Sei sulla pagina 1di 53

Isi kandungan Muka surat

1. Biodata

2.Ruangan pengesahan lulus atau gagal

3.Lencana Keahlian

4.Lencana Wajib = Berbasikal

5.Lencana Kepandaian – Kategori Kegemaran

5.1. Ahli Koleksi Hobi

5.2. Ahli Pembaca Buku

6. Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan

6.1. Ahli Sains

6.2. Ahli Pasukan Permainan

7 Lencana Kepandaian – kategori Perkhidmatan

7.1. Ahli Pengurus Rumah

7.2. Ahli Pertolongan Cemas

1
LENCANA KEAHLIAN PKK

2
1.   Lambang Penga kap Malaysia 

MAKSUD :

KELOPAK MENGHALA KE ATAS


Melambangkan setiap ahli pengakap hendaklah taat kepada tuhannya
Setiap ahli pengakap mestilah mempunyai agama dan mempercayai kewujudan tuhan yang
maha esa

KELOPAK YANG MENGHALA KE KANAN


Melambangkan setiap ahli pengakap mestilah mematuhi semua undang-undang pengakap

KELOPAK YANG MENGHALA KE KIRI


Melambangkan seorang pengakap seharusnya berusaha untuk menolong orang pada
setiap masa

BINTANG PECAH LIMA DIKELOPAK KIRI KANAN LAMBANG


Terdapat 10 undang-undang pengakap yang seharusnya dituruti oleh setiap ahlinya

IKATAN YANG MENYATUKAN KETIGA-TIGA KELOPAK


Melambangkan ikatan persaudaraan pengakap sedunia

LINGKARAN TALI SEKELILING LOGO


Melambangkan persaudaraan pengakap dunia

3
2. Lambang Pengakap Dunia.

a)  Lambang  Pengakap  Dunia  terletak  di  tengah  lingkaran  tali  dengan 
hujungnya  dimatikan  dengan  ikatan  buku  sila.   Lingkaran  tali  membawa 
maksud  '  persaudaraan  Pengakap seluruh  dunia. '

b)  Lambang  Pengakap  di  dalam  lingkaran  tali  itu  mempunyai  tiga  kelopak 
yang  membawa  maksud  Persetiaan  Pengakap.

c)  Di  dalam  kelopak  kiri  dan  kanan  terdapat  bintang  pecah  lima  pecahan 
bintang  itu, membawa  maksud    sepuluh  UndangUndang  Pengakap.

d)  Ketigatiga  kelopak  pula   dicantum  dengan  satu  ikatan  tali. Ikatan  itu 
membawa  erti  yang  pengakap  itu  bersaudara  dengan  semua  pengakap 
seluruh  dunia.

e)  Warna  ungu  pada  lambang  ialah  warna  Biro  Pengakap  Sedunia.

f)  Warna  putih  membawa  maksud  kecucian  dan  kebersihan.

4
3. Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya 
saya berjanji dan bersetia 
yang saya 
dengan seberapa daya upaya saya
akan :
Taat kepada Tuhan, raja dan negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut undangundang pengakap

5
4. Undangundang Pengakap
1) dipercayai
2) taat
3) berguna
4) bersaudara
5) berbudi
6) kasihkan binatang
7) menurut perintah
8) tabah hati
9) berjimat
10) suci fikiran, perkataan, perbuatan

5. Hormat pengakap

Diberikan semasa:
a) berjumpa denga n pemimpin pengakap dan pe
gawaipegawai pengakap atau 
orang kenamaan.

6
   b) Menerima anuerah, sijil atau hadiah
b) Istiadat menaik dan menurunkan  bendera

Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap.
Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia.
Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala
ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan
tiga jari tengah diluruskan.

6. Cogankata pengakap.

Pengakap Kanakkanak  : Buat Sehabis Baik

7. Sejarah Pengakap Dunia

Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England.
Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki
di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson
Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang
penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula
sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan
untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk
budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh
beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan
pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa
beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun
1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun
1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London.
Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan
British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat
kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau

7
mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah
meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell


Nama Singkatan               : BP
Tarikh Lahir                       : 22 Febuari 1857
Tempat Lahir                      : London, England
Pendidikan Awal               : Charter House, London
Pekerjaan Bekas              : Mejar Tentera British
Nama Bapa                        : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri                         : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia     : 8 Januari 1941

8. CERITA HUTAN DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA

Ada  suatu  adat  Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak
serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota
Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam
bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah
nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan
atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota
Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang
membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga
anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu
malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke
Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan
anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi
bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak
masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. 

Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan
rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun

8
serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli
dan membuat keputusan, tiba-tiba Sher Khan mengaum dari belakang batu besar.
"Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak
layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika,
mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatkan rasa
tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila
timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada
anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi
anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia
menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan
itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian
untuk mempertahankan Mowgli.  Seekor binatang lain yang bukan anggota
Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo,
seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-
undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di
tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima
sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi
Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan
lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba
bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang
Hutan, nyawa seekor anak serigala bolehditebus dengan seekor buruan. Dia akan
menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan
tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota
Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai
anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera
itu.

Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan
tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.
Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak
diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana
manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi
pertolongan kepada suatu hari kelak.

9
9. Istiadat Laung Agung Pengakap KanakKanak 

10
LENCANA WAJIB  PENUNGGANG BASIKAL

1. Undang-
undang Jal anraya Berbasikal

11
Patuhi semua UndangUndang Trafik dan Isyarat
•  Menunggang basikal dijalan raya, MESTI mematuhi undangundang lalu lintas; tanda
tanda dan isyarat trafik.
•  JANGAN  Menunggang  yang  bertentangan  dengan  arah  lalu  lintas  adalah  berbahaya  dan 
menyalahi undangundang.
•Menunggang di lorong pejalan kaki
•  Ketika  menunggang  basikal  anda  di  kaki   lima   anda  mesti patuhi  semua  papan  tanda  dan 
isyarat  pejalan  kaki.
•  Apabila  menghampiri  pejalan  kaki  dari  belakang,   perlahan  dan  memberi  isyarat  yang  boleh
didengar  memberi  amaran  kepada  mereka  kehadiran  anda  sebelum  melintasi  mereka.

2. Peraturan-peraturan Semasa Menunggang Basikal


1. Sebelum menunggang basikal, pastikan brek, lampu hadapan, lampu merah belakang dan loceng
boleh digunakan.
2. Sebelum belok basikal ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang, hendaklah memandang ke
belakang, dan kemudian beri isyarat.
3. Jika tunggang ramai-ramai, tunggang dalam satu baris.
4. Guna lorong basikal, jika ada.
5. Kedua-dua tangan mesti pegang pemegang (hendal) dan kaki pada pengayuh basikal (pedal).
6. Fahami dan ingat isyarat jalan raya.
7. Apabila berhenti, gunakan brek belakang, perlahan, dan brek hadapan kemudiannya.
8. Beri jalan kepada kenderaan yang besar dan patuh pada isyarat lalu lintas.
9. Sentiasa menunggang basikal di sebelah kiri jalan.

3. Bahagian Basikal

12
4. Perkara-perkara Yang Menyebabkan Kemalangan Semasa Berbasikal
1. Menggunakan basikal yang tidak sempurna keadaannya. Misalnya brek,
lampu, dan sebagainya, tidak boleh berfungsi.
2. Tidak memberi isyarat jelas semasa memulakan tunggangan, sewaktu
membelok atau memberhenti basikal.
3. Membawa penumpang atau benda-benda yang boleh mengganggu imbangan
semasa menunggang basikal berkenaan.
4. Menunggang dan mengikut kenderaan lain pada jarak yang dekat.
5. Menunggang dan mengikut kenderaan lain di jalan raya yang sibuk dan
sempit.
6. Membawa haiwan semasa menunggang basikal.
7. Bergurau atau bercakap-cakap semasa menunggang di jalan raya yang sibuk.
8. Memotong atau melintasi celah-celah kenderaan lain.
9. Menunggang basikal yang tidak sesuai saiznya dengan penunggang.
Contohnya, menunggang basikal yang terlalu besar atau terlalu kecil.

5. Cara Membaiki Basikal

13
Cara Menampal Tiub Basikal

14
15
LENCANA KEPANDAIAN – KATEGORI KEGEMARAN

AHLI KOLEKSI HOBI

16
17
18
19
Perakuan

20
Saya telah mengumpul dan menyerahkan 30 jenis pembalut gula – gula / penutup botol
untuk dinilai oleh Guru Pemimpim Pengakap

Tarikh : (tarikh terima buku log dari murid)

Pengesahan Guru Pemimpin Pengakap

Saya telah mengesahkan bahawa ahli pengakap ini telah menunjukkan koleksi hobinya
kepada saya

Yang menjalankan tugas :

__________________________

( )

Pemimpin Pengakap
SK

21
LENCANA KEPANDAIAN – KATEGORI KEGEMARAN

AHLI PEMBACA BUKU

Buku 1.

Tajuk : Gaun Merah jambu

Tarikh : 2003

Penerbit : Fatimah Endon

Bilangan halaman : 190

Saya telah membaca


Sinopsis 8 naskah
cerita : Ikuti buku
kisah – buku
Puteri Prosa moden,
Arabella yangProsa
tampiltradisional,
membuat Prosa Bahasa
Melayu, dan Puisi
kebajikan dantradisional kegemaran saya. Buku
terpaksa mengorbankan – buku
barang yangitudisayanginya
ialah : demi
insan yang lebih memerlukan. Dia mahu melihat orang lain gembira. Dia
berharap gaun merah jambu kepunyaannya dapat membuatkan rakannya
gembira di hari lebaran.

Pengajaran : sanggup berkorban demia


22 kegembiraan orang yang
disayangi.
Buku 2.

Tajuk : Pengembaraan Empat Puteri

Tarikh : 2003

Penerbit : Fatimah Endon

Bilangan halaman : 200

Sinopsis : Mengisahkan empat orang puteri yang tidak ada pertalian


keluarga, namun kedudukan negara mereka berdekatan antara satu sama
lain. Buku ini menceritakan gaya puteri yang berbeza personaliti dan
mempunyai kebolehan istimewa yang perlu melalui pengembaraan yang
Buku 3.
mengubah hidup mereka.
Tajuk : Remaja harapan
Pengajaran : Persahabatan yang kukuh dapat bekerjasama dengan
Tarikh : 2005
sempurna

Penerbit : Hilal asyraf

Bilangan halaman : 194

Sinopsis : Mengisahkan watak utama, Megat Iskandar Asyraf, berumur 11


tahun berusaha untuk cemerlang di dalam USPR. Kisahnya tiada banyak
konflik. Sekadar beberapa cerita yang memberikan inspirasi kepada anak-
23
anak kecil untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak cepat kecewa.

Pengajaran : belajar bersungguh-sungguh dan tidak cepat kecewa


Buku 4.

Tajuk :

Tarikh :

Penerbit :

Bilangan halaman :

Sinopsis :

Pengajaran :

Buku 5.

Tajuk :

Tarikh :

Penerbit :

Bilangan halaman :

Sinopsis :

Pengajaran :
24
Buku 6.

Tajuk :

Tarikh :

Penerbit :

Bilangan halaman :

Sinopsis :

Pengajaran :

Buku 7.

Tajuk :

Tarikh :

Penerbit :

Bilangan halaman :

Sinopsis :

Pengajaran :
25
Buku 8.

Tajuk :

Tarikh :

Penerbit :

Bilangan halaman :

Sinopsis :

Pengajaran :

Pengesahan

Saya telah membaca dan menunjukkan 8 buah buku dan saya telah sedia untuk di uji oleh
Guru Pemimpin Pengakap sekolah saya.

26
Tarikh :

Hari :

Masa :

Pengesahan Guru Pemimpin Pengakap

Disahkan bahawa ahli pengakap ini telah menunjukkan 8 buah buku kepada saya

Yang menjalankan tugas :

_____________________________

( )

Pemimpin Pengakap

SK

27
LENCANA KEPANDAIAN – KATEGORI PENGETAHUNA

AHLI SAINS

1. Saya telah membuat satu eksperimen tentang lakaran litar elektrik.

A. Tujuan : Melakar gambar rajah litar elektrik menggunakan symbol komponen.

B. Alat dan Bahan : 2 biji mentol, wayar penyambung, 2 biji sel kering, suis, pemegang
sel kering dan pemegang mentol.

28
C. Langkah – langkah.

1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan berempat.

2. Setiap kumpulan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil,iaitu kumpulan A dan kumpulan
B.

3. Lakukan aktiviti mengikut giliran aktivitiseperti yang berikut. Peranan setiap


kumpullanakan bertukar selepas selesai aktiviti..

Giliran Kumpulan A Kumpulan B


1 Lakar gambar rajah litar elektrik 1 Lakar gambar rajah litar elektrik 2 yang
yang telah disediakan oleh guru disediakan oleh guru
2 Bina litar berpandukan lakaran litar Bina litar berpandukan lakaran litar
elektrik yang disediakan oleh elektrik yang disediakan oleh kumpulan A
kumpulan B

Pengesahan Guru Sains :

Dengan menjalankan eksperimen ini, saya telah mengesahkan pengakap ini telah
menunjukkan cara melakar gambar rajah litar elektrik menggunakan symbol komponene.

Tarikh :__________________

Di semak dan di sahkan oleh :

__________________________________

Nama :

Guru Sains Tahun ___

Tahun ___

2. Saya telah membuat aktiviti memerihalkan air boleh berubah keadaan melalui proses
penyejatan.

A .Tujuan :

Memerihalkan air boleh berubah keadaan melalui proses penyejatan

29
B. Alat dan Bahan

Kertas turas dan air

C. Langkah – langkah

1. basahkan kertas turas keseluruhannya

2.Letakkan kertas turas di bawah kipas yang sedang berpusing.

3. Biasrkan kertas turas basah selama 30 minit di bawah kipas yang berputar.

4. Buat pemerhatian ke atas kertas turas

5. Bincangkan hasil aktiviti dengan rakan dalam kumpulan.

Pengesahan Guru Sains :

Dengan menjalankan eksperimen ini, saya telah mengesahkan pengakap ini telah
menunjukkan cara Memerihalkan air boleh berubah keadaan melalui proses penyejatan

Tarikh :__________________

Di semak dan di sahkan oleh :

__________________________________

Nama :

Guru Sains Tahun ___

Tahun ___

3. Saya telah membuat aktiviti untuk mengenalpasti litar yang boleh menyalakan mentol.

A. Tujuan :

Mengenalpasti litar yang boleh menyalakankan mentol.

30
B. Alat dan Bahan :

Gunting, cawan polisterina, kain felt, mentol dan pemegang mentol, gelang getah, 4 wayar
penyambung, dan sel kering.

C. Langkah – langkah

1. Potong empat utas wayar penyambung. Panjang setiap satunya ialah 22cm.

2. Buat 8 lubang pada keliling cawan polisterina.

3. Masukkan empat utas wayar melalui lubang - lubang tersebut supaya setiap wayar
melalui dua lubang.

4. Tutup bahagian atas cawan dengan hiasan menyerupai sotongyang diperbuat daripada
kain felt.

5. Pasang mentol pada pemegang dan sambungkan kepapda sel kering.

6. Minta kawan menyalakan mentol dengan menyambungkan wayar pada litar sotong
dalam masa yang ditetapkan.

Pengesahan Guru Sains :

Dengan menjalankan eksperimen ini, saya telah mengesahkan pengakap ini telah
menunjukkan aktiviti Mengenalpasti litar yang boleh menyalakankan mentol.

Tarikh :__________________

Di semak dan di sahkan oleh :

__________________________________

Nama :

Guru Sains Tahun ___

Tahun ___

4. Saya telah membuat aktiviti untuk mencipta model dengan menggunakan prinsip cahaya.

A. Tujuan :

Mencipta satu model dengan menggunakan prinsip cahaya

31
B. Alat dan bahan :

Alat tulis dan bahan buangan

C. Langkah – langkah

1. Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan.

2. Rancang cirri – cirri model yang hendak dihasilkan

3. Lakarkan model di atas sehelai kertas.

4. Bina model dengan menggunakan bahan terpakai.

5. Persembahkan model di dalam kelas dan terangkan prinsip cahaya yang digunakan dalam
mereka cipta model tersebut.

Pengesahan Guru Sains :

Dengan menjalankan eksperimen ini, saya telah mengesahkan pengakap ini telah
menunjukkan aktiviti Mengenalpasti litar yang boleh menyalakankan mentol.

Tarikh :__________________

Di semak dan di sahkan oleh :

__________________________________

Nama :

Guru Sains Tahun ___

Tahun ___

32
LENCANA KEPANDAIAN – KATEGORI PENGETAHUNA

AHLI PASUKAN PERMAINAN

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA TAMPAR

i. Kawasan Permainan
Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas. Gelanggang
permainan adalah satu segi empat yang berukuran 16m x 8m dikelilingi oleh satu zon bebas

33
yang berukuran minimum 3m lebarnya dari tepi gelanggang permainan dan 7m tinggi dari
permukaan permainan.

ii. Garisan Gelanggang Permainan


Gelanggang permainan ditandakan oleh garisan yang lebarnya 5sm. Garisan ini ditandakan
oleh dua garisan tepi dan dua garisan hujung. Kesemua garisan ini termasuk dalam ukuran
gelanggang permainan. Dua garisan yang lain ialah garisan tengah dan garisan serangan.
Garisan tengah berukuran 8m panjangnya dan terletak tepat di bawah jaring manakala
garisan serangan dilukis 2.7m dari paksi garisan tengah menandakan zon depan.

iii. Zon-Zon dan Kawasan

Zon Depan
Zon ini dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serangan.

Zon depan
dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga zon bebas.

Zon Belakang
Zon belakang pula dihadkan dari belakang garisan serangan (tidak termasuk garisan
serangan) hingga ke belakang garisan hujung.

Zon Servis
Zon servis ialah kawasan yang lebarnya 8m di belakang garisan hujung. Zon servis dihadkan
oleh 2 garisan pendek setiap satu 15sm panjang dan dilukis 20sm ke belakang garisan
hujung sebagai pemanjangan garisan tepi.

Zon Penggantian
Zon ini dihadkan antara garisan serangan dengan meja pencatat skor.

Kawasan Memanaskan Badan


Berukuran 3m x 3m terletak pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon
bebas.

Kawasan Penalti
Berukuran 1m x 1m dengan sebuah kerusi terletak di kawasan kawalan di luar garisan
hujung.

iv. Petikan Undang-Undang Yang Berkaitan


Objektif permainan ini bertujuan untuk menghantar bola melepasi jaring serta mematikan
bola di gelanggang pihak lawan dan menghalang usaha yang sama oleh pihak lawan. Setiap
pasukan mempunyai tiga pukulan untuk menghantar balik bola itu (tidak termasuk sentuhan
menghadang).

34
a. Pengiraan mata
Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan bola atau pihak lawan
melakukan kesilapan. Jika pasukan yang menerima servis memenangi satu rali, pasukan
mendapat servis dan juga satu mata. Setiap perlawanan dimainkan berdasarkan 2 set
terbaik daripada 3 set (Best of 3) dengan kiraan mata rali 25 mata bagi set pertama dan set
kedua (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set
penentuan, iaitu set ketiga, ia dimainkan dengan kiraan mata rali 15 mata (perlu
memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 14-14). Untuk set penentuan, pasukan
bertukar gelanggang apabila mana-mana pasukan mencapai mata 8.

b. Putaran
Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk membuat servis, semua
pemain mesti memutar satu kedudukan mengikut putaran jam: pemain di posisi 2 berputar
ke posisi 1 untuk membuat servis, pemain posisi 1 akan berputar ke posisi 6 dan seterusnya.

v. Pemain Libero (Bab 6 Peraturan FIVB)


• Setiap pasukan boleh mendaftarkan satu atau dua orang pemain Libero yang memakai
jersi yang berlainan warna daripada jersi pasukan.
• Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan digantikan
dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan.
• Pemain Libero tidak boleh membuat servis, menghadang, menyerang dengan bola di atas
paras jaring atau mengumpan atas kepala semasa berada di zon depan untuk serangan.

vi. Rali Setiap pasukan akan kehilangan rali jika satu daripada perkara yang berikut
berlaku :
• Bola menyentuhi lantai dalam gelanggang permainan sendiri.

35
• Bola menyentuh seseorang pemain dan keluar dari gelanggang.
• Bola dimainkan melebihi 3 kali kecuali menghadang.
• Bola disentuh oleh pemain yang sama sebanyak 2 kali berturut-turut.
• Seorang pemain menyentuhi jaring simpai / pita putih atas jaring.
• Seorang pemain melintasi garisan tengah dan masuk ke gelanggang pihak lawan.
• Seorang pemain tidak boleh memegang, membawa atau membaling bola.
• Seorang pemain barisan belakang merejam bola atas paras jaring dalam kawasan serangan
3m.
• Libero merejam bola atas paras jaring atau berusaha untuk menghadang di jaring.
• Libero mengumpan di kawasan serangan 3m untuk perlakuan rejaman.

Advertisements
SALINAN SIJIL PERTANDINGAN PERINGKAT SEKOLAH / KELOMPOK / DAERAH / NEGERI /
KEBANGSAAN ( PILIH SATU PERINGKAT SAHAJA )

36
SALINAN SIJIL PERTANDINGAN PERINGKAT SEKOLAH / KELOMPOK / DAERAH / NEGERI /
KEBANGSAAN ( PILIH SATU PERINGKAT SAHAJA )

37
Selepas saya berlatih dan bermain bola tampar, saya akan menyimpan bola tampar di dalam
bilik stor permainan. Saya dan kawan – kawan sepasukan akan melipat jaring bola tampar
dan meletakkan di dalam sebuah bakul besar yang diletakkan di dalam bilik stor permainan.

38
Setiap ahli pasukan bola tampar akan membawa baju jersi bola tampar yang dipakai ke
rumah untuk dibasuh dan memulangkan semula kepada jurulatih untuk disimpan.

Setelah selesai bermain bola tampar, saya akan menyimpan kasut di dalam almari dan
membasuh stoking saya. Saya akan mandi dan membersihkan badan saya untuk mendapat
kesegaran setelah letih bermain.

Pengesahan Guru jurulatih bola tampar sekolah :

Setelah membaca tugasan ini, saya telah mengesahkan pengakap ini telah menunjukkan
pengetahuan tentang undang-undang dan peraturan permainan bola tampar, dan
menunjukkan minat dan jujur dalam permainan bola tampar, dan mahir dalam permainan
bola tampar.

Tarikh :__________________

Di semak dan di sahkan oleh :

__________________________________

Nama :

Guru Jurulatih Bola Tampar

SK _____________________________

39
LENCANA KEPANDAIAN – KATEGORI PERKHIDMATAN

PENGURUS RUMAH

1. Saya telah menyediakan satu minuman panas dan telah di nilai oleh Guru Pemimpin
Pengakap sekolah saya sewaktu aktiviti kokurikulum di sekolah saya. Minuman panas itu
ialah Kopi ‘O’ kaw.

40
Bahan – bahan :

1. kopi 1 sudu
2. gula 1 hingga 3 sudu (ikut tahap manis yang anda suka)
3. Air suam/sejuk sedikit sahaja
4. air panas baru masak  1.5 liter (penuh jag kecil seperti dalam gambar)

Cara membuat :

1 2.

Masukkan 2 senduk gula dalam jag


(boleh kurangkan gula ikut tekak anda)

3. 4.

Gaulkan kopi dan gula sehingga sebati Masukkan sedikit air sejuk atau air 
suam dan kacau kuat-kuat, kemudian
peram campuran ini sambil menutup
tudung jag. Peram 10 hingga 20 minit
untuk dapatkan konsistensi kopi yang
sempurna.

41
5. 6.

Tambah air panas baru masak  dan kacau Kopi anda sudah siap untuk diminum.
 lagi sehingga rata. Tudung dan biarkan 
kopi anda seketika.

Pengesahan Guru Pemimpin Pengakap :

Setelah melihat murid pengakap ini membancuh air kopi ‘O’ kaw, saya telah mengesahkan
pengakap ini telah mahir membancuh air kopi ‘O’ kaw.

Tarikh :__________________

Di semak dan di sahkan oleh :

__________________________________

Nama :

Guru Pemimpin Pengakap

SK _____________________________

42
2. Saya telah menyediakan satu minuman yang menyegarkan dan telah di nilai oleh Guru
Pemimpin Pengakap sekolah saya sewaktu aktiviti kokurikulum di sekolah saya. Minuman
panas itu ialah Teh ais buah Peach.

Bahan – bahan :

 Buah peach – ikut suka, potong dadu kecil


 Ais
 Sirap peach dalam tin (air gula)
 Gula
 Ais
 Air
 1 uncang teh

Cara Penyediaan :

1.

Rendam uncang teh dengan 1 mug air


panas. Masukkan air teh dalam jug.
Masukkan jus peach, jika kurang
manis boleh tambah sedikit gula .

2. Kemudian, masukkan buah peach, kacau rata supaya gula tidak mendap di
bahagian bawah sahaja.

3.

43
Masukkan air dan ais. Teh ini telah siap untuk diminum. Kalau nak sedap dan wangi
lagi, masa rendam uncang teh dengan air panas tadi, boleh siatkan sehelai daun
pandan.

Pengesahan Guru Pemimpin Pengakap :

Setelah melihat murid pengakap ini membancuh air teh ais peach , saya telah mengesahkan
pengakap ini telah mahir membancuh air teh ais peach .

Tarikh :__________________

Di semak dan di sahkan oleh :

__________________________________

Nama :

Guru Pemimpin Pengakap

SK _____________________________

3. Saya telah memasak satu nasi gorang dan telah di nilai oleh Guru Pemimpin Pengakap
sekolah saya sewaktu aktiviti kokurikulum di sekolah saya. Nasi gorang itu ialah Nasi Gorang
kampung.

Bahan – bahan :
- 2 sudu besar ikan bilis
- 6 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar

44
- Dada ayam
- ½ ikat kangkung
- 1 sudu garam
- Nasi
- 3 sudu besar ikan bilis goring

Cara – cara :
1. Blend ikan bilis, cili padi, bawang putih dan bawang besar.
2. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan dada ayam dan kacau hingga masak.
4. Masukkan kangkung dan kacau hingga masak.
5. Masukkan garam dan kacau.
6. Masukkan nasi dan gaul hingga rata.
7. Masukkan ikan bilis goreng dan gaul.
8. Siap untuk dihidang.

Pengesahan Guru Pemimpin Pengakap :

Setelah melihat murid pengakap ini memasak Nasi Gorang kampung, saya telah
mengesahkan pengakap ini telah mahir memasak Nasi Gorang Kampung.

Tarikh :__________________

Di semak dan di sahkan oleh :

__________________________________

Nama :

Guru Pemimpin Pengakap

SK _____________________________

4. Saya telah memasak satu bubur nasi dan telah di nilai oleh Guru Pemimpin Pengakap
sekolah saya sewaktu aktiviti kokurikulum di sekolah saya. Bubur nasi itu ialah Bubur Nasi
Ayam ala McD

Bahan – bahan :

- 1 1/2 cawan beras


- 1 inci halia (dihiris halus)
- Serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam

45
- Sedikit isi ayam (dipotong-potong kecil)
- Air secukupnya
- 1 biji lada merah
- Sedikit daun bawang dan daun sup (hiris)
- Bawang goreng
- Ikan bilis goreng
- Sedikit minyak bijan

Cara – cara :

1. Masukkan air untuk rebus ayam sehingga empuk. Pastikan air rebusannya
banyak untuk masak nasi, dan untuk 'kuah' bubur. Kemudian asingkan ayam dan
air rebusan ayam.

2. Basuh beras sehingga bersih dan masukkan air rebusan ayam tadi untuk masak
nasi. Asingkan sedikit air rebusan ayam yang ditambah garam dan secukup rasa
takot nasi kembang dan kering.

3. Semasa memasak nasi, kacau dan masukkan air rebusan ayam sedikit demi
sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.

4. Selepas bubur dah masak, masukkan halia, serbuk perasa dan garam.

5. Masukkan hirisan isi ayam ke dalam bubur.

6. Siap. Hidangkan bersama hirisan lada merah, bawang goreng, ikan bilis goreng dan
daun bawang/sup serta masukkan beberapa titik minyak bijan.

Sedikit tips :

* 1 1/2 cawan beras ni dapat 1 periuk (banyak tu...). Bagi yang nak cuba masak sedikit
dahulu boleh la masak dalam 1/2 - 1 cawan sahaja.

* Rendamkan beras dengan air terlebih dahulu (dalam 30 min-1jam), selepas itu tumbuk
sedikit (separa hancur) supaya beras cepat empuk, cepat lembik dan dapat tekstur bubur
yang halus sedikit.

Pengesahan Guru Pemimpin Pengakap :

Setelah melihat murid pengakap ini memasak Bubur Nasi Ayam ala McD, saya telah
mengesahkan pengakap ini telah mahir memasak Bubur Nasi Ayam ala McD.

Tarikh:__________________

46
Di semak dan di sahkan oleh:

__________________________________

Nama :

Guru Pemimpin Pengakap

SK _____________________________

5. Saya telah melakukan aktiviti menggorang ikan dan telah di nilai oleh Guru Pemimpin
Pengakap sekolah saya sewaktu aktiviti kokurikulum di sekolah saya. Saya telah melakukan
aktiviti menggorang ikan kunyit.

47
Bahan – bahan:

1. Ikan mentah dan telah disiang


2. Garam
3. Serbuk Kunyit ( kunyit hidup pun boleh digunakan )
4. Minyak untuk memasak
5. Kuali dan sudip

Cara – cara:
1. Siang ikan dan bersihkan sebersihnya. Kelar ikan untuk memudahkan ia masak.
2. Jika anda gunakan kunyit hidup, tumbuk bersama garam. Jika anda gunakan
jenis serbuk, masukkan dalam bekas ikan bersama garam.
3. Ratakan garam dan serbuk kunyit bersama ikan tadi. Pastikan celah celah ikan
tersebut dilumurkan dengan garam.
4. Panaskan minyak.
5. Masukkan ikan dan goreng sehingga keperangan. Kalau dah masak, angkat dan
hidangkan.

Pengesahan Guru Pemimpin Pengakap:

Setelah melihat murid pengakap ini membuat aktiviti menggorang ikan menggunakan
kunyit, saya telah mengesahkan pengakap ini telah mahir untuk menggoreng ikan
menggunakan kunyit.

Tarikh: _________________

Di semak dan di sahkan oleh:

__________________________________

Nama:

Guru Pemimpin Pengakap

SK _____________________________

48
LENCANA KEPANDAIAN – KATEGORI PERKHIDMATAN

AHLI PERTOLONGAN CEMAS

Saya akan menerangkan isi kandungan Peti Pertolongan Cemas dan kegunaannya.

49
Kegunaan peralatan berikut :

1. Kapas : untuk mencuci luka, menyapu iodin atau ubat biru pada luka
2. Kain kasa : untuk membalut luka. Terdapat dua jenis iaitu kain kasa berubat yang
ditindih dengan plaster dan kain kasa biasa
3. Plaster dan pin penyemat : untuk menyematkan pembalut luka
4. Dettol :untuk membersihkan luka daripada kuman dan kekotoran
5. Larutan iodin atau blue lotion : untuk mengubati luka
6. Minyak angin :untuk sakit perut dan sakit biasa
7. Vick : untuk selsema gigitan serangga, sakit tengkuk dan sebagainya
8. Krim antisan: untuk mengubati gigitan serangga
9. Panadol : untuk sakit kepala dan demam
10. Optene : untuk sakit mata
11. Burnol : untuk terbakar
12. Pembalut segi Gunting atau pisau tiga : untuk membuat anduh, pad bulatan, dan berbagai-
bagai kegunaan
13. Gunting atau pisau : untuk memotong kain kasa, tali dan sebagainya dalam PC

2. Cara memberhentikan darah yang keluar daripada hidung.


A. Punca

50
1. Demam yang terlalu kuat
2. Cuaca yang terlampau panas
3. Pukulan terus ke hidung

•Rawatan hidung berdarah.

 Nasihatkan mangsa supaya duduk dan tundukkan kepala supaya darah


dapat mengalir dari hidung.

 Minta mangsa supaya bernafas menerusi mulutnya dan picit bahagian


yang lembut pada hidung.

 Beritahu mangsa supaya memicit hidungnya berterusan. Nasihatkan mangsa supaya


jangan bercakap, menelan, batuk, meludah ataumenghidu kerana boleh menganggu
darah beku yang telah terbentukdalam hidung.

 Berikan mangsa sehelai tuala bersih untuk mengesat lelehan.

 Beritahu mangsa supaya melepaskan tekanan selepas 10 minit. Jika


perdarahan tidak berhenti, beritahu mangsa untuk menggunakan semula tekanan bagi
dua jangka waktu iaitu 10 minit setiap waktu.

 Apabila perdarahan berhenti dan mangsa masih menunduk, bersihkan


hidungnya dengan air suam.

Cara membersihkan luka yang berdarah

Apabila Anda tidak mampu untuk segera berjumpa doktor, ada baiknya Anda mencuci atau
membersihkan luka tersebut selama kurang lebih 5 hingga 10 minit dengan menggunakan
air bersih yang mengalir. 

Untuk perdarahan yang ringan atau untuk membersihkan luka yang tidak terlalu berat, Anda
harus menghentikan pendarahan yang terjadi dengan kapas atau kain bersih yang steril.

Untuk membersihkan kotoran, Anda perlu menggunakan pinset yang sudah disterilkan.
Anda boleh mensterilkan pinset dengan alkohol atau ubat antiseptik untuk luka. Pada masa
membersihkan luka, jangan mendorong pinset ke dalam luka.

Kemudian, cuci luka dengan air. Gunakanlah air mengalir yang boleh menghilangkan kotoran
dan bakteria. Anda juga boleh pakai sabun yang tidak mengandung terlalu banyak bahan
kimia seperti pewangi atau pengawet. Namun, apabila luka tersebut ada di area mata,
jangan menggunakan produk sabun jenis apa pun.

Gunakanlah air dengan tekanan sedang, misalnya air keran. Biasanya air sejuk akan
membuat luka terasa lebih baik daripada dengan air hangat. Mencuci luka akan membantu
menghilangkan berbagai kotoran, bakteria, dan dapat mengurangi risiko infeksi.

51
Bersihkan secara perlahan luka tersebut dengan menggunakan air, sabun dan kain lap yang
steril. Menggosok luka terlalu keras dapat menyebabkan kerosakan jaringan dan
meningkatkan kemungkinan luka melebar. Selain itu, menggosok luka yang terbuka dapat
meningkatkan risiko perdarahan.

Berikut petunjuk cara membersihkan luka Anda:

 Cuci tangan terlebih dahulu dengan sabun dan air mengalir jika tidak tersedia,
gunakan hand sanitizer.
 Gunakan sarung tangan medis sebelum membersihkan luka jika Anda memilikinya.
 Jika memungkinkan, biarkan orang yang memiliki luka untuk membersihkan lukanya
sendiri.
 Menggunakan tangan kosong untuk membersihkan luka adalah pilihan terakhir jika
tidak ada sarung tangan dan alat-alat medis.

Balut luka yang telah dibersihkan

Jika Anda ingin membalut luka agar tidak kotor atau terkena bakteria, Anda perlu
menggunakan pembalut luka yang steril dan bersih. Pembalut luka atau perban tersebut
harus dipasang dengan berhati-hati.

Untuk menghindari agar luka tidak membusuk dan terinfeksi, ada baiknya Anda
menggunakan kapas yang terlebih dahulu disapu dengan antiseptik untuk luka, kemudian
diperban dengan kain kasa yang steril.

Ingatlah untuk membalut luka hanya setelah luka tersebut dibersihkan. Selalu ganti
pembalut luka atau perban tersebut setiap sehari sekali. Perhatikan apabila muncul tanda-
tanda infeksi, seperti keluar nanah atau Anda mengalami demam. Anda harus segera
berjumpa doktor.

Pengesahan Guru Pemimpin Pengakap:

Setelah melihat murid pengakap ini memberitahu tentang isi kandungan peti pertolongan
cemas dan kegunaannya, cara merawat hidung yang keluar darah, cara membersihkan dan
membalut luka , saya telah mengesahkan pengakap ini telah mahir tentang isi kandungan
peti pertolongan cemas dan kegunaannya, cara merawat hidung yang keluar darah, cara
membersihkan dan membalut luka ,

Tarikh :__________________

Di semak dan di sahkan oleh :

52
__________________________________

Nama :

Guru Pemimpin Pengakap

SK _____________________________

53

Potrebbero piacerti anche