Sei sulla pagina 1di 6

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 10: MESIN

10.1.1 Tuas
1. Tuas digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek.
2. Tuas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu beban, fulkrum dan daya.
1. Beban ialah berat sesuatu jasad.
2. Fulkrum ialah suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi
sebagai pengimbang atau penyokong.
3. Daya ialah tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang
memberikan kesan.
3. Contoh tuas: Membuka tin cat dengan pemutar skru.
1. Penutup tin bertindak sebagai beban.
2. Hujung pemutar skru yang menyentuh penutup tin ialah
fulkrum.
3. Tangan yang menolak pemutar skru ke bawah pula bertindak
sebagai daya.
4. Contoh aplikasi tuas:
1. Menyapu sampah
2. Mencabut paku
3. Menyepit ais

CONTOH APLIKASI TUAS

MEMBUKA TIN MENYAPU MENCABUT MENYEPIT AIS


SAMPAH PAKU
10.1.2 Hubung Kait Beban, Fulkrum dan Daya
1. Kedudukan fulkrum dari beban mempengaruhi daya yang diperlukan
untuk mengangkat objek.
2. Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu:
1. Meletakkan fulkrum paling dekat dengan beban
2. Daya dikenakan sejauh mungkin dari fulkrum
3. Gunakan kayu yang panjang, bukan kayu yang pendek.
3. Semakin dekat jarak beban dari fulkrum, semakin sedikit daya yang
diperlukan untuk mengangkat beban.
4. Semakin jauh jarak beban dari fulkrum, semakin banyak daya yang
diperlukan untuk mengangkat beban.
10.2.1 Mesin Ringkas
1. Mesin ringkas ialah alat yang membantu kita melakukan kerja dengan
lebih mudah dan cepat.
2. Terdapat pelbagai jenis mesin ringkas di sekeliling kita.
3. Setiap mesin ringkas mempunyai kegunaannya yang khusus.
4. Jenis-Jenis mesin ringkas:
1. Roda dan gandar. Roda dan gandar ialah alat yang terdiri
daripada roda yang dipasang pada sebatang rod yang
dinamakan gandar. Contohnya, pada tombol pintu.
2. Tuas. Tuas ialah alat yang terdiri daripada sebatang rod yang
diletakkan di atas fulkrum untuk mengangkat atau mengumpil
sesuatu beban objek. Contohnya, pada penyapu.
3. Skru. Skru ialah alat yang berbentuk silinder beralur yang dapat
dimasukkan ke atas sesuatu ruang dengan memutarkannya
untuk menyatkan atau mengetatkan dua bahagian objek.
Contohnya, pada botol dan penutupnya.
4. Gear. Gear ialah alat yang terdiri daripada bahagian roda yang
bergerigi. Contohnya, pada jam.
5. Takal. Takal ialah alat yang terdiri daripada satu roda beralur
yang membolehkan tali melaluinya untuk mengangkat atau
menurunkan sesuatu beban. Contohnya, pada bidai.
6. Satah condong. Satah condong ialah satu permukaan rata yang
disendengkan dengan satu bahagian yang hujungnya
diletakkan pada ketinggian yang berbeza. Contohnya, pada
tangga.
7. Baji. Baji ialah alat yang runcing pada satu hujungnya dan
digunakan untuk memotong serta memegang dan
memberhentikan sesuatu objek. Contohnya, pada pisau dan
penyendal pintu.
Jenis-jenis Mesin Ringkas

Roda dan gandar Tuas Skru

Gear Takal Satah condong Baji

10.2.2 Mesin Ringkas Menyelesaikan Masalah


1. Masalah harian dapat diselesaikan dengan menggunakan mesin
ringkas.
2. Lebih banyak mesin ringkas yang digunakan, lebih mudah dan cepat
kerja dapat dilakukan.

10.2.3 Mesin Kompleks


1. Sesetengah alat yang digunakan dalam kehidupan harian kita terdiri
daripada gabungan beberapa jenis mesin ringkas.
2. Alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu mesin
ringkas merupakan satu mesin kompleks.
3. Mesin kompleks yang lebih baik ialah mesin yang mempunyai ciri
lestari, iaitu mesin yang tahan lama, tidak mudah rosak,
mengguntungkan tidak memberikan kesan buruk kepada alam
sekitar, mudah dan selamat digunakan.
4. Contoh mesin lestari ialah basikal, kerana basikal mudah digunakan
dan tidak memerlukan bahan api dosil untuk menggerakkannya. Oleh
sebab itu, basikal tidak akan mencemarkan alam sekitar.

Contoh-contoh mesin kompleks


Gunting Tangga Kereta Kapak basikal
sorong

 Skru  Satah  Roda dan  Baji  Gear


 Baji condong gandar  tuas  Skru
 Skru  Tuas  Roda
 Skru dan
gandar

Video Membina Tangan Robot

http://bukuteks.dbp.gov.my/media/media/wSnRdAqK3T.mp4
Imbasan Minda

Potrebbero piacerti anche