Sei sulla pagina 1di 9

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 3: HAIWAN

3.1 Organ Pernafasan Haiwan

1. Di sekeliling kita, ada haiwan yang hidup di darat, ada haiwan


yang hidup di air dan ada haiwan yang boleh hidup di darat dan
di air.
2. Haiwan perlu bernafas untuk terus hidup.
3. Kebiasaan haiwan yang tinggal di darat, bernafas dengan
menggunakan peparu. Contohnya, lembu dan ayam.
4. Haiwan seperti serangga bernafas dengan menggunakan
spirakel. Contohnya, belalang dan pepatung. Spirakel ialah liang-
liang pernafasan yang terdapat di dalam kutikel (bahagian luar
kulit) serangga.
5. Kebiasaannya haiwan yang tinggal di air bernafas dengan
menggunakan insang. Contohnya ikan dan ketam.
6. Haiwan seperti cacing dan pacat bernafas melalui kulit lembap.

Video tentang organ pernafasan haiwan :


https://youtu.be/GY4ghcxJHeU
3.1.1 Pengelasan Haiwan Berdasarkan Organ Pernafasan

1. Haiwan boleh dikelaskan mengkut organ pernafasannya, iaitu


peparu, insang, kulit lembap dan spirakel.
2. Contoh haiwan yang bernafas menggunakan:
1. Peparu: Kucing, buaya, kambing
2. Insang: Berudu, ketam, udang
3. Kulit lembap: Cacing, lintah, pacat
4. Spirakel: Beluncas, rama-rama, semut
3.1.2 Hidup di Darat dan di Air

Katak Sesilia Nuet Salamander

1. Semasa di darat, katak bernafas dengan menggunakan peparu.


Semasa di air pula, katak bernafas dengan menggunakan kulit
lembap.
2. Selain katak, haiwan lain yang mempunyai lebih daripada satu
organ pernafasan ialah sesilia dan salamander atau neut yang
bernafas melalui peparu dan kulit lembap. Sesilia hidup di
Kawasan tropika. Salamander atau neut tidak terdapat di negara
kita. Haiwan ini hanya hidup di Kawasan beriklim sejuk dan
sederhana.
3.2.1 Haiwan Vertebrata dan Haiwan Invertebrata

1. Terdapat haiwan yang mempunyai tulang belakang dan haiwan


yang tidak mempunyai tulang belakang.
2. Haiwan vertebrata ialah haiwan yang mempunyai tulang
belakang. Ular ialah contoh haiwan vetebrata kerana
mempunyai tulang belakang.
3. Haiwan invertebrata ialah haiwan yang tidak mempunyai tulang
belakang. Cacing ialah contoh haiwan invertebrata kerana tidak
mempunyai tulang belakang.
4. Contoh haiwan vertebrata: Kuda, burung, ikan, katak, kura-kura.
5. Contoh haiwan invertebrata: Belalang, cacing, udang, lebah,
nyamuk.
3.2.2 Ciri-ciri Khusus Haiwan Vertebrata

1. Selain organ pernafasan, cara pembiakan, litupan badan dan


habitat juga ialah ciri-ciri khusus yang boleh digunakan untuk
mengelaskan haiwan.
2. Berdasarkan ciri-ciri khusus tersebut, haiwan vertebrata boleh
dikelaskan kepada mamalia, reptelia, amfibia, burung dan ikan.
3. Mamalia
1. Organ pernafasan: peparu
2. Cara pembiakan: melahirkan anak
3. Litupan badan: berbulu halus
4. Habitat: darat
5. Contoh: rusa, kucing, kelawar, paus, lumba-lumba, platipus
4. Amfibia
1. Organ pernafasan: peparu dan kulit lembap
2. Cara pembiakan: bertelur
3. Litupan badan: kulit lembap
4. Habitat: darat dan air
5. Contoh: katak, sesilia, nuet, salamander
5. Burung
1. Organ pernafasan: peparu
2. Cara pembiakan: bertelur
3. Litupan badan: berbulu pelepah
4. Habitat: darat
5. Contoh: ayam, burung bangau
6. Reptilia
1. Organ pernafasan: peparu
2. Cara pembiakan: bertelur
3. Litupan badan: bersisik atau berkulit keras
4. Habitat: kebanyakannya di darat
5. Contoh: kura-kura, buaya
7. Ikan
1. Organ pernafasan: Insang
2. Cara pembiakan: bertelur
3. Litupan badan: bersisik
4. Habitat: air
5. Contoh: ikan puyu, ikan emas
8. Jadual ciri-ciri khusus haiwan vertebrata:

9. Info sains:

1. Paus tinggal di laut tetapi dikelaskan sebagai haiwan mamalia


kerana dapat melahirkan anak dan bernafas dengan
menggunakan peparu.
2. Kelawar ialah haiwan mamalia yang dapat terbang dan tidak
dikelaskan sebagai burung.
3. Platipus ialah haiwan mamalia yang unik kerana platypus
bertelur tetapi menyusukan anaknya. Platipus menghabiskan
masanya lebih lama di air berbanding dengan di darat.