Sei sulla pagina 1di 3

Nota Sains Tahun 4 Unit 5: Proses Hidup Tumbuhan

(A) Gerak Balas Tumbuhan


1. Tumbuhan bergerak balas terhadap 4 jenis rangsangan, iaitu cahaya
Matahari, air, graviti dan sentuhan.
2. Bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan
ialah akar, pucuk, daun dan bunga.
3. Bahagian tumbuhan akan bergerak sama ada ke arah atau menjauhi
rangsangan.

Video Gerak balas tumbuhan :


https://youtu.be/Ot7vsGsyxVw
(B) Fotosintesis
1. Fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanan sendiri.
2. Proses fotosintesis memerlukan cahaya Matahari, karbon
dioksida, air dan klorofil.

Video Gerak Fotosintesis :


Video 1 : https://youtu.be/Z1G2dw4DcNc
Video 2 : https://youtu.be/FLjPLsM0mzg
Video 3 : https://youtu.be/WU1J71h8jw0
(C) Hasil Fotosintesis
1. Tumbuhan menggunakan tenaga daripada matahari untuk menukar air
dan karbon dioksida kepada kanji dan oksigen.
2. Kanji membekalkan tenaga kepada tumbuhan untuk pertumbuhan,
pengeluaran bunga, buah dan biji benih.
3. Oksigen dibebaskan ke persekitaran melalui liang halus pada daun.
4. Rumus fotosintesis:

(D)Fotosintesis dan Hidupan Lain


1. Tumbuhan membebaskan oksigen kepada manusia dan haiwan
bernafas.
2. Tumbuhan membekalkan sumber makanan kepada manusia dan
haiwan.

Potrebbero piacerti anche