Sei sulla pagina 1di 34

Sistem Rangka

Manusia
Rangka Manusia
1. Terbina dari tulang-tulang di dalam badan manusia.
2. 5 bahagian utama tulang manusia:-
a) Tengkorak
b) Tulang rusuk
c) Tulang belakang
d) Tulang tangan
e) Tulang kaki
Tengkorak

•Terletak di bahagian
kepala.
•Berfungsi melindungi
otak dari cedera.
Tulang belakang

•Sokongan utama kepada


badan manusia adalah
tulang belakang.
•Tulang belakang
berfungsi menyokong
tubuh manusia.
Tulang Rusuk
Tulang rusuk melitupi
sebahagian besar
badan manusia.

Ia berfungsi melindungi
organ dalaman seperti
peparu dan jantung.
Tulang Tangan
& Kaki
•Tulang tangan dan tulang
kaki penting kepada
manusia.
•2 fungsi utamanya adalah
sebagai sokongan dan
membantu pergerakan.
Fungsi Tulang
Jenis tulang Fungsi
Tengkorak Melindungi otak dari tercedera
Tulang belakang Menyokong tubuh manusia
Tulang rusuk Melindungi organ dalaman seperti jantung
dan peparu
Tulang tangan & kaki Sebagai sokongan dan pergerakan
Sendi
• Sendi adalah tempat pertemuan
dua atau lebih tulang.
• Setiap sendi pada badan manusia
mempunya fungsi-fungsi
tertentu.
• Sendi yang berbeza membantu
pergerakan tulang dengan cara
berbeza.
• Sendi membolehkan pergerakan
dan kebolehlenturan tubuh
manusia.
Contoh pergerakan tulang dan sendi.
Contoh pergerakan tulang dan sendi.
Contoh pergerakan tulang dan sendi.
Contoh pergerakan tulang dan sendi.
Kepentingan Sistem
Rangka Manusia
1. Sebagai struktur utama tubuh
manusia.
2. Sebagai pelindung kepada organ
dalaman seperti otak dan peparu.
3. Memberi bentuk kepada tubuh
manusia.
4. Membantu pergerakan manusia dan
keseimbangan.
5. Sebagai tempat melekat otot dan
sendi.
Sistem Peredaran
Darah
Sistem peredaran darah manusia
1. Sistem peredaran darah sangat penting kepada manusia.

2. Sistem ini mengangkut:


a) Oksigen
b) Nutrien
c) Air
d) Bahan kumuh (karbon dioksida)

3. Terdapat 4 bahagian utama dalam system peredaran darah


a) Jantung
b) Salur darah
c) Darah
d) Peparu
Jantung
• Jantung mengepam darah ke
peparu dan ke seluruh badan.

• Terdapat 2 bahagian jantung:

i. Bahagian kiri: mengepam darah


lebih oksigen keseluruh badan.

ii. Bahagian kanan: mengepam


darah lebih karbon dioksida ke
peparu.
Peparu
• Peparu ialah organ yang
menjadi tempat pertukaran
antara gas karbon dioksida
dengan gas oksigen pada
darah.
Salur Darah
• Salur darah adalah tiub laluan
darah mengalir.

• Salur darah mengankut darah


ke seluruh bahagian badan.
Darah
• Darah mengalir melalui salur
darah ke seluruh badan.

• Darah mengangkut oksigen,


nutrient, air dan bahan kumuh.

• Bahan kumuh seperti karbon


dioksida disingkirkan di peparu.
Laluan
Peredaran
Darah
Laluan darah lebih oksigen

Peparu

Jantung

Tubuh manusia
Laluan Tubuh manusia

darah lebih
Jantung
karbon
dioksida Peparu
Kepentingan sistem peredaran darah

Mengangkut karbon
Mengangkut dioksida dan bahan
oksigen, nutrient dan kumuh lain untuk
air ke seluruh badan. disingkirkan dari
badan.
PERKAITAN
ANTARA
SISTEM TUBUH
MANUSIA
PERKAITAN ANTARA SISTEM
TUBUH MANUSIA
• Tubuh manusia terdiri dari beberapa sistem.
• Setiap sistem menjalankan fungsi yang berbeza namun saling
berkaitan antara satu sama lain.
• Sistem di dalam tubuh manusia tidak dapat berfungsi sendiri.
• Jika satu sistem gagal berfungsi, sistem yang lain akan
terganggu.
SISTEM PERNAFASAN

• Mengangkut oksigen dan


bergantung kepada sistem
peredaran darah.
• Menyingkirkan karbon
dioksida dan juga bergantung
kepada sistem peredaran
darah.
CARA MEMELIHARA
SISTEM PERNAFASAN
1. Menghindari rokok
• Penyakit seperti asma,
bronchitis & kanser
2. Tinggal dipersekitaran yang
bersih
• Pencemaran udara mengganggu
sistem pernafasan
SISTEM RANGKA

• Sistem peredaran darah mengangkut


oksigen dan nutrient kepada sistem
rangka untuk tulang membesar.
• Sistem rangka membantu melindungi
organ pernafasan dan peredaran
darah seperti jantung & peparu.
CARA MEMELIHARA
SISTEM RANGKA
• Mengambil makanan yang kaya
dengan kalsium.
• Melakukan aktiviti riadah (fizikal)
• Memakai alat pelindungan seperti
tali pinggang keledar.
SISTEM PENCERNAAN

• Sistem peredaran darah


mengangkut oksigen kepada sistem
pencernaan.
• Sistem pencernaan membekalkan
nutrient kepada organ untuk
berfungsi dengan baik.
CARA MEMELIHARA
SISTEM PENCERNAAN

• Makan makanan yang kaya dengan


serat.
• Minum air secukupnya.
• Mengambil makanan yang
berkhasiat.
SISTEM PEREDARAN
DARAH
• Sistem peredaran darah
mengangkut darah beroksigen
keseluruh sistem dalam badan.
• Sistem peredaran darah juga
memberi nutrien dan air kepda
semua organ.
CARA MEMELIHARA
SISTEM PEREDARAN DARAH

• Kurangkan pengambilan makanan


yang mengandungi lemak dan gula
yang tinggi.
• Sentiasa bersenam.