Sei sulla pagina 1di 8

HARI PENGIKTIRAFAN ILMU PRA SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN GEMBUT 2019

MASA QUE TEKS CATATAN


7.30 pagi Makluman Hadirin dan hadirat sekalian,
Ingatan untuk Ingatan Mesra buat semua:
Pendaftaran kehadiran Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan bangun sebaik sahaja muzik gamelan dibunyikan. Itu
ibubapa menandakan tetamu kehormat kita iaitu Pn. Rahimah bt. Hitam; Penyelia Pendidikan
Swasta Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, serta jemputan-jemputan khas tiba.
Dan sebaik beliau melangkah masuk ke dewan ini, kita sama-sama akan menyanyikan 2
buah lagu . Bagi menghormati majlis, Tuan-tuan dan Puan-puan dipersilakan duduk sebaik
tetamu kehormat kita duduk.
Mohon juga Tuan-tuan dan Puan-puan mematikan telefon bimbit atau menukar kepada mod
getar.
Pihak sekolah juga mohon agar Tuan-tuan dan Puan-puan tidak meninggalkan majlis
sebelum berakhir bagi meghormati tetamu kehormat dan menghargai program yang
dijalankan pada hari ini. Terima Kasih.

Perarakan Murid Mengumumkan perarakan masuk murid-murid Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Gembut,
sesi 2019.
Perarakan masuk tetamu Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,
utama Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Pn. Rahimah bt. Hitam, Penyelia Pendidikan
Nyanyian Lagu Bangsa Swasta Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi,
Johor dan Negaraku. diikuti oleh
Yang Berusaha Cikgu Hj. Mohd. Nizam b. Abd. Rahman, Guru Besar SK Gembut.
Cikgu M.I Maslinni binti Ismail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Gembut
Cikgu Nor Khairiah binti Johari, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Gembut
Cikgu Hairulnizam bin Ismail, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Gembut
Encik Muhammad Aszat bin Asmadi, Pengerusi Majlis Permuafakatan Prasekolah 2019
Tuan Haji Fadil bin Mohd Ali, Imam Masjid Kampung Gembut
Barisan Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Prasekolah 2019
Barisan guru2 dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Gembut
Ibu bapa dan penjaga serta Murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Gembut

Diminta hadirin dan hadirat berdiri tegak untuk sama-sama menyanyikan lagu Bangsa Johor
dan Lagu Negaraku.
Bacaan doa Selamat datang ke:
Hari Pengiktirafan Ilmu Pra Sekolah, Sekolah Kebangsaan Gembut Tahun 2019
Saya, Najihah bt. Nazri
akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.Insyaallah.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat bersama-sama
berhimpun pada pagi yang mulia ini untuk meraikan Hari Pengiktirafan Ilmu Pra Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Gembut 2019.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian kerana
sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Dihormati Pn Rahimah bt.
Hitam, Penyelia Pendidikan Swasta, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, kerana sudi
meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis ini. Ucapan terima kasih juga kepada
semua ibu bapa yang sudi menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada anak-anak.
Semoga usaha kita diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpinkan oleh Tuan Haji Fadil bin Mohd Ali, Imam Masjid
Kampung Gembut. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bacaan doa itu sebentar tadi.

Persembahan 1 Sebelum meneruskan agenda majlis kita, marilah kita menyaksikan suatu persembahan
nyanyian duet berjudul “Sumpah” yang akan disampaikan oleh Adik Aqil Zahin b. Hairullah
dan Adik Zaihanur Nabila bt. Ramli.

************* nyanyian Aqil


Terima Kasih kepada Adik Aqil dan Adik Nabila atas persembahan nyanyian yang
mengasyikkan itu tadi.
Ucapan Alu-aluan Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Gembut. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Cikgu Hj. Mohd. Nizam b. Abd. Rahman, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

*********************** ucapan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha Cikgu Hj Mohd Nizam b.
Abdul Rahman atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat.
Bertonggak adat,  “yang datang disambut, yang pergi diringi”, maka majlis dengan penuh
takzim mempersilakan   Yang Dihormati Pn. Rahimah bt. Hitam, Penyelia Pendidikan
Swasta, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Hari Pengiktirafan Ilmu Pra Sekolah, Sekolah Kebangsaan Gembut bagi tahun
2019. Dengan segala hormatnya dipersilakan

************************* ucapan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Dihormati Pn. Rahimah bt. Hitam,
Penyelia Pendidikan Swasta, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, atas ucapan serta
perasmian Hari Pengiktirafan Ilmu Pra Sekolah, Sekolah Kebangsaan Gembut bagi tahun
2019.

Persembahan 2 Dari Kedah pergi ke Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Moga hadirin terhibur di hati

Dengan itu, majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian solo yang bertajuk “Suaramu,
Syairku” akan disampaikan oleh Adik Nabilah bt. Ramli. Dengan sukacitanya dipersilakan .

*************** persembahan

Majlis mengucapkan ribuan terima kepada atas persembahan itu tadi. Untuk makluman
semua, persembahan pada hari ini dibimbing oleh Cikgu Nadzrah bt. Musa.
Penyampaiaan Sijil Kini, tibalah kita ke acara penyampaian sijil kepada anak-anak Prasekolah Sekolah
Tamat Pra Sekolah Kebangsaan Gembut. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan:
Yang dihormati / Yang Berusaha _______________________________________
Dengan diiringi oleh
Yang Dihormati / Yang Berusaha _______________________________________
untuk menyampaikan sijil Tamat Pra Sekolah sesi 2019.

Majlis dimulakan dengan:


(rujuk senarai nama)

Rehat Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,


Majlis akan berhenti rehat sebentar selama 30 minit dan memberikan laluan kepada anak-
anak Pra Sekolah untuk bersiap sedia ke acara seterusnya di samping sedikit jamuan untuk
tetamu kehormat di bilik rehat. Semntara itu, para ibubapa bolehlah mengambil kesempatan
untuk singgah ke gerai-gerai di sekitar perkarangan Dewan ini. Kita akan mula sebaik anak-
anak kita bersedia.

Penyampaian Sijil, Hadirin yang dihormati sekalian,


Anugerah dan Tokoh
Pergi sekolah di awal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian hadiah diteruskan lagi,
Penerima-penerima sabarlah menanti.

Untuk itu, dipersilakan


…………………………………………………………………………………..…
diiring oleh
……………………………………………………………………………………………………….
untuk menyempurnakan penyampaian angerah.

Majlis dimulakan dengan :

1.Tulisan Kemas:
Dipersilakan :

2.Kehadiran Terbaik:
(Untuk makluman, Hadiah Kehadiran terbaik ini dinilai murid-murid yag mempunyai purata
ketidakhadiran di bawah 10 hari.)
Tahniah kepada :

3.Penolong Ketua Kelas


Dijemput:

4.Ketua Kelas
Dipersilakan:

5.Peningkatan Terbaik mengikut Tunjang


(untuk makluman, ianya merupakan hadiah bagi murid yang menunjukkan peningkatan
prestasi dalam setiap tunjang yang dinilai)
Dijemput:

6.Anugerah Cemerlang mengikut Tunjang


Tahniah kepada:

7.Anugerah Akhlak Terpuji


Dipersilakan:

(Rujuk lampiran)
Seterusnya,kita beralih pula kepada Penganugerahan tokoh-tokoh Cemerlang dan terbilang
Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Gembut.
Untuk itu dijemput __________________________________________________________
dengan diiringi oleh _________________________________________________________
bagi menyampaikan anugerah.

Anugerah Tokoh Sukan Prasekolah.


Pemilihan Tokoh ini adalah berdasarkan penglibatan aktif dalam bidang sukan dan tahap
kecergasan serta akhlak yang terpuji. Pemilihan tokoh ini juga berdasarkan sumbangan
beliau sebagai penjaring terbanyak bagi pasukan sekolah di dalam Program Fun Ball dan
Smart Kids baru-baru ini.

***** baca biodata tokoh


Dipersilakan Tokoh Sukan Prasekolah 2019 Sekolah Kebangsaan Gembut disandang oleh:
Adik: Putri Nurelviana bt. Mohd Khairulanam.
Dipersilakan Adik untuk tampil ke pentas bagi menerima hadiah.

Seterusnya Anugerah Tokoh Tunas Harapan


Pemilihan Tokoh ini adalah berdasarkan penglibatan aktif dalam akademik, sukan dan
akhlak yang terpuji yang ditonjolkan bagi anak-anak pra sekolah berumur 5 tahun.

***** baca biodata tokoh

Dipersilakan Tokoh Tunas Harapan 2019 Sekolah Kebangsaan Gembut disandang oleh:
Adik: Nadhif Nawfal b. Nasrum.
Dipersilakan Adik Nadhif Nawfal b. Nasrum untuk tampil ke pentas bagi menerima hadiah.

Seterusnya,kita beralih pula kepada Anugerah Tokoh Murid Prasekolah 2019 Sekolah
Kebangsaan Gembut.
Pemilihan Tokoh Murid Prasekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg
cemerlang, sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2
kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang cemerlang bagi anak-anak pra
sekolah yang berumur 6 tahun.

***** baca biodata tokoh

Bagi tidak melengahkan masa lagi,diumumkan Anugerah Tokoh Murid Prasekolah 2019
disandang oleh:
Adik
Dipersilakan Adik Nur Afrina Maisarah bt. Mohd. Azim tampil ke pentas untuk menerima
hadiah.
Tahniah diucapkan kepada Adik Nur Afrina Maisarah bt. Mohd Azim atas anugerah yang
diperolehnya.

Tahniah! Tahniah Tahniah kepada semua tokoh2 cemerlang anak2 prasekolah 2019.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada:


Yang Dihormati / Yang Berusaha ____________________________ 
atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan hadiah sebentar tadi.
Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan
Yang Berusaha / Yang Dihormati _________________________________________
untuk menyampaikan cenderamata kepada _________________________________
Dijemput ________________________________________untuk menerima cenderamata.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
****************************************************************************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

 Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada murid-murid prasekolah yang menerima sijil
dan hadiah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda semua untuk
terus cemerlang dalam bidang masing-masing.

Hadirin sekalian,
Kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
         Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Pengiktirafan Ilmu Pra Sekolah Sekolah
Kebangsaan Gembut 2019 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Saya juga memohon ribuan
kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang mengacarakan majlis.
Sebelum bersurai, untuk makluman hadirin sekalian majlis akan disambung dengan acara
“Sesi Bergambar”. Setelah selesai “Sesi Bergambar” bersama tetamu kehormat dan
jemputan, majlis menjemput tetamu,dif-dif jemputan dan ibu bapa untuk menjamu selera
dengan jamuan yang telah disediakan.

 Dengan itu, tanpa melengahkan masa dijemput Yang Dihormati Pn Rahimah bt. Hitam
Penyelia Pendidikan Swasta Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, diiringi oleh Yang
Berusaha Cikgu Hj Mohd Nizam b. Abd Rahman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Gembut, Guru-guru Penolong Kanan serta dif-dif kehormat untuk acara “Sesi Bergambar”
ini.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

Potrebbero piacerti anche