Sei sulla pagina 1di 8

NOTA SAINS TAHUN 4 UNIT 6: BUNYI

6.1 Getaran dan Bunyi

1. Bunyi dihasilkan oleh getaran.


2. Bunyi dapat dihasilkan melalui beberapa cara:
1. Tiupan: Apabila seruling ditiup, udara di dalam seruling
bergetar.
2. Ketukan: Apabila xilofon diketuk, xilofon bergetar.
3. Petikan atau Gesekan: Tali yang dipetik atau digesek bergetar.
4. Tepukan: Kepingan simbal bergetar apabila ditepuk.

Tiupan Ketukan Petikan Gesekan Tepukan


6.2 Bunyi Bergerak

1. Fariz, Teruni dan Mei Lan boleh mendengar bunyi loceng penjual
aiskrim walaupun mereka berada pada kedudukan yang berbeza.
2. Mereka boleh mendengar bunyi loceng daripada penjual aiskrim
kerana bunyi bergerak ke semua arah.
6.3 Bunyi boleh dipantul

1. Apabila bunyi terkena pada suatu permukaan yang keras, bunyi akan
dipantulkan semula.
2. Contoh pantulan bunyi di sekeliling kita:
1. Bercakap di dalam bilik yang kosong
2. Menjerit di dalam gua
3. Menjerit di dalam dewan yang kosong

Pantulan Bunyi di sekeliling kita:

Bercakap di dalam Menjerit di dalam Menjerit di dalam


bilik kosong gua dewan kosong
6.4 Fenomena Pantulan Bunyi
1. Pantulan bunyi berlaku di sekeliling kita. Pantulan bunyi digunakan
oleh manusia dan haiwan dengan pelbagai cara.
2. Contoh fenomena pantulan bunyi:
1. Gema: Gema ialah bunyi yang terhasil apabila bunyi
dipantulkan pada permukaan yang keras.
2. Ultrasonik: Ultrasonik ialah bunyi yang tidak dapat didengar
oleh manusia tetapi dapat didengar oleh haiwan seperti
kelawar, ikan lumba-lumba dan paus untuk memandu arah dan
mengesan lokasi mangsa masing-masing. Dalam bidang
perubatan, pantulan bunyi ultrasonik digunakan untuk
mengesan organ di dalam badan pesakit atau bayi di dalam
kandungan.
3. Sonar: Sonar ialah teknologi pantulan bunyi ultrasonik yang
digunakan untuk mengesan objek di dalam air.

Fenomena pantulan bunyi

Gema Ultrasonik Sonar


6.5 Bunyi yang Berfaedah dan Bunyi yang
Memudaratkan

1. Bunyi memberikan pelbagai kesan kepada kehidupan kita.


2. Terdapat bunyi yang berfaedah dan bunyi yang memudaratkan kita.
3. Contoh bunyi yang berfaedah:
1. Bunyi suara membolehkan kita berkomunikasi.
2. Bunyi muzik boleh menghiburkan.
3. Bunyi siren ambulans memberikan isyarat kecemasan.
4. Bunyi deringan telefon memberikan maklumat ada panggilan
masuk.

Kebaikan Bunyi:

Berkomunikasi Menghiburkan Isyarat Memberikan


Kecemasan Maklumat
4. Contoh bunyi yang memudaratkan kita:
1. Persekitaran yang bising menyebabkan kita sukar
berkomunikasi.
2. Bunyi bising kenderaan mengganggu ketenangan dan
menyebabkan tekanan emosi.
3. Bunyi bising yang didengar secara kerap atau terlalu kuat boleh
menyebabkan masalah pendengaran.
5. Kekuatan bunyi diukur dalam unit decibel (dB). Bunyi kuat yang
melebihi 85 dB boleh merosakkan telinga kita.

Keburukan Bunyi :

Sukar Mengganggu Tekanan Masalah


berkomunikasi ketenangan emosi pendengaran
6.6 Mengurangkan Pencemaran Bunyi

1. Bunyi yang terlalu kiat atau bunyi yang tidak diingini dapat
dikurangkan supaya lebih senyap atau kurang jelas.
2. Contoh situasi:
1. Petugas di landasan kapal terbang menggunakan pelindung
telinga untuk melindungi telinga supaya tidak rosak akibat
bunyi pesawat yang terlalu kuat.
2. Penyerap bunyi seperti permaidani, langsir dan tingkap dapat
mengurangkan getaran bunyi.
3. Penggunaan pokok dapat membantu mengurangkan
pencemaran bunyi di persekitaran kita.
3. Untuk menghentikan bunyi pada jam loceng tanpa mematikan
suisnya, kita boleh memberhentikan getaran pada bahagian penukul
locengnya.

Cara mengurangkan pencemaran bunyi:

Pelindung telinga Penyerap bunyi – Penggunaan


permaidani, pokok
langsir,tingkap
Imbasan Minda

Potrebbero piacerti anche