Sei sulla pagina 1di 10

Bil 2/ Pin 1/ 270407

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN KERAJAAN (GO) DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

1.

PENYERTAAN 1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolahsekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berdaftar dengan badan induknya sahaja. Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah untuk setiap kategori iaitu: a. Kategori Lelaki b. Kategori Perempuan 1.2 Platun-platun yang bertanding hanya boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah sahaja dan daripada unit pakaian seragam yang sama. Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan..

2.

PENDAFTARAN 2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di sekolah ( sehingga Tingkatan 6 ). 2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan. 2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan) 2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di sahkan pengetua untuk tujuan penyemakan status.

3.

PAKAIAN 3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua kontinjen. 3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai. 3.3 Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai semasa pertandingan kawad dijalankan. 3.4 Aksesori yang di nilai bagi pasukan agensi kerajaan ialah jambul, mafla dan sarung tangan putih, manakala bagi pasukan agensi bukan kerajaan hanyalah sarung tangan putih.

3.5 Pengantian anggota boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim. 3.6 Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi hendaklah memakai pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa pemeriksaan pakaian. 3.7 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti sebaik sahaja masuk ke dalam litar di bawah perkara berkaitan item pakaian asas atau aksesori yang tidak di tempatnya.

4.

PADANG KAWAD 4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan). 4.2 Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun-kun di dalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau manakala kun A, B, C dan D hendaklah sama warna ( selain daripada hijau ). 4.3 Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garisan putih atau kuning. 4.4 Pemeriksaan pakaian dilakukan di luar litar

5.

JANGKA MASA PERSEMBAHAN 5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 15 minit, persembahan tidak akan dinilai. Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad buka barisan sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas dan kawad formasi. Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawad asas. Isyarat akan dibunyikan: a. pada minit ke 12. (sekali) b. masa tamat. (dua kali)

5.2

5.3 5.4

6.

PELAKSANAAN PERTANDINGAN 6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi beruniform berkenaan yang telah ditetapkan. kawad pasukan unit

6.2

Bilangan Anggota: a. Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua Platun ketika bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang daripada 31 orang semasa memasuki litar atau semasa pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya.

b.

c.

Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 31 orang maka penalti akan dikenakan. Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika pertandingan kawad sedang berjalan walau apa pun sebabnya.

6.3

Pemeriksaan Pakaian: Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran undian iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar pertandingan kawad.

7.

BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD : Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan masing-masing. 7.1. Kawad Asas: a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan Dikenakan penalti. b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya menghadap ke hadapan, kanan....pusing. c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, buka, barisan......gerak. d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, ke kanan....lurus. Pandang......depan. e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( PKBM / Pengakap L1 / P1 ) siap untuk diuji, tuan. f. Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan: i. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: bergerak ke kiri, kiri.....pusing. ii. Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: bergerak ke kanan, belakang pusing iii. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: menghadap ke belakang, kanan....pusing iv. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman : menghadap ke hadapan, ke belakang pusing . g. h. i. Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad asas. Bahasa hukumannya, tutup barisan.......gerak. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: bergerak ke kiri, kiri......pusing.

j. k. l.

m.

Berjalan dalam masa cepat jalansebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman kiri belok.( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2). Hukuman tukar langkah perlahan....perlahan jalan diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A. Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman menghadap ke hadapan, kanan....pusing diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim . Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan. i. buka barisan (dalam perlahan jalan) ii. pandang...kanan (dalam perlahan jalan) iii. pandang...depan. (dalam perlahan jalan) iv. tutup, barisan. (dalam perlahan jalan) Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman bergerak ke kiri, kiri.....pusing diberikan. Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah skuad berada antara kon C dan kon D. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman kiri belok diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman kiri belok diberikan. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan: i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: Hormat ke kanan....hormat. ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: Hormat ke hadapan....hormat. iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju. iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat. v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan. vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: Bergerak ke kanan, belakang....pusing. vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah cepat, cepat jalan. viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: Bergerak ke kiri, belakang....pusing. ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: Menghadap ke belakang, kiri......pusing. x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: Menghadap ke hadapan, belakang......pusing. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus) xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:Hentak kaki. xii. Henti. Bahasa hukuman: Skuad....henti.

n. o. p.

xiii.

q.

Mara mengadap. Bahasa hukuman: skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap) Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).

Peringatan : 1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali hukuman Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri) Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun A dan B. Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya. Semasa membuat persembahan kawad asas atau formasi, pasukan tidak dibenarkan membawa alatan.

2.

3.

7.2.

Pergerakan Membentuk Formasi a. Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon akan di keluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad dinamik selesai. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau pass bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi. Unsur suara(slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi keempat. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3 barisan menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad formasi . Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.
NOTA : Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan kawad.

b.

c. d.

e. f.

7.3. Melapor Keluar Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Bahasa melapor keluar ialah Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, ( Pasukan PKBM /

Pengakap L1 / P1 ) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, tuan 8. PENALTI Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan : Semasa Kawad Asas Jenis Kesalahan Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Pergerakan cepat jalan tidak 128 135 seminit Anggota jatuh ( pengsan / pitam ) Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya Aksesori terlucut / tidak di tempatnya Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan ) Terlanggar kun Tidak mengikut urutan Pergerakan yang bukan ditetapkan

Markah Penalti 10 5 3 1 5 3 5 5

Maksimum ditolak sekali 3 kali 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali

Semasa Kawad Formasi Bil Jenis Kesalahan 1 2 3 4 5 6 7 Gerakan bukan kawad Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan ) Mengeluarkan arahan / isyarat Perlakuan / aksi kurang sopan Menggunakan peralatan tambahan Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya Aksesori terlucut / tidak di tempatnya

Markah Penalti 5 5 5 5 5 3 1

Maksimum ditolak 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali 5 kali

Markah Maksimum Penalti ditolak 1 Bergerak bersama pasukan 15 sekali 2 Memberi hukuman kawad di luar litar 10 sekali 3 Terkeluar dari pertandingan ( pengsan / pitam ) 10 sekali 4 Melapor di luar litar kawad 5 2 kali 5 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali 6 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali 7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali 8 Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan 5 5 kali Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad pasukan berkenaan misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak dilihat oleh hakim di kanan litar.

Ketua Platun Bil

Jenis Kesalahan

9.

PENGHAKIMAN a. Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada hakim-hakim berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh Kementerian Pelajaran. Seramai enambelas hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan dipecahkan seperti berikut; i. Seorang Ketua Hakim ii. Seorang Penolong Ketua Hakim iii. Empat orang hakim pakaian. iv. Lapan orang hakim kawad ( 2 orang bagi setiap sisi litar ). v. Empat orang hakim Ketua Platun ( termasuk Ketua dan Penolong Ketua Hakim ).
Nota : Seorang Ketua Hakim boleh berperanan menerima pelaporan mula dan tamat pertandingan daripada Ketua Platun, menyelaras pemarkahan dan penalti sahaja. Dalam keadaan ini seorang lagi hakim hendaklah dilantik sebagai hakim Ketua Platun bagi menggantikannya.

b. c.

d.

e. f.

Pengiraan markah tertinggi dan terendah ( oleh Hakim Kawad pasukan ) bagi setiap pasukan tidak diambilkira. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai Kementerian Pelajaran iaitu Pegawai Pasukan GO bertauliah bagi Kategori GO dan Pegawai Pasukan NGO bertauliah bagi Kategori NGO, manakala hakimhakim yang lain boleh terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kementerian Pelajaran sahaja atau gabungan badan induk dan Pegawai Kementerian Pelajaran. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah kawad formasi akan diambil kira. Sekiranya masih sama juga, markah Ketua Platun akan diambil kira. Keputusan hakim adalah muktamad. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut : i. Pakaian 10% ii. Kawad statik dan dinamik 50% iii. Kawad formasi 30% dan iv. Ketua Platun 10 % Jumlah Keseluruhan 100%

f. Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim boleh menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai penyelaras pemarkahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan markah pasukan. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun yang tidak bersama-sama dengan pasukannya melakukan pergerakan formasi TIDAK LAYAK dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik. g. Jika terdapat persamaan markah, markah kawad ( bahasa hukuman dan pergerakan kawad ) hendaklah diambil kira.
Nota : Markah Ketua Platun terdiri daripada markah kawad dan markah pakaian.

10.

BANTAHAN Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui pengurus pasukan masing-masing. Bantahan yang diterima hanyalah dalam aspek-aspek teknikal.

Syarat-syarat Pertandingan Tamat

Lampiran II KAWAT FORMASI KADET AGENSI KERAJAAN (GO) DAN AGENSI BUKAN KERAJAAN (NGO) FORMASI Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawat apabila mereka keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini hendaklah disulam dengan pergerakan hayunan tangan/ kaki/ muka/ jari ataupun suara atau keduaduanya sekali. Terbahagi kepada 3 unsur: 1. UNSUR GERAK 2. UNSUR PENGHAYATAN 3. UNSUR SUARA Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu : 1. Kekayaan Gerak Formasi Penilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau pecahan dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu. Keseragaman Gerak Formasi Penilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan tangan, kaki, muka, jari dan sebagainya. Keindahan Gerak Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti: a) Gerakan dalam Unsur Kawad Hendaklah seratus peratus pergerakan kawad. Keseimbangan dalam penggunaan ruang Penggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satusatu bahagian sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan. Kesatuan Gerakan Kesatuan ialah suatu keadaan yang sama yang diwujudkan untuk mencantumkan formasi-formasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh di dalam formasi satu-satu terdapat cambahan jalan perlahan maka di setiap formasi terdapat cambahan jalan perlahan. Walaupun dalam masa yang sekejap, ini dikatakan kesatuan pergerakan. Cambahan jalan perlahan merupakan tindakan untuk menyatukan. Unsur suara boleh digunakan untuk melahirkan kesatuan.

2.

3.

b)

c)

d)

Kepelbagaian Gerakan Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja berbentuk gerakan berdiri, berjalan atau pergerakan kawad yang lain. Asalkan pergerakan tersebut tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad. Gerakan Penutup Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawat.

e)

UNSUR PENGHAYATAN Terkandung di dalamnya a) Unik/kreatif Penilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya sesuatu yang baru serta unik boleh diberi lebih markah Keserasian Setiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan Formasi, dan menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam. Kemantapan Penilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan tiada arahan Ketua platun Kesopanan Peserta formasi tidak membelakangkan hakim,tidak mengangkatkan kaki kepada Ketua Hakim dan tidak mengeluarkan bahasa yang kesat/ lucah atau kedengaran seperti lucah.

b)

c)

d)

UNSUR SUARA Suara adalah bunyi yang dikeluarkan oleh ahli bagi memantapkan gerakan-gerakan formasi. Bukan untuk menggambarkan kelemahan formasi dan dapat menarik perhatian penonton. Slogan tertentu boleh digunakan bagi menghasilkan kepelbagaian unsur bunyi/suara. 1. Slogan yang betul Slogan yang berkaitan dengan pasukan atau slogan yang meninggikan semangat dan mengeratkan kerjasama. Tepat Slogan hendaklah tepat dengan pergerakan atau merupakan sokongan kepada pergerakan Padu Suara atau slogan hendaklah kuat dan serentak.

2.

3.

Kesannya adalah formasi menjadi ceria/ bersemangat/ kreatif dengan tergabungnya UNSUR GERAK,UNSUR SUARA, UNSUR PENGHAYATAN

Potrebbero piacerti anche