian saya mereka seringkali berhadapan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan kerana mengalami kesukaran untuk memahami petikan yang ditaip menggunakan huruf jawi. Dan ini telah menggangu proses pembelajarn dan pengajaran pelajar yang lain kerana saya perlu menunggu pelajar-pelajar ini untuk menyiapkan tugasan mereja. Analisis Masalah ini timbul 1. Ada diantara mereka yang buta huruf biarpun dalam subjek Bahasa Melayu sendiri 2. Hasil pembelajaran yang ditetapkan terlalu tinggi, dan tidak bersesuaian dengan mereka 3. Bahan bantu mengajar yang tidak bersesuaian dengan tahap kecerdasan minda para pelajar ini. Cadangan untuk memperbaiki 1. Membentuk kumpulan khusus untuk pelajar yang bermasalah untuk membaca jawi. 2. Mempelbagaikan bahan bantu mengajar untuk pelajar, dimana kumpulan yang lemah jawi akan melaksanakan aktiviti yang berbeza dengan kumpulan lain 3. Mendapatkan bimbingan dan nasihat dari dari pensyarah dan guru pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain 4. Penyediakan soalan yang bersesuaian dan mudah sesuai tahap kebolehan mereka Refleksi Saya kian menyedari setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan dan kecergasan yang berbeza dan inilah yang dikenali sebagai perbezaan individu. Namun itu bukanlah alasan untuk guru meletakkan alasan kegagalan kepada murid. Setiap murid mempunyai potensi untuk digilap dan sebagai guru saya perlu melaksanakan tanggungjawab ini. Saya akan berusaha lebih gigih untuk meningkatkan tahap penguasaan jawi. 31/1/2011-4/1/2011

Potrebbero piacerti anche