Sei sulla pagina 1di 7

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 8: BAHAN

8.1.1 Sumber Asas Bahan


1. Terdapat pelbagai objek yang digunakan dalam kehidupan harian
kita.
2. Objek tersebut diperbuat daripada pelbagai sumber asas speerti
tumbuh-tumbuhan, haiwan, petroleum dan batuan.
3. Tumbuh-tumbuhan:
1. Pokok getah menghasilkan bahan getah. Contoh objek: tayar
dan sarung tangan getah.
2. Pokok balak menghasilkan bahan kayu. Contoh objek: almari
kayu dan kerusi kayu.
3. Pokok kapas menghasilkan bahan kapas. Contoh objek: baju
dan tuala.
4. Haiwan:
1. Biri-biri menghasilkan bahan bulu biri-biri. Contoh objek: topi
bulu dan sweater.
2. Lembu menghasilkan bahan kulit lembu. Contoh objek: kasut
kulit dan sofa kulit.
3. Ulat sutera menghasilkan bahan kokun sutera. Contoh objek:
tali leher sutera dan kain sutera.
5. Petroleum:
1. Petroleum ialah minyak berwarna hitam yang diperoleh dari
dalam tanah untuk dijadikan petrol dan bahan-bahan lain.
Petroleum terbentuk daripada hidupan yang telah mati
berjuta-juta tahun dahulu.
2. Minyak petroleum menghasilkan bahan plastik. Contoh objek:
beg plastik dan botol plastik.
3. Minyak petroleum juga menghasilkan bahan kain sintetik.
Contoh objek: baju hujan dan khemah.
6. Batuan:
1. Logam menghasilkan bahan emas dan kuprum. Contoh objek:
rantai emas, barang piuter dan duit syiling.
2. Tanih menghasilkan bahan tanah liat. Contoh objek: mangkuk
seramik dan batu bata.
3. Tanih juga menghasilkan bahan pasir. Contoh objek: cermin
dan botol kaca.
Sumber Asas Bahan

Tumbuh- Haiwan Petroleum Batuan


tumbuhan
8.2.1 Sifat Bahan
1. Bahan mempunyai pelbagai sifat, seperti:
1. Kebolehan menyerap air
2. Kebolehan terapung di permukaan air
3. Kekenyalan bahan
4. Konduktor dan penebat elektrik
5. Konduktor dan penebat haba
6. Kebolehan penembusan cahaya
(1) Kebolehan menyerap air

1. Terdapat bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang kalis air.
2. Bahan yang menyerap air menjadi basah apabila terkena air. Air akan
diserap oleh bahan yang menyerap air apabila air dititiskan ke
atasnya.
3. Bahan yang tidak menyerap air disebut bahan kalis air. Air akan kekal
ada pada bahan yang kalis air apabila air dititiskan ke atasnya.

(2) Kebolehan terapung di permukaan air

1. Terdapat bahan yang terapung di atas permukaan air dan bahan yang
tengelam di dalam air.

(3) Kekenyalan bahan

1. Kekenyalan ialah kebolehan sesuatu bahan untuk kembali kepada


keadaan asalnya sesudah ditarik, dipicit atau diregangkan.
2. Terdapat bahan yang kenyal dan bahan yang tidak kenyal.
(4) Konduktor dan penebat elektrik

1. Setiap bahan bersifat sama ada konduktor atau penebat elektrik.


2. Konduktor elektrik ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.
3. Penebat elektrik ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan arus
elektrik.

(5) Konduktor dan Penebat Haba

1. Terdapat bahan yang bersifat konduktor haba dan penebat haba.


2. Konduktor haba ialah bahan yang membenarkan haba mengalir
melaluinya dengan baik dan cepat.
3. Penebat haba ialah bahan yang tidak membenarkan haba melaluinya
dengan baik.

(6) Kebolehan Penembusan Cahaya

1. Setiap jenis bahan mempunyai kebolehan penembusan cahaya yang


tersendiri.
2. Bahan lut sinar ialah bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.
3. Bahan lut cahaya ialah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya
melaluinya.
4. Bahan legap ialah bahan yang menghalang cahaya melaluinya.
8.2.2 Aplikasi Sifat Bahan
1. Pengetahuan tentang sifat sesuatu bahan adalah penting dalam
mereka cipta sesuatu objek.
2. Pemilihan jenis bahan yang bersesuaian dapat memastikan objek
yang dicipta dapat berfungsi dengan baik mengikut keperluannya.
3. Langkah-langkah mereka cipta model dengan mengaplikasikan
pengetahuan tentang sifat bahan:
1. Mengenal pasti masalah
2. Menjana idea
3. Membuat lakaran idea
4. Menyediakan alat dan bahan
5. Membina model

8.2.3 Pemilihan Jenis Bahan dan Mereka Cipta Objek


1. Sesuatu objek dicipta berdasarkan kesesuaian sifat bhaan dengan
fungsi objek tersebut.
2. Pemilihan jenis bahan yang digunakan untuk mereka cipta sesuatu
objek adalah penting untuk memastikan objek tersebut dapat
berfungsi dengan baik dan sesuai untuk digunakan.
Imbasan Minda

Potrebbero piacerti anche