Sei sulla pagina 1di 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL

SEKOLAH KEBANGSAAN WAWASAN, SEREMBAN 2


BIL 2/2020

Tarikh/Hari : 14 Julai 2020/ Selasa


Masa : 12.30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Wawasan

KEHADIRAN

Bil. Nama Jawatan

1. Pn. Norbaizura Kamarudin Guru Penolong Pentadbiran


2. Encik Ahmad Razali Guru Penolong Kanan HEM
3. Pn. Azrinawati Zainuddin Ketua Panitia
4. Encik Muhamad Azli Ab. Malek Setiausaha
5. Puan Punithavathy a/p Govindan Guru Penolong
6. Pn. Rosmawati bt. Khairuddin Guru Penolong
7. Pn. Shakirah bt. Abdullah Guru Penolong

TIDAK HADIR

1. -
1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir dan
pengerusi meminta maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan pentadbiran di
atas lantikan sebagai Ketua Panitia Pendidikan Moral menggantikan Puan
Adhijamunah yang kurang sihat.
1.3 Pengerusi mengharapkan agar semua guru dapat mempertingkatkan prestasi
pencapaian murid dengan memberi komitmen yang baik sepanjang cuti sekolah
yang disebabkan wabak covid-19 ini.
1.4 Pengerusi memaklumkan ada beberapa perkara yang penting untuk diberitahu
bagi memantapkan pengajaran semasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan) ini.
1.5 Ucapan terimakasih dan bersyukur kerana dapat bersua muka oleh wakil
pentadbiran iaitu Puan Norbaizura selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
1.6 Puan Norbaizura mengucapkan Selamat Hari Guru dan mengucapkan terima
kasih kepada guru-guru kerana berjaya menghantar catatan ringkas semasa
PKPP setiap minggu pada masa yang ditetapkan.

Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1/2020

Cadangan – Encik Mohamad Azli


Sokongan – Puan Shakirah Abdullah

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Pentaksiran Bilik Darjah

3.1.1. Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru perlu memuat turun


template Pentaksiran Bilik Darjah (offline) dari bilik akses.

3.1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang
telah menyiapkan borang transit PBD.

3.1.2. Semua kerja rumah/tugasan yang diberi semasa PKPP boleh dinilai untuk
PBD murid.

3.2 Penggunaan Bilik Moral


3.2.1. Pengerusi mengharapkan semua guru mengisi buku keberadaan murid
mengikut kelas yang terdapat dalam Bilik Moral.
3.2.2. Untuk penggunaan Bilik Moral waktu PKPP, diharap semua guru dapat
membuat sanitasi selepas menggunakan kelas tersebut.
4.0 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 Dokumen Penjajaran Kurikulum

4.1.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru supaya dapat memuat


turun DSKP DPK yang baharu yang telah disediakan oleh pihak KPM.
4.1.2 Dokumen ini adalah berasaskan kepada penjajaran kurikulum bagi
memenuhi keperluan pembelajaran murid lanjutan daripada Perintah
PKP.
4.1.3 Semua guru perlu memastikan kandungan DSKP disampaikan kepada
murid mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan yang akan dibuat/
diubah berpandukan kepada DPK yang baharu.
4.1.4 Penulisan RPH masih menggunakan format yang lama yang mana perlu
ada :
a) Nama Kelas
b) Mata Pelajaran
c) Tema
d) Nilai
e) Standard Kandungan
f) Standard Pembelajaran
g) Objektif Pembelajaran
h) Aktiviti
i) Nilai
j) Ilmu
k) Elemen Merentas Kurikulum
l) Bahan Bantu Belajar
m) KBAT
n) i-Think
o) Penilaian
p) Pentaksiran dan ;
q) Impak/ Refleksi

4.2 Aktiviti PdP semasa PKP

4.2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Panitia Moral
kerana menggunakan pelbagai bentuk dan media sepanjang PKP
berlangsung seperti google form, buku teks, buku aktiviti, buku tulis,
google classroom, kohoot dan lembaran kerja. Penyebaran bahan aktiviti
ini telah diedarkan melalui Whatsapp Class dan secara personal.
4.3 Hal-hal lain
Mesyuarat memaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun belum diputuskan
tarikh oleh pihak pentadbir kerana pindaan takwim persekolahan yang dibuat
oleh KPM.

5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:52 pm.

Disediakan oleh:

________________________

(MUHAMAD AZLI AB. MALEK)

Setiausaha

Panitia Pendidikan Moral

SK Wawasan, Seremban 2

Potrebbero piacerti anche