Sei sulla pagina 1di 58

KERJA KURSUS MATEMATIK TAMBAHAN 2020

TAJUK : APLIKASI NOMBOR INDEKS & STATISTIK(SOALAN 2)

NAMA : NURUL FATEHAH BINTI SHALIHEN

NO. KAD PENGENALAN : 031017-13-0218

ANGKA GILIRAN :

KELAS : 5 ARISTOTLE

NAMA GURU : PUAN NORLELA BINTI ABDUL WAHID

TARIKH HANTAR :

1
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN 3
OBJEKTIF 4
PENGENALAN 5
BAHAGIAN 1 16
BAHAGIAN 2 25
BAHAGIAN 3 29
KAJIAN LANJUTAN 38
REFLEKSI 44
KESIMPULAN 46
LAMPIRAN 47

2
PENDAHULUAN
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menjalankan Kerja Projek Matematik Tambahan dengan jayanya. Selawat dan salam
buat nabi junjung , Nabi Muhammad S.A.W, dengan rahmat yang dikurniakan
kepadanya, Islam hingga ke hari ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua,
SMK Hajjah Laila Taib, Encik Nayan Bin Haji Yamin kerana kesudian beliau
mengizinkan saya mengambil subjek Matematik Tambahan untuk Sijil Pelajaran
Malaysia(SPM).

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar
saya Matematik Tambahan iaitu Puan Norlela Binti Abdul Wahid atas jasa beliau yang
tidak terhingga. Tanpa jasa beliau, kerja ini tidak mungkin saya dapat siapkan.

Tidak lupa juga saya mengucapkan berjuta terima kasih kepada ibu bapa saya
atas kesudian mereka menyediakan keperluan dan kemudahan sepanjang
menyediakan kerja projek ini.

Akhir sekali, saya ucapkan kepada beberapa pihak yang membantu saya
sepanjang menyiapkan projek ini seperti rakan-rakan saya dalam membantu mencari
penyelesaian masalah.

3
OBJEKTIF
Sepanjang menjalankan Kerja Projek Matematik Tambahan ini,
diharapkan calon SPM dapat mencapai objektif kerja projek iaitu:

 Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya tersendiri.

 Matematik Tambahan bukan subjek yang membunuh.

 Mengaplikasikan nombor indeks dan statistik dalam kehidupan


seharian.

 Kerjasama dapat dipupuk dalam diri setiap pelajar.

 Memberi dan menerima ilmu.

 Melatih pelajar dalam menjalankan sesuatu projek.

 Menjadikan pelajar berfikir diluar kotak pemikiran.


PENGENALAN
Barangkali sebab yang amat penting kepada kewujudan statistik perniagaan
ialah untuk menyediakan alat kuantitatif untuk menganalisa dan meringkaskan data
dan tujuan alat ini ialah untuk membantu pengurus dalam pembuatan keputusan
perniagaan. Adalah menjadi tanggungjawab penyelidik untuk mencari secara
berterusan cara efektif menghubungkan rangkaian maklumat yang luas dan teratur
kepada pembuat keputusan dalam format yang bolehguna dan sampai pada
waktunya.

Statistik adalah kaedah saintifik dalam mengumpul, menyusun, menghurai,


menganalisis data bernombor dan juga membuat kesimpulan daripada hasil
penganalisisian data tersebut. Mengikut sejarah, statistik ini asalnya datang daripada
perkataan ‘state’ yang memberi makna sebuahnegara atau pemerintah. Statistik
digunakan pada mulanya oleh pemerintah untuk mengetahui dan mendapat
maklumat tentang penduduk di bawah pemerintahnya. Maklumat seperti bilangan
penduduk, jumalah anak dalam sesebuah keluarga, bilangan orang dewasa, jumlah
padi yang dihasilkan dan sebagainya. Matlamat utama adalah supaya pemerintah
dapat menggunakan maklumat yang terkumpul ini untuk mengawal dan
menguruskan pemerintahan negara. Bidang statistik boleh dibahagikan kepada dua
bidang iaitu statistik perihalan dan statistik pentadbiran.Statistik perihalan
merangkumi aspek mengumpul, membentang (dalam bentuk jadual, carta dan graf
serta meringkaskan data. Contohnya keputusan peperiksaan pelajar mengikut
pencapaiannya. Maklumat ini seterusnya boleh disajikan dalam bentuk jadual, cerita
atau graf supaya mudah difahami umum. Seterusnya nilai purata, sisihan piawai
serta ukuran kedudukan boleh dihitung untuk menjelaskan lagi perihalan data.
Statistik pentadbiran menggunakan data untuk membuat anggaran, keputusan,
ramalan, ujian hipotesis dan sebagainya. Bahagian statistik ini memerlukan
pengetahuan matematik yang agak kukuh.Contoh pencapaian pelajar boleh
dikumpul untuk beberapa tahun dan analisis dilakukan dengan menggunakan
pelbagai kaedah statistik yang sesuai bagi mendapatkan hasil bagi membuat
keputusan atau ramalan tentang pencapaian pelajar.Keputasan yang diperoleh
mungkin boleh digunakan untuk membuat polisi bagi menentukan atau mengubah
syarat kemasukan pelajar ke universiti.Dua ahli statistik yang banyak menyumbang
dalam perkembangan awal bidang ini ialah Karl Pearson(1857-1936) dan Ronald
Fisher(1890-1962).
Satu cara yang khusus bagi ukuran deskriptif yang sangat berguna dalam
membenarkan perbandingan antara data ialah nombor indeks. Nombor indeks ialah
satu nisbah bagi ukuran yang diambil untuk satu tempoh masa yang dibandingkan
ukuran sama yang diambil dalam tempoh masa yang lain, biasanya dinyatakan
sebagai tahun asas. Selalunya nisbah ini akan didarabkan dengan 100 dan dinyatakan
dalam peratusan. Sebagai peratusan, nombor indeks menjadi satu alternatif untuk
membandingkan nombor mentah. Pengguna nombor indeks membiasakan diri
mereka untuk mentafsir ukuran bagi tempoh masa yang diberi berasaskan tahun
asas atas skala dimana tahun asas mempunyai indeks 100%. Nombor indeks
digunakan untuk membandingkan fenomena dari satu tempoh ke satu tempoh yang
lain dan khususnya sangat membantu dalam menerangkan perbezaan antara
tempoh.

Nombor indeks digunakan secara meluas di seluruh negara untuk mengaitkan


maklumat tentang pasaran saham, inflasi, jualan, eksport dan import, pertanian dan
pelbagai lagi. Antara contohnya ialah indeks kos guna tenaga, harga indeks bagi
pembinaan, indeks kapasiti pengeluaran, indeks harga pengeluar, indeks harga
pengguna, purata perindustrian Dow Jones, indeks output, purat 225 Nikkei. Bab ini,
walaupun membincangkan kepentingan indeks saham dan lain-lain, akan
memfokuskan lebih kepada harga, kuantiti dan nilai indeks, dengan penekanan
khusus kepada indeks harga.

Motivasi bagi penggunaan nombor indeks ialah untuk mengurangkan data


kepada bentuk senang diguna dan lebih sesuai. Sebagai contoh, ujian data mentah ke
atas bilangan perniagaan di United States bermula dari 1985 hingga 1997
ditunjukkan di Jadual 17.1. Penganalisa boleh menerangkan data dengan
memerhatikan bahawa, secara amnya, bilangan perniagaan telah menurun sejak
1986, bagaimana bilangan perniagaan tahun 1995 dibandingkan dengan 1985?
Bagaimana bilangan permulaan perniagaan tahun 1997 dibandingkan dengan 1990
atau 1991? Untuk menjawab persoalan ini tanpa nombor indeks, penyelidik mungkin
perlu pergi ke suatu tempat untuk mengurangkan bilangan permulaan perniagaan
bagi tahun semasa dan membandingkan peningkatan dan penurunan berkenaan.
Proses ini mungkin proses yang menjemukan bagi pembuat keputusan yang perlu
memaksimakan usaha dalam masa yang minimum. Menggunakan nombor indeks
ringkas, penyelidik boleh menukarkan data tersebut kepada nilai yang lebih boleh-
guna. Sebagai tambahan, kadangkala adalah lebih mudah untuk membandingkan
tahun lain kepada tahun asas yang khusus.
Jadual 1 – Permulaan perniagaan di United States

Tahu Bilangan Perniagaan


n
1985 249,779
1986 253,092
1987 233,710
1988 199,091
1989 181,645
1990 158,930
1991 155,672
1992 164,086
1993 166,154
1994 188,387
1995 168,158
1996 170,475
1997 166,740

Indeks Harga Relatif


Satu nombor yang ditentukan dengan mengira nisbah bagi suatu kuantiti, harga atau
kos untuk satu tahun faedah kepada kuantiti,harga atau kos bagi tahun asas
dinyatakan dalam peratusan. Bagaimana nombor indeks diperolehi? Persamaan
dibawah menunjukkan bagaimana nombor indeks dikira.

Dimana:

Q0 = kuantiti, harga atau kos dalam tahun

Q1 = kuantiti, harga atau kos dalam tahun semasa

I = nombor indeks bagi tahun semasa


Jadual 2 – Nombor Indeks bagi perniagaan di United States
Tahu Bilangan Perniagaan Nombor Indeks
n
1985 249 770 100.0
1986 253 092 101.3
1987 233 710 93.6
1988 199 091 79.7
1989 181 645 72.7
1990 158 930 63.6
1991 155 672 62.3
1992 164 086 65.7
1993 166 154 66.5
1994 188 387 75.4
1995 168 158 67.3
1996 170 475 68.3
1997 166 740 66.8

Andaikan penyelidik kos-penghidupan mengkaji data jadual di atas memutuskan


untuk mencari nombor indeks menggunakan 1985 sebagai tahun asas. Nombor
indeks bagi tahun 1986 ialah

Q1986 253.092
I 1986= ×100= × 100=101.3
Q1985 249.770

Nombor indeks bagi tahun 1997 ialah

Q 1997 166.740
I 1997= ×100= × 100=66.8
Q 1985 249.770

Jadual 2 menunjukkan semua nombor indeks bagi data dalam Jadual 1, dengan 1985
sebagai tahun asas, bersama dengan data mentah. Secara amnya, nombor indeks ini
menunjukkan sejak dari tahun 1985, kebanyakkan bilangan perniagaan menunjukkan
penurunan(kerana indeks telah menurun). Secara khusus, penurunan yang paling
besar berlaku antara tahun 1987 dan 1988-kejatuhan hamper 14 mata dalam indeks.
Oleh kerana orang ramai lebih mudah memahami konsep 100% ini,membolehkan
pembuat keputusan penilaian yang cepat ke atas bilangan permulaan perniagaan di
United States dari satu tahun relatif ke tahun yang lain dengan memeriksa nombor
indeks dalam tempoh ini.
Indeks Harga Agregat Tidak Berwajaran
Pengguna nombor indeks ringkas membolehkan perubahan bagi harga, kos, kuantiti
dan sebagainya dari tempoh masa yang berbeza kepada satu skala nombor dengan
tahun asas bersamaaan dengan 100%. Bagaimanapun, setiap tempoh masa hanya
boleh diwakili oleh satu item atau komoditi sahaja. Bagaimana jika terdapat pelbagai
item? Andaikan pembuat keputusan ingin menggabungkan harga bagi beberapa
barang, menjadikan satu ‘bakul pasaran’ untuk membandingkan harga bagi beberapa
tahun. Berita baiknya, terdapat satu teknik untuk menggabungkan beberapa
barangan dan menentukan nombor indeks bagi keseluruhan(agregat). Teknik ini
digunakan kebanyakkannya untuk menentukan harga indeks, bahagian ini memfokus
kepada membina indeks harga agregat. Formula untuk membina indeks harga
agregat tidak berwajaran adalah seperti berikut.

I i=
∑ Pi ×100
∑ Po
Dimana:

Pi = harga bagi satu barang dalam tahun semasa(i)

Po = harga bagi satu barang dalam tahun asas(o)

Ii = nombor indeks bagi tahun semasa(i)

Andaikan jabatan buruh negeri ingin membandingkan kos pembelian makanan


keluarga sepanjang tahun. Jabatan memutuskan bahawa selain menggunakan satu
jenis item makanan untuk melakukan perbandingan ini, mereka akan menggunakan
bakul makanan yang mengandungi lima item; telur, susu, pisang, kentang dan gula.
Mereka telah mengumpulkan semua maklumat bagi lima item ini untuk tahun 1987,
1992 dan 1997. Item dan harga disenaraikan dalam Jadual 17.3.

Dari data dalam Jadual 17.3 dan formula, indeks harga agregat tidak
berwajaran bagi tahun 1987, 1992 dan 1997 boleh dikira menggunakan tahun 1987
sebagai tahun asas. Langkah pertama ialah untuk menganggarkan harga bagi semua
item bakul makanan bagi tahun yang diberi. Jumlah ini ditunjukkan di baris yang
terakhir bagi Jadual 17.3. Nombor indeks dikira dengan menggunakan jumlah ini
(bukan harga item individu) : ΣP1987 = 2.91, ΣP1992 = 3.44 dan ΣP1997 = 3.93. Dari sini,
indeks harga agregat tidak berwajaran dapat dikira seperti berikut.
Bagi tahun 1987: I 1987
∑ P1987 ×100= 2.91 ×100=100.0
∑ P1987 2.91

Jadual 3 – Harga bagi Item Bakul Makanan

Item 1987 1992 1997


Telur(dozen) 0.78 0.86 1.06
Susu(1/2 gelen) 1.14 1.39 1.59
Pisang(per lb) 0.36 0.46 0.49
Kentang(per lb) 0.28 0.31 0.36
Gula(per lb) 0.35 0.42 0.43
Jumlah Item 2.91 3.44 3.93

Bagi tahun 1992:

I 1992=
∑ P1992 × 100= 3.44 ×100=118.2
∑ P1987 2.91

Bagi tahun 1997:

I 1997=
∑ P1997 ×100= 3.93 × 100=135.1
∑ P1987 2.91

Jadual 4 memberi nombor indeks bagi bakul pasaran untuk tiga tahun.

Jadual 4

Nombor Indeks bagi Item Bakul Pasaran

Tahu Nombor Indeks


n
1987 100.0
1992 118.2
1997 135.1

Indeks Harga Agregat Berwajaran


Di Seksyen 17.1, kita telah membincangkan penggunaan nombor indeks agregat,
dengan itu harga bagi item bakul pasaran dapat digabungkan kepada satu nombor
indeks bagi satu tempoh yang diberi. Satu kelebihan ia membolehkan penyelidik
meletakkan semua maklumat tentang beberapa item ke dalam formula secara
serentak untuk pembuatan keputusan. Bagaimanapun, masalah kepada nombor
indeks tersebut ialah ia tidak berwajaran iaitu, berat yang sama diletak ke atas setiap
item dengan mengandaikan hanya terdapat satu bagi setiap item dalam bakul
pasaran. Andaian ini mungkin atau tidak benar. Sebagai contoh,sebuah isirumah
mungkin menggunakan 5 paun pisang setahun tetapi minum 50 gelen susu. Selain
itu, nombor indeks agregat tidak berwajaran adalah bergantung kepada unit yang
dipilih bagi pelbagai item. Contohnya, jika susu diukur berdasarkan kuart tidak gelen,
harga susu dalam penentuan nombor indeks adalah lebih rendah. Untuk
mengelakkan masalah ini, kelas nombor indeks yang boleh digunakan ialah indeks
harga berwajaran.

Nombor indeks harga berwajaran diperolehi dengan mendarab kuantiti berat


dan harga item dan menjumlahkan produk untuk menentukan bakul pasaran bagi
tahun yang diberi kemudian mentukan nisbah bagi ‘bakul pasaran’ bagi tahun faedah
yang sama nilai dikira bagi tahun asas, dinyatakan sebagai peratusan.

Memasukkan kuantiti dapat menghapuskan masalah yang disebabkan oleh


berapa banyak item digunakan setiap tempoh masa dan unit item. Jika 50 gelen susu
tetapi hanya 5 paun pisang digunakan, indeks harga agregat berpemberat akan
menggambarkan berat tersebut. Jika penyelidik beralih dari susu gelen kepada
kuarats, harga akan berubah ke bawah tetapi kuantiti akan meningkat empat kali
ganda(4 kuart dalam gelen).

Secara amnya, indeks harga agregat berwajaran dibina dengan mendarabkan


harga bagi setiap item dengan kuantiti kemudian menjumlahkan produk bagi bakul
pasaran bagi tahun yang diberi(selalunya setahun). Nisbah jumlah ini untuk satu
tempoh masa bagi semasa(tahun) kepada tahun asas bagi tahun semasa(tahun asas)
didarab dengan 100. Formula berikut menggambarkan indeks harga agregat
berwajaran dikira menggunakan berat kuantiti bagi setiap tempoh masa(tahun).

Dimana: I i=
∑ Pi Qi ×100
∑ PoQo
Po = harga bagi setiap item dalam tahun semasa

Pi = harga bagi setiap item dalam tahun asas

Qo = kuantiti dalam tahun asas

Qi = kuantiti dalam tahun semasa


Salah satu masalah dalam formula ini ialah implikasi dimana ianya baru dan
berkemungkinan terdapat kuantiti yang berbeza bagi setiap tempoh masa.
Bagaimanapun, penyelidik menggunakan banyak masa dan wang untuk memastikan
kuantiti yang digunakan dalam bakul pasaran. Menentukan semula berat kuantiti
bagi setiap tahun selalunya dilarang bagi kebanyakkan organisasi(walaupun
kerajaan). Terdapat dua kaedah harga indeks berpemberat yang menjadi
penyelesaian bagi masalah yang mana kuantiti berat digunakan. Pertama dan paling
meluas digunakan ialah indeks harga Laspeyres. Kedua dan paling kurang digunakan
ialah indeks harga Paasche.

Indeks Harga Laspeyres


Indeks harga Laspeyres ialah indeks harga agregat berwajaran yang dikira
menggunakan kuantiti tahun asas bagi semua tahun. Kelebihan teknik ini ialah harga
indeks bagi semua tahun boleh dibandingkan dan kuantiti baru tidak perlu
ditentukan setiap tahun. Formula bagi membina indeks harga Laspeyres adalah
seperti berikut.

I L=
∑ Pi Q o ×100
∑ Po Q o
Perhatikan bahawa formula tersebut memerlukan kuantiti tahun asas(Q o) dalam
kedua-dua pengangka dan pembawah.

Di seksyen 17.1, bakul makanan ditunjukkan yang mana indeks harga agregat
dikira. Bakul makanan ini mengandungi telur, susu, pisang, kentang dan gula. Harga
bagi item ini digabungkan(diagregatkan) bagi tahun yang diberi dan indeks harga
dikira bagi data tersebut dari angka agregat ini. Indeks harga agregat tidak
berpemberat yang dikira dari data ini memberi semua data kepentingan yang sama.
Andaikan penyelidik menyedari bahawa mengaplikasikan berat yang sama bagi
kelima-lima item ini mungkin tidak sebagai satu cara perwakilan bagi membina bakul
makanan ini dan akhirnya memastikan berat kuantiti ke atas setiap item makanan
bagi penggunaan setahun. Jadual 5 menyenaraikan lima item ini, harga dan kuantiti
berat penggunaan bagi tahun asas(1987). Dari data ini, penyelidik mengira indeks
harga Laspeyres.

Indeks harga Laspeyres bagi tahun 1992 dengan 1987 sebagai tahun asas.

∑ Pi Qo=∑ P 1992 Q1987


¿ ∑ [ ( .86 )( 45 )+ ( .46 ) (12 ) + ( .31 ) ( 55 ) + ( .42 )( 36 ) ]

¿ 38.70+83.40+5.52+17.05+15.12=159.79

∑ P o Qo =∑ P1987 Q1987
¿ ∑ [ ( .78 ) ( 45 )+ (1.14 ) ( 60 ) + ( .28 ) (55 )+ (.35 )( 36 )]

¿ 35.10+68.40+ 4.32+ 15.40+12.60=135.82

I 1992=
∑ P1992 Q1987 × 100= 159.79 × 100=117.6
∑ P1987 Q1987 135.82

Jadual 5 – Bakul Makanan dengan Kuantiti Berat

Kuantiti Harga
Item 1987 1987 1992 1997
Telur(dozen) 45 0.78 0.86 1.06
Susu(1.2 gelen) 60 1.14 1.39 1.59
Pisang(per lb) 12 0.36 0.46 0.49
Kentang(per 55 0.28 0.31 0.36
lb)
Gula(per lb) 36 0.35 0.42 0.43

Indeks harga Laspeyres bagi tahun 1997 ialah

I 1997=
∑ P1997 Q1987 ×100= 184.26 ×100=135.7
∑ P1997 Q1987 135.82

Satu penilaian bagi data dalam Jadual 5 menunjukkan harga meningkatkan dari
tahun 1992 hingga 1997 bagi semua lima item. Oleh kerana kuantiti digunabagi
setiap kes adalah kuantiti 1987, peningkatan dalam indeks Laspeyres dari
1992(117.6) hingga 1997(135.7) adalah kerana harga. Melihat kepada kuantiti,
adalah lebih mudah untuk melihat bahawa lebih besar jumlah susu, kentang dan
telur digunakan. Item ini membawa wajaran yang lebih besar dalam penentuan
indeks harga Laspeyres kerana kadar penggunaan yang lebih tinggi. Bagaimanapun,
oleh kerana kentang mempunyai imbangan nilai harga yang rendah, ia mempunyai
kesan keseluruhan yang kurang ke atas indeks harga berbanding telur dan susu.

Sumber daripada [DOC] NOMBOR INDEKS – upm : fakulti ekonomi dan pengurusan

NOMBOR INDEKS
Nombor indeks merupakan salah satu bab di dalam sukatan matapelajaran
Matematik Tambahan tingkatan 4.

Nombor indeks ialah sukatan statistic yang digunakan untuk menunjukkan


perubahan sesuatu kuantiti terhadap masa.

Satu contoh bagi nombor indeks ialah indeks harga. Indeks harga ialah nisbah
harga suatu barangan pada suatu masa tertentu. Masa yang dipilih untuk dijadikan
perbandingan dinamakan masa asas.

P1
Indeks harga I = ×100 dengan
P0

P0 = harga barang pada masa asas

P1 = harga barang pada masa tertentu

Jika P0 = P1, maka indeks harga ialah 100. Oleh itu, indeks harga sebenarnya adalah
peratus nisbah harga barangan bagi tempoh tertentu.

Contoh:

Sebatang pen berharga 50 sen pada tahun 1995 dan 80 sen pada tahun 2000.
Dengan mengambil 1995 sebagai tahun asas, kira indeks harga sebatang pen bagi
tahun 2000.

Penyelesaian:

Katakan,

P0 ialah harga sebatang pen pada tahun 1995

P1 ialah harga sebatang pen pada tahun 2000

Maka, indeks harga, I bagi tahun 2000


P1
¿ ×100
P0

80
¿ ×100
50

¿ 160

Maka, harga sebatang pen telah meningkat sebanyak 60% dari tahun 1995 hingga
tahun 2000.

Nombor Indeks Gubahan


Pemberat ialah satu angka tunggal yang menunjukkan kepentingan sesuatu barang.
Semakin penting barang tersebut, semakin besar pemberat yang diberikan
kepadanya. Dalam perhitungan indeks harga berpemberat, biasanya kuantiti
barangan digunakan sebagai pemberat dan pemberat yang sama digunakan untuk
semua tempoh masa untuk menunjukkan perubahan dalam harga barangan. Ini
bertujuan untuk memudahkan kita mengira suatu nombor indeks bagi gabungan
beberapa perkara. Apabila diketahui kepentingan setiap perkara terlibat, maka kita
boleh mengira min berpemberat, iaitu nombor indeks gubahan bagi semua nombor
indeks itu.

Jika I1, I2,…….IN

adalah indeks-indeks harga bagi n barangan dengan pemberat

W1, W2,…….WN

masing-masing, maka nombor indeks gubahan:

I 1 W 1 + I2 W 2 + I N W N
I=
W 1+W 2+W N

I=
∑ I1 W 1
∑ W1
Oleh itu, nombor indeks sememangnya digunakan secara meluas di seluruh negara
terutamanya dalam perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Hal ini kerana nombor
indeks memudahkan lagi pengukuran perubahan sesuatu kuantiti terhadap masa dan
pengukuran perubahan dalam beberapa kuantiti yang tidak dapat diamati secara
langsung seperti perubahan hasil ekonomi di sesebuah negara.
BAHAGIAN 1
Harga jualan bagi barang-barang keperluan adalah berbeza di lain-lain kedai.
Kebiasaannya, pembeli akan memilih untuk berbelanja di kedai-kedai yang
menawarkan nilai pulangan terbaik kepada wang mereka. Sebagai pengguna, kita
harus bijak menguruskan kewangan dan perbelanjaan kita bagi memastikan kita
berbelanja pada tahap minimum.

Anda dikehendaki melakukan satu kajian ke atas tiga barangan dalam kategori-
kategori berikut : makanan, detergen dan alatulis. Kajian ini hendaklah dilakukan di
tiga kedai berbeza.

a. Cari dan kumpul gambar barangan yang telah anda pilih dari keratin surat
khabar, internet dan sebagainya. Bina sebuah kolaj bagi mengilustrasikan
pilihan anda.
b. Rekodkan barangan tersebut beserta harga secara sistematik seperti contoh
dalam Jadual 1(a), 1(b) dan 1(c).
Nasi Lemak Karipap

Teh Tarik

Kategori Barangan Harga


Kedai A Kedai B Kedai C
Makana Nasi Lemak RM 3.50 RM 5.00 RM 3.00
n Karipap RM 1.00 RM 1.00 RM 1.00
Teh Tarik RM 2.00 RM 3.00 RM 1.00
Jumlah harga RM 6.50 RM 9.00 RM 5.00
Pen Biru Pemadam

Pembaris

Kategor Barangan Harga


i Kedai P Kedai Q Kedai R
Alatulis Pen biru RM 1.00 RM 1.40 RM 1.20
Pemadam RM 0.90 RM 1.20 RM 1.10
Pembaris RM 1.50 RM 2.00 RM 1.80
Jumlah harga RM 3.40 RM 4.60 RM 4.10
Jadual 1(b)
Top Sunlight

Breeze

Kategori Baranga Harga


n Kedai X Kedai Y Kedai Z
Deterge Top RM RM RM 29.90
n 20.00 27.90
Sunlight RM 7.00 RM 7.00 RM 10.00
Breeze RM 9.00 RM RM 12.75
11.00
Jumlah harga RM RM RM 52.65
36.00 45.90
Jadual 1(c)
c. Bina sekurang-sekurangnya dua grafik bagi membandingkan harga setiap barangan
untuk setiap kategori.

5
5

4
3.5
Harga(RM)

3 3
3
Kedai A
Kedai B
2 Kedai C
2

1 1 1 1
1

0
Nasi Lemak Karipap Teh Tarik
Makanan

5 5

4
3.5
Harga(RM)

3 3 3
Kedai A
Kedai B
2 2 Kedai C

1 1 1

0
Nasi Lemak Karipap Teh Tarik
Makanan
2.5

2
2
1.8

1.5
1.5 1.4
Harga(RM)

1.2 1.2
1.1 Kedai P
1
1 0.9 Kedai Q
Kedai R

0.5

0
Pen Biru Pemadam Pembaris
Alatulis

2.5

2 2
1.8

1.5 1.5
1.4
Harga(RM)

1.2 1.2 Kedai P


1.1
1 1 Kedai Q
0.9
Kedai R

0.5

0
Pen Biru Pemadam Pembaris
Alatulis
35

29.9
30 27.9

25
20
20
Harga(RM)

Kedai X
15 12.75 Kedai Y
11 Kedai Z
10
10 9
7 7
5

0
Top Sunlight Breeze
Detergen

35

30 29.9
27.9
25

20 20
Harga(RM)

Kedai X
15
Kedai Y
12.75
11 Kedai Z
10 10
9
7
5

0
Top Sunlight Breeze
Detergen
d. Berdasarkan grafik anda, terang, bincang dan beri rumusan tentang perbandingan
harga yang telah anda buat.

Berdasarkan grafik yang telah saya bina dalam bahagian c, terdapat perbezaan di
antara harga barangan dalam setiap kategori antara kedai-kedai tersebut.

Berdasarkan graf makanan, harga yang paling murah adalah dari Kedai C. Graf
juga menunjukkan perbezaan harga barangan antara ketiga-tiga kedai yang menjual
ketiga-tiga barangan tersebut adalah banyak. Selain itu, graf menunjukkan
persamaan harga karipap dari ketiga-tiga kedai. Oleh itu, orang boleh membeli
karipap di mana-mana kedai kerana harga makanan tersebut adalah sama.

Berdasarkan graf alatulis pula, harga barangan yang paling murah adalah dari
Kedai P. Graf juga menunjukkan harga pembaris yang paling tinggi adalah dari Kedai
Q dan yang paling rendah adalah dari Kedai P. Walaubagaimanapun, graf
menunjukkan perbezaan harga barangan antara ketiga-tiga kedai yang menjual
ketiga-tiga barangan tersebut adalah kecil. Maka, para pengguna boleh membeli
dimana-mana kedai.

Berdasarkan graf detergen, harga barangan yang paling mahal adalah dari Kedai
Z. Graf menunjukkan bahawa pencuci baju jenama Breeze yang paling murah adalah
dari Kedai X. Selain itu, graf juga menunjukkan persamaan harga cecair pencuci
pinggan Sunlight dari Kedai X dan Kedai Y manakala perbezaan antara kedua-dua
kedai dengan Kedai Z adalah sangat besar. Oleh itu, para pengguna boleh membeli di
Kedai X dan Kedai Y.

Kesimpulannya, graf menunjukkan bahawa barangan yang mahal datangnya


daripada kedai yang terkenal dan besar. Para pengguna disyorkan untuk membeli
barangan di Kedai C,Kedai P dan Kedai X yang memiliki harga yang lebih murah
berbanding Kedai B, Kedai Q dan Kedai Z.
e. Kenal pasti barangan yang mempunyai perbezaan harga yang besar dari setiap
kedai dan bincangkan sebab perkara ini berlaku.

Barangan yang mempunyai perbezaan harga yang besar dari setiap kedai ialah
detergen Top.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Misalnya


ialah Kedai Y dan Kedai Z. Kedua-dua kedai didapati menjual barang dengan
mengenakan harga yang lebih tinggi berbanding dengan Kedai X. Hal ini kerana
kedua-dua kedai tersebut terletak di kawasan bandar. Oleh itu, lokasi kedai tersebut
yang didiami oleh penduduk yang bertaraf hidup tinggi menyebabkan harga
barangan yang dijual lebih tinggi. Cukai barangan yang dikenakan juga tinggi.
Tambahan pula, kedua-dua kedai itu mempunyai tempat yang cantik, besar dan
selesa untuk membeli-belah. Barangan yang dijual juga segar dan dijamin berkualiti.

Bagi Kedai X pula, harga barangan yang dijual ialah murah. Kedai X terletak di
kawasan perumahan dan merupakan laluan utama penduduk di sekitarnya.
Tambahan pula, terdapat banyak saingan dengan kedai-kedai lain. Oleh itu, barangan
yang dijual murah kerana ramai orang yang membeli barang keperluan harian di
kedai tersebut. Cukai yang dikenakan adalah rendah untuk mengurangkan bebanan
pembeli. Oleh itu, harga barangan yang dikenakan sederhana dan berpatutan.

Kesimpulannya, faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan harga


terbukti bahawa harga barangan di Kedai Y dan Kedai Z lebih mahal berbanding
dengan Kedai X.
BAHAGIAN 2
Setiap tahun, sekolah anda mengadakan karnival bagi menambah dana sekolah.
Tahun ini, pihak sekolah bercadang untuk memasang CCTV(Televisyen Litar Tutup) di
dalam kawasan sekolah bagi meningkatkan tahap keselamatan. Dalam karnival tahun
lepas, kelas anda telah menyedia dan menjual nasi lemak. Disebabkan populariti
makanan tempatan ini, maka pada tahun ini, kelas anda mengambil keputusan untuk
sekali lagi menjual nasi lemak.

a. Lengkapkan Jadual 2 dengan senarai harga barangan untuk tahun 2019

Barangan Kuantiti Harga pada tahun Harga pada tahun


(untuk 10 bungkus nasi 2018(RM) 2019(RM)
lemak)
I Nasi lemak
Beras 1 kg 2.70 3.30
Santan 150 g 1.40 2.00
Bawang 10 g 0.15 0.75
Halia 10 g 0.15 0.75
Garam 2g 0.05 0.05
II Sambal
Bawang merah 10 g 0.05 0.65
Bawang putih 5g 0.04 0.64
Cili kering 100 g 1.00 1.60
Ikan bIlis 200 g 2.00 2.60
Minyak masak 100 g 0.25 0.85
III Lain-lain
Kacang 200 g 0.50 1.10
Ikan bilis 150 g 1.50 2.10
Timun 200 g 0.20 0.80
5 biji telur 300 g 1.50 2.10
Daun pisang(seikat) 300 g 1.00 1.00
Jadual 2
b. Hitungkan indeks harga bagi setiap barangan dalam Jadual 2 bagi tahun 2019
berasaskan tahun 2018.

3.30 2.00 0.75


Beras = ×100 Santan = ×100 Bawang = ×100
2.70 1.40 0.15

=122.22 =142.86 =500

0.75 0.05 0.65


Halia = ×100 Garam ¿ ×100 Bawang merah = ×100
0.15 0.05 0.05

=500 =100 =1300

0.64 1.60 2.60


Bawang putih = × 100 Cili kering = ×100 Ikan bilis = ×100
0.04 1.00 2.00

=1600 =160 =130

0.85 1.10 0.80


Minyak masak = ×100 Kacang = ×100 Timun = ×100
0.25 0.50 0.20

=340 =220 =400

2.10 1.00
5 biji telur = ×100 Daun pisang(seikat) = ×100
1.50 1.00

=140 =100
c. Hitungkan indeks gubahan bagi kos sebungkus nasi lemak pada tahun 2019
berasaskan tahun 2018. Bincangkan bagaimana anda memperoleh jawapan.

I=
∑ Ii W i
∑ Wi

I
122.22 ( 1000 ) +142.86 ( 150 ) +500 ( 10 ) +500 (10 )+100 ( 2 ) +1300 ( 10 ) +1600 ( 5 ) +160 (100 )+ 130 ( 200 )+ ¿340 ( 100
¿
1000+150+10+ 10+2+10+5+100+200+100+ 200+ 150+200+

122220+ 21429+ 5000+5000+200+13000+8000+16000+26000+ 34000+ 44000+19500+80000+ ¿ 42000+


¿
2737

466349
¿
2737

= 170.39

Indeks harga bagi setiap barangan yang telah diperolehi hendaklah didarabkan
dengan kuantiti barangan yang digunakan untuk membuat nasi lemak. Seterusnya,
nilai tersebut dibahagikan dengan jumlah keseluruhan kuantiti barangan untuk
memperolehi indeks gubahan bagi membuat nasi lemak pada tahun 2019 berasaskan
tahun 2018.
d. Pada tahun 2018, sebungkus nasi lemak dijual pada harga RM 2.00. Cadangkan
harga jualan sebungkus nasi lemak pada tahun 2019. Berikan sebab bagi jawapan
anda.

Harga sebungkus nasi lemak pada tahun 2018 = RM 2.00

Keuntungan sebungkus nasi lemak pada tahun 2018 = 2.00 – 1.25 = RM 0.75

Kos membuat sebungkus nasi lemak pada tahun 2019 = RM 2.03

Keuntungan yang sesuai bagi sebungkus nasi lemak pada tahun 2019 = 3.00 – 2.03 =
RM0.97

Harga jualan yang dicadangkan pada tahun 2019 ialah RM 3.00. Harga ini amat sesuai
untuk jualan nasi lemak pada tahun 2019 kerana keuntungan yang diperolehi lebih
tinggi berbanding tahun 2018 serta harga barangan untuk membuat nasi lemak pada
tahun 2019 meningkat.
BAHAGIAN 3
Bagi meningkatkan keselamatan di kawasan sekolah, pihak sekolah ingin memasang
CCTV di kawasan sekolah.

a. Cadangkan jumlah kamera yang sepatutnya dipasang dan berikan sebab-sebab


anda. Lukiskan plan cadangan anda.

Jumlah kamera yang sepatutnya dipasang adalah 48 buah kerana mempunyai 48


tempat yang sesuai untuk meletakkan kamera tersebut dan lebih selamat berbanding
sebelumnya.
b. Cari dan kaji kos pemasangan CCTV.

Apabila ingin memasang CCTV, kita hendaklah mengambil tahu mengenai


perkara yang perlu diambil tahu. Ini kerana bagi memudahkan urusan semasa ingin
memasang CCTV. Disini kita akan membincangkan perkara-perkara yang perlu
diambil tahu.

1.Spesifikasi sistem CCTV itu sendiri, untuk pemasangan CCTV di rumah atau
premis anda, perkara yang kami senaraikan adalah mencukupi 

a) 1 unit DVR dengan 4 channel/1 BNC output / 1 VGA output / 1 network port  
b) 500Gb Hard disk 
c) 4 buah kamera samada tak kiralah indoor atau outdoor kerana kamera adalah
murah 
d) Sistem CCTV boleh dilihat melalui web browser dan internet melalui TM streamyx
atau pun TM UniFi anda 

Anda tidak perlukan lain lain fungsi seperti Motion Detection / GSM Alert atau fungsi
PTZ, tapi biasanya sistem yang paling murah sekali pun sudah disediakan fungsi PTZ
ini.

2.Kos 
Sebenarnya kos adalah perkara pertama yang anda perlu fikirkan, jangan keliru
dengan "offer" murah, sebab dalam offer biasanya item yang ditawarkan adalah tidak
cukup dan anda dengan tidak disangka-sangka terpaksa menambah duit lagi. Saya
pernah terjumpa beberapa offer semurah RM699, apabila ditanya, itu tak ada, ini tak
ada dan bila tambah semua semua termasuk installation, jadilah jumlah keseluruhan
RM2000++.
Panduan untuk CCTV:

a) DVR - bergantung kepada keperluan dan berapa banyak kamera, 4 kamera beli 4


channel, kalau 5 atau lebih kamera tetapi kurang dari 9 kamera gunakan dvr 8
channel, lebih dari 8 kamera gunakan dvr dengan 16 channel, dan maksimum satu
dvr ialah 16 channel 
(ANGGARAN KOS RM500) untuk 4 channel

b) Kamera - bergantung kepada jenisnya, lagi mahal sudahh tentu lagi bagus.
Biasanya kamera akan di pakejkan sekali dengan DVR. Kamera CCTV bergantung
juga pada quality gambar memainkan peranan dalam harga dan kos. Istilah yang
digunakan seperti pixel, megapixel. Contoh: kamera 2 megapixel atau 2MP . Jika
kamera CCTV 720 pixel nak bandingkan dengan 1 megapixel atau 1MP, quality
gambar 1 MP lebih cantik berbanding dengan 720p atau 720 pixel. Jadi anda mesti
memahami ini dulu sebelum beli. Quality gambar memainkan peranan dalam harga.
Jika anda membeli kamera CCTV yang murah jadi kebiasaanya tiada quality jadi anda
kena pastikan apa yang anda beli ia berkualiti.
(Anggaran KOS RM300) untuk 4 kamera untuk kamera 1.3MP 

c) Hard disk - Dengan kapasiti 1TB


AWAS! Jika ada yang jual hard disk 500GB untuk CCTV anda pastikan HDD itu
tulis HDD Surveillance CCTV hanya sesuai untuk CCTV sahaja dan bukan
menggunakan hardisk Personal Computer HDD. Jika anda menggunakan HDD PC
kemungkinan anda akan menghadapi masalah selepas membuat pemasangan oleh
kerana HDD PC tidak Sesuai untuk kegunaan CCTV. HDD 500GB PC sahaja yang
masih dikeluarkan dan harga 1TB HDD Surveillance CCTV dengan 500GB HDD
PC Harganya adalah sama!
(Anggaran KOS RM170)

d) BNC kabel siap dengan kepalanya sekali andaian keperluan adalah 40meter, iaitu
10 meter setiap satu kamera @ rm2.00 setiap meter 
(Anggaran KOS RM80)

e) Power adapter untuk kamera @rm20 setiap kamera 


(Anggaran KOS RM80) 
*biasanya power adapter diberikan sekali dengan kamera, sila tanya penjual anda

 
f) Optional power extension @rm1 atau rm1.50 per kamera - Power extension ni
bertujuan untuk memanjang kan elektrik dari power adapter ke kamera anda sebab
power adapter tu kabelnya pendek saja, kalau tak beli pun tak kisah tapi anda perlu
buat extension elektrik berhampiran kamera 
(Anggaran KOS rm40) 

Semua ini adalah anggaran sahaja, mungkin berbeza beza. semuanya adalah 
(a)+(b)+(c)+(d)=RM1,140.00 

Jadi sekiranya anda bercadang untuk membeli CCTV bersedialah dengan bajet
ini.Mungkin terlebih mungkin terkurang . dengan andaian anda tidak memerlukan
item (e) dan (f) 
Ini adalah tidak termasuk pemasangan dengan anggaran RM250 -->RM300 setiap
kamera 
dan juga configure streamyx untuk capaian melalui internet. Setengah installer akan
kenakan caj / setengahnya tidak kenakan caj bergantung @rm200 

anggaran kos : pemasangan RM1000.00 setiap kamera CCTV


anggaran kos : Configuration streamyx RM200.00 
keseluruhan kos pemasangan ialah RM1,2000 
c. Jika kelas anda berhasrat untuk menyumbang 10% keseluruhan kos pemasangan
tersebut, berapakah bungkus nasi lemak yang harus kelas anda jual?

Keseluruhan kos pemasangan = RM45000.00


Sebungkus nasi lemak = RM3.00

10
× 45000=4500
100

4500
=1500
3

1500 bungkus nasi lemak

 
d. Adakah kelas anda mampu menyumbang 10% kos pemasangan itu melalui hasil
jualan ini? Cadangkan satu projek yang mungkin mencapai sasaran yang dihasratkan.

Saya mencadangkan projek menabung iaitu setiap kali hendak masuk ke


dalam sekolah, mesti memasukkan duit ke dalam tabung sekolah. Selain dapat
mencapai sasaran yang dihasratkan, pelajar juga dapat bersedekah dan mereka juga
akan menabung di rumah. Pelajar akan menyedari bahawa menabung adalah penting
dalam hidup. Di samping itu, menabung dapat mendidik pelajar agar berjimat-
cermat.
KAJIAN LANJUTAN
Dapatkan maklumat dari internet atau sumber-sumber lain tentang kepentingan
penggunaan nombor indeks. Berikan dua contoh dengan menghuraikan penggunaan
nombor indeks dalam kehidupan seharian.

Penggunaan indeks sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Terutamanya


dalam bidang penyelidikan sains, kewangan, kejuruteraan dan lain-lain lagi. Rene
Descartes ialah seorang ahli matematik berbangsa Perancis yang memperkenalkan
tatatanda bagi indeks integer positif pada tahun 1637. Kemudian, tatatanda indeks
telah diperkembangkan lagi oleh seorang ahli matematik berbangsa Inggeris, Sir
Isaac Newton, yang memperkenalkan indeks negatif dan indeks pecahan.

Dengan penggunaan indeks, kita boleh menggambarkan bagaimana kuantiti di


alam semesta terbentuk, membiak dan mereput. Contohnya, kadar pertumbuhan
populasi manusia dan haiwan adalah secara eksponen. Secara amnya, indeks
ditulis sebagai x n dimana x didarabkan dengan dirinya sendiri sebanyak n kali.
Ungkapan nombor indeks berada dalam bentuk termudah apabila asasnya tidak
berulang, indeksnya bukan negatif dan kusanya tidak berlapis.

Indeks juga dapat mengukapkan nombor yang terlalu besar atau terlalu kecil
dalam bentuk lebih mudah. Contohnya, jarak antara bumi dan matahari adalah lebih
kurang 93 000 000 km. Dengan menggunakan indeks kita dapat menulis nombor ini
lebih mudah iaitu 9.3×107 km. Sesuatu nombor yang berbentuk kuasa dikatakan
berbentuk indeks dimana 10 dikenali sebagai asas dan 7 sebagai indeksnya. Maka,
indeks amat berguna dan memudahkan manusia menangani pelbagai kekangan
dalam kehidupan seharian.

Contoh :

Pn.Azna melabur wang sebanyak RM 20 000 pada kadar faedah 5% setiap bulan.
Jumlah wang terkumpul, W selepas t tahun diberi oleh persamaan,
12 t
0.05
W =20000 1+( 12 ) . Berapakah wang terkumpul selepas 8 tahun?
Penyelesaian:

Gantikan t = 8 dalam persamaan yang diberi.


12 t
0.05
W =20000 1+( 12 )
12(8)
0.05
(
¿ 20000 1+
12 )
= 29811.71

Jadi, jumlah wang yang terkumpul oleh Pn.Azna selepas 8 tahun ialah

RM 29811.71
1. Indeks Pencemaran Udara Malaysia

Indeks Pencemaran Udara


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Indeks Pencemaran Udara (IPU); bahasa Inggeris: Air Pollution Index


(API) merupakan suatu kaedah umum dan termudah untuk menghuraikan status
kualiti udara khususnya di China, Hong Kong dan Malaysia. Ia juga dikira dari
beberapa set data pencemaran udara. Di Tanah Besar China indeks IPU ditukar
dengan Indeks Kualiti Udara yang dikemas kini sejak awal tahun 2012. [1]
Kepentingan dan Kegunaan Indeks Pencemaran Udara
Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk
mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus
berbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.
Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Kecemasan, (perintah berkurung dan Darurat boleh diumumkan oleh kerajaan)

2. Indeks Emas

Emas sebagai pelaburan


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dari kesemua logam berharga, emas adalah yang paling popular sebagai pelaburan.


[1]
 Para pelabur biasanya membeli emas sebagai pelindung nilai atau perlindungan
selamat terhadap apa-apa krisis ekonomi, politik, sosial, atau wang fiat (termasuk
kemerosotan pasar pelaburan, pertambahan hutang negara, kegagalan mata wang,
inflasi, perang dan kekacauan sosial). Pasaran emas juga tertakluk
pada spekulasi seperti mana kommoditi lain, khususnya melalui kegunaan kontrak
hadapan dan terbitan. Sejarah piawai emas, peranan rizab emas dalam perbankan
pusat, hubung kait rendah emas dengan harga komoditi lain, dan penentuan
harganya berbanding mata wang fiat sewaktu krisis kewangan 2007–2010,
mencadangkan bahawa emas mempunyai ciri-ciri menjadi wang.[2][3]

Harga emas
Emas telah digunakan di sepanjang sejarah sebagai wang dan telah menjadi suatu piawai relatif
untuk persamaan matawang khusus pada daerah ekonomi atau negara. Banyak negara Eropah
implemented piawai emas pada bahagian kemudian abad ke-19 hingga ini telah dismantled in
the financial crises involving Perang Dunia I. Selepas Perang Dunia II, sistem Bretton
Woods pegged dolar Amerika Syarikat dengan emas pada kadar AS$35 tiap auns troy. Sistem
ini wujud hingga Nixon Shock 1971, apabila AS unilaterally menggantung kebolehtukaran lanjut
dolar Amerika Syarikat dengan emas dan membuat pemindahan ke sistem matawang fiat.
Matawang terakhir untuk dicerai dari emas adalah Franc Swiss pada 2000.
Sejak 1919 tanda aras paling biasa bagi harga emas adalah pembetulan emas London, suatu
mesyuarat telefon harian dua kali perwaklan dari lima firma dagang bulion pasar bullion London.
Tambahan, emas didagang secara berlanjutan di sepanjang dunia berasaskan harga spot hari
intra, berasal dari pasar dagang emas di atas kaunter di keliling dunia (kod "XAU"). Jadual
berikut memuatkan harga emas lawan pelbagai aset dan statistik utama:

Harga 1 troy ounce (31 g) emas sejak 1960 dalam Dolar AS nominal dan inflasi disesuaikan oleh
Consumer Price Index CPI-U.
Tahu Emas USD/ozt[4] DJIA USD[5] KDNK Dunia US Trade Weighted
n USD tn[6] Debt USD bn[7] US dollar Index[8]

1970 37 839 3.3 370

1975 33.0
140 852 6.4 533

1980 590 964 11.8 908 35.7

1985 327 1,547 13.0 1,823 68.2

1990 391 2,634 22.2 3,233 73.2

1995 387 5,117 29.8 4,974 90.3

2000 273 10,787 31.9 5,662 118.6

2005 513 10,718 45.1 8,170 111.6

2008 865 8,776 54.6 10,700 96.1

1970 to 2008 net change, %

2,238 946 1,555 2,792

1975 (post US off gold standard) to 2008 net change, %

518 930 753 1,908 191


Pada Mac 2008, harga emas melebihi AS$1,000,[9] mencapai suatu tinggi nominal
AS$1,004.38. Dalam istilah sebenar, nilai sebenar masih berada di bawah AS$599 memuncak
pada 1981 (persamaan dengan $1417 dalam nilai dolar A.S. 2008). Selepas tikaman Mac 2008,
harga emas jatuh ke suatu kekurangangold AS$712.30 tiap auns pada bulan November. Harga
emas tidak lama lagi melanjut pada kederasan ke arah atas dengan secara buat sementara
waktu memecah batasan AS$1000 sekali lagi pada lewat Februari 2009 tetapi merosot kembali
secara sederhana kemudian dalam suku tahun.
Selepas naik turun kembali berhampiran dengan tanda AS$1,000.00 pada pertengahan
September 2009, pasar emas antarabangsa memuncak ke AS$1,023.30. Hargaan kemudian
merosot secara sederhana sekali lagi pada lewat September 2009, jatuh semula ke AS$991.70
untuk minggu berakhir pada September 25, 2009.
Kemudian pada 2009, rekod harga spot hari intra Mac 2008 AS$1,033.90 telah dipecah
kerap kali pada Oktober, apabila harga emas memasuki pentas parabola secara maju ketinggian
baru apabila suatu tikaman membalik ke $1226 memulakan suatu kesan semula harga pada
tingkat pertengahan Oktober.
Pada 17 September 2010, harga emas tutup di suatu tinggi nominal baru $1,281.73 di
NYMEX.

Kegunaan dan Kepentingan Indeks Emas


Indeks emas selalunya digunakan untuk melihat perubahan harga emas semasa
untuk tempoh tertentu. Misalnya, perubahan harga emas hari ini berbanding
semalam dan perubahan harga emas sepanjang tahun. Oleh itu, indeks emas
memudahkan pelabur dan pembeli untuk melihat perubahan harga emas bagi
membuat perbandingan dan pilihan yang bijak.

Kesimpulannya, indeks pencemaran udara penting untuk kita mengetahui


tentang pencemaran udara di Negara kita untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga
dalam mengawal pencemaran udara manakala indeks emas memudahkan pelabur
dan pembeli untuk melihat perubahan harga bagi pembuat perbandingan.
REFLEKSI
A Poem about I Love You, Addmath
Additional Mathematics

From the day I born

From the day I was able to holding pencils

From the day I start learning

And

From the day I heard your name

I always thought that you will be my greatest obstacle and rival in excelling in my life

But after countless of hours

Countless of days

Countless of nights

After sacrificing my precious time just for you

Sacrificing my social media

Sacrificing my kdrama

Sacrificing my kpop

Sacrificing my internet

Sacrificing my anime

I realized something really important in you

I really love you

You are my real friend

You my partner

You are my soul mate

I love you additional mathematics


KESIMPULAN
Selepas melakukan penyelidikan, menjawab soalan-soalan, membuat graf dan
beberapa penyelesaian masalah, saya melihat bahawa penggunaan nombor indeks
adalah penting dalam kehidupan seharian. Ia tidak digunakan hanya secara meluas
dalam pemasaran tetapi juga dalam mentafsir prestasi para pelajar. Kesimpulannya,
nombor indeks adalah satu keperluan kehidupan seharian. Tanpanya, kaji selidik
tidak boleh dijalankan, guru tidak boleh menganalisis pencapaian pelajar-pelajarnya
dan banyak lagi. Oleh itu, kita harus bersyukur dengan orang-orang yang
menyumbang kepada idea nombor indeks.
LAMPIRAN

Potrebbero piacerti anche