Sei sulla pagina 1di 4

PERTANDINGAN REKA CIPTA BAHAN KITAR SEMULA

TERMA DAN SYARAT

JADUAL BAGI SYARAT PENYERTAAN

1. PENGANJUR: Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”)


2. AGENSI: Paluan Sejati Sdn. Bhd. (“Agensi”) yang dipertanggungjawabkan oleh pihak
Penganjur dalam melaksanakan dan menjalankan Program ini.

3. PROGRAM: Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula Peringkat Kebangsaan 2020
(“Pertandingan”)

4. TEMPOH PROGRAM: Pertandingan ini akan bermula pada 28 September 2020 hingga
9 Disember 2020.

5. KELAYAKAN: Pertandingan ini terbuka kepada murid Sekolah Rendah, Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5
dan 6 di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sahaja.
Pihak sekolah perlu menyediakan Borang Kebenaran Ibubapa/Penjaga bagi murid
yang ingin turut serta dalam pertandingan ini.
Pihak Penganjur akan menyediakan Borang Pelepasan Penyertaan untuk diisi oleh
semua Peserta.
Borang kebenaran ibubapa dan Borang Pelepasan Penyertaan yang telah lengkap
diisi perlu diemelkan juga kepada pihak Agensi di fonterra.contest@gmail.com
selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2020.

6. TERMA TAMBAHAN: Semua Peserta mesti mematuhi terma dan syarat pihak penganjur dan agensi yang
melaksanakan pertandingan ini.

Jadual bagi Syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Syarat Penyertaan dan Notis Privasi yang
disediakan secara kolektif dinamakan “Terma dan Syarat”, yang mengikat semua peserta yang menyertai
Pertandingan ini (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta” , “Anda”).

Dengan menyertai Pertandingan ini, anda telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat dan
pemprosesan maklumat peribadianda dalam Notis Privasi.

____________________________________________________________________________________________
SYARAT PENYERTAAN

1. PENGENALAN:
1.1 Syarat-syarat pengenalan ini mesti dibaca bersama Jadual Syarat Penyertaan, secara kolektif
dinamakan “Terma dan Syarat”, yang akan mengikut semua Peserta (dan guru, ibu bapa / penjaga
Peserta yang sah, jika Peserta bawah umur) yang menyertai Pertandingan ini (selepas ini dirujuk
sebagai “Peserta”, “Anda”). Jika terdapat sebarang ketidakseragaman antara syarat Penyertaan ini dan
Jadual Syarat Penyertaan, Jadual Syarat Penyertaan hendaklah diguna pakai. Setiap terma yang
berhuruf besar jika tidak dinyatakan selainnya di dalam ini hendaklah mempunyai maksud yang
ditakrifkan boleh digunakan untuk bentuk tunggal dan majmuk mengikut keadaan.
1.2 Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan tanpa
menanggung sebarang liability terhadap sesiapa, pada bila-bila masa mengubah Terma dan Syarat
termasuk mengubah tempoh Pertandingan, membantu penggantian hadiah, membatalkan,
menamatkan atau menggantung Pertandingan secara keseluruhan atau sebahagian. Sekiranya terdapat
sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa Penyertaan berterusan
mereka dalam Pertandingan akan menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat
(sebagaimana yang diubah).
1.3 Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Pertandingan termasuk
pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua
Peserta, dan surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.

2. PENYERTAAN PERTANDINGAN:
2.1 Dengan mengemukakan penyertaan untuk Pertandingan ini, Peserta dianggap sudah memahami dan
bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
2.2 Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada penyertaan dalam
Pertandingan, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas
(SMS), pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh
Peserta semasa atau berhubung dengan Pertandingan hendaklah ditanggung oleh Peserta.
2.3 Bukti penghantaran penyertaan bukan bukit penerimaan, dan Penganjur tidak boleh
dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau penyertaan
yang tidak diterima. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan,
gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau
kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli atau sebarang
masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem
komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, perisian,
kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu
lintas di internet.

3. KELAYAKAN:
3.1 Jika umur kelayakan Peserta sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Syarat Penyertaan
iaitu di bawah lapan belas (18) tahun, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis (dalam
bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur), daripada ibu bapa/penjaga mereka yang sah sebelum
menyertai Pertandingan dan mengemukakan sebarang maklumat peribadi
3.2 Penganjur boleh meminta Peserta memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Pertandingan
termasuk tanpa had, dokumen pengenalan, dan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga mereka
yang sah dalam kes Peserta di bawah umur lapan belas (18) tahun.
3.3 Kumpulan murid dan guru di bawah layak menyertai Pertandingan adalah:
i- Murid sekolah rendah Tahap 2, Tahun 4, 5 dan 6 sahaja bersama 2 orang guru pembimbing.
ii- Murid sekolah rendah dari negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sahaja.
4. PERLUCUTAN KELAYAKAN:
4.1 Penyertaan berikut akan disingkirkan:
i- Penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan, tidak boleh dibaca, atau tidak
betul; dan/atau
ii- Penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau
peraturan yang berkuat kuasa.
4.2 Selain itu, Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:
i- menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Pertandingan dengan pemalsuan,
penipuan atau perdayaan; dan/atau
ii- tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk menyertai Pertandingan
apabila diminta untuk pengesahan Penganjur.
Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas hadiah diberikan, Penganjur berhak untuk
menuntut pemulangan hadiah atau bayaran nilainya daripada Peserta yang lucut kelayakan.

5. PUBLISITI:
5.1 Penganjur boleh menggunakan Penyertaan Peserta termasuk tanpa terhad kepada gambar, lukisan,
teks, dan kandungan atau maklumat lainyang dikemukakan untuk tujuan Pertandingan (secara kolektif
dinamakan “Bahan”), dan nama Peserta, dan/atau persamaannya, untuk tujuan pengiklanan dan
publisiti mana-mana barangan atau perkhidmatan Penganjur, untuk tempoh tidak terhad di seluruh
dunia tanpa pampasan, dan dalam mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan segala perkara
yang perlu untuk tujuan ini jika diminta oleh Penganjur.

6. HAD LIABILITI:
6.1 Penyertaan Peserta dalam Pertandingan adalah atas risiko Peserta sendiri.
6.2 Penganjur dan Agensi tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana Peserta berhubung
dengan sebarang kehilangan atau kerosakan dan sebagainya yang dialami, termasuk tetapi tidak terhad
kepada kehilangan secara tidak langsungatau berbangkit, atau bagi kecederaan diri yang dialami atau
ditanggung oleh Peserta yang timbul daripada atau berkaitan dengan Penyertaan Peserta dalam
Pertandingan, dan juga penebusan dan/atau penggunaan mana-mana Hadiah yang dimenangi.

7. MEKANIK PERTANDINGAN:
7.1 Penyertaan terbuka kepada Murid Sekolah Rendah Tahap Dua (2), Tahun Empat (4), Tahun Lima (5) dan
Tahun Enam (6) beserta dua (2) orang guru pembimbing. di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sahaja.
7.2 Penyertaan adalah secara berkumpulan, di mana hanya satu (1) penyertaan sahaja untuk setiap
sekolah. Setiap kumpulan disertai oleh lapan (8) orang murid dan dua (2) orang guru pembimbing.
7.3 Setiap penyertaan perlu menghasilkan satu (1) projek reka cipta menggunakan bahan kitar semula, dan
berlandaskan pada tema pertandingan.
7.4 Cara Penyertaan:
i- Guru pembimbing perlu mendaftar dan menghantar rumusan tentang projek reka cipta yang
ingin dijalankan di pautan: https://forms.gle/frpaoddduSnMbJob8
ii- Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 Oktober 2020.
7.5 Pertandingan dibahagikan kepada dua peringkat; Peringkat Negeri dan Peringkat Kebangsaan.
7.6 Peringkat Negeri:
i- Penganjur akan senarai pendekkan sepuluh (10) penyertaan/projek bagi setiap enam (6) negeri
yang terlibat. Enam puluh (60) penyertaan/projek yang berjaya akan diumumkan di
https://www.facebook.com/paluansejatimedia pada 19 Oktober 2020.
ii- Taklimat berpusat secara dalam talian bagi enam puluh (60) penyertaan/projek yang terpilih
akan diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2020 dan pautan akan diberikan/dimaklumkan oleh
Agensi melalui panggilan telefon, atau emel sekolah/guru pembimbing, atau mana-mana
medium yang bersesuai.
iii- Penyertaan yang telah disenari pendekkan akan memulakan implementasi projek reka cipta
selama empat (4 minggu), bermula dari 26 Oktober 2020 hingga 20 November 2020.
iv- Setiap penggunaan audio atau bahan maklumat di dalam video Peserta, perlu mendapatkan
kebenaran pemilik asal bahan tersebut (copyright). Pihak Penganjur, Agensi dan mana-mana
organisasi yang terlibat dalam Pertandingan ini tidak akan bertanggungjawab terhadap
penyalahgunaan audio atau bahan maklumat yang digunakan oleh Peserta.
v- Peserta perlu menghasilkan video pendek berdurasi selama 3-5 minit untuk dan diemelkan ke
fonterra.contest@gmail.com sebelum atau pada 23 November 2020 untuk dinilai.
vi- Hanya satu (1) pemenang yang akan dipilih bagi setiap negeri dan sekaligus layak untuk
bertanding ke peringkat kebangsaan. Pengumuman pemenang peringkat negeri akan
dimaklumkan oleh pihak Agensi melalui panggilan telefon atau mana-mana medium
komunikasi yang bersesuaian.
7.7 Peringkat Kebangsaan:
i- Penjurian peringkat kebangsaan akan dijalankan pada 9 Disember 2020 secara dalam talian.
ii- Pemenang setiap negeri perlu menghasilkan slid persembahan tentang projek reka cipta
mereka, dan membentangkan kepada juri-juri secara dalam talian beserta sesi soal jawab.
Setiap pembentangan diberi masa selama dua puluh (20) minit.
iii- Keputusan pemenang peringkat kebangsaan akan diumumkan pada tarikh yang sama dan
keputusan juri-juri adalah muktamad.

8. KRITERIA PENGADILAN:
8.1 Keseluruhan projek yang dihantar oleh peserta akan diniliai mengikut kriteria dan pecahan peratusan
pemarkahan berikut:
i- Penggunaan bahan kitar semula (Effective use of recycled/ reused material) – 25%
ii- Kreativiti (Creativity) – 25%
iii- Inovasi (Innovation & Originality) – 20%
iv- Praktikal (Practicality-able to be used by others) – 20%
v- Keseluruhan pembentangan (Overall Presentation) – 10%

9. NOTIS PRIVASI
9.1 Dengan menyertai pertandingan, peserta telah bersetuju untuk pihak Fonterra Brands (Malaysia) Sdn.
Bhd. memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang Penyertaan Pertandingan
bagi tujuan Promosi. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum apabila anda
menjadi pemenang dalam pertandingan dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain
maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
9.2 Penganjur boleh menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan menghubungi dan menghantar
maklumat atau bahan-bahan pemasaran dan promosi mengenai produk Penganjur.