Sei sulla pagina 1di 8

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 1: KEMAHIRAN

SAINTIFIK
1.0    Kemahiran Proses Sains

1. Kemahiran Proses Sains membolehkan kamu mempersoalkan


tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara sistematik.
2. Terdapat 12 kemahiran Proses Sains, iaitu 7 kemahiran asas dan 5
kemahiran bersepadu. 
3. Kemahiran proses sains membantu kita memahami objek dan
persekitaran secara saintifik.
4. Kemahiran proses sains yang telah dipelajari sebelum ini
termasuklah:
1. Memerhati – "Sudah lama saya perhatikan sampah sarap di
sini.”
2. Mengasing – “Kita kena asingkan sampah-sarap ini dahulu
mengikut jenisnya.”
3. Berkomunikasi – “Mereka berbincang tentang cara untuk
melupuskan sampah tersebut.”
4. Mengukur dan Menggunakan nombor – “Kita timbang tin
aluminium ini dahulu sebelum dijual.”
5. Meramal – “Saya ramalkan kita akan memperoleh RM8.00
hasil jualan tin aluminium sahaja.”
6. Memberi inferens – “Kita perlu tanam semula sisa makanan
ini supaya sisa makanan ini dapat mereput di dalam tanah dan
baunya pun akan hilang selepas ditanam.” 
1.7    Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

1. Menggunakan perhubungan ruang dan masa ialah kemahiran


memerihalkan perubahan sesuatu kejadian atau fenomena
berdasarkan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu
dan berat mengikut masa.
2. Contoh, selepas 20 minit, ais krim sudah berubah bentuk, saiznya
juga mengecil. Perubahan bentuk dan saiz aiskrim dinamakan
perubahan parameter.
3. Apabila masa bertambah, bentuk aiskrim menjadi tidak sekata dan
saiznya semakin mengecil. Jadi, perhubungan ruang dan masa
dalam situasi di atas adalah, apabila masa bertambah, bentuk
aiskrim menjadi tidak sekata dan saiznya mengecil. 
1.8    Mentafsir Data

1. Mentafsir data ialah kemahiran memberikan penerangan yang


rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang
dikumpulkan.
2. Penerangan yang diberikan daripada bacaan sesuatu jadual, carta
pai, carta palang atau carta pengelasan ialah contoh mentafsir data.
1.9    Mendefinisi Secara Operasi

1. Mendefinisi secara operasi ialah kemahiran memberikan definisi


tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dapat
dilakukan dan diperhatikan.
2. Sebagai contoh,
1. Definisi secara operasi keupayaan bahan menyerap air ialah isi
padu air yang tinggal di dalam bikar.
2. Definisi secara operasi keupayaan bahan menyerap air paling
tinggi ialah isi padu air yang tinggal paling sedikit di dalam
bikar.
3. Definisi secara operasi pertumbuhan pokok kacang hijau ialah
bilangan daun dan ketinggian pokok kacang hijau selepas
seminggu.
4. Definisi secara operasi had kekenyalan gelang getah ialah
Panjang maksimum gelang getah yang dapat ditarik sebelum
putus. 
1.10  Mengawal Pemboleh Ubah

1. Pemboleh ubah ialah sesuatu yang boleh berubah dalam sesebuah


penyiasatan.
2. Pemboleh ubah yang diubah dalam sesuatu penyiasatan dinamakan
pemboleh ubah dimanipulasi.
3. Pemboleh ubah yang dikekalkan dalam sesuatu penyiasatan dikenali
sebagai pemboleh ubah malar.
4. Pemboleh ubah yang diperhatikan dalam sesuatu penyiasatan
dikenali sebagai pemboleh ubah bergerak balas.
1.11  Membuat Hipotesis

1. Membuat hipotesis ialah kemahiran membuat pernyataan umum


yang boleh diuji tentang hubungan antara pemboleh ubah dalam
sesuatu penyiasatan.
2. Sebagai contoh, “Semakin bertambah bilangan adukan, semakin
berkurang masa untuk gula melarut sempurna”.
o Mereka berjaya membuat hipotesis dengan mengaitkan
dengan mengaitkan hubungan antara pemboleh ubah yang
dimanipulasi iaitu bilangan adukan dengan pemboleh ubah
yang bergerak balas, iaitu masa untuk gula melarut sempurna.
3. Hipotesis yang dibuat boleh diuji dengan menjalankan eksperimen. 
1.12  Mengeksperimen 

1. Mengeksperimen ialah kemahiran merancang dan menjalankan


penyiasatan untuk meguji sesuatu hipotesis dengan mengumpul
dan mentafsir data bagi membuat kesimpulan daripada penyiasatan
tersebut.
2. Langkah-langkah mengeksperimen:
1. Merancang eksperimen
1. Mengenal pasti masalah dan membuat pernyataan
masalah
2. Membuat hipotesis
3. Mengamal pemboleh ubah
4. Menyenaraikan alat dan bahan
5. Merancang langkah-langkah
2. Menguji hipotesis
3. Mengumpul dan mentafsir data
4. Membuat kesimpulan
5. Menulis laporan
1. Tujuan
2. Pernyataan masalah
3. Hipotesis
4. Menentukan pemboleh ubah
5. Alat dan bahan
6. Langkah-langkah
7. Dapatan/ Data
8. Mentafsir data
9. Kesimpulan