Sei sulla pagina 1di 10

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 7: TENAGA

7.1.1 Tenaga dan Sumbernya


1. Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.
2. Tenaga dapat diperoleh daripada pelbagai sumber.
3. Sumber-sumber tenaga:
1. Matahari merupakan sumber tenaga yang paling utama.
Tenaga matahari boleh digunakan untuk menjanakan elektrik
melalui panel suria.
2. Air yang mengalir menggerakkan turbin di dalam empangan
untuk menjanakan elektrik.
3. Biojisim ialah bahan daripada tumbuh-tumbuhan (kayu api dan
sisa tanaman) atau tinja haiwan yang digunakan untuk
menghasilkan bahan api dan menjanakan elektrik.
4. Angin yang bertiup menggerakkan kincir angin untuk
menjanakan elektrik.
5. Bahan nuklear seperti uranium digunakan untuk menjanakan
elektrik di stesen janakuasa nuklear.
6. Bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu
dibakar untuk menjanakan elektrik.
7. Ombak menggerakkan turbin di dalam laut untuk menjanakan
elektrik.
8. Geoterma juga merupakan sumber tenaga yang diperoleh
daripada haba batuan panas di bawah permukaan bumi untuk
menjanakan elektrik.

Sumber-sumber Tenaga

Matahari Air Biojisim Angin


Bahan nuklear Bahan api fosil Ombak Geoterma
7.1.2 Bentuk Tenaga
1. Terdapat pelbagai bentuk tenaga di sekeliling kita.
2. Bentuk-bentuk tenaga:
1. Tenaga suria ialah tenaga yang diperoleh daripada Matahari.
2. Tenaga haba ialah tenaga yang tersimpan pada objek yang
mempunyai kepanasan.
3. Tenaga cahaya ialah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang
memancarkan cahaya.
4. Tenaga bunyi dihasilkan oleh objek yang bergetar.
5. Tenaga elektrik ialah tenaga yang mengalir dalam litar elektrik
yang lengkap.
6. Tenaga kimia ialah tenaga yang tersimpan dalam bahan seperti
makanan, bahan api fosil, biojisim atau bateri.
7. Tenaga kinetik ialah tenaga yang dipunyai oleh objek yang
bergerak.
8. Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan pada objek
yang berada pada sesuatu ketinggian, diregangkan atau
dimampatkan.
9. Tenaga nuklear ialah tenaga yang terkandung dalam bahan
nuklear seperti uranium.

Bentuk bentuk tenaga

Tenaga suria Tenaga haba Tenaga kinetik Tenaga bunyi

Tenaga Tenaga Tenaga Tenaga Tenaga


elektrik kimia cahaya keupayaan nuklear
7.1.3 Perubahan Bentuk Tenaga
1. Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang
lain.
2. Simbol -> bermaksud berubah kepada.
3. Simbol + bermaksud dan.
4. Contoh perubahan bentuk tenaga:
1. Semasa mengasuh basikal, tenaga kimia daripada makanan
yang dimakan berubah kepada tenaga kinetik (pergerakan kaki
dan basikal).
Tenaga kimia -> Tenaga kinetik
2. Ketika menghidupkan televisyen, tenaga elektrik (di dalam litar
elektrik televisyen) yang digunakan berubah kepada tenaga
cahaya (imej) dan tenaga bunyi.
Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya + Tenaga bunyi
3. Semasa api menyala, tenaga kimia yang tersimpan dalam
bahan bakar berubah kepada tenaga haba dan tenaga cahaya.
Tenaga kimia -> Tenaga haba + Tenaga cahaya
4. Semasa terjun dari papan terjun, tenaga keupayaan
(kedudukan penerjun yang tinggi) berubah kepada tenaga
kinetik (pergerakan penerjun) dan kemudian berubah kepada
tenga bunyi (bunyi percikan air).
Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga bunyi
5. Ketika menyalakan lampu suluh, tenaga kimia yang tersimpan
di dalam bateri berubah kepada tenaga elektrik (dalam litar
elektrik lampu suluh). Kemudian, tenaga elektrik berubah
kepada tenaga haba (mentol menjadi panas) dan tenaga
cahaya (mentol menyala).
Tenaga kimia -> Tenaga elektrik -> Tenaga haba + Tenaga
cahaya
6. Ketika menggunakan kalkulator suria, tenaga suria yang
diperoleh daripada Matahari berubah kepada tenaga elektrik
(dalam litar kalkulator). Kemudan, tenaga elektrik berubah
kepada tenaga cahaya (skrin memancarkan cahaya).
Tenaga suria -> Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya
7. Ketika kenderaan bergerak, enjin kereta mengubah tenaga
kimia yang tersimpan dalam bahan api fosil kepada tenaga
kinetik (pergerakan kereta).
Tenaga kimia -> Tenaga kinetik
8. Tumbuh-tumbuhan membuat makanannya sendiri. Semasa
fotosintesis, tumbuh-tumbuhan mengubah tenaga cahaya
daripada Matahari kepada tenaga kimia yang tersimpan
sebagai kanji.
Tenaga suria -> Tenaga kimia
9. Semasa bermain papan luncur, pemain bermula dari tempat
yang tinggi kemudian luncur ke bawah. Apabila sampai ke
penghujung, pemain akan berhenti pada kedudukan tertinggi
seketika dan kemudian meneruskan pergerakannya semula.
Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga keupayaan
7.1.4 Tenaga Tidak Boleh Dicipta atau Dimusnahkan
1. Semua perubahan yang berlaku di alam ini melibatkan tenaga.
2. Tenaga boleh berubah bentuk kerana tenaga tidak boleh dicipta atau
dimusnahkan.
3. Motosikal yang bergerak mempunyai tenaga kinetik. Tenaga tidak
boleh dicipta. Enjin motosikal hanya mengubah tenaga kimia
daripada petrol kepada tenaga kinetik. Tenaga juga tidak boleh
dimusnahkan. Semasa motosikal bergerak, sebahagian tenaga
kinetiknya turut berubah kepada bentuk-bentuk tenaga yang lain
seperti tenaga bunyi dan tenaga haba. Motosikal berbenti bergerak
kerana semua tenaga kimia daripada petrol telah berubah
sepenuhnya kepada bentuk-bentuk tenaga yang lain.
Tenaga kimia -> Tenaga kinetik -> Tenaga haba + Tenaga bunyi
4. Kesimpulan: Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnhkan, tetapi
boleh berubah bentuk.

7.2.1 Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Tidak Boleh


Dibaharui
1. Sumber tenaga boleh dikelaskan kepada sumber tenaga boleh
dibaharui dan sumber tenaga tang tidak boleh dibaharui.
2. Sumber tenaga boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang boleh
dijana secara berterusan. Contoh:
1. Matahari ialah sumber tenaga yang sentiasa ada.
2. Ombak wujud secara semula jadi.
3. Air sentiada ada di persekitaran.
4. Angin tidak terhad dan sentiada ada.
5. Biojisim sentiasa ada kerana berasal daripada bahan semula
jadi.
3. Sumber tenaga tidak boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang
terhad dan tidak boleh dijana semula. Contoh:
1. Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum akan
kehabisan suatu masa nanti.
2. Bahan nuklear seperti uranium adalah terhad.
3. Bateri akan kehabisan satu hari nanti.
4. Biodiesel ialah bahan api yang dihasilkan daripada minyak sayuran
atau lemak haiwan. Bermula Februari 2019, semua stesen minyak di
Malaysia membekalkan munyak diesel yang dicampur dengan
biodiesel sawit.
7.2.2 Berhemat Menggunakan Tenaga
1. Kebanyakan tenaga yang kita gunakan pada hari ini berasal daripada
sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui.
2. Untuk memastikan kita mempunyai sumber tenaga yang mencukupi
pada masa yang akan datang, kita perlulah berhemat menggunakan
tenaga.
3. Berhemat bermaksud berjimat cermat. Berhemah bermaksud
mempunyai budi perketi yang mulia.
4. Cara-cara berhemat menggunakan tenaga:
1. Tutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
2. Gunakan peralatan yang kurang menggunakan tenaga.
3. Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
4. Kitar semula bahan yang terbuang.
5. Kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemat adalah:
1. Menjimatkan kos penjanaan tenaga elektrik.
2. Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
3. Mengurangkan pencemaran alam sekitar

Cara – cara Berhemat Menggunakan Tenaga

Tutup peralatan Guna peralatan Guna Kitar semula


elektrik yang yang kurang pengangkutan bahan terbuang
dtidak digunakan menggunakan awam atau
tenaga berkongsi kereta
Imbasan minda