Sei sulla pagina 1di 41

ISU 17

Semenanjung / Sabah Sarawak rm 0.00 | muat turun Percuma Di www.majalahniaga.com

CHEF LI
MENJADI JUTAWAN
Kepentingan Komunikasi di

RAHSIA
eBay

30 k

pElANcARAN pRoDUk MININIAgA

Bisnes & nikmat Memberi

>

25 Jenis headline bakal memukau pelanggan anda.

TRUMP TOWER
Permulaan Satu Jenama

Riba disebalik pembelian emas.

Kandungan
Team MajalahNiaga

ESklUSIf BERSAMA DATo DR RUSlY ABDUllAH


Adly Mukhtar

cASE STUDY: kUTIpAN 30k pElANcARAN pRoDUk MININIAgA


Haryzat Zulzahary

25 JENIS HEADlINE BAkAl MEMUkAU pElANggAN ANDA (pART 1)


Mazlan Mohamad

RAHSIA kEJAYAAN ApplE


Hilmi Isa

3 kAlIMAH BERkUASA MERUNTUHkAN HAlANgAN MENTAl pRoSpEk


Syahrul Nizam

SENI MENJUAl DENgAN BAHASA BADAN


PakDi

RIBA DISEBAlIk pEMBElIAN EMAS


Nazri Kadir

TRUMp ToWER: pERMUlAAN SATU JENAMA


Azzah AR

BISNES DAN NIkMAT MEMBERI


Hafiszi Othman

HADApI MASAlAH, BUkAN lARI DARI MASAlAH!


Eruwan Gerry

kEpENTINgAN koMUNIkASI DI EBAY

SIDANg

EDIToRIAl
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para usahawan dan bakal usahawan yang disayangi tuhan.

ami ingin memanjatkan keSYukuran kePaDa allah S.w.t, kerana berkat Dan nikmatnYa, telah membantu kami menYemPurnakan e-majalah niaga untuk eDiSi Yang ke-17 ini. iSu kali ini menguPaS kejaYaan Seorang tokoh uSahawan terkemuka Di malaYSia. beliau DahulunYa Pernah gagal Dan menanggung hutang hamPir SeParuh juta ringgit. tetaPi berkat keSabaran, komitmen Dan Semangat jihaD beliau untuk teruS berbiSneS, tuhan telah mengurniakan SeDikit nikmat kePaDa hamba-nYa. Sehingga kini, beliau telah menubuhkan institusi pengajian tinggi, dan menjalankan seminarseminar perniagaan, dengan tujuan membantu lebih ramai rakyat malaysia, khususnya orang melayu. bagi membawa mereka ke jalan yang sebenar bagi berniaga, supaya kita mencapai kedua-dua matlamat iaitu kaya dunia, kaya akhirat. individu yang kami maksudkan ini adalah Dato Dr rusly abdullah, atau lebih dikenali sebagai chef li. beliau merupakan penulis bukubuku laku keras di malaysia, seperti Petunjuk ke jalan kekayaan, menjejaki jutawan Senyap, biar kecil asalkan berhasil, aku tak nak miskin dan okb: orang kaya bertaqwa. Perkongsian beliau dalam temubual eksklusif di e-majalah edisi ke 17 ini akan membongkarkan pelbagai rahsia, mengenai tip keusahawanan, tip menjalankan bisnes makanan, dan apa yang menarik, bagaimana untuk menjadi jutawan dengan mengamalkan formula yang beliau sendiri gunakan sehingga hari ini. Di zaman ekonomi yang tidak menentu ini, banyak membuatkan kita untuk mengubah keadaan kewangan supaya menjadi lebih baik. Dalam masa sama, kita masih lagi ketandusan idea, motivasi dan mentor, untuk membantu kita mencapai matlamat kewangan yang diinginkan. niaga, dalam tempoh 3 bulan ini. jadikan ia sebagai sumber inspirasi keusahawanan kita. Salam kejajaan, salam jutawan! majalah niaga (aqif azizan & hasbul aqill) Flarebiz network www.majalahniaga.com

Membongkarkan pelbagai rahsia, mengenai tip keusahawanan, tip menjalankan bisnes makanan, dan apa yang menarik, bagaimana untuk menjadi jutawan...
oleh itu, besar harapan kami jika tuan dan puan dapat memanfaatkan setiap bait-bait ayat, yang dikongsikan oleh Dato Dr rusly abdullah ini. Semoga ia dapat membantu kita semua untuk menjadi usahawan yang disayangi tuhan, iaitu usahawan yang bertaqwa nikmati juga perkongsian 10 artikel yang hangat di majalah

ESklUSIf BERSAMA

Chef Li

WA WA N

CA

RA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca Majalah Niaga. Kami kini akan mengadakan sesi temuramah eksklusif, untuk edisi ke 17 ezine Majalah Niaga bersama Dato Dr Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li. Beliau amat dikenali melalui penghasilan buku-bukunya seperti Orang Kaya Bertaqwa, Petunjuk Jalan Kekayaan dan banyak lagi. Tanpa melengahkan masa, kami mempersilakan Dato Chef Li untuk berkongsi biodata diri dan bidang perniagaan yang diceburinya. Assalamualaikum dan terima kasih kepada pihak Majalah Niaga kerana bersusah payah untuk menemuramah saya. Untuk mengetahui biodata saya, pembaca boleh dapatkan melalui Facebook atau buku-buku saya. Ramai pembaca lebih mengetahui hal-hal tersurat. Sebenarnya, banyak lagi hal yang tersirat yang patut diketahui, tetapi hal tersirat ini kebiasaannya saya kongsikan kepada anak didik saya sahaja, yang mengikuti program dan kursus pembangunan usahawan. Untuk makluman, saya memiliki sebuah kolej, iaitu Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU), berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kolej ini mungkin kurang dikenali, disebabkan kurang mempromosi melalui pengiklanan. Selama 6 tahun, koleh ini dipenuhi oleh pelajar dari agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA, KESEDAR dan Kementerian Luar Bandar, sebab itulah kami kurang melakukan pengiklanan. Jadi, lebih baik saya menerangkan berkenaan dengan kolej ini, memandangkan ia berkait rapat dengan keusahawanan. Untuk makluman, saya merupakan seorang pegawai bank, dan kelebihannya adalah saya selalu berurusan dengan wang. Tetapi saya sendiri tiada duit, wang kerana semua duit yang diuruskan adalah duit orang lain. Saya mengenalpasti kebanyakkan orang yang mempunyai banyak simpanan wang di bank adalah dalam kalangan orang berniaga, dan mereka menyimpan wang setiap hari.

NOTA: INI ADALAH TEKS TRANSKRIPSI DARI AUDIO WAWANCARA, YANG DISEDIAKAN OLEH TEAM MAJALAHNIAGA. PASTIKAN ANDA MEMUAT TURUN AUDIONYA.

Apabila kaum kita mendapat peluang perniagaan, proses pencarian lokasi bisnes pun sudah lintang pukang. Berbanding dengan orang yang sudah mempunyai premis perniagaan, mereka hanya perlu membahagikan premis sedia ada kepada 2 bahagian sahaja, 1 bahagian untuk kekalkan bisnes sedia ada, 1 bahagian lain pula untuk mencuba bisnes baru. Dari situasi ini, saya fikir sesuatu tindakan perlu dibuat supaya kita tidak ketinggalan jauh. Jawapannya , kita tiada pilihan melainkan kita perlu menceburi dalam bidang perniagaan. Orang kita (kaum Melayu) terlalu menggunakan pemikiran konvensional, iaitu memikirkan sesuatu secara formal. Mereka lebih sukakan bisnes-bisnes yang sudah berjaya, ready made. Contohnya, perniagaan-perniagaan berkaitan MLM. Produk sudah disediakan, jenama sudah menyerlah, track record dan history sudah ada, testimonial pelanggan sudah ramai, barulah mereka berminat untuk turut serta. Akhirnya mereka masih lagi tidak berjaya. Mereka kurang meminati bisnes-bisnes yang perlu menghasilkan produk baru, membina rangkaian, kerana bisnes tersebut memerlukan effort (usaha), iaitu seperti memerah keringat siang malam, menghadapi cabaran dan tekanan hebat. Walaupun mereka menyimpan sedikit wang (RM50-RM100) setiap hari, namun lama-kelamaannya, saya dapati simpanan mereka beratusratus ribu ringgit. Dari situlah, saya mula tertarik dengan dunia perniagaan. Apabila saya kaitkan dari sudut kaum, kaum Cina merupakan kaum paling ramai menyimpan duit. Kedua, kaum India dan ketiga saya menjangkakan kaum Melayu, rupanya tidak. Ketiga adalah kaum pendatang, yang berhijrah ke Malaysia dan menjalankan perniagaan, seperti Bangladesh, Indonesia, Kemboja. Mereka menyimpan wang lebih banyak dari kaum Melayu sendiri. Akhirnya keempat adalah kaum Melayu. Dari kenyataan ini, saya mula berminat untuk membuat kajian-kajian tambahan. Yang pertama, orang yang berpeluang untuk menyimpan duit dengan banyak dan kerap, adalah dalam kalangan orang yang terlibat dalam perniagaan. Yang kedua, daripada sudut kaum, kaum Melayu adalah kaum paling kurang menyimpan duit. Dua perkara ini sangat berkait rapat. Kenapa bangsa kita kurang menyimpan duit? Ini disebabkan bangsa kita kurang terlibat dalam perniagaan. Apabila bangsa kita kurang aktif dalam bidang perniagaan, berteknologi mula diperkenalkan di Malaysia, orang yang sudah mempunyai bisnes yang akan menyambutnya dahulu. Selagi kita (kaum Melayu) ini lebih suka untuk menyertai bisnes ready made, seperti MLM, franchise, kebiasaannya mereka inilah yang menjadi leverage kepada orang lain, bukan orang yang membuat pelaburan, mereka hanyalah orang yang hanya memasarkan produk sahaja. Saya pernah memeriksa akaun salah seorang pelanggan saya, saya dapati orang yang terlibat dengan bisnes makanan, seperti bisnes popia basah ala Pulau Pinang. Sebagai contohnya, kebanyakan India Muslim, mereka mempunyai ratusan ribu ringgit dalam akaun bank, tetapi mereka lebih seronok dengan kehidupan orang kebiasaan. Juga, sama seperti pendatang Indonesia yang menjual air, buah-buahan, sate, simpanan mereka pun beratus-ratus ribu ringgit. Sepertimana juga pendatang dari Thailand yang membuka restoran makanan, restauran masakan tomyam, simpanan wang mereka pun ratusan ribu ringgit. Saya mula menaruh minat dalam bidang makanan. Mengikut kajian saya, mereka yang saya sebutkan tadi, kehidupan mereka lebih stabil selepas menjalankan bisnes, kerana mereka terlibat dalam satu konsep yang diistilahkan sebagai TNS (TAMBAH NILAI SUMBER). Maksudnya mereka berkemahiran tinggi dalam menambah nilai. Sebagai contohnya, memproses kacang soya, kepada air soya. Memproses kacang soya kepada taufufah, marginnya cukup tinggi. Perkara yang sering saya sebut adalah aiskrim colek. Pemprosesan daripada kg tepung ubi, kepada 8 kg aiskrim,

dan hasilnya berganda sehingga 1280%. Mengikut pemerhatian saya, bangsa Melayu kurang terlibat dalam bisnes TNS. Padahal bangsa lain menjalankan bisnes TNS hampir setiap rumah. Sebagai contoh, orang-orang Cina menjalankan bisnes makanan seperti pau, cendol, soo hoon, mee kuning, yang yong tau fu dan sebagainya, hanya dari rumah. Saya mula menceburkan diri dalam bisnes makanan dengan membuka kilang burger, tetapi malangnya gagal pada peringkat awal. Pada ketika itulah saya mendapat mentor, dan mentor memberi semangat dengan memberikan idea supaya saya menjalankan bisnes burger di pasar malam. Alhamdulillah, saya berjaya memiliki 5 buah gerai. 1 gerai di bawah jagaan saya, 4 gerai dijaga orang lain. Saya dapat menyelesaikan hutang dan menyimpan wang ratusan ribu ringgit. Dalam tempoh 5 tahun saya melibatkan diri dalam bisnes pasar malam, saya sudah mencapai status bebas kewangan dan mempunyai simpanan yang stabil. Bahkan ketika itu, saya mampu membeli kereta mewah, Mercedes Benz. Apabila saya mendapat tahu formula ini, saya mula seronok. Saya terfikir, kenapa tidak saya kongsikan formula ini kepada orang ramai.

Sebelum saya berkongsi, saya perlu mengesahkan sama ada formula itu bersesuaian untuk saya sahaja atau termasuk orang ramai. Untuk mengesahkan formula itu, saya mengikuti kursus dengan syarikat konsultan daripada United Kingdom, sepertimana dinyatakan dalam buku saya, iaitu mentor saya, Steve Phillips. Saya dapat mengesahkan formula saya sama seperti formulanya. Situasi sama juga berlaku ketika saya berguru di Indonesia. Saya lebih yakin untuk kongsikan kepada orang ramai. Formula tersebut adalah K = Kekayaan = TNS (Tambah Nilai Sumber) x L (Leverage). Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan formula ini, bolehlah hadiri kelas Jutawan Senyap. Dari penemuan formula ini, saya menubuhkan Chef Li Training Center. Kini dikenali sebagai Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU). Itulah serba sedikit tentang biodata dan kisah bagaimana saya mulakan perniagaan. Pada pendapat Dato Chef Li, apakah kepentingan mempunyai mentor dan sejauh manakah ia memberi kesan dalam hidup Dato sendiri? Bagi saya mentor dan guru adalah sama. Islam mewajibkan kita mempunyai guru dan itulah yang diajar oleh Rasulullah S.A.W , Sekiranya kamu ingin kecemerlangan di dunia, perlu ada ilmu. Sekiranya kamu ingin kecemerlangan di akhirat, perlu ada ilmu . Sekiranya kamu ingin kecemerlangan di dunia dan akhirat, perlu ada ilmu. Ilmu mestilah diperolehi dari guru. Sekiranya ilmu itu diperolehi daripada sumber lain seperti surf internet, hanya melalui buku-buku, jawab Rasulullah S.A.W , Kehancuranlah jadinya. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menghasilkan taufufah, dan anda mendapat resepi daripada MARDI, Jabatan Pertanian, ataupun carian di Google. Sudah tentu ia tidak akan berhasil. Berpuluh-puluh kali cuba, akan tetap tidak berhasil. Anda perlu mempunyai mentor yang boleh mengajar dan menunjuk cara menuang soya dengan betul. Cara sebetulnya adalah air soya perlu dituang ke bahan, bukan bahan dituang ke air soya. Jadi, pesanan dari Rasulullah S.A.W amat tepat dan betul. Bagi saya , mentor amat penting, bahkan compulsory (wajib). Kita boleh lihat sendiri Lee Chong Wei , walaupun beliau sudah berada di ranking pertama dunia, beliau tidak pernah menyatakan beliau tidak memerlukan jurulatih. Bahkan ketika Misbun Sidek menyatakan hasrat untuk mengundur diri, beliau menangis dan pergi ke rumah Dato Misbun supaya membatalkan hasratnya. Sehinggakan beliau meminta Dato Misbun melatihnya sehingga tamatnya Sukan Olimpik.

Tetapi, kita semakin hari, semakin merenggangkan diri daripada guru. Guru-guru sudah tidak dihormati, tidak seperti dulu. Seringkali terpapar di dada akhbar, tragedi guru ditumbuk, kereta guru dicalar dan sebagainya. Masyarakat semakin hari, semakin hancur. Bagi saya, masalah sosial seperti keruntuhan moral adalah disebabkan tidak berguru.

ng menyimpan dengan kerap adalah orang bekerja sendiri. Orang yang makan gaji hanya menyimpan ketika mendapat gaji, gaji sebulan sekali. Mereka hanya berpeluang menyimpan wang sekali sebulan.

Sedangkan untuk menjadi jutawan 5 tahun akan datang, anda perlu menyimpan sebanyak RM500 setiap hari If you want to become a millionaire, 5 years from now, Kita lebih banyak berguru dan mencari mentor dalam you have to save RM500 per day. Itu hakikat dan tidak bidang lain. Kita patut hidupkan kembali pegangan boleh disangkal lagi. ini. Maknanya, kita perlu mencari mentor bagi setiap bidang, contohnya mentor cendol, mentor tempe, men- Apabila kita bertanya, gaji berapa banyakkah yang ditor cincau, mentor urutan. perlukan untuk menyimpan RM500 sehari? Sudah tentunya orang yang bergaji RM30,000. Jumlah wang yang Bila menyentuh tentang bidang urutan, selalunya bi- perlu disimpan dinamakan simpanan untuk dilupakan dang ini tidak diberi perhatian oleh mana-mana agensi, (forgotten savings). Kalau simpan untuk ingat-ingat, mahupun kerajaan. Ini disebabkan mereka seringkali sememangnya ia tak akan menjadi. Sebab, anda akan berfikiran konvensional, menganggap bidang urutan kaitkan perkara yang anda nampak dan simpanan anda. bukan salah satu bisnes. Orang yang berpeluang menyimpan wang setiap hari Padahal kaum Cina mempopularkan bidang ini, terma- adalah orang yang berniaga. Sepertimana dinyatakan suklah akupunktur, refleksologi. Sehinggakan ada di di dalam buku Menjejaki Jutawan Senyap, bagaimana antara mereka mempunyai berpuluh-puluh cawangan seorang pendatang dari Indonesia mampu memiliki dan mencapai status jutawan. Itulah sebab saya mem- sebuah kereta BMW di Malaysia. Beliau mempunyai 7 promosikan bidang ini iaitu bidang komplementari. buah gerai soya. Beliau dapat menyimpan wang setiap Terasnya adalah stimula terapi. Satu bidang yang diikti- hari. raf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Target beliau adalah sebuah gerai memperolehi RM100 Apakah teknik menyimpan bagi orang bekerja sendiri. sehari. Ertinya, 7 gerai, RM700 sehari. Sekiranya beliau Bagaimana peniaga-peniaga yang bermula dari perni- menggunakan RM200 untuk keperluan seharian, beliau agaan kecil sehinggalah perniagaan besar, mendisip- mempunyai baki sebanyak RM500 untuk simpanan. linkan diri untuk mereka menyimpan wang? Saya sendiri melihat saving account beliau, tiada wang Sekiranya ingin menjadi jutawan, anda wajib meny- pada debit column, kesemuanya dalam credit column. impan wang. Disebabkan jutawan dikira berdasarkan Apabila saya bertanya Kenapa tak menyimpan wang , jumlah wang yang disimpan, bukan jumlah wang yang Pak?. Katanya, Itu namanya untuk simpan, Pak. Ia disanda belanjakan. Jutawan adalah individu yang mem- impan terus, wang untuk berbisnes sudah ada. Dalam punyai jumlah simpanan wang, sebanyak RM1 juta di masa 3 hingga 4 tahun, saya dapati duitnya bergandadalam akaun bank dan wang tersebut kekal dengan ganda , mengatasi simpanan saya. jumlahnya, RM1 juta. Menyimpan sangat penting, tetapi perlu juga mempuErtinya, sekiranya anda mempunyai RM1 juta, dan anda nyai disiplin dan ilmu. Anda tak boleh berbisnes, dapat membelanjakan sebahagian wang, jumlah wang terse- RM500, nak simpan RM300, sekiranya marginnya tidak but kekal RM1 juta, disebabkan anda mempunyai sum- mengizinkan. Sepertimana di kolej, kami akan member wang lain untuk topup (menambah nilai). beritahu menu yang boleh menyimpan duit, ada juga menu yang tidak boleh menyimpan duit. Sekiranya anda mempunyai RM1 juta, tetapi jumlah hutang pun bernilai RM1 juta, anda bukan digelar jutawan, Itu dipanggil , exposed quantity menu. Menu yang boleh tetapi kosongwan. Sekiranya anda mempunyai harta, menyimpan duit adalah hidden quantity dan expanded tetapi tiada duit, anda digelar hartawan. Sekiranya anda quantity. Dalam temuramah ini, sukar untuk saya jelastidak mempunyai harta, dan juga wang, itu dipanggil kan dengan lebih lanjut. Jadi, anda perlu menghadiri ketidaktahuan. Ertinya, ukuran jutawan dikira dengan kelas saya. Produk juga dibahagikan kepada dua gejumlah wang yang anda simpan. laran, iaitu killer product (produk yang membantu kita berjaya) dan killing product (produk yang dibunuh oleh Maknanya, menyimpan itu wajib. Orang yang berpelua- kita sendiri). Malangnya, usahawan kini tidak dapat

Sekiranya kamu ingin kecemerlangan di dunia, perlu ada ilmu. Sekiranya kamu ingin kecemerlangan di akhirat, perlu ada ilmu . Sekiranya kamu ingin kecemerlangan di dunia dan akhirat, perlu ada ilmu.

mengenal pasti kedua-duanya. Kadang-kadang, mer- Rasa senang boleh dicapai apabila kita bebas dari hueka mengiyakan killing product, mengabaikan killer tang piutang, tidak bermusuhan dan tiada tekanan hidup. Rasa tenang pula dapat dicapai apabila kita product. semakin kaya, kita makin dekatkan diri kepada Allah, Ironinya, killing product selalunya menarik, terutaman- menunaikan haji dan umrah dan bersedekah kepada faya orang yang kurang berpengalaman. Ini disebabkan kir miskin. Dalam proses kita menjalankan bisnes, kita mereka diberikan baju, kosmetik, terutamanya produk perlu berusaha untuk menerapkan dua situasi ini. MLM yang diberi persembahan cantik, tetapi sebaliknya, Kira akan merasa lapang, apabila kita bersederhana. terdapat banyak perkara yang mengecewakan kita. Contohnya, walaupun saya sudah mampu untuk berKiller product kebanyakannya remeh temeh, disebab- main golf, saya tidak pernah bermain golf. Saya menkan kita perlu bekerja keras, tempat perniagaan pula di ganggap permainan golf sudah melebihi garis kesederpasar malam, peniaga kelihatan selekeh , tidak popu- hanaan. Saya juga tiada kad kredit , tiada bot sendiri. lar. Contohnya aiskrim colek, 1280% margin dan hanya Saya banyak habiskan masa untuk menziarahi pondoksetengah jam pemprosesan. Tiada siapa yang menge- pondok atau pesantren di Indonesia, bertemu orang tahui perkara ini, disebabkan perniagaan ini kurang yang lebih susah. popular. Seringkali saya menziarahi berpuluh-puluh pesantren Kesimpulannya, menyimpan adalah perkara wajib, dan memberikan hadiah kepada mereka. Alhamdulilsekiranya kita ingin digelar jutawan. Jenis bisnes tidak lah, saya dapat berinteraksi dengan mereka dan mermenjadi masalah. Sekiranya anda menjalankan bisnes eka amat gembira setiap kali menyambut kehadiran kecil, tidak popular, tetapi berpeluang untuk menyim- saya. Sekiranya kita memberi hadiah kepada golongan pan wang, anda bakal digelar jutawan. Sekiranya anda kaya, mereka seringkali tidak menghargai pemberian menjalankan bisnes besar tetapi tidak berpeluang un- kita. tuk menyimpan wang, mustahil untuk anda digelar Oleh itu, kita perlu berusaha untuk bersederhana, barujutawan. Itu kuncinya. lah kita mendapat dua situasi ini. Daripada dulu hingga Berdasarkan pemahaman kami melalui pembacaan sekarang, saya tidak pernah berubah. Saya hanya berbuku Dato Chef Li, seperti Petunjuk Jalan Kekayaan dan niaga dalam bidang masakan, dan tempatnya hanya di Orang Kaya Bertaqwa, kami dapati Dato menekankan pasar malam, pasar tani, uptown. Saya juga tidak menkonsep kesederhanaan. Boleh Dato huraikan konsep jual testimoni. Saya tidak pernah meletakkan sebarang kesederhanaan yang wajar diterapkan dalam diri usa- testimoni di iklan. Sekiranya individu tersebut berjaya, hawan? itu hak dan rezeki dia. Saya tidak akan memperalatkan kejayaan dia. Kejayaan adalah hak pemberian dari AlKonsepnya mudah, iaitu berguru. Apabila kita berguru, lah. Manusia hanya mampu ikhtiar. Tiada jaminan sekiguru akan memberikan falsafah , pendirian. Apa pun ranya seseorang itu akan berjaya selepas mengikuti perkara yang kita jalankan, kita perlu mencapai dua je- seminar/kursus saya, ia bergantung kepada usaha dan nis situasi. Pertama, rasa senang . Kedua, rasa tenang rezeki yang diberikan Allah. dalam hati.

unaikan haji , membelanjakan wang di Mekah semata-mata untuk membeli belah, sebanyak RM104 juta, dalam tempoh 40 hari. Mereka memajukan ekonomi bangsa Cina, kerana kebanyakan barang di Mekah berasal dari Cina. Sekiranya wang itu terputar dalam kalanItulah yang menyedihkan saya. Sejak pengalaman saya gan komuniti kita, tentulah ekonomi dan bisnes kaum selama 15 tahun mengadakan kursus, menjadi fasili- kita berkembang. tator, mentor, saya dapati pencapaian Melayu dalam bidang muamalat ini amat perlahan. Bahkan tiada pen- Kami mendapat tahu, Dato pernah mengalami kegaingkatan, mendatar. galan ketika menubuhkan Kilang Burger Rusly suatu ketika dahulu. Boleh Dato ceritakan serba sedikit penPuncanya, kaum Melayu tidak membina strategi ber- galaman ketika menghadapi tersebut. Bagaimana Dato bisnes dan bergerak secara individu. Ibarat pepatah dapat bangkit semula untuk berbisnes? Melayu, Bagai enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Kesilapan saya ketika itu adalah saya tidak mempunyai mentor, secara tidak langsung segala tindakan yang Sebagai contohnya Aqif menjalankan bisnes mee kun- saya buat tidak betul. Ketika itu saya berumur 30 taing, dan mempunyai kilang mee kuning. Sudah pasti hun dan berhutang hampir RM500 ribu. Saya buntu dan Aqif perlu membekal mee kuning di peniaga di pasar, ketika itu saudara mara, sahabat handai, keluarga kesyang sudah terdapat pembekal mee kuning dari kilang emuanya diibaratkan Pulang paku buah keras. lain. Persoalannya, bagaimana Aqif ingin membekal mee kuning, di tempat yang sudah ada pesaing? Apabila saya bertemu mentor (Kiyai), beliau menurunkan ilmu, seterusnya mencipta sistem iaitu TNS x Caranya adalah dengan mewujudkan persepakatan ber- L (Tambah Nilai Sumber x Leverage). Sesiapapun akan sama peniaga mee kuning di pasar malam. Misalnya, berjaya , sekiranya mempunyai guru, ilmu, sistem dan 20kg mee diperlukan oleh setiap peniaga mee kuning tindakan. Tidak mustahil untuk kita digelar jutawan di dan jumlah peniaga mee kuning adalah seramai 100 bumi Malaysia ini, dengan syarat, kita mempunyai guru. orang. Jadi, 2 tan mee kuning diperlukan setiap hari. Jumlah ini sudah cukup untuk menghidupkan kilang Bercakap tentang idea bisnes, Dato telah memilih biAqif, tanpa perlu merayu-rayu kepada peniaga supaya dang masakan sebagai bisnes utama Dato. Jadi, kemendapatkan bekalan mee kuning daripada kilang napa Dato memilih bidang masakan sedangkan lebih Aqif. Inilah juga cadangan saya melalui Gagasan Ama- banyak lagi bidang perniagaan lain yang menguntunglan Kesogehan. kan. Adakah bidang masakan mempunyai keistimewaannya tersendiri? Amalan ini juga digunakan oleh peniaga berbangsa Korea di Ampang. Mereka dapat hidupkan bisnes mereka Ya, semestinya. Sebab pertama, bidang masakan kerana mereka bersepakat, walaupun jumlah penduduk senang untuk dijual. Kerana harga boleh diubah mengiberbangsa Korea di Ampang sangat kecil. Berbalik ke- kut kaedah dan keperluan. Misalnya, ketika saya berpada contoh peniaga mee kuning, apabila 100 orang niaga kek, seorang kanak-kanak ingin membeli kek peniaga memerlukan 2 tan mee kuning, mereka juga dengan harga 20 sen. Padahal nilai itu sangat kecil dan memerlukan tauge, sekurang-kurangnya tan. Bisnes tiada kek dijual dengan harga 20 sen. tauge pun sudah hidup. Mereka juga memerlukan fishPada hari seterusnya, saya membuat kajian dari segi ball, cili boh, fishcake. harga dan saya telah membahagikan kek tersebut keErtinya, sekiranya kita inginkan perubahan signifikan, pada 48 potongan kek, dan saya menjualnya dengan kita perlu ada persepakatan, penyatuan. Disebabkan harga 20 sen. Daripada kisah itu, saya mengadakan bergerak secara individu, tanpa penyatuan, akhirnya, promosi KEK GILA di pasar malam. Dan hasilnya, berpupuslah perniagaan kaum Melayu sendiri. Seperti da- puluh-puluh tray kek terjual dan saya mendapat keunhulu, Al Arqam dapat membangunkan bisnes makanan tungan sebanyak 400%. Itulah buktinya, flexibility of mereka , disebabkan ada persepakatan dalam komuniti food. mereka. Bahkan tanpa penglibatan dari pihak luar, mereka dapat hidupkan bisnes makanan mereka. Kedua, produk makanan adalah produk yang boleh dijual secara 24 jam. Sudah banyak restoran makanan Kaum kita ada prospek, bahkan ada duit. Mengikut yang beroperasi selama 24 jam. Ketiga, lokasi bisnes maklumat sah dari Tabung Haji, kaum Melayu yang me- makanan bukan satu masalah. Dimana-mana tempat,

Dalam kebanyakan buku, Dato banyak menyentuh isu dan perihal masa depan perniagaan Melayu Islam. Apakah pandangan Dato mengenai masa depan perniagaan Melayu Islam pada hari ini?

semestinya terdapat restoran. Contohnya Menara Kuala Lumpur, Merdeka Square bahkan di atas lombong pun, boleh dibina restauran berkonsepkan restoran terapung. Keempat, satu-satunya bisnes Melayu, yang melibatkan kaum lain adalah bisnes makanan. Kaum Cina tiada sebarang masalah , jika mereka makan di restauran kaum Melayu. Tetapi sekiranya anda buka kedai jahit, workshop, kedai emas, jarang sekali mereka (kaum lain) terlibat. Kesemua perkara ini berdasarkan kajian dan sebahagiannya daripada mentor saya. Bagaimana Dato dapat menetapkan kuasa fokus dalam berbisnes, iaitu hanya memfokuskan dalam bidang masakan sahaja? Mungkin Dato mempunyai amalan dan ilmu tersendiri yang boleh dikongsikan kepada pembaca Majalah Niaga? Sekiranya kita mempunyai mentor, kita akan mengikut segala pendirian, falsafah dan sebagainya. Dan mentor ini kebiasaannya orang yang kita hormati. Sekiranya anda sudah mempunyai bisnes, yang sudah memberi keselesaan, dapat menyelesaikan kesemua masalah, anda hanya perlu fokuskan terhadap bisnes itu sahaja, tanpa perlu mencuba bisnes lain. Bisnes ini juga suatu makhluk Allah, termasuk diri kita sendiri. Bisnes dan diri kita perlu akrab dan selalu berbicara. Sepertimana dalam seminar, saya juga mengajar cara berbicara dengan bisnes. Ini dipanggilnya amalan. Pertama, untuk mengekalkan fokus, kita perlu merasa selesa dengan bisnes kita, serta seronok dengan bisnes yang dijalankan. Ramai yang mengetahui tentang sabda Rasulullah iaitu 9/10 pintu-pintu rezeki adalah datang daripada perniagaan, tetapi masih ramai lagi yang takut untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Mengikut pengetahuan Dato , apakah faktorfaktor yang membuatkan masyarakat takut untuk berbuat demikian? Sebab kita hanya menunjuk pintu, tanpa memberi kunci. Bisnes adalah rumah yang menyimpan khazanah. Bagi saya, hadis Rasulullah S.A.W adalah hadis sahih, walaupun ada segelintir pihak menyatakan ia hadis daif. Pernah terdapat individu menghantar surat layang, menyatakan ia hadis daif. Perkara ini membuatkan saya amat kesal. Sebenarnya, orang Melayu ketinggalan dalam bisnes. Ini disebabkan kaum Melayu suka berbahas-bahas perkara remeh temeh. Bagi saya, sekalipun kita mengadakan seminar, forum, tetapi jika tidak menunjukkan kunci, ia tidak menyelesaikan masalah. Kunci sebenar adalah ilmu perniagaan. Masalahnya, ilmu tidak berkembang dalam kalangan kita. Ilmu paling baik adalah ilmu yang diperolehi dari tangan guru sendiri. Contoh, ramai orang menjalankan bisnes makanan, tetapi ramai yang tidak memahami prinsip makanan. Kadang-kadang, ada peniaga yang menggunakan teknik masakan rumah untuk bisnes makanan. Padahal, ia perlu berlainan konsep dan teknik. Itulah kesan disebabkan kurang berilmu. Sebenarnya, peniaga makanan perlulah memegang prinsip 3C. Iaitu, skil memasak (cook), skil mengira (count), skil pengurusan (control). Oleh itu, bagi saya, kita masih lagi kekurangan mentor-mentor kejayaan. Anak muda terlalu ghairah untuk menyertai program mentor berbentuk hiburan. Tidak pula ghairah untuk mencari mentor dalam bidang perniagaan. Saya percaya kaum Melayu boleh mengubah senario negatif ini. Boleh Dato kongsikan 3 nasihat kepada para usahawan yang baru memulakan perniagaan? Nasihat pertama, anda perlu mencari guru. Secara automatik, anda akan mendapat sistem dan ilmu daripada guru. Nasihat kedua, terus bertindak dan elakkan daripada terlalu banyak persediaan. Nasihat ketiga, cari sahabat yang relevan. Bagi saya, hanya terdapat 4 orang sahaja sahabat sejati hanya berdampingan dengan guru sahaja. Banyak nasihat dan tip yang boleh saya kongsi, namun untuk sesi temuramah ini, saya hanya

antara mereka dengan bisnes yang dijalankan. Akibatnya, hidup mereka masih lagi kurang tenang, dan senang. Sepatutnya, apabila bisnes tersebut tidak serasi dengan diri kita, kita perlulah melalui proses penserasian , ataupun menukar bisnes lain. Seperti saya, bisnes burger terbukti tidak serasi dengan diri saya. Guru saya berkata, jiwa saya sesuai dengan bisnes latihan, dengan mengadakan seminar, kursus-kursus. Tetapi disebabkan bisnes burger tersebut membuatkan saya bankrap, bisnes itu dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah saya. Caranya, saya berpesan kepada mereka supaya kembalikan hidup saya kepada asal. Ramai yang menuduh bahawa saya gila. Tetapi saya tetapkan pendirian saya, saya tetap tidak gila bahkan perniagaan saya cepat berkembang daripada mereka. Untuk belajar bersama saya, peserta perlu berfikiran lateral, bukan konvensional. Namun, perlu diingatkan, tidak semua peserta akan menjadi jutawan, dan bukan kesemua 99 jenis bisnes akan dibongkarkan. Itu hanya langkah pertama, terdapat lagi langkahlangkah berikutnya. Seminar kali ini, kami akan menyelaraskan, peserta perlu menetapkan jenis perniagaan yang ingin dijalankan. Jika dahulu, para peserta mempelajari hingga 10 jenis masakan, tetapi akhirnya gagal disebabkan tiada penetapan ketika peringkat awal. Jadi, kali ini kami buat penyelarasan, contohnya sekiranya anda nak jalankan bisnes nasi ayam, akhirnya anda akan buka gerai ayam, anda akan menabung menggunakan keuntungan dari bisnes nasi ayam, dan anda akan menjadi jutawan , hasil dari bisnes nasi ayam. Bagi saya, kaedah penyelarasan ini lebih baik, dan teratur. Oleh itu bayaran/yuran penyertaan adalah sebanyak RM60.00, akan diadakan pada 12hb Jun, di Hotel Adamson, Jalan Chow Kit. Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Dato Chef Li kerana sudi untuk ditemuramah, meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Semoga maklumat , dan intipati yang dikongsikan oleh kami bersama tokoh usahawan terkemuka di Malaysia dapat memberi manfaat kepada para pembaca Majalah Niaga. Kita jumpa lagi pada edisi seterusnya. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

boleh terangkan secara ringkas sahaja, disebabkan masa agak terhad. Terima kasih atas jawapan-jawapan sebentar tadi, dan banyak perkongsian yang boleh memberi manfaat kepada kita semua. Sebelum berakhir, boleh kongsikan maklumat lanjut seminar yang bakal berlangsung dan cara untuk menyertainya? Seminar ini bertajuk RAHSIA 99 BISNES JUTAWAN SENYAP DIBONGKAR!. Sebahagian daripada bisnes ini adalah bisnes modal, iaitu bisnes yang boleh dijalankan oleh para usahawan, dengan modal yang minima. Ada bisnes, yang boleh dimulakan dengan modal RM500, RM5,000, RM50000. Tetapi kesemua bisnes yang dibongkarkan ini adalah RM20,000 ke bawah. Seminar ini tidak terhad kepada orang yang sudah mempunyai bisnes, malahan orang yang sudah mempunyai bisnes boleh menyertainya, bagi bertujuan untuk menyimpan wang dengan lebih banyak lagi. Dalam sesi ini juga, kami akan mengajar cara bagaimana untuk menserasikan diri dengan perniagaan. Ramai usahawan menjalankan perniagaan, tetapi mereka tidak mengetahui perniagaan tersebut tidak serasi dengan mereka, terdapat konflik di

KUTIPAN30K PELANCARAN MiniNiaga


A
pa yang saya akan dedahkan pada entri ini merupakan sesuatu yang berharga, malah tidak keterlaluan jika saya katakan entri ini lebih berharga daripada ebookebook yang dijual di pasaran dunia sekarang. Saya akan dedahkan case study sebenar kami di Flarebiz Network melancarkan salah satu produk kami iaitu sistem MiniNiaga yang telah memberikan kutipan sebanyak RM30,000 dalam tempoh kurang sebulan. Ini bukanlah satu pencapaian yang baik kerana pencapaian peribadi kami di Flarebiz Network pernah mendapat RM60,000 dengan melancarkan produk Rahsia 10K pada tahun 2008 dulu. Namun, saya fikir perkongsian ini sedikit sebanyak akan memberikan idea dan gambaran keseluruhan kepada anda bagaimana sesuatu pelancaran produk itu berlaku. Anda perlu faham bahawa strategi pelancaran sesuatu produk mungkin sama dari segi perjalanannya tetapi percayalah ada sesuatu yang anda boleh pelajari daripada setiap pelancaran produk.

Case Study:

Oleh: Adly a.k.a Labanon

MEMPUNYAI PERANCANGAN PELANCARAN


erkara utama yang anda perlu lakukan ialah merangka perjalanan produk anda. Anda perlu ada tarikh yang tetap bila pra-pelancaran akan dilakukan, bila pelancaran sebenar akan dilakukan, berapa rakan Joint Venture (JV) yang diperlukan, berapakah target jualan dan sebagainya. Ya, kami sentiasa mempunyai perancangan untuk setiap pelancaran produk yang dilakukan oleh Flarebiz walaupun di atas sehelai kertas A4!

Pertandingan tertutup di antara rakan jV pula bermula pada 28 jun sehingga 15 julai 2010. kita akan lebih mudah dengan adanya perancangan sebegini. lebih mudah untuk kita mengagihkan kerja-kerja yang kita perlu dibuat seperti pembinaan laman web, menyiapkan surat jualan, grafik dan sebagainya. Selain itu, target jualan secara terperinci juga penting untuk kita memotivasikan diri kita agar terus berusaha mencapai date line yang telah ditetapkan. target jualan yang telah saya tetapkan untuk pelancaran mininiaga ialah rm100,000. Satu angka yang cukup besar kan? tidak mengapa untuk meletakkan target yang tinggi kerana apabila kita mencapai 30%-60% daripada target sudah cukup berjaya. Pada masa yang sama, sediakan juga plan b agar apa jua perkara yang tidak kita jangkakan berlaku sepanjang proses perjalanan tidak membantut pelancaran produk kita.

Untuk case study Mininiaga, saya telah menetapkan tarikh pelancaran pada 28 Jun 2010 dan proses prapelancaran berlaku 2 minggu sebelum.

BAGAIMANA KAMI MENGHANTAR JEMPUTAN JV?

produk ialah melalui teknik join Venture (jV). Pada ketika ini, saya tahu bahawa saya bersaing dengan banyak pelancaran produk. jadi, saya perlukan fikirkan sesuatu yang unik agar dapat menambat hati rakan jV untuk menyertai pelancaran produk saya. Ya, walaupun Flarebiz sudah ada nama, namun perlu dengan approach dengan teknik yang betul.

Saya rasa anda semua tahu salah satu strategi yang tidak asing lagi untuk menjayakan sesuatu pelancaran

Satu perkara yang telah kami lakukan ialah dengan memberikan sistem mininiaga secara Percuma kepada mana-mana individu yang dirasakan berpotensi untuk dijadikan rakan jV. ketika kami memberikan sistem ini kepada mereka, tidak sepatutnya saya menyentuh mengenai pelancaran produk. Saya hanya berharap mereka mencuba sendiri produk tersebut dan merasai sendiri kelebihan produk tersebut. inilah perkara pertama yang perlu anda lakukan! Yakinlah kepada rakan jV anda bahawa produk anda adalah yang terbaik sebelum hendak mengajak mereka mempromosikan produk tersebut.produk tersebut. inilah perkara pertama yang perlu anda lakukan!

MEMBERIkAN MININIAgA
SEcARA pERcUMA

MENgHANTAR JEMpUTAN
RASMI MElAlUI SURAT

Selang seminggu setelah mereka mencuba produk mininiaga dan memberikan feedback positif, saya pula memikirkan bagaimana ingin mengajak mereka mempromosikan produk ini. Saya ingin mencipta kelainan agar mereka teruja. Saya tidak mahu lagi hanya menghantar jemputan jV melalui email sahaja kerana saya ingin tunjukkan bahawa Flarebiz benar-benar serius kali ini. kami telah menghubungi mereka untuk meminta alamat rumah kerana kami ingin menghantar surat rasmi kepada mereka! Ya, saya cuba mencipta kelainan dengan menghantar surat jemputan rasmi kepada mereka yang telah ditandatangani oleh saya dan Zhafran. Di dalam surat rasmi ini saya terangkan beberapa perkara seperti objektif, maklumat joint Venture (jV), cabaran 17 hari, hadiah rasmi, perjalanan pelancaran dan sebagainya. Surat kami lengkap menerangkan segala-galanya yang membuatkan rakan jV jelas. anda boleh download contoh surat rasmi yang telah pihak kami hantarkan kepada rakan jV di sini.

MENgADAkAN cABARAN
EkSklUSIf 17 HARI

untuk menarik rakan jV pula, kami juga menganjurkan cabaran 17 hari untuk memilih 10 orang di antara rakan jV yang membuat jualan lebih banyak, akan menerima hadiah. kami telah menyediakan hadiah eksklusif berupa barangan Sony seperti yang tertera di dalam surat rasmi yang anda download. apa yang menarik ialah kami tidak meletakkan sebarang minimun jualan untuk memenangi hadiah bernilai tersebut asalkan mereka tersenarai di dalam top 10. Ya, jika salah seorang daripada mereka hanya membuat 5 jualan tetapi berada di ranking no 1, kami tetap akan memberikan mereka sebuah tV Sony bravia! inilah risiko yang kami tanggung tetapi benar-benar membuat rakan jV teruja kerana sebelum ini ramai yang menawarkan hadiah gempak tetapi meletakkan syarat minimun. contohnya, untuk mendapatkan sebuah kereta mitsubishi lancer 2.0 rakan jV perlu membuat 1000 jualan! nampak sangat yang hadiah tu nak dibeli berdasarkan keuntungan yang diperolehi daripada 1000 jualan yang rakan jV buat, lebih baik rakan jV jual produk mereka sendiri kan? Dengan menggunakan teknik yang tidak terlalu mendesak rakan jV, kami telah mendapat lebih kurang 25 orang rakan jV yang benar-benar berkualiti. kami benar-benar teruja untuk meneruskan pelancaran ini kerana kami sudah terbayang bahawa setiap daripada mereka akan membuat 10 jualan. ini bermakna kami bakal mendapat 250 jualan! oh!

BAGAIMANA KAMI LAKUKAN PRA PELANCARAN?


ami telah melakukan pra pelancaran yang agak berbeza sedikit di mana kami telah cipta gelombang agar orang ramai tertanya-tanya apakah itu sistem MiniNiaga. Pihak kami telah menganjurkan satu pertandingan ringkas untuk memilih 3 komen yang terbaik. Kami telah buat satu page khas menggunakan paltform worldpress dan meletakkan satu video sneak peak seolah-olah pelancaran sebuah filem.

bukan itu sahaja, kami juga mengedarkan satu laporan yang sungguh berkualiti tinggi iaitu kegagalan membina minisite yang disertakan bersama modul bengkel membina minisite. hampir semua rakan jV kami mengedarkan laporan ini kerana laporan ini benarbenar berkualiti yang mempunyai lebih 100 m/s! Perkara menarik juga, kami sentiasa mengamalkan situasi menang-menang dengan rakan jV. kami telah convert laporan ini secara manual kepada setiap orang rakan jV kerana kami meletakkan kredit di bawah setiap footer kepada nama mereka supaya mereka mendapat sesuatu dengan mengedar laporan percuma ini.

SISTEM MININIAGA DILANCARKAN!

sistem MiniNiaga telah dilancarkan tepat pada 28 Jun 2010. Namun, kita hanya mampu merancang, ada beberapa masalah yang timbul. Perkara pertama apabila ada rakan JV memberi maklum balas bahawa web jualan yang pihak kami hasilkan tidak memberikan conversion rate yang bagus kerana kami menggunakan konsep web 2.0.

Merujuk perancangan yang dibuat, alhamdulillah

akhirnya kami telah siapkan satu web 2.0 dengan aturan yang baru dan satu lagi web jualan yang old school menggunakan surat jualan. anda boleh rujuk di pautan ini untuk melihat web jualan versi sales letter. alhamdulillah, dengan perubahan segera yang telah kami lakukan ini, jualan menunjukkan peningkatan yang positif.

Setelah bertungkus lumus berminggu-minggu sebelum ini, ingatkan selepas ini pelancaran kami boleh duduk goyang kaki sambil melihat duit masuk, semuanya meleset sama sekali. Kami terpaksa bertungkus lumus sekali lagi untuk menyiapkan web jualan baru berdasarkan feedback daripada rakan JV dan juga para pelanggan.

Satu perkara baru yang kami belajar ialah kita perlu sentiasa memeriksa dari segenap aspek semasa hari pelancaran sedang berlangsung kerana ketika itu saat emas yang tidak patut kita sia-siakan. jika terdapat sebarang kekurangan ataupun kelemahan jangan teragak-agak untuk memperbaikinya dengan segera.

MENGURUSKAN RAKAN JV DENGAN EFEKTIF!


sesuatu pelancaran produk dengan menggunakan strategi rakan jV bergantung kepada bagaimana kita menguruskan rakan jV. jika kita gagal untuk mengurus rakan jV dengan efektif, maka kita sedang mengatur kegagalan pelancaran produk kita dengan begitu efektif! Saya telah belajar mengenai perkara ini daripada pelancaran produk rahsia clickbank oleh mentor saya iaitu Zamri nanyan dan gobala krishnan. kejayaan mereka mendapatkan rm120,000 dengan pelancaran produk adalah kerana mereka berjaya menguruskan rakan jV dengan begitu baik. Di antara perkara-perkara yang saya lakukan untuk menguruskan rakan jV ialah:

Kejayaan

1 MENgUNAkAN Blog RAHSIA

Saya telah setup satu blog private untuk di akses oleh rakan jV sahaja. Di dalam blog tersebut kami akan update sebarang perkembangan mengenai proses sebelum, semasa dan selepas pelancaran sistem mininiaga. Di dalam blog ini juga kami dapat berinteraksi dengan rakan jV untuk menambahbaikkan apa yang kami usahakan. Saya benar-benar jadikan entri ini sesuatu yang eksklusif, jadi saya berikan kepada anda akses ke blog rahsia yang telah saya gunakan untuk memberi sebarang update kepada rakan jV di sini. Daripada blog ini, kami akan boleh belajar banyak perkara! luangkan masa untuk membaca blog tersebut ya!

2 MEMBERIkAN kERJASAMA TERBAIk

kami di Flarebiz network sentiasa berusaha untuk memberikan kerjasama terbaik kepada rakan-rakan jV agar mempermudahkan kerja mereka untuk membuat jualan. Pihak kami berusaha sedaya upaya untuk memenuhi kehendak pemasaran mereka seperti menyediakan banner custom untuk kegunaan mereka, menyediakan template email pemasaran dan apa sahaja yang diminta oleh rakan jV. kami akan melayan mereka seperti raja sepanjang tempoh cabaran 17 hari ini agar jualan yang kami perolehi akan terus positif. anda boleh merujuk entri ini untuk memahami apa yang saya maksudkan.

3 BIARkAN MEREkA SENTIASA BERApI

Salah satu startegi yang digunakan oleh Zamri nanyan & gobala krishnan ketika pelancaran produk rahsia clickbank ialah mereka sentiasa membakar rakan jV untuk membuat jualan yang lebih baik. Strategi yang digunakan oleh mereka nampaknya sangat berkesan. Saya juga pratikan startegi yang sama untuk pelancaran produk mininiaga di mana saya sentiasa menggalakkan agar setiap rakan jV meletakkan sasaran peribadi sebanyak 10 jualan. kami juga sentiasa memberi update khas mengenai kedudukan top 10 jV untuk memenangi cabaran 17 hari, jadi ini secara tidak langsung membuatkan rakan jV semakin bersemangat untuk bersaing secara sihat.

AKHIRNYA 30K DAN SENTIASA BERTAMBAH


lhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya kami berjaya mencapai 30% daripada target yang telah kami tetapkan di dalam perancangan awal. Kami berpuas hati kerana gelombang yang kami cipta untuk melancarkan MiniNiaga benar-benar besar dan kesannya masih ada sehingga hari ini. Kami berjaya mencatat jualan RM30,000 lebih untuk pelancaran sistem MiniNiaga dan selepas itu jualan MiniNiaga sentiasa konsisten untuk setiap bulan. Namun di saat ini, sistem MiniNiaga perlu ditutup buat sementara waktu kerana kami akan upgrade sistem kepada yang lebih baik. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan di Flarebiz Network yang menjayakan pelancaran produk MiniNiaga sebelum ini iaitu Mohd Zhafran, Rusdy Ahmad, Nizam Ahamad, Hanny Ramzy, Rizak Razak & Aqiff Azizan. InsyaAllah tahun ini jika ada ruang dan peluang Flarebiz Network akan melancarkan produk baru dengan strategi yang berbeza. Kami sentiasa berhasrat untuk merevolusikan industri perniagaan Internet tanah air.

Semoga apa yang sata kongsikan pada entri ini memberikan manafaat yang tersendiri kepada anda. Saya percaya dengan hanya copy & paste strategi di atas sahaja anda mungkin boleh menjana lebih daripada apa yang telah kami di Flarebiz Network dapat. Kongsikan artikel ini andaikata ia memberi manfaat kepada anda yang secara tidak langsung memberi semangat untuk saya terus berkongsi ilmu yang tidak seberapa dengan anda di lain hari. Semoga berjaya!

RUJUKAN STRATEGI PELANCARAN TERBAIK


h ya, apa yang saya terangkan di dalam entri ini hanyalah secara ringkas mengenai strategi pelancaran produk. Sahabat saya saudara Safuan & Zahrul Azua telah melancarkan satu produk yang diberi nama Strategi Launch. Saya menyarankan 200% agar anda mendapatkan produk ini. Pihak kami juga menyediakan bonus eksklusif untuk 20 orang yang terawal mendapatkan produk Strategi Launch ini. Hadiah menarik menanti anda!

HEADLINE 25
S
Jenis
assalamualaikum pembaca majalah niaga semua, dan selamat sejahtera.

Oleh: Haryzat Zulzahary

Bakal Memukau Pelanggan anda

uDah lama SaYa tiDak hantar artikel ini kerana keSibukkan Yang amat. namun SaYa cuba juga untuk haSilkan artikel Sebagai keSinambungan DariPaDa artikel SaYa Sebelum ini Dan Sebagai membalaS uSaha murni tim majalah niaga Yang tiDah Pernah Penat beruSaha, bagi menYebarkan ilmu uSahawan kePaDa kita Semua. Pada sesi pada kali ini saya bawakan kepada anda, pengetahuan tentang cara menulis headline dan jenis-jenis headline yang berkesan. Penulisan kali ini terlalu panjang. Jadi, saya akan bahagikan kepada dua bahagian. Hari ini adalah hari pertama untuk anda. Umum mengetahui bahawa penulisan headline adalah amat penting dan kritikal dalam sesuatu kejayaan sebuah penulisan copywriting dan bidang pengiklanan amnya. Malah pakar dan tokoh media pengiklanan dan copywriting, David Olgivy pernah menegaskan betapa pentingnya penulisan headline dengan berkata,

Headline yang berkesan terdapat beberapa jenis. Justeru itu di bawah saya senaraikan dan terangkan kepada anda mengenainya
HEADLINE JENIS HOW TO
Headline ini adalah headline yang sentiasa berjaya menarik ramai perhatian prospek. Ramai di antara kita mencari solusi kepada pelbagai masalah. Justeru itu apabila kita menggunakan headline jenis How To maka ia sudah pasti berjaya menarik minat prospek untuk membaca copy anda. Sebagai contoh : Bagaimana Anda Boleh Jadi Langsing Dengan Menggunakan 7 Cara Magik Kuruskan Badan
Dalam Masa 21 Hari

Secara purata, orang membaca headline lima kali ganda lebih banyak daripada membaca badan copy. Apabila masa anda menulis headline, anda umpama meluangkan 80 sen dari satu dollar yang anda miliki...

HEADLINE SECARA TERUS


Headline ini secara terus memberitahu prospek apakah tawaran anda. Selain cepat, ia juga memberikan pilihan kritikal kepada prospek untuk membuat keputusan samaada untuk terus bersama atau tidak. Kini Dengan Software Samurai Blogger Ini Anda Boleh Menggandakan Trafik Ke Blog Anda Semudah A-B-C!

HEADLINE JENIS TERSIRAT


Tersirat membawa pelbagai maksud abstrak kepada pemikiran si pembaca. Ia mungkin GAGAL sama sekali ataupun bertindak dengan cemerlang kepada si pembaca, jika mereka dapat mentafsir mesej yang tersirat tersebut. Bunyi Detik Jam Tangan Anda Sungguh Kuat Apabila Anda Mula Memandu Bentley

HEADLINE JENIS BERITA/PENGUMUMAN


Berita sentiasa membawa unsur gempar. Justeru itu kita boleh gunakan headline yang menggemparkan seperti berita dan pengumuman. 120,000.00 Orang Dikesan Mengidap Barah Hanya Kerana Air Paip Dirumah Anda

HEADLINE JENIS SOALAN


Apabila menggunakan headline jenis soalan, ia akan menghasilkan tekanan pada si pembaca lantas mendorong mereka mencari jawapan kepada soalan anda. Jadi sediakan jawapan soalan tadi di dalam badan copy anda dan akhir sekali pembaca akan membeli atau menuruti arahan dari anda. Adakah Anda Masih GAGAL Untuk Lulus Ujian & Penilaian PTD? Ketahui Tip Gerenti Lulus Dengan Segera Di Bawah Sekarang!

HEADLINE JENIS ARAHAN


Headline jenis arahan akan memandu dan memberikan arahan spesifik kepada pembaca bagi mencapai objektif copy anda. Ia juga bertindak sama seperti call to action (arahan bertindak).
Download dan Install Software Yang Digunakan Oleh Para Affiliate Antarabangsa Yang Menjana Sehingga 10,000.00 USD Setiap Bulan Sekarang!

HEADLINE JENIS MENGAPA/ALASAN


Di dalam buku Web Copy That Sells oleh Maria Veloso beliau menyatakan kuasa kerana dan alasan yang kukuh, maka permintaan dan keperluan kita lebih mudah didengari dan dipenuhi. Justeru itu apabila kita menyatakan alasan mengapa prospek perlu membeli dan mengikuti arahan kita, Insya Allah ia akan memberikan jawapan positif Muat Turun Segera Panduan Kebebasan Kewangan Dalam Masa 4 Minggu Kerana Ia Telah Terbukti Sekian Lama, dan Membantu 18 Orang Terkaya Malaysia Mencapai Taraf Permulaan Bebas Kewangan Mereka!

HEADLINE JENIS TESTIMONIAL DAN JAMINAN


Apabila prospek sedang berada dalam dilema untuk membeli atau tidak, maka dua perkara yang mampu membantu mereka membuat pembelian iaitu testimonial dan jaminan. Headline jenis testimonial membuktikan produk yang bakal ditawarkan adalah terbukti berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi prospek, dan juga telah ada orang yang terlebih dahulu menguji keberkesanannya. Ini sekaligus mengelakkan si pembaca daripada menjadi mangsa tabung uji. Jadi dengan headline berbentuk testimonial dan jaminan ia memudahkan anda memenangi perhatian pembaca berbanding pesaing anda. Anak Saya Bangkit Dari Kegagalan Peperiksaan Percubaan Dan Score 9A Dalam SPM Dengan Bantuan Sistem Smart Study Dr R! Dapatkan e-buku Easy Blog dan anda akan mempunyai blog dot com anda sendiri 15 minit selepas selesai membacanya DIJAMIN!

HEADLINE JENIS PENYATAAN FAEDAH


Headline jenis menyatakan faedah ini memberitahu kebaikan produk yang akan dikecapi pembeli seawal mungkin. Ia menerangkan kebaikan produk secara terus tanpa perlu pembaca menduga atau mengkaji dengan lebih lanjut apakah kegunaan produk tersebut. Dengan ini kita sudah memiliki prospek yang benar-benar berminat untuk mendapatkan dan menikmati faedah produk sahaja untuk membaca badan copy kita yang lain. Ia lebih mudah menjual! Tiada Lagi Kesan Lebam Di Bawah Mata Anda Akibat Tidak Cukup Tidur Walaupun Anda Tidur Di Atas
Meja Pejabat Semalaman!

HEADLINE JENIS EMOSI


Headline jenis emosi ialah headline yang memanipulasikan emosi pembaca untuk menanamkan minat, dan keinginan untuk membaca lebih lanjut dan memiliki apa yang kita tawarkan. Headline seperti ini selalunya lebih bersifat pedas dan tegas. Kadang-kala pula bersifat kasihan. Walau apa pun ia amat berkesan kerana satu perkara yang terbukti di dalam dunia copywriting adalah emotion sells, word tells.
Kecewa Dengan Penampilan Diri Anda Yang Tidak Menarik Dan Masih Gagal Mempunyai Teman Wanita? Walaupun Anda Memandu Ferrari?

Mazlan Mohammad
ereka bermula dengan wang sebanyak USD1,300 (RM3,900) yang di peroleh daripada hasil jualan kalkulator saintifik milik Stephen Gary Wozniak dan Wolkswagen milik Steve Jobs. Dengan wang ini mereka menghasilkan sendiri komputer peribadi di garaj rumah keluarga Steve Jobs. Komputer-komputer ini kemudiannya dijual di pasaran dan pada April 1976, syarikat Apple ditubuhkan. Dan kini selepas 35 tahun, Apple merupakan antara syarikat korporat paling berjaya di Amerika Syarikat dan dunia dengan nilai pasaran saham sekitar USD200 billion (RM600 billion) dan hanya beberapa langkah di belakang pengcapain Microsoft. Apakah yang menjadikan Apple sebagai syarikat korporat yang cukup dikagumi rakan dan pesaingnya? Produk-produk keluarannya seperti iPod, iPhone dan iPad menjadi rebutan di pasaran dan ini dapat dibuktikan apabila di Sydney, beribu pembeli sanggup berkhemah di luar kedai dua hari sebelum iPhone4 dilancarkan? Bukan setakat itu, produk keluaran Apple mempunyai golongan pembeli yang cukup setia di mana majoriti mereka yang menggunakannya tidak akan bertukar ke jenama lain walaupun harganya lebih mahal dari produk-produk lain yang seumpamanya. Jika dirujuk pada majalah-majalah perniagaan di Amerika Syarikat, terdapat banyak faktor yang boleh disenaraikan sebagai penyumbang kepada kejayaan Apple ini. Namun, artikel ini akan menyenaraikan enam faktor utama yang dikenalpasti menjadikan produk-produk Apple sebagai antara produk yang paling berjaya dalam pasaran.

Karisma Kepimpinan
P

Steve Jobs

ercaya atau tidak Steve jobs tidak mempunyai ciri-ciri bos idaman seorang pekerja.beliau terkenal dengan gaya kepimpinan autokratik dan sukar untuk sesiapa bekerja di bawahnya.mereka yang pernah bekerja dengannya mengatakan beliau bukan sahaja boleh mengubah keputusan yang telah diubahnya dalam sekelip mata malah ada kalanya beliau akan memalukan mereka yang tidak bersependapat dengan pandangannya.

VISI YANG REALISTIK ----------------------------------------------------------------------------------------etapi di sebalik itu, Steve jobs telah berjaya memulihkan apple yang di ambang kejatuhan, menaikkan keuntungan syarikat dan mengembalikan imej apple. harga saham apple telah meningkat lebih dari 8 kali ganda semenjak beliau menerajui apple. walaupun beliau tegas dan keras dalam memimpin mengikut caranya tersendiri, Steve dilihat sebagai seorang pemimpin yang bijak dan mempunyai visi yang idealistik iaitu menghasilkan komputer sebagai suatu alat untuk mengubah dunia dan ini membuatkan ramai yang tertarik untuk bekerja dengannya. Pencipta iPod dan iPhone ini meletakkan tanda aras yang tinggi untuk inovasi dimana beliau merupakan ceo yang sangat obses dalam memastikan produk-produk apple sempurna dalam setiap perkara. Steven jobs memastikan produknya adalah yang terbaik kerana beliau percaya jika

anda menghasilkan sesuatu yang amat hebat,


maka setiap orang akan mahu menggunakannya
malah, dedikasi beliau pada penemuan baru dan kecermelangan ini telah mencipta budaya yang menjadikan apple sebagai simbol inovasi.

Matlamat Yang Jelas


i apple, matlamat akhirnya bukannya untuk membuat keuntungan tetapi apple meletakkan dengan jelas matlamat utamanya ialah untuk merekabentuk, membangunkan dan membawa kepada pasaran produk-produk yang lebis bagus. apple percaya dari situ, orang ramai akan menyukai produk-produknya, mendapatkannya dan dari situlah mereka menjana pendapatan. kerana itu, apple memastikan agar mereka tidak hanya sekadar menghasilkan produk baru yang hanya sekadar berbeza dengan produk pesaing tetapi mereka memastikan produk yang dihasilkan lebih bagus serta mempunyai kualiti tinggi. bagi apple, sekadar menghasilkan produk yang berbeza dan baru itu adalah mudah. Penekanan pada aspek lebih bagus pada produk apple mencerminkan pendirian syarikat tersebut untuk tidak mahu menjadi sebuah syarikat yang berterusan mengeluarkan produk yang baru hanya semata-mata mahu terus hidup tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya. bagi apple, adalah satu pembaziran apabila sesebuah syarikat itu menggunakan segala sumbernya yang ada termasuk bekerja pekerja untuk mengeluarkan produk yang baru yang tidak memberi nilai baru pada pembeli.

Inovasi Satu Cara Hidup


novasi merupakan jantung dan nyawa apple. Di apple, inovasi tidak dijadikan kenyataan yang ditampal di dinding one infinite loop, ibupejabatnya tetapi ia dijadikan cara hidup di syarikat tersebut. mereka bukan setakat berfikir bagaimana untuk menghasilkan produk baru yang lebih bagus seperti iPod dan itunes stores (yang merupakan kedai jualan muzik kedua terbesar di uS selepas walmart).

tetapi mereka juga berterusan mengenalpasti jalan bagi menambahbaik produk sedia agar menjadi lebih bagus, contohnya seperti iPad 2 yang lebih 33 peratus lebih nipis, 15 peratus lebih ringan dan 2 kali lebih laju dari iPad 1. begitu juga dengan iPod nano yang merupakan inovasi dari produk asalnya iaitu iPod.

Dan setiap usaha inovasi di apple diambil begitu serius sehingga ia dipanggil usaha moon shot di uS. (moon shot adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada program angkasa lepas oleh naSa). mereka bersungguh-sungguh mengfokuskan segala sumber yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk walaupun kejayaannya di pasaran masih belum pasti sepertimana produk apple tV, g4 cube PROduK Yang MERuJaKan dan macbook air yang tidak berjaya Pembangunan produk baru di ap- di pasaran. ple bermula dari keberanian mereka menghasilkan produk yang benarnamun, sebagai syarikat yang benar membuat diri mereka sendiri berteraskan inovasi, kegagalan teruja terlebih dahulu dan adakalan- adalah lumrah bagi apple. apa ya ia bermula dengan mempersoal- yang penting bagi mereka, setiap kan kemampuan produk yang sedia usaha penghasilan produk inovasi ada. Sebagai contoh idea penghasi- wajib dibuat dengan bersungguhlan iPhone bermula dengan soalan- sungguh kerana apabila produk itu soalan pelik seperti di bawah: berjaya, kejayaan yang dicapainya adalah besar dan mengatasi kegaApa yang kita benci ? Telefon galan produk-produk terdahulu.ini bimbit. Apa yang kita akan ada dapat dilihat jumlah jualan iPhone dengan teknologi sedia ada ? yang mencecah 45 juta diseluruh Telefon bimbit dengan Mac di dunia setakat tahun 2010. manakala jualan iPad pula mencecah 3 juta dalamnya. Apa yang kita mahu unit hanya dalam masa 80 hari miliki ? Sebuah iPhone. pelancarannya.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Pasukan- Kerja-Yang-Istimewa- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - ------- ---- ---- ------idak semua orang boleh bekerja dengan gaya kerja Steve jobs dan tidak semua orang boleh bekerja dengan apple walaupun mempunyai kemahiran dan pengalaman yang banyak. apple memerlukan pasukan kerja yang mereka gelarkan sebagai pasukan kerja yang istimewa. Setiap pekerja di apple mempunyai fungsi tugas mereka sendiri tetapi terdapat garisan halus di antara fungsi-fungsi tersebut di mana setiap dari mereka mesti mampu berkolaborasi atara satu sama lain walaupun mempunyai projek yang berlainan. mereka juga akan hanya akan mengambil pekerja yang merasa tidak puas atau cukup dengan apa yang ada. Pereka produk apple mestilah seorang fanatik dalam menghasilkan produk yang benar-benar sempurna sehinggakan bentuk skru di bawah macbook pun dipastikan selari dengan rekabentuk keseluruhan macbook tersebut. apple memerlukan pereka produknya mempunyai kepercayaan (belief), nyalarasa (passion) dan komitmen dalam mencapai kesempurnaan.

KEMaMPuan BEREMOSI
bagi jawatan jurutera, apple bukan sekadar mencari mereka yang mempunyai kemahiran teknikal tetapi juga yang mempunyai kemampuan beremosi. kemampuan beremosi di sini merujuk kepada nyalarasa dan daya tahan yang mampu mendorong diri jurutera tersebut untuk mengatasi segala halangan dari segi teknikal dan rekabentuk bagi memastikan sesuatu projek itu siap mengikut jadual. Seperkara lagi, tekanan di kalangan rakan sekerja di apple amat tinggi sehinggakan ketua sesuatu unit atau projek akan ditolak oleh orang bahawan sekiranya pencapaiannya lemah. menurut ketua Pegawai operasi apple iaitu tim cook, apple bukan tempat bekerja bagi mereka yang mempunyai hati dan semangat yang lemah.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Mampu-Benbentuk - - - - Mewujudkan - - - - - - - - Baru - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Dan - - - - - - - - - - - Pasaran - - - -

yang penting adalah untuk menghasilkan produk yang pasaran yang mahukan sebelum mereka sendiri sedar mereka mahukannya. kerana itu Steve jobs diketahui tidak berpegang pada kaedah kajian pasaran, grup fokus dan sebagainya tetapi dia menghasilkan produk yang beliau mahukan. Sebagai contohnya, ketika iPhone dan iPad mula-mula diperkenalkan, adakah sesiapa yang mahukannya sebelum ia dijual? tetapi apabila ia telah djual, hampir setiap daripada kita mahu memilikinya.

Bagi Steve jobs, sesuatu produk yang dihasilkan tidak semestinya kerana pasaran memerlukannya, tetapi apa

Cool factor kemampuan berkomunikasi dan perhubungan awam Steve jobs dikatakan faktor utama produknya berjaya di pasaran. realitinya itu hanyalah faktor penyokong, faktor utama kejayaannya adalah faktor cool (cool factor) yang ada pada produk tersebut yang terhasil dari inovasi kreatif, rekabentuk unik yang bergaya, mesra pengguna serta pada harga yang munasabah. Seperkara lagi, dalam menghasilkan produknya, apple sedar apa yang penting kepada majoriti pengguna adalah pengalaman menggunakan produk tersebut kannya teknologi di sebalik produk tersebut. Pengguna lebih teruja dengan kemampuan iPod menyimpan sehingga 1,000 lagu bukannya dengan spesikasi pemacu keras (hard drive) di dalam iPod tersebut.

PERSPEKSI PaSaRan
apple juga berjaya membentuk persepsi pasaran bahawa jenamanya adalah jenama berteknologi tinggi sepertimana jenama chanel dan Polo dalam dunia fesyen. Produk-produk apple telah menjadi produk yang mendefinasikan identiti pemiliknya di mana pemiliknya dipandang sebagai mereka yang inovatif, bijak, bergaya dan berbeza dengan orang kebanyakkan yang lain.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Rangkaian-Produk - - - - - Sedikit - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Yang - - - - - produk yang sedikit. ini memudahkan pengguna untuk memahami perbezaan antara produk-produknya dan sekaligus memudahkan pembeli membuat keputusan untuk membeli. Sebagai contohnya bandingkan di laman web beberapa banyak jenis telefon pintar yang dijual iPhone dengan jenama nokia dan blackberry. jumlah jenis telefon pintar iPhone boleh dikira hanya dengan satu jari sahaja.

Berbanding dengan pengeluar produk telefon bimbit dan komputer riba yang lain, apple mempunyai rangkaian

MEMFOKuSKan SuMBER
justeru pendekatan yang digunakan apple adalah menghasilkan hanya beberapa produk dengan menggunakan segala sumber yang ada di tangan dan menjadikannya berjaya. mereka percaya jika sesebuah syarikat, menggunakan sumber yang ada untuk mengeluarkan rangkaian atau jenis produk yang banyak, kualiti dan fungsinya akan menurun. ini kerana sumber untuk menghasilkan setiap produk akan berkurangan dek kerana jumlah rangkaian dan jenis produk yang banyak mahu dihasilkan. Produk yang mempunyai kualiti dan fungsi yang rendah tidak akan mampu berjaya di pasaran. keenam-enam strategi yang digariskan di atas segala keseluruhannya menggambarkan moto apple itu sendiri iaitu think Different atau berfikir dengan cara berbeza. apple memilih untuk menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menguruskan perniagaannya yang adakalanya bertentangan dengan teknik pengurusan tradisional yang telah lama diamalkan oleh syarikat-syarikat lain. Dan perbezaan inilah yang akhirnya meletakkannya sebagai salah satu jenama dan syarikat korporat yang paling berjaya di dunia.

MENTAl pRoSpEk
S
Berikut adalah ayat yang mengandungi frasa-frasa yang boleh memainkan peranan berkenaan:

kAlIMAH BERkUASA MERUNTUHkAN

HAlANgAN

Oleh: hilmi isa

emasa sesuatu pertemuan, halangan mental dan prospek berada pada tahap yang tinggi. Proses jualan sukar untuk berlaku dalam keadaan minda prospek yang sedemikian. Walaubagaimana hebat sekalipun produk dan perkhidmatan anda, proses jualan sukar untuk dilakukan sebelum halangan mental prospek diminimunkan. Penyelesaiannya, gunakan ayat-ayat yang bakal menurunkan kadar mental blok berkenaan. Ia mempunyai peranan yang besar sebelum anda memulakan penerangan tentang produk yang anda jual.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa, tuan ______. Saya faham masa tuan penting dan tuan berkemungkinan mempunyai urusan yang lain. Jadi saya akan membuatkan pertemuan ini seringkas dan seberharga mungkin. Saya boleh boleh melakukan ini melalui beberapa soalan ringkas. Jika tuan percaya yang kita mungkin ada cara penyelesaian untuk tuan, kita bolehlah berbincang lebih lanjut. Jika tidak, saya mengucapkan terima kasih di atas peluang yang tuan beri untuk kita bertemu.

UcApAN TERIMA kASIH SEBAgAI


TANDA pENgHARgAAN
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa
jurujual amatur kebanyakan tidak mengucapkan terima kasih kepada prospek kerana sudi memberikan peluang untuk bertemu dengan mereka. apabila anda memulakan pertemuan dengan prospek dengan frasa ini, anda telah menawan hati prospek, dan secara tidak langsung membezakan anda dari jurujual amatur. Frasa terima kasih juga membina perasaan mesra prospek dengan anda. Saya biasa melakukannya dan kesannya sangat positif.kepada pengunjung dan pelanggan anda.

Saya faham masa tuan penting


cuba teka apakah prospek fikir perkara yang jurujual akan lakukan semasa appointment? tepat sekali jawapannya adalah membazirkan masa prospek dengan bercakap terlalu banyak. kadang-kadang merapu jurual yang hebat tahu apa yang berlegar-legar di dalam minda prospek, jadi mereka cuba memadamkan apa sahaja perasaan negatif yang berada di dalam minda prospek. Dengan cara menyatakan anda mengambil tahu kepentingan masa terhadap prospek, anda meletakkan minda mereka dalam keadaan relaks. melalui ayat Saya faham masa tuan penting..., prospek berasakan anda mengambil berat terhadap diri mereka. ketahuilah salah satu keperluan manusia dalam perhubungan adalah perasaan ingin dihormati. ayat ini menunjukkan kepada prospek anda menghormati mereka dengan mengambil tahu keadaan diri mereka. anda telah menyediakan asas yang kukuh dalam perhubungan prospek.

gUNAkAN fAkToR MASA


SEBAIkNYA
...RINGKAS & BERHARGA...
oleh sebab kebanyakkan prospek agak skeptikal, mereka juga berfikir yang kebanyakkan berkara anda perkatakan kurang bernilai kepada mereka. apabila anda memberitahu mereka yang niat anda adalah untuk menjimatkan masa dan membuatkan setiap perkataan berharga, peluang mesej-mesej jualan yang akan di sampaikan untuk diterima oleh minda mereka bertambah tinggi.

kUASAI MINDA MEREkA


SEpENUHNYA
JIKA TUAN PERCAYA...
minda prospek menerima frasa di atas sebagai mereka menguasai sesi jualan berkenaan dan kuasa beli adalah keseluruhannya terletak di tangan mereka. Dengan mengetahui pada awal sesi jualan yang pendapat, kepercayaan dan buah fikiran mereka lebih berautoriti berbanding jurujual, mental blok mereka bertambah rendah.

MUNGKIN ADA PENYELESAIAN. JIKA TIDAK, SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH...


ayat di atas menunjukkan anda sebagai jurujual pun tidak pasti sama ada produk yang anda bawa akan memenuhi kehendak prospek. Peranan ayat ini adalah prospek akan mengetahui anda tidak mempunyai perancangan untuk menekan dan memaksa beliau semasa proses jualan, dan seperti ayat-ayat sebelum ini, ia akan meruntuhkan dinding pertahanan dalam minda mereka.

...SOALAN RINGKAS...
melalui soalan ini adakah anda dapat mengesan satu trend? Ya, kita menggunakan perkataan ringkas sebanyak dua kali dalam pembukaan dan perkara berkenaan memang merupakan perkara yang di rancang. anda ingin prospek mengetahui anda merancang untuk menjalankan tugas dengan efektif dalam masa yang minimun. apabila prospek anda menyedari soalan-soalan anda adalah medium yang menolong anda untuk menjimatkan masa mereka, mereka akan lebih selesa menjawab soalan anda. Dan lebih dari itu, mereka akan berasa teruja untuk berkongsi maklumat yang anda perlukan kerana mereka sedar ia adalah untuk kebaikan mereka sendiri.

NI SEA H
K

BA

M NGAN DE DAN BA SA

UAL ENJ
Oleh: Syahrul Nizam

gan apa yang kita sebutkan, kita akan dapat mencapai apa sahaja yang kita inginkan. Kesannya pelanggan seolah-olah tersihir.
Bahasa badan yang betul menjadi tanda kita layak ditawarkan kontrak bisnes. Justeru dalam usaha mempromosikan produk, strategi menjalin kemesraan menjadi perkara pokok. Seni bahasa badan membantu kita membentuk kemesraan dengan pelanggan. Selain itu, bahasa badan menjadi penentu kejayaan kita memujuk prospek. Apabila kita bertemu buat kali pertama, hulurkan tangan bagi bersalaman. Ia teknik bagi mengizinkan kita memasuki wilayah orang lain.

ata penulis buku What Your Body Says, Sharon Sayler, Apabila bahasa badan selaras den-

KAEDAH MANIPULASI EMOSI PROSPEK

Genggaman tangan yang erat tetapi mesra adalah kaedah bagi menyentuh seseorang secara fizikal. Apabila kita sudah mesra secara fizikal, baharulah kita dapat menyentuh seseorang secara emosional. Sepanjang perbualan sentiasalah dalam postur terbuka. Tiada anggota badan disilangkan. Kekalkan kontrak mata di sekitar kawasan mata ke dahi. Selain itu, apabila kita duduk bersama-sama prospek, apa sahaja objek yang berada di atas meja menjadi penghalang komunikasi. Jurujual yang berkesan berkomunikasi secara terbuka, berdepan dan tidak berhalangan. Di samping itu tambahkan kesan visual semasa kita membuat penjelasan tentang produk kita. Contohnya, semasa mengira bilangan, sertakan dengan pergerakan jari.

TEKNIK MEMUKAU PROSPEK

Walaupun pada zaman Facebook ini kita boleh menawarkan produk kita secara dalam talian, namun aspek lebih penting ialah bagaimana kita dapat menjual diri. Seni bahasa badan elemen penting dalam proses ini. Seni bahasa badan juga dapat membantu kita membaca niat prospek. Daripada gerak geri dan postur badan mereka, kita dapat menangani penolakan. Apabila kita bijak membaca gerak-geri prospek, kita dapat meyesuaikan teknik jualan. Perhatikan jika prospek menyentuh dagu dan kemudian berpeluk tubuh. Dengan berpeluk tubuh mereka menghantar mesej yang bermakna hati mereka belum terbuka. Selain itu, renung di sekitar mata ke hidung prospek. Ia menjadikan mereka kurang tertekan. Mereka lebih mesra lalu menyerah diri kepada kita bagi dipengaruhi. Dengan renungan mata yang betul, mereka tidak berdaya menangkis hujah kita. Haleen Vandromme dari University of Leuven, Belgium mengaitkan eye contact atau kontak mata dengan keyakinan diri.

3 TIP BERBUAL DENGAN PROSPEK

Allan Pease dalam buku Questions are the Answers menyenaraikan beberapa tip semasa kita berbual-bual dengan prospek atau pelanggan: Sesuaikan gaya duduk semasa berbicara dengan pelanggan. Anggukkan kepala bagi menyokong pendapat pelanggan. Kekalkan kontak mata sekitar wajah pelanggan. Saya yakin tip di atas dapat dipraktikkan dengan betul, proses jualan menjadi pen galaman yang menyeronokkan. Bagi mengetahui huraian lengkap tentang teknik di atas, dapatkan buku Seni Bahasa Badan terbitan PTS professional.

RIBADisebalik Pembelian Emas


Oleh:Pakdi
ari ini kita dapat mengelakkan riba dalam hutang piutang dengan menghentikan semua urusan dengan institusi kewangan konvensional. namun itu belum cukup untuk meninggalkan riba sepenuhnya kerana riba wujud dalam kontrak jual beli menerusi urusniaga pertukaran barang tertentu. riba ini diterangkan melalui hadis-hadis antaranya hadis ubadah b Samit berikut:

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai. - (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

hadis ini memberitahu kita ada 6 jenis barang ribawi iaitu emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. maka, pertukaran barang yang sama jenis perlu berlaku secara tunai dan sama nilai. contohnya, emas 10 gram mesti ditukarkan dengan emas 10 gram juga. gandum 10 kg mesti ditukarkan dengan gandum 10 kg juga.

Ilahi Bagi Emas Dan Perak


ari hadis ini juga ulama menerusi kaedah qiyas telah menyatakan illahi, bagi emas dan perak adalah matawang manakala 4 jenis barang yang lain pula illahnya adalah makanan ruji.

Qiyas merupakan kaedah mengeluarkan hukum selepas sumber al-Quran, hadis, dan kata sepakat para ulama (ijma). Kaedah memerlukan ulama mencari sebab atau illah kenapa sesuatu perkara itu haram berdasarkan sumber al-Quran dan hadis. Berdasarkan kaedah ini apa-apa perkara baru yang tidak disebut dalam al-Quran dan hadis yang dikenalpasti mempunyai sebab yang sama dengan hukum asal yang disebut dalam salah satu dari sumber tersebut, maka hukum asal itu terpakai untuk perkara baru itu tadi. Ini bermaksud menggunakan analogi dari hukum asal diaplikasikan dalam situasi yang baru. Kita ambil contoh qiyas dalam pengharaman arak. Ulama menyatakan sebab arak itu haram adalah kerana arak memabukkan. Maka, apa-apa minuman yang memabukkan adalah haram. Maka air tuak misalnya menjadi haram sekiranya air tuak itu memabukkan walaupun ia tidak dinamakan sebagai arak.

Seterusnya jual beli dan pertukaran barang ribawi yang berbeza jenis walaupun illahnya sama perlu berlaku secara tunai tetapi tiada syarat nilai juga mesti sama. maka penjualan 10kg gandum dapat berlaku dengan 11kg barli dengan syarat mesti berlaku secara tunai.

Fokus Perbincangan Kita Adalah Emas, Perak dan Matawang

maka walaupun emas dan perak mempunyai illah yang sama iaitu matawang tetapi emas dan perak dua barang ribawi yang berlainan jenis. maka 10g emas dapat ditukarkan dengan 25g perak asalkan urusniaga ini berlaku secara tunai.

Dalam hadis yang lain pula dari abu Said al-kudri pula menyatakan:
Jangan kamu menjual emas dengan emas melainkan sama berat dan jangan dijual secara hutang melainkan mesti berlaku secara tunai. - (Bukhari)

Barang ribawi yang ber lainan jenis dan berbeza illahnya maka kita bebas berurusniaga mengikut cara yang kita mahu. Berbeza nilai mahupun berjual beli secara hutang. Seperti 5g emas ditukarkan dengan 50kg gandum.

1.

inilah prinsip dan hukum asal dalam urusniaga barang ribawi:

Barang ribawi yang ber lainan jenis dan berbeza tetapi illahnya sama maka kita perlu berurusniaga secara tunai sahaja dan perbezaan nilai adalah dibenarkan. Seperti 25g perak ditukarkan dengan 1g emas ataupun 10kg gandum ditukarkan dengan 5kg kurma.

2.

Barang ribawi yang sama dan sama illahnya maka kita perlu berurusniaga secara tunai dan sama nilai. 1kg kurma ditukarkan dengan 1kg kurma.

3.

Bagaimana Dengan Isu Kualiti


imbul persoalan kalau 1g emas 99.9 ditukarkan dengan 2g emas 91.6 atau 1kg gandum gred a ditukarkan dengan 2kg gandum gred b? adakah dua barang yang berbeza kualiti pun mesti sama nilai pertukarannya?

Situasi ini pernah berlaku pada zaman rasulullah s.a.w sebagai pedoman hukum kepada kita semua.

Dari Abu Said al-Khudri, satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi s.a.w 1 sa (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut. Bilal pun menjawab, Saya ada 2 sakurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sakurma berkualiti ini. Lantas baginda pun berkata, Tidak!Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sakurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi. - (Muslim & Ahmad)

ada satu lagi hadis lain yang direkodkan dalam Shahih bukhari, muslim dan nasai yang membawa prinsip yang sama. maka kita perlu faham bahawa barang ribawi yang sama jenis walaupun berbeza dari sudut kualiti maka hukumnya tetap sama jika mahu membuat pertukaran sesama jenis. inilah prinsip asa dan hukum asal riba jual beli yang kita mesti tahu dan amalkan. insyaallah kita akan bincangkan aplikasi qiyas riba jual beli ini dalam bentuk-bentuk pelaburan sesama seperti pelaburan emas, perak, matawang (forex) dan juga koleksi numismatik.

memandangkan tindakan beliau ingin membina dan memindahkan perniagaan dari brookyln ke manhattan tidak mendapat sokongan bapa beliau Fred trump. maka beliau harus bergerak sendiri untuk mencapai kejayaan yang besar dan bermakna. beliau sedar tiada jalan pintas untuk semua ini. manhattan, new York bukanlah kota yang asing buat beliau tetapi menjalankan perniagaan di sini adalah cabaran yang bukan kepalang. beliau hanyalah seoarng anak muda yang berjiwa besar tetapi masih belum membuktikan kejayaannya. begitulah pandangan sinis terhadap beliau oleh taikun - taikun hartanah new York. trump tidak dianggap setaraf dengan mereka yang sudah terkenal dan berjaya. trump pula tahu untuk membolehkan impiannya menjadi kenyataan. menimba pengalaman dengan bergaul bersama-sama taikun yang terkenal ini adalah satu kemestian.

T WER TO

P M U R
ri h:Naz Ole

ULAAN PERM A ENAM J SATU dir


ka

kePeNTiNGaN
JeNaMa TrUMP
Namun, usaha ini bukannya mudah. Ia berkaitan diri dengan perniagaannya. Trump bukanlah jenama ketika itu. Menyedari hal ini. Trump yakin bahawa beliau perlu mula membina jenamanya. Jenama untuk perniagaan beliau. Kejayaan yang dicapai oleh beliau sebelum ini boleh lenyap begitu saja jika beliau tidak mempunyai jenama yang kukuh. Pemikiran Trump ini adalah satu perkara penting untuk setiap usahawan. Terutamanya kepada bakal usahawan dan usahawan baru. Tanpa mengira jenis dan saiz perniagaan. Anda harus menitikberatkan penjenamaan seawal mungkin. Kebanyakan daripada kita mengabaikan kerana beranggapan belum masanya lagi membina jenama. Terutama di kalangan perniagaan kecil dan yang baru bermula.

Ah! Aku hanya peniaga kecil! Cukuplah sekadar daftar syarikat atau perniagaan. Tidak perlu jenama pun Peniagaan internet pun perlu bina jenama jugakah?
Inilah antara pandangan-pandangan usahawan kita berkaitan jenama. Kebanyakkan daripada kita menganggap jenama perlu bila perniagaan sudah besar atau stabil. Walhal dengan pembinaan jenama seawal mungkin. Ianya akan lebih cepat membantu kita meningkatkan pertumbuhan perniagaan yang dijalankan.

MeraNCaNG

keJaYaaN BarU TrUMP TOWer

Inilah yang dilakukan oleh Trump. Selepas beberapa siri kejayaan projek hartanah seperti pemulihan Commodore Hotel menajadi Grand Hyatt Hotel. Trump mula merancang pembinaannya. Sebuah negara yang membolehkannya mengurus dan mengembangkan empayarnya dengan lebih baik dan berprestij. Akhirnya sebuah projek mula dibina. Menara yang ingin dibina ini diberikan nama Tiffany Tower oleh Trump. Selain kerana beliau menyukai nama Tiffany. Nama Tiffany Tower juga dipilih kerana lokasinya berhampiran dengan Tiffany Store. Idea beliau untuk nama menara pertamanya ini tidak dipersetujui oleh rakan-rakannya yang lain. Mereka bertanya kepada beliau, Kenapa tidak dinamakan sebagai Trump Tower?. Beliau memikirkan secara serius saranan itu. Ya. Kenapa tidak saja dinamakan Trump Tower? Bukankah ini yang terbaik untuk membolehkan jenama dibina dengan lebih mantap? Akhirnya beliau mengubah fikiran dan menamakan menara pencakar langit pertamanya itu sebagai Trump Tower. Nama Tifanny yang menjadi kesukaannya itu akhirnya diabadikan pada anaknya yang keempat, Tifanny Ariana Trump.

4 aSaS PeNJeNaMaaN
GaYa TrUMP
1. 2. 3.
Berdasarkan permulaan jenama Trump ini. Kita dapat menyimpulkan beberapa perkara berkaitan asas penjenamaannya. Antaranya :

jenama perlu dibina seawal perniagaan dijalankan. Sungguh pun kita belum mempunyai peruntukkan kewangan untuk penjenamaan tetapi perancangan jangka panjang dan jangka pendek untuknya harus mula didrafkan secara kasar sekurang-kurangnya. Pandangan individu-individu disekeliling juga perlu diambil kira dalam membuat keputusan perniagaan. ini kerana mereka dapat melihat dari sisi yang kita mungkin terlepas pandang.

tahap kita bermula dan siapa diri kita bukanlah faktor terpenting yang akan menentukan kejayaan perniagaan yang dijalankan. kejayaan akan diperolehi dengan strategi-strategi yang betul dan bersesuaian.

4. Pada peringkat awal perniagaan. tumpuan hanya kepada satu atau dua produk dan servis
sahaja sudai memadai. Fokus akan lebih tajam dan keberhasilan akan berada pada tahap yang optimun dengan keuntungan. Sebelum saya mengakhiri artikel kali ini. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca semua bahawa artikel di ruangan minda Donald j trump adalah bersiri. iaitu ianya bersambung dari satu artikel ke artikel yang lain. oleh itu adalah penting untuk pembaca mengikuti siri ini secara tersusun supaya mesej dan perkongsian yang terdapat dalam ruangan minda Donald j trump ini benar-benar berkesan. kesimpulannya, langkah trump membuka perniagaannya di manhattan adalah keputusan yang tepat dalam mengasaskan empayar the trump organization dengan jenama yang berkuasa. minggu hadapan, eksklusif! rahsia pakej pembinaan jenama trump. bagaimana trump tower membuka dimensi baru penjenamaan untuk the trump organization. Salam inspirasi!

NIKMAT BISNES&MEMBERI
Oleh Azzah AR
SSalamualaikum, Salam kebahagiaan untuk tuan Puan, Pembaca majalah niaga Yang SentiaSa Dalam kaSih SaYang Dan linDungan tuhan. antara Perkara Yang mencabar ahli biSneS, terutamanYa Yang baru henDak bertaPak, ialah memberikan PerkhiDmatan atau ProDuk mereka Secara Percuma. ini berlaku kerana aDanYa anggaPan memberikan SeSuatu Secara Percuma, akan menYebabkan kerugian. aPa Yang SebenarnYa mereka terlePaS PanDang ialah, janji tuhan - aPa Yang kita beri, tuhan akan balaS Dengan berganDa.

berbekalkan sijil kelayakan daripada beberapa institusi latihan, ringkasan modul, dan rasa percaya diri, saya membuat temu janji dengan guru Penolong kanan di sekolah lama saya. hati berdebar, perasaan bercampur-baur. Saya tidak putus-putus membisikkan sebanyak mungkin kata positif kepada diri sendiri, dan mengingatkan diri saya sendiri mengenai impian saya - mahu bergelar seorang trainer yang berjaya! Saya menawarkan program motivasi tiga hari dua malam kepada pelajar calon-calon Pmr seramai 40 orang, secara percuma. Saya berterus terang sahaja, saya melakukan ini bagi membina tapak bisnes saya, dan juga atas dasar kebajikan seorang alumni kepada para juniornya.

MEngadaKan PROgRaM MOTIVaSI SECaRa PERCuMa Ingin saya kongsikan pengalaman pertama saya dalam bisnes training pada tahun 2008.

percuma, tentulah tiada siapa yang menolak. apatah lagi, saya memiliki kapasiti sebagai seorang yang dekat dengan mereka (alumni). Secara automatik ini dapat menambahkan markah kredibiliti saya, dengan syarat saya sendiri meyakini kualiti program atau produk yang saya berikan itu adalah baik lagi membawa kebaikan. Peluang itu saya manfaatkan sepenuhnya dengan menyediakan segala yang terbaik, yang ada di tangan saya ketika itu. kandungan modul, peralatan, muzik, dan sebagainya, saya atur dengan rapi. Saya bisikkan kepada diri sendiri, saya perlu kuat dan tabah, kerana program ini tempohnya selama tiga hari dua malam - tanpa bayaran, tanpa co-trainer, tanpa fasilitator pembantu. Segalanya perlu saya uruskan sendirian! Syukur kepada tuhan. Selesai program pada hari ketiga, saya mendapat maklum balas yang cukup baik daripada para peserta. keseluruhannya amat berpuas hati dengan modul dan gaya penyampaian saya. Sambil tersenyum saya katakan kepada diri sendiri, inilah modal saya yang seterusnya - testimonial pelanggan.

MESKIPun PERCuMa BERIKan Yang TERBaIK Syukur, tawaran saya disambut baik. Program

yak rm200.00! Subhanallah, terharu rasanya. Saya datang dengan tidak meminta dan mengharapkan sebarang bayaran. Dijamu makan sahaja sudah cukup baik. Pada saya, situasi menang-menang sudah pun wujud apabila saya memberi training kepada pelajar, dan pelajar memberi testimonial kepada saya. tidak disangka, tuhan tambah pula rezeki yang lain walaupun tidak semewah mana. Syukur, alhamdulullah! apakah yang dapat kita pelajari daripada kisah benar saya ini? Sifu bisnes saya, Puan ainon mohd, ada berpesan, Pada waktu kita benar-benar merasakan poket hampir kering, sedekahkan berapa sahaja wang yang masih ada pada kita dengan ikhlas, kerana tuhan. insyaallah, kita akan menerima lebih daripada berapa yang kita berikan itu.

dISEBaLIK RaHSIa MEMBERI Rezeki datang di tempat dan waktu yang tidak terduga. Pihak sekolah memberikan saya token seban-

SEnTIaSa YaKIn Pada JanJI TuHan Inilah janji tuhan kepada manusia. nabi
muhammad yang kita kasihi, ada mengatakan, tidak akan berkurang harta seseorang disebabkan bersedekah. bersedekat, atau memberi, sudah dijamin pulangan kebaikkannya oleh tuhan dan nabi muhammad. justeru, kita perlu menjauhi rasa kedekut dan berkira hendak memberikan produk atau perkhidmatan percuma kepada pelanggan pada permulaan bisnes. kita perlu berani dan percaya kepada modal hangus. terlalu memikirkan kerugian yang akan dialami dalam jangka masa pendek, akan menyekat kita daripada menerima rezeki yang berlipat ganda.

Percayakan janji tuhan, dengan sepenuh hati. Dia sentiasa berpegang pada janjinya, selagi kita meletakkan pergantungan tertinggi hanya kepadanya. mudah-mudahan bisnes tuan Puan akan lebih meriah dan berlipat ganda apabila sering memberi. Salam kebahagian sampai sorga. jumpa lagi!

Sebiji kuih raya sample, boleh membawa kepada tempahan beribu biji kuih. Sepeket sabun sample, boleh membawa kepada jualan beribu botol. Seringgit diskaun, boleh membawa kepada beribu pelanggan baru.

HADAPI MASALAH

BUKAN
A

LARI DARIPADA MASALAH!


dha mendapat gaji pertamanya. Senyum sampai telinga. Eksekutif ini bercadang untuk membeli kereta pertama idamannya. Kereta popular berjenama Jepun. Kereta permotoran menyambut mesra Adha dengan bayaran bulanan, cukai jalan, takafur motor, kenaikan petrol, bayaran parkir yang lebih mahal dari sepinggan nasi campur, tol demi tol, saman dek penangan darah mudanya, penyelanggaran kereta termasuk calar balar akibat asyik dengan SMS di telefon bimbit. Itu pun belum lagi rutin cuci, rim aloi besar yang bling-bling dan tayar lembut untuk cengkaman melekat. Baru kelihatan hebat.

a Kelihatan Hebat, Segak & Bergay


Bercakap tentang kelihatan hebat, Adha mula berkenalan dengan jenama-jenama hebat. Pakaian, dompet kulit, tali pinggang, beg sandang kulit, minyak wangi keluaran Paris dan jam tangan tebal. Itu baru pakaian pejabat, belum lagi pakaian santai dengan jeans berjenama, kasut stailo, cermin mata hitam kalis sinar UV dan rantai tangan bertenaga aura. Jika keluar bersantai tanpa iPod dan kamera DSLR, kawan-kawannya hampir tidak mengenalinya. Ini bermakna telefon bimbit lampu picit Adha sudah tidak releven lagi. Maka mulalah berjinak-jinak beliau dengan ansuran 24 bulan telefon pintar yang terbaik di pasaran. Telefon pintar tanpa talian pintar hanya kelihatan bodoh, maka caj bulanan telefon bimbit mula bertaring. Ah, apa ada hal, yang penting stail! Kad kredit kan ada. Tidak mungkin Adha yang stailo ini masih tinggal dengan ibu bapa. Sebagai insan bujang, cukuplah gaya perabot dan peralatan elektrik minimalis di apartment servis kecil sewa di ibu kota. Walaupun jarang di rumah, penghawa dingin mestilah ada, nanti ada tetamu bertandang tidaklah hangat. Dapur Adha juga lebih canggih dari kemahiran memasaknya. Ansurankan sahaja! Sampai masanya Adha akan berkenalan pula dengan si ganis manis. Dan....

360 Darjah! Kini Kehidupan Adha Berubah


Cukuplah di sini kisah Adha. Adha yang berumur 26 tahun, sudah pun dihubungi oleh bank beberapa kali minggu ini kerana sudah beberapa kali terlupa membayar ansuran kereta. Malah permohonan pinjaman peribadi keempatnya baru sahaja ditolak bank. Dan minggu hadapan pula rombongan bertunang akan dihantarnya ke Kuala Kedah!. Bukanlah Adha tidak bijak, dia seorang graduan kelas pertama di sebuah universiti perdana. Bukanlah kerana dia tidak bekerja keras, dia adalah staf terbaik di syarikatnya beberapa bulan dalam setahun.

AH KIS
Kisah Adha mempunyai banyak persamaan dengan kebanyakan dari kita. Kalau bukan pun anda,
kawan-kawan anda mahupun saudara-mara anda. Ia adalah perkara paling biasa berlaku hari ini.

JAR KITA A HA MENg RKARA AD PE BERAPA BE

Adha bekerja keras untuk wang bagi menampung gaya hidupnya. Hanya jika Adha tahu jalan lebih
baik untuk kelihatan hebat! Pastinya ada 1001 teknik diluar sana! Bijak wang kedengaran bosan, hakikatnya inilah ilmu yang amat diperlukan yang tidak terdapat dalam silibus kurikulum PMR mahupun SPM!

Adha seperti ramai lagi yang lain. Kehidupan terjadi bukan dirancang. Kuncinya kebanyakan kita tidak
tahu apa yang kita mahukan. Matlamat yang samar-samar itu menyebabkan kuasa tindakan yang lemah. Sewaktu lemah, kita mula dan mudah DIKUASAI!

Adha seperti kebanyakan kita yang sentiasa mempunyai pilihan. Pilihan semakin banyak apabila kita
bebas kewangan. Pra-syarat bebas wang ialah buang dari kamus perkataan diri Aku sudah TAHU!. Ia memakan masa. Perlukan komitmen. Pilih untuk bebas!

Pendapatan Adha dan yang kita perolehi adalah sama seperti pancaindera. Ia adalah amanah dari
pemilik Nya. Dan kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya. (Al-Maidah 5 : 19). Satu hari nanti, kita pasti akan disoal bagaimana, bila, apa, mana dan siapa tentang amanah itu.

Tanggungjawab kewangan ialah tanggungjawab peribadi. Ya, Adha bertanggungjawab atas apa
yang berlaku! Tiada yang akan berubah jika Adha sendiri tidak bertindak mengubahnya.

Tidak terlewat bagi Adha bagi memperbaiki apa yang terjadi. Sedar dan terus bertindak! Masa berlalu!
Hadapinya, bukan lari!

Sedih hati gundah gulana, Tak cukup duit, mengeluh sahaja, Sama beringat, sama berusaha, Bebas kewangan ibadah ke syurga!

Kepentingan
di
A

Komunikasi
Oleh Eruwan gerry

dakah anda seorang penjual di portal eBay? Jika anda baru sahaja berkecimpung dalam dunia perniagaan internet di portal eBay, maka sudah tentu anda masih lagi perlu mempelajari pelbagai perkara baru untuk perniagaan anda. Terutama sekali cara untuk menjana keuntungan yang lumayan di dalam portal tersebut. Saya pasti anda sudah pernah mendengar pelbagai tip untuk mencapai kejayaan di portal eBay sebagai seorang penjual. Namun demikian, di dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu tip yang cukup mudah dan berkesan, tetapi tidak banyak disentuh oleh pakarpakar eBay yang lain, iaitu kepentingan komunikasi di dalam membina perniagaan anda di portal eBay. Mungkin anda tidak berapa jelas sebelum ini mengenai bagaimana komunikasi yang baik boleh membantu perniagaan anda di portal eBay. Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan anda dengan lebih lanjut mengenai kepentingan komunikasi pada masa kini. Dalam mengekalkan komunikasi yang baik kepada pengunjung dan pelanggan anda, terdapat situasi-situasi tertentu yang memerlukan anda memberikan komunikasi yang baik kepada pengunjung dan pelanggan anda.

Komunikasi Semasa Banyak Persoalan


jika anda sedang menjual barangan popular, anda mungkin akan menerima banyak bidaan dan akan menerima banyak soalan daripada para pengunjung. jika diskripsi produk anda tidak jelas atau tidak lengkap, sudah pasti anda akan ada menerima persoalan daripada ahli ebay lain yang memerlukan maklumat tambahan mengenai barang jualan anda. ada soalan-soalan yang baik dan sudah pasti juga akan ada soalan-soalan yang buruk. ada ahli yang akan bertanyakan perkara-perkara yang sudah maklum anda jelaskan dalam diskripsi produk jualan, tetapi mereka masih lagi akan bertanyakan soalan tersebut. walau apa pun persoalan yang anda terima daripada pengunjung dan pelanggan anda, adalah menjadi kewajiban anda untuk menjawab persoalan mereka dengan jelas dan lengkap. jika anda mampu berbuat demikian, ia akan meningkatkan kemungkinan barang anda terjual kerana anda telah menjawab persoalan yang bermain di fikiran para pengunjung dan pelanggan anda.

Komunikasi Semasa Penghantaran


Setelah seseorang pembeli bersetuju untuk membeli barang anda, sama ada melalui cara lelongan tradisional atau melalui cara pembelian but it now, anda perlu menghantar invois kepada mereka untuk memaklumkan jumlah wang yang perlu pelanggan tersebut bayar kepada anda. Selepas menerima pembayaran, anda perlu membungkus barang yang telah dibeli dan menghantarkannya kepada si pembeli dengan secepat yang mungkin cara terbaik untuk mengekalkan komunikasi semasa proses pembayaran dan penghantaran itu berlaku, adalah dengan menghantar email makluman kepada si pembeli sebaik sahaja anda membuat penghantaran dan memaklumkan kepada mereka anda telah menghantar barang tersebut kepada mereka, dan berikan angaran jangka masa untuk barang itu sampai ke tempat si pembeli. Para pelanggan akan berterima kasih kepada anda kerana telah memberikan angaran jangkamasa kepada mereka. ini akan menggelakkan daripada mereka tertunggu- tunggu, dan akan tertanya-tanya bilakah barang yang telah mereka beli akan sampai kepada mereka.

Komunikasi Selepas Transaksi


adalah satu langkah bijak untuk menghubungi pelanggan anda, dalam masa satu atau dua minggu selepas anggaran barang itu akan sampai ke tempat mereka. ini bertujuan untuk memeriksa sama ada barang tersebut sudah betul-betul sampai ke tempat mereka, atau sebaliknya. Selain itu anda juga boleh menghantar mesej melalui email atau surat, untuk mendapatkan maklumbalas sama ada pelanggan tersebut menyukai barang yang telah mereka beli. Sebaik-baiknya anda bertindak mengucapkan terima kasih kepada setiap pelanggan anda selepas pembelian mereka, dan anda perlu menekankan yang anda berharap mereka akan membeli lagi daripada anda selepas ini. Dalam cara perniagaan masa kini, perbuatan mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan semakin kurang dipraktikkan. oleh itu, jika anda mengamalkan perbuatan tersebut, sudah pasti ia akan memberikan reputasi yang baik kepada diri dan perniagaan anda di mata para pelanggan. mereka sudah pasti akan mengingati perbuatan baik anda itu untuk satu jangka masa yang panjang.

Komunikasi Pembuka Pintu Kejayaan


Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, dengan memiliki komunikasi yang baik dengan pengunjung dan pelanggan, anda akan berpotensi besar untuk meningkatkan keuntungan untuk perniagaan anda di portal ebay.mengapa ia sedemikian? konsepnya mudah. cuba gambarkan diri anda berada ditempat pelanggan anda.jika anda boleh membeli daripada 2 penjual yang berlainan, yang mana kedua-duanya mempunyai produk yang sama untuk dijual dan juga pada harga yang sama, dari penjual manakah yang akan anda beli produk tersebut? Dalam kebanyakkan masa, sudah pasti anda memilih penjual yang telah berkomunikasi dengan anda sebaik mungkin. Di portal ebay, jumlah penjual baru semakin bertambah dari hari ke hari. ini bermaksud, jumlah pesaing anda akan bertambah dari hari ke hari. oleh itu, anda memerlukan satu kelebihan berbanding penjual-penjual yang lain. cara terbaik dan termudah untuk anda meningkatkan potensi perniagaan anda adalah dengan memberikan komunikasi yang baik kepada pengunjung dan pelanggan anda. Dengan menumpukan usaha anda kepada komunikasi yang baik di samping usaha-usaha anda yang lain, ia akan mampu memberikan gambaran yang positif mengenai reputasi anda di mata ahli-ahli ebay yang lain. ia juga akan mampu menggalakkan pembelian semula daripada pelanggan-pelanggan anda dalam jangkamasa panjang. ini seterusnya akan membantu meningkatkan keuntungan perniagaan anda dalam jangkamasa panjang. Pastikan pengunjung dan pelanggan gembira dengan komunikasi yang baik daripada anda, dan perniagaan anda di portal ebay akan berkembang dengan baik dalam jangkamasa panjang.

E-majalah ini diberikan PERCUMA!


Hak cipta terpelihara oleh MajalahNiaga.com, dilarang sama-sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak MajalahNiaga.com. Namun begitu anda dibenarkan, bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

MAJALAH NIAGA www.majalahniaga.com


C FLAREBIZ NETWORK SDN BHD

Potrebbero piacerti anche