Sei sulla pagina 1di 10

TARIKH 4 OKTOBER - 8 OKTOBER 2020

TEMPAT SK KEMUBU

SASARAN SEMUA GURU & MURID


SK KEMUBU

ANJURAN BERSAMA : PUSAT SUMBER


PANITIA B.MELAYU
PANITIA B.INGGERIS
PANITIA MATEMATIK
PANITIA SAINS

1
1.0 PENGENALAN

Setiap tahun, pihak sekolah akan mengadakan bulan Pusat Sumber Sekolah.
Pada tahun ini, bulan Pusat Sumber Sekolah akan berkolaborasi dengan Panitia
Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik dan Panitia Sains
bagi menjalankan aktiviti yang dirancang yang akan diadakan pada pertengahan
September hingga bulan Oktober. Ini adalah bertujuan untuk memperbanyakkan
aktiviti di sekolah yang mempunyai kaitan dengan Pusat Sumber Sekolah.
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Puat Sumber Sekolah akan melibatkan
panitia-panitia mata pelajaran yang lain juga yang terdapat di SK Kemubu ini.

2.0 RASIONAL

2.1 Bulan Pusat Sumber Sekolah ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan
kepada murid-murid kemudahan-kemudahan yang terdapat di PSS.

2.2 Program ini juga bertujuan untuk menarik minat murid-murid mengunjungi
Pusat Sumber Sekolah.

2.3 Bulan Pusat Sumber juga merupakan satu usahasama di antara AJK
Pusat Sumber dengan Panitia-panitia matapelajaran yang terdapat di SK
Kemubu ini.

2.4 Selain itu, Bulan Pusat Sumber juga bertujuan untuk melancarkan
program NILAM disamping untuk menganjurkan pertandingan-pertandingan yang
menyeronokkan supaya pelbagai ilmu dapat ditimba oleh murid-murid dan guru-
guru.

2
3. 0 OBJEKTIF

3.1 Melancarkan program NILAM yang merupakan acara tahunan.

3.2 Menarik minat murid untuk mengunjungi PSS bagi mencari bahan yang
diperlukan

3.3 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat memberi ilmu kepada murid-murid di


samping murid-murid dapat mempamerkan bakat yang terpendam.

3.4 Pusat sumber sekolah dapat bekerjasama dengan panitia-panitia


matapelajaran untuk menganjurkan Minggu Pusat sumber ini.

4.0 KATEGORI PESERTA


4.1 Murid-murid Tahap 1 ( Tahun 1,2,3 )

4.2 Murid-murid Tahap 2 ( Tahun 4,5,6 )

4.3 Semua guru dan murid SK Kemubu

5.0 HADIAH
5.1 Hadiah akan disediakan kepada setiap pertandingan yang diadakan
daripada tempat pertama hingga ke tiga.

5.2 Perbelanjaan untuk hadiah akan diperolehi daripada wang tabungan dan
peruntukan PSS dan panitia.

6. 0 ANGGARAN PERBELANJAAN
6.1 -Rujuk lampiran –

7. 0 AJK PELAKSANA
7.1 -Rujuk lampiran –

3
PELANCARAN PROGRAM NILAM, MINGGU BAHASA & MINGGU PUSAT SUMBER 2020
4 OKTOBER – 8 OKTOBER 2020
ANJURAN BERSAMA PUSAT SUMBER, PANITIA BM ,PANITIA BI, PANITIA MT & PANITIA
SAINS

Ajk Pelaksana

Penasihat : En. Fauzi Bin Ismail


( Guru Besar )
Pengerusi : En. Khairul Anuar Bin Abdul Ghani
( GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En. Md. Zidee Yusmi Bin Yusoff ( GPK HEM )
En. Zamani Bin Mohd Azmi ( GPK KO-KU )

Penyelaras : Pn. Nur Faradhillah Binti Mohd Noor ( GPM )


Pen Penyelaras : Pn. Fadilah Binti Ab Halim ( KP Bahasa Melayu )
: En. Mohamad Fahmi Bin Wan Yusoff ( KP Bahasa Inggeris)
Setiausaha : En. Muhamad Faizal Bin Alias (Setiausaha Kurikulum)

Aktiviti Bidang Tugas


Majlis Pelancaran/ Penutupan - Memasang ’banner’
- Gimik Pelancaran
En. Mohamad Fahmi Bin Wan Yusoff
En. Mohd Asmariza Bin Che Mahmood
En. Jasmey Bin Yusof

Aktiviti Bahasa - Dikendalikan oleh panitia B.Melayu dan


B.Inggeris
Bahasa Inggeris (4/10/2020 – Ahad)
Bahasa Melayu (5/10/2020 – Isnin)

Panitia Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu


Ketua:
En. Mohamad Fahmi Bin Wan Yusoff
Pn. Fadilah Binti Ab Halim
Pertandingan Kuiz/Pintar Matematik dan Sains - Terbuka kepada murid tahun 1 hingga
tahun 6
Matematik (6/10/2020- Selasa) - Membuat promosi
Sains (7//10/2020 – Rabu) - Mengendalikan pertandingan
- Menetapkan peraturan
Panitia Sains & Panitia Matematik
Ketua:
En Ramli Bin Yusuf
En. Mohd Zulkhairi Bin Mat Hussain
Guru-guru matapelajaran Sains dan Matematik

4
Pertandingan Mewarna (8/10/2020 – Khamis) - Masa 1 jam
Murid tahap 1 , - Menetapkan peraturan pertandingan
Terbuka kepada semua murid tahap 1 - Memilih 6 hasil yang terbaik dari setiap
kelas
Ketua - Memilih 3 pemenang dan 3 saguhati dari
Guru PSV Tahap 1 setiap kelas

Pertandingan Melukis Kreatif (8/10/2020- - Masa 1 jam


Khamis) - Membuat promosi pertandingan
- Memilih 6 hasil yang terbaik dari setiap
Terbuka kepada semua murid tahap 2 kelas
- Memilih 3 pemenang dan 3 saguhati dari
Ketua setiap kelas
Guru PSV Tahap 2

Program Nilam - Sasaran semua murid


- Mencari pembaca terbanyak tahun semasa
Penyampaian Hadiah pembaca terbanyak mengikut peraturan yang telah ditetapkan
tahun semasa

Unit Galakan Membaca NILAM


Pn. Nur Faradhillah Bt. Mohd Noor

Hadiah - Penyampaian hadiah kepada pemenang


Pn. Mardhiah Binti Robbie - Menyediakan hadiah utk pemenang
Pn. Namimah Binti Ahmed - Mengendalikan majlis penyampaian hadiah

Sijil - Mencetak sijil


Puan Norhayati Binti Ismail
Puan Rafiza

Dokumentasi - Mengambil gambar aktiviti


En. Mohd Zulkhairie Bin Mat Hussain - Menyediakan dokumentasi setiap aktiviti yg
En. Abu Salam Bin Abdul Halim telah dijalankan

5
Tentatif Pelancaran Program NILAM, Minggu Pusat

Sumber &

Minggu Bahasa 2020

4 OKTOBER 2020 (Ahad)

8.00 pagi: Nyanyian Lagu Negaraku,

Negeri Kelantan,

Lagu Sekolah

8.15 pagi Majlis Pelancaran

Ucapan Pengacara Majlis

Bacaan Doa

Ucapan Guru Besar SK Kemubu

Gimik Pelancaran

Koir lagu NILAM

Taklimat program

Aktiviti ‘Sedekad Membaca’

9.00 pagi Bersurai

6
Tentatif Penutupan Program NILAM, Minggu Pusat

Sumber &

Minggu Bahasa 2020

8 OKTOBER 2020 (Khamis)

10.30 pagi : Hadirin bersedia di dewan

10.45 pagi : Kata-kata aluan Pengacara Majlis

10.50 pagi : Bacaan Doa

( Ustaz Marhadi Bin Mohamed )

10.55 pagi : Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran

( En. Khairul Anuar Bin Abdul Ghani )

11.00 pagi : Ucapan Perasmi Majlis

( En. Fauzi Bin Ismail)

11.10 pagi : Penyampaian Sijil Bintang kepada murid

11.20 pagi : Persembahan murid

11.30 pagi : Penyampaian Hadiah

12.00 tgh hari : Bersurai/ Jamuan

7
Anggaran Perbelanjaan
Bil Perkara Perbelanjaan

1 Banner & Pelancaran RM 100.00 X 2 RM 200.00

Pelbagai – ( Kertas A4, Dakwat

Printer,stapler gun, marker, kertas


2 RM 213.00 RM 213.00
warna, ’double-side tape’, pita selofan

dan lain-lain)

Hadiah

1. Pertandingan mewarna 1. 9 x RM 5.00 1. RM 45.00

2. Pertandingan melukis 2. 12 x RM 5.00 2. RM 60.00

3. Kuiz Matematik 3. 21 x RM 4.00 3. RM 84.00

3 4. Kuiz Sains 4. 21 x RM 4.00 4. RM 84.00

5. Kuiz BM 5. 21 x RM 4.00 5. RM 84.00

6. Kuiz BI 6. 21 x RM 4.00 6. RM 84.00

7. Hadiah NILAM 7. 10 x RM 5.00 7. RM 50.00

8. Hadiah saguhati 8. 24x RM 3.50 8. RM 84.00

9. Jamuan murid 9. 136 x RM 4.50 9. RM 612.00

Jumlah RM 1600.00

Anggaran Peruntukan:
i) Pusat Sumber: 80% daripada keseluruhan perberlanjaan.

8
ii) Panitia Matapelajaran Teras: 20% daripada keseluruhan

perbelanjaan.

Penutup
Semoga program Bulan Pusat Sumber & Bulan Bahasa ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan akan mencapai objektif yang disasarkan dan
memberi manfaat kepada semua pihak. Melalui program ini juga diharapkan
semua warga SK Kemubu akan dapat membentuk tabiat membaca dan
mengamalkannya setiap masa.
AJK Pusat sumber sekolah dan panitia-panitia matapelajaran berharap
dapat bekerjasama dalam menjayakan program bulan Pusat sumber ini.
Kejayaan program ini adalah kejayaan kita bersama demi kesinambungan
kemajuan pendidikan sekolah ini dan kelestarian warganya untuk sentiasa
bergiat cergas dalam meningkatkan martabat pendidikan ke mercu yang tinggi.
Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati usaha kita bersama.

Sekian. Terima Kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................... ..........................................

( Nur Faradhillah Binti Mohd Noor ) ( Khairul Anuar Bin Abdul Ghani)

Guru Perpustakaan & Media Penolong Kanan Pentadbiran

SK Kemubu SK Kemubu

Diluluskan oleh:

..........................................

9
( Fauzi Bin Ismail )

Guru Besar

SK Kemubu

10

Potrebbero piacerti anche