Sei sulla pagina 1di 5

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2011 SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU

1.0 PENGENALAN 16 Mei adalah tarikh penting buat insan yang bergelar guru. Hal yang demikian, pelajar mestilah menghargai jasa-jasa mereka yang telah mendidik anak bangsa sehingga berjaya. Lembaga pengawas merupakan organisasi yang diwujudkan oleh pihak sekolah untuk membantu masalah guru menangani masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh pihak sekolah. Oleh itu, pihak lembaga pengawas telah diberi kepercayaan untuk menjayakan sambutan hari guru pada tahun 2011. 2.0 TEMA Tema sambutan hari guru ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. 3.0 MATLAMAT 3.1 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar. 3.2 Menghargai pengorbanan guru mendidik anak bangsa. 3.3 Membimbing para pengawas dalam melaksanakan tugasan dengan

bertanggungjawab. 3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara pelajar terlibat dalam pengurusan majlis dan mempraktikkan rasa bertanggungjawab dan amanah melaksanakan tugas yang di amanahkan.

4.0 OBJEKTIF 4.1 Mengeratkan silaturahim antara guru dan pelajar. 4.2 Membalas dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa. 4.3 Mengukuhkan organisasi pengawas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

4.4 Mewujudkan sikap bekerjasama antara pelajar yang terlibat dalam menguruskan sesuatu majlis rasmi serta memupuk sikap bertanggungjawab dalam

melaksanakan kerja yang diberi.

5.0 TARIKH/MASA/TEMPAT Sambutan hari guru ini diadakan pada 16 Mei 2011 bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 2.0 petang. Sambutan hari guru ini diadakan di Dewan Mini Sekolah Seni Johor Bahru dan permainan Explorace diadakan di sekitar kawasan Sekolah Seni Johor Bahru.

6.0 SASARAN Semua guru dan kakitangan sekolah serta para pelajar terlibat dalam merealisasikan aktiviti yang akan diadakan.

7.0 KOS PEMBELANJAAN Kutipan wang sejumlah RM 1 sahaja daripada semua pelajar dan sumbangan serta sokongan daripada kelab guru dan staf. Badan lembaga pengawas juga ada memberi sumbangan kewangan atas peretujuan semua. Wang yang diperoleh akan digunakan untuk membeli kelengkapan, peralatan serta hadiah bagi setiap pertandingan. Di anggarkan kutipan sejumlah RM 303.00 daripada semua pelajar sekolah seramai 303 orang.

8.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran.

9.0 JAWATANKUASA PENGELOLA Rujuk lampiran

10 KEKUATAN 10.1 Program yang dirancang mendidik pelajar supaya bertanggungjawab dan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik. 10.2 Pelajar-pelajar dan para guru memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan sambutan Hari Guru Tahun 2011. 10.3 Pelajar yang terlibat dalam persembahan sambutan hari guru adalah pelajar yang berbakat dan kerap terlibat dangan persembahan. Oleh itu, persembahan sambutan hari guru dapat menghiburkan para guru dan para pelajar yang hadir di majlis tersebut.

11 KELEMAHAN 11.1 Sambutan hari guru adakan semasa minggu peperiksaan. Oleh itu, para pelajar menghadapai kekangan dalam mengadakan persiapan sanbutan hari guru dan juga persiapan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. 11.2 Sambutan hari guru yang diadakan di dewan mini menghadapi kekangan dari segi tempat. Keluasan dewan mini yang terhad membuatkan para guru dan pelajar beradadalam keadaan yang sesak di satu tempat yang sama. 12 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 12.1 Pelajar-pelajar yang terlibat dengan peperiksaan iaitu pelajar tingkatan 5 dikecualikan daripada terlibat dengan persiapan sebelum dan selepas sambutan hari guru. 12.2 Aktiviti dan permainan hari guru perlu memberikan pertimbangan terhadap guru-guru yang menghadapi masalah kesihatan dan guru wanita yang mengandung. 12.3 Persembahan yang diadakan perlu mengambilkira minat para guru yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan pelbagai minat supaya lebih menghiburkan.

13 PENUTUP 16 Mei adalah tarikh penting buat insan yang bergelar guru. Hal yang demikian, pelajar mestilah menghargai jasa-jasa mereka yang telah mendidik anak bangsa sehingga berjaya. Sambutan ini dapat memberikan peluang kepada para pelajar menunjukkan penghargaan kepada para guru yang telah bersusah payah mendidik mereka. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan Sambutan Hari Guru Tahun 2011 menjadi tunjang kekuatan dalam penganjuran majlis yang penuh bermakna ini. Diharapkan para guru dan pelajar dapat memainkan peranan masing-masing dalam memastikan penganjuran majlis-majlis yang lain di sekolah ini agar segala program yang dirancang dapat berjalan dengan lancer. Setinggi-tinggi perhargaan dan tahniah kepada Badan pengawas dan pelajar tingkatan 5 kerana penganjuran Sambutan Hari Guru Tahun 2011 berjalan dengan meriah dan seperti yang telah dirancang.

Disediakan oleh:

............................................. (CIK NORAISHAH BT NORDIN) Guru Badan Pengawas Sekolah Seni Johor Bahru

LAMPIRAN

Potrebbero piacerti anche