Sei sulla pagina 1di 4

SOALAN LAZIM

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BAGI MURID TAHAP I

Kenapa peperiksaan pertengahan dan akhir tahun Tahap I dimansuhkan?

Pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun bagi murid Tahap I
dilakukan kerana ia adalah selaras dengan konsep pembelajaran yang
berorientasikan perkembangan murid.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pembelajaran yang berorientasikan


perkembangan murid?

Pembelajaran yang berorientasikan perkembangan murid ialah PdP yang membina


pengetahuan, kemahiran, karakter dan sahsiah murid. Guru perlu merancang
pengajaran yang berfokus kepada murid, menyeronokkan dan bermakna. Di samping
itu, setiap murid diberi peluang belajar mengikut keupayaan masing-masing.

Adakah sesi PdP yang berkesan akan berlaku apabila peperiksaan pertengahan
dan akhir tahun bagi murid Tahap I dimansuhkan?

Ya. Ini adalah kerana guru akan dapat memberi lebih fokus kepada PdP supaya
semua murid dapat menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan
menaakul serta mengamalkan nilai rutin harian seperti berterima kasih, baik hati,
membantu guru dan lain-lain.

Apabila peperiksaan ditiadakan, bagaimana pentaksiran dibuat untuk murid


Tahap I?

Pentaksiran murid Tahap I akan menjadi lebih objektif kerana ia melihat kepada
perkembangan murid secara lebih menyeluruh termasuk amalan nilai-nilai murni yang
berbentuk rutin harian. Pentaksiran ini adalah pengukuhan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) yang telah diperkenalkan mulai tahun 2011. Setiap guru melaksanakan PBD
mengikut subjek masing-masing. Tahap penguasaan murid ditentukan dengan
menggunakan pentaksiran formatif dan sumatif yang dilaksanakan sepanjang tempoh
pembelajaran melalui aktiviti seperti kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan
projek mudah.

1
Adakah kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah yang
dinyatakan dalam Garis Panduan PBD bagi murid Tahap I mesti dilaksanakan
bagi tujuan pentaksiran dalam setiap mata pelajaran?

Ya. Aktiviti seperti kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah adalah
contoh aktiviti utama yang boleh digunakan. Walau bagaimanapun, guru juga boleh
menjalankan PBD dengan memilih aktiviti lain yang bersesuaian.

Bolehkah guru mengadakan ujian seperti ujian topikal, bulanan atau


diagnostik?

Boleh. Ia adalah salah satu kaedah pentaksiran perkembangan murid. Ujian ini tidak
boleh disetarakan. Maklumat boleh digunakan untuk membantu mempertingkatkan
tahap penguasaan murid.

Adakah PBD bagi murid Tahap I ini boleh mengenal pasti murid-murid yang
tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira?

Ya. PBD adalah pentaksiran yang berlaku secara berterusan dan melapor tahap
penguasaan murid. Sekolah juga boleh menggunakan instrumen yang bersesuaian
seperti instrumen LINUS sedia ada atau lain-lain untuk menentusahkan murid yang
tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Intervensi yang
dilaksanakan mestilah mengikut keperluan dan keupayaan sekolah.

Bagaimanakah PBD bagi murid Tahap I dilaporkan?


PBD bagi murid Tahap I dilapor berdasarkan perkembangan pembelajaran secara
menyeluruh merangkumi kemahiran, sikap dan nilai. Pencapaian murid dalam mata
pelajaran dilapor dalam bentuk Tahap Penguasaan sebagaimana yang terkandung
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Di samping itu, guru
perlu memberi ulasan tambahan mengenai sikap dan nilai pada ruang ulasan dalam
templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah yang diisi secara luar talian. Pengisian
templat ini boleh dirujuk dalam Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
terbitan tahun 2018 dan boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian
Pembangunan Kurikulum (http://bpk.moe.gov.my).

Adakah data PBD bagi setiap murid Tahap I perlu dikumpul oleh PPD/JPN/KPM?
Data dan maklumat pentaksiran perkembangan murid diurus di peringkat sekolah
sahaja.

2
Bolehkah markah ujian ditukar kepada tahap penguasaan murid?

Tidak boleh. Markah ujian adalah sebahagian daripada maklumat yang diguna untuk
menentukan Tahap Penguasaan murid.

Bagaimanakah TOV bagi murid tahun 4 jika tidak ada peperiksaan tahun 3?

TOV ditentukan berdasarkan Tahap Penguasaan murid yang diisi di pelaporan


perkembangan murid semasa mereka di Tahun 3.

Adakah guru perlu mengisi tahap penguasaan murid bagi murid Tahap I dalam
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)?

Tidak. Guru tidak perlu mengisi tahap penguasaan murid bagi murid Tahap I dalam
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Adakah hasil kerja murid perlu disimpan secara berpusat atau disimpan oleh
guru mata pelajaran masing-masing?

Hasil kerja murid dinilai sebagai bahan pentaksiran yang dijalankan dalam PdP.
Sekolah yang akan menentukan cara penyimpanan

Adakah perlu ditubuhkan jawatan kuasa PBD tahap 1?

Tidak perlu. Pihak sekolah hanya perlu menggunakan Jawatankuasa PBS sedia ada
tanpa perlu menubuhkan jawatankuasa baharu.

Kenapa murid Tahun 6 masih perlu menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR)?
UPSR adalah salah satu peperiksaan pusat.

Bagaimana ibu bapa boleh mengetahui tahap pencapaian anak mereka?

Pelaporan PBD bagi murid Tahap I hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa
sekurang-kurangnya dua kali setahun. Dengan ini, ibu bapa boleh mengetahui
kekuatan dan kelemahan anak mereka dan menentukan bentuk sokongan yang boleh
diberikan bagi memastikan perkembangan potensi, bakat, minat, kemahiran dan
sahsiah murid dioptimumkan.

3
Bagaimana sekolah hendak menangani persoalan ibubapa berkaitan integriti
guru dalam mentaksir murid?

Guru-guru adalah kumpulan profesional yang beretika dan terlatih dalam memberi
penilaian ke atas tahap penguasan murid. Mereka berupaya melaksanakan
tanggungjawab profesional mereka dengan amanah dan penuh integriti. Ibu bapa
pula harus meletakkan kepercayaan kepada guru dalam membuat pentaksiran
terhadap anak mereka.