Sei sulla pagina 1di 9

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT

Jalan Datuk Kumbar 05300 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK


KALI PERTAMA 2011

Tarikh : 26 JAN 2011


Hari : Rabu
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Media
Pengerusi : Puan Nur Asma Jane Bt Abdullah

Kehadiran : Pn. Hjh. Che Nolia Bt Abdullah (Guru Besar)

Pn. Zuriyah Bt Omar @ Azizan

Pn. Zarina Bt Ismail

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Puan pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa dalam


mesyuarat kali pertama bagi tahun 2011.
1.2 Puan pengerusi meminta semua guru memberi fokus kerana dalam mesyuarat
pertama banyak perkara yang akan dimaklumkan.
1.3 Puan pengerusi juga memaklumkan bahawa Puan Guru Besar mahu semua
guru bekerja keras untuk meningkatkan prestasi sekolah selaras dengan
program yang dijalankan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Makluman : Semua AJK

2. Perkara-perkara Berbangkit

2.1 Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)

2.1.1 Pemantauan Perancangan P&P ( Semakan Buku Rekod Mengajar )

1
i. Buku rekod mengajar hendaklah dihantar pada setiap hari Khamis.
Setiap guru perlu menyemak refleksi sebelum menghantar buku. Jika aktiviti
tidak dijalankan, guru perlu membuat catatan.

ii. Guru-guru diminta melengkapkan buku rekod mengajar dengan


melengkapkan semua bahagian seperti senarai nama murid, borang HC 2
dan HC 3.

iii. Rancangan tahunan beserta huraian yang terkini mengikut takwim


hendaklah dimasukkan ke dalam buku rekod mengajar. Kontrak latihan
mestilah mengikut minggu seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat.

Makluman : Semua Guru

3.1 Pemantauan Kekerapan Latihan Murid ( Semakan Buku )

i. Semakan buku perlu dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan


iaitu 15 buah buku ( 13 buah dihantar kepada pihak pentadbir dan 2 buah
buku dihantar kepada ketua panitia ).

ii. Semakan buku hendaklah dibuat dengan teliti mengikut standard kualiti
penyemakan buku seperti yang telah ditetapkan. Pastikan semua buku murid
dibalut dengan plastik dan mempunyai sticker seperti yang telah ditentukan
oleh pihak panitia.

iii. Guru mesti memastikan setiap murid membuat pembetulan bagi setiap
kesalahan yang dilakukan.

Tindakan : Pentadbir dan semua guru

3.2 Perancangan Strategik Peningkatan Akademik ( PSPA )

i. Semua guru diminta menyediakan perancangan strategik dan


menghantar kepada pihak pentadbir pada bulan Mac 2011.

Tindakan : Semua guru

3.3 Program Panitia

i. Program yang dirancang oleh panitia semuanya akan dijalankan mengikut


takwim.

2
ii. Antara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan adalah pertandingan
nyanyian lagu patriotik, Radio FM Convent, latihan bermain alat muzik
seperti rekoder, pianika dan alat perkusi, pertandingan karaoke untuk
pemilihan penyanyi solo sempana HAC dan latihan tarian.

Tindakan : Ketua panitia

3.4 Penilaian dan Peperiksaan

i. Peperiksaan akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mei, dan
Oktober.
ii. Penggubalan soalan hendaklah mengikut JSI yang telah ditetapkan iaitu
mengikut nisbah 5 : 3 : 2 .
iii. Soalan yang digubal hendaklah dihantar awal kepada ketua panitia.
iv. Untuk Tahun 1 (KSSR), pentaksiran mengikut band akan dilakukan.
v. Berikut adalah jadual penggubalan soalan untuk tahun 2011.

Bulan / Mei Okt


Tahun
2 Jane Jane
3 Zuriyah Zuriyah
4 Zarina Zarina
5 Jane Jane
6 Zuriyah Zuriyah

Tindakan : Semua guru

3.5 Jual Beli Jadual Waktu ( JBJW )

i. Guru yang bercuti atau menghadiri kursus disarankan supaya


melaksanakan JBJW sekurang-kurangnya untuk subjek teras.

Tindakan : Semua guru

4.0 Perbincangan Profesionalisme

4.1 Program KPM

4.1.1 Program NKRA ( National Key Result Area )

3
Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah ( New Deals )

Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi


pemimpin sekolah di Malaysia.
Makluman : Semua guru

4.2 KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah )

i. KSSR telah dilaksanakan pada tahun 2010 bermula dengan prasekolah.


Tahun 2011 program ini dilaksanakan pada murid-murid Tahun Satu.
Fokus utama kepada 4M – Membaca, Menulis, Mengira dan Menakkul.
ii. Perubahan ketara adalah penambahan bilangan waktu Bahasa Inggeris
iaitu 10 waktu ( 60% aural, 40% writing ). Pendidikan Muzik 1 waktu
sahaja ( 30 minit ), Dunia Sains dan Teknologi 2 waktu, Pendidikan
Jasmani & Kesihatan 3 waktu, Bahasa Malaysia 12 waktu dan Bahasa
Arab 3 waktu.
iii. Pentaksiran dijalankan berasaskan sekolah dan tiada ujian dijalankan.
iv. Guru-guru Tahun Satu akan sentiasa dipantau oleh pihak pentadbir /
PPD.

Makluman : Semua Guru

4.3 MBMMBI ( Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan


Bahasa Inggeris )

i. Program MBMMBI akan bermula pada 2011 untuk murid tahun satu
dahulu, sebelum dilanjutkan ke tahun berikutnya.

Memartabatkan bahasa Malaysia melalui :

1. Pendekatan P&P
2. Guru bahasa Malaysia berkualiti
3. Perluasan ICT dalam P&P
4. Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan
bahasa ibunda di SJKT dan SJKC.

Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui :

1. Penambahan waktu P&P bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC
2. Guru bahasa Inggeris yang berkualiti
3. Pendekatan P&P
4. Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.

Makluman : Semua Guru

4
4.4 SKPM ( Standard Kualiti Pendidikan Malaysia )

4.4.1 Instrumen Pemastian Standard

1. Dimensi I : Hala Tuju Kepimpinan


 Visi dan Misi
1.1 Pembentukan Visi dan Misi
1.2 Penyebaran Visi dan Misi

 Kepimpinan
2.1 Gaya Kepimpinan
2.2 Budaya Ilmu dan berfikir
2.3 Pemuafakatan
2.4 Motivasi dan dorongan
2.5 Pemimpin Kurikulum
2.6 Pengupayaan Kepimpinan

2. Dimensi II : Pengurusan Organisasi

 Struktur Organisasi
3.1 Penentuan Struktur Organisasi
3.2 Penyebaran Struktur Organisasi

 Perancangan
4.1 Perancangan Strategik
4.2 Perancangan Tektikal
4.3 Perancangan Operasi

 Iklim
5.1 Premis – Sekolah Kondusif
5.2 Komunikasi
5.3 Kebebasan Optimum
5.4 Disiplin
5.5 Guru, staf sokongan dan murid bermotivasi
5.6 Kerjasama Dengan Ibu Bapa dan Komuniti

 Pengurusan dan Pembangunan Sumber


6.1 Pengurusan kemudahan dan Keperluan Asas
6.2 Pengurusan Kewangan
6.3 Pengurusan Sumber Manusia
6.4 Pengurusan Pejabat
6.5 Pengurusan Bahan Kurikulum

5
 Pengurusan maklumat
7.1 Pemerolehan Maklumat
7.2 Penyebaran Maklumat
7.3 Penyimpanan Maklumat
7.4 Pengaksesan Maklumat
7.5 Penggunaan Maklumat
7.6 Persembahan Maklumat
7.7 Pengemaskinian Maklumat

3. Dimensi III

 Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal


Murid
14.1 Pengurusan Program Kurikulum
14.1.1 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
14.1.2 Panitia Mata Pelajaran
14.1.3 Jadual Waktu Guru
14.1.4 Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran
14.1.5 Pusat Sumber Sekolah
14.1.6 Program Galakan membaca
14.1.7 Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan

14.2 Pengurusan Program Kokurikulum


14.2.1 Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
14.2.2 Persatuan – mata pelajaran yang diajar di sekolah
- hobi dan rekreasi
14.2.3 Badan Beruniform atau persatuan lain yang
diluluskan oleh pendaftar.
14.2.4 Sukan dan Permainan

14.3 Pengurusan Program Hal Ehwal Murid


14.3.1 Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
14.3.2 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
14.3.3 Sistem Kawalan Keselamatan Murid
14.3.4 Perkhidmatan Kesihatan Murid
14.3.5 Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT )
14.3.6 Pengurusan Disiplin Murid
14.3.7 Biasiswa dan Bantuan Lain
14.3.8 Rancangan Makanan Tambahan ( RMT )
14.3.9 Projek Sukan Sekolah

 Pengajaran dan Pembelajaran


9.1 Rancangan Pelajaran Tahunan
9.2 Rancangan Pelajaran Harian
9.3 Set Induksi

6
9.4 Penyampaian / Perkembangan Pelajaran
9.5 Teknik Penyoalan Guru
9.6 Penglibatan Murid
9.7 Peneguhan
9.8 Latihan dan Tugasan
9.9 Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid
9.10 Penutupan
9.11 Hasil kerja Murid
9.12 Pengurusan Kelas
9.13 Perwatakan Guru

 Pembangunan Sahsiah Murid


10.1 Tugas dan Tanggungjawab
10.2 Latihan dan Bimbingan
10.3 Tunjuk dan Teladan
10.4 Peluang, Persekitaran dan Kemudahan
10.5 Penghargaan dan Pengiktirafan
10.6 Menangani Perlakuan Negatif

 Penilaian Pencapaian Murid


11.1 Penilaian Pencapaian Akademik
11.2 Penilaian Pencapaian Kokurikulum
11.3 Penilaian Pencapaian Sahsiah

Tindakan : Semua Guru

5.0 Kewangan

i. Jumlah wang yang diperolehi pada tahun ini adalah sebanyak RM


3585.00 .
ii. Ketua panitia diminta menyediakan anggaran belanjawan untuk tahun
2011.
iii. Semua guru diminta memaklumkan kepada ketua panitia untuk membeli
alatan atau buku-buku untuk kegunaan mereka semasa aktiviti
pembelajaran dan pengajaran.
iv. Semua barangan yang hendak dibeli mestilah menggunakan borang nota
minta dan dipersetujui oleh puan guru besar.

Tindakan : Ketua panitia dan semua guru.

7
6. Hal-hal Lain

i. Puan pengerusi berharap agar semua aktiviti yang akan dijalankan pada
tahun
ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Tindakan : Ketua panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ……………………………………
( PN ZURIYAH BT OMAR@AZIZAN) ( PN. NUR ASMA JANE BTABDULLAH )
Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik Ketua Panitia Pendidikan Muzik
Sekolah Kebangsaan Convent Sekolah Kebangsaan Convent

8
9

Potrebbero piacerti anche