Documenti di Didattica
Documenti di Professioni
Documenti di Cultura
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang permainan Ragbi Rimau MSSM yang terkini
serta Peraturan AM MSSM dan MSSMK.
2. JENIS PERTANDINGAN
Kejohanan ialah pertandingan antara MSS Daerah versi permainan Ragbi Rimau 7 Sepasukan.
3.1 Pemain-pemain hendaklah berumur di bawah 12 tahun pada 1 Januari tahun pertandingan.
3.2 Pemain-pemain mestilah pelajar yang "bonafide", iaitu pelajar-pelajar yang didaftarkan dalam
jadual kedatangan sekolah tahun pertandingan.
3.3 Hanya kad pengenalan atau surat beranak (asal) diterima sebagai bukti umur
3.4 Setiap Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah boleh menghantar satu (1) pasukan untuk
kejohanan MSSK B-12 dan dua (2) pasukan Sekolah (bukan gabungan) untuk kejohanan
MSSK-MILO.
3.5 Setiap pemain mestilah didaftarkan dengan borang pendaftaran yang ditandatangani oleh
Guru Besar /Penolong Kanan sekolah pelajar terbabit.
3.7.1 5 orang pemain boleh digantikan pada masa dalam setiap permainan.
3.7.2 Pemain gantian ialah secara 'rolling substitution' seperti yang tertera dalam buku
peraturan ragbi rimau.
4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1.1 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun sebelumnya
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut
4.1.2 Pasukan-pasukan lain akan ditempat dalam kumpulan tersebut dengan cabutan undi.
4.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertandingkan kedudukannya.
5.2 Sekiranya dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang kumpulan akan
ditentukan mengikut sistem berikut:
5.2.1 Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira menang.
5.2.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang.
5.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
5.2.4 Jika masih seri, maka pasukan yang mendapat pungutan "Try" terbanyak akan diambil
kira.
5.3 Dalam pertandingan mengikut sistem kalah mati, jika berlaku seri selepas sesuatu perlawanan,
langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang:
5.3.1 Masa tambahan 10 minit sehala secara 'sudden death' diberikan.
5.3.2 Jika masih seri, lambungan syiling sebanyak tiga (3) kali akan dilakukan.
6. PAKAIAN
Peraturan Pakaian ialah seperti yang telah ditetapkan dalam buku peraturan Ragbi Rimau MSSM.
7. GELANGGANG PERMAINAN
Gelanggang permainan mengikut spesifikasi dan ukuran gelanggang yang telah ditetapkan dalam
buku peraturan Ragbi Rimau MSSM. (Sila lihat Lampiran A)
8. ALATAN
Bola pertandingan adalah saiz 3 dan spesifikasi bola ialah menurut peraturan yang ditetapkan oleh
buku peraturan Ragbi Rimau MSSM.
9. KELEWATAN
9.1 Pasukan yang lewat masuk padang melebihi 15 minit dari masa yang ditetapkan dikira tidak
menghadirkan diri.
10.2 Sekiranya ada pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan akan dibatalkan.
Pasukan tersebut akan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib.
11. BANTAHAN
11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola
Pertandingan dalam masa 1 jam selepas tamatnya perlawanan berkenaan.
11.2 Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan
ialah 10 - 0 diberikan kepada pihak membuat bantahan.
11.3 Setiap bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak
RM300.00 tunai. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas.
5 – 10 m
KAWASAN GOL
Garisan Gol
5m 15 m
Garisan 5 Meter
Garisan 15 Meter
3m
10 m
Garisan 5 Meter
5m
Garisan Tepi
GARISAN TENGAH 70 m
5m
Garisan 5 Meter
10 m
3m
Garisan 15 Meter
Garisan 5 Meter
5m 15 m
Garisan Gol
Garisan Tepi Gol
KAWASAN GOL 5 – 10 m
50 meter
UNDANG-UNDANG DAN
PERATURAN PERTANDINGAN RAGBI BAWAH 15 TAHUN
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang permainan Ragbi Lembaga Antarabangsa
Variasi Bawah 19 Tahun yang terkini serta peraturan-peraturan AM MSSM dan MSSMK.
2. JENIS PERTANDINGAN
Kejohanan ialah pertandingan antara sekolah versi permainan 10 Sepasukan.
3.1 Pemain-pemain hendaklah berumur di bawah 15 tahun pada 1 Januari tahun pertandingan.
3.2 Semua pemain mestilah pelajar yang didaftarkan dalam jadual kedatangan sekolah tahun
pertandingan yang bergabung dengan MSSMK.
3.3 Hanya kad pengenalan (asal) diterima sebagai bukti umur. Pemain yang hilang kad pengenalan
mestilah mempunyai surat pengesahan dengan Pejabat Pendaftaran Negara (JPN 1/9) dan
salinan surat lahir yang disahkan oleh Pengetua Sekolah pemain berkenaan.
3.4 Setiap sekolah dikehendaki menghantar satu (1) pasukan untuk kejohanan.
3.5 Setiap pemain mestilah didaftarkan dengan borang biodata yang ditandatangani oleh pengetua
sekolah pelajar terbabit.
4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Pusingan Pertama 4.1.1 Pertandingan dijalankan secara liga 1 pusingan antara 2 kumpulan
4.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun sebelumnya
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
JOHAN & KETIGA Kumpulan A
NAIB JOHAN & KEEMPAT Kumpulan B
4.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempat dalam kumpulan tersebut dengan cabutan undi.
4.1.4 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertandingkan kedudukannya.
5.2 Sekiranya dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang kumpulan akan
ditentukan mengikut sistem berikut:
5.2.1 Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira menang.
5.2.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang.
5.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
5.2.4 Jika masih seri, maka pasukan yang mendapat pungutan (l) Gol, (ll) Try, (lll) Gol Penalti
dan (V) Drop Gol terbanyak akan diambil kira.
5.3 Dalam pertandingan mengikut sistem kalah mati dan perlawanan akhir, jika berlaku seri
selepas sesuatu perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan
pemenang:
5.3.1 Masa tambahan 5 minit sehala diberikan. (Perlawanan akhir 10 minit sehala)
5.3.2 Jika masih seri, sepakan penalti secara "sudden death" mengikut giliran pasukan secara
selang-seli diadakan di garisan 22 meter.
5.3.3 Hanya pemain-pemain yang bermain dan berada dalam padang semasa masa
tambahan dibenarkan mengambil sepakan penalti.
6. PAKAIAN
Peraturan Pakaian ialah seperti yang telah ditetapkan dalam buku peraturan Lembaga Ragbi
Antarabangsa (IRB)
7. GELANGGANG PERMAINAN
Gelanggang permainan mengikut spesifikasi dan ukuran gelanggang yang telah ditetapkan dalam
buku peraturan Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB). (Lihat Lampiran)
8. ALATAN
Bola pertandingan adalah saiz 5 dan spesifikasi bola ialah menurut peraturan yang ditetapkan oleh
buku peraturan Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB). (Lihat Lampiran)
9. KELEWATAN
9.1 Pasukan yang lewat masuk padang melebihi 10 minit dari masa yang ditetapkan dikira tidak
menghadirkan diri.
10.2 Sekiranya ada pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan akan dibatalkan.
Pasukan tersebut akan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib.
10.3 Setiap pasukan mesti mengandungi sekurang-kurangnya 7 orang pemain untuk memulakan
perlawanan. Jika tidak kemenangan percuma 21-0 akan diberikan kepada pihak lawan.
11. BANTAHAN
11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola
Pertandingan dalam masa 1 jam selepas tamatnya perlawanan berkenaan.
11.2 Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan
ialah 21 - 0 diberikan kepada pihak membuat bantahan.
11.3 Setiap bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak
RM300.00 tunai. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas.
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang permainan Ragbi Lembaga Antarabangsa
Variasi Bawah 19 Tahun yang terkini serta peraturan-peraturan AM MSSM dan MSSMK.
2. JENIS PERTANDINGAN
Kejohanan ialah pertandingan antara sekolah versi permainan 15 Sepasukan.
3.1 Pemain-pemain hendaklah berumur di bawah 18 tahun pada 1 Januari tahun pertandingan
.
3.2 Semua pemain mestilah pelajar yang didaftarkan dalam jadual kedatangan sekolah tahun
pertandingan yang bergabung dengan MSSMK.
3.3 Hanya kad pengenalan (asal) diterima sebagai bukti umur. Pemain yang hilang kad pengenalan
mestilah mempunyai surat pengesahan dengan Pejabat Pendaftaran Negara (JPN 1/9) dan
salinan surat lahir yang disahkan oleh Pengetua Sekolah pemain berkenaan.
3.4 Setiap sekolah dikehendaki menghantar satu (1) pasukan untuk kejohanan.
3.5 Setiap pemain mestilah didaftarkan dengan borang biodata yang ditandatangani oleh pengetua
sekolah pelajar terbabit.
4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempat dalam kumpulan tersebut dengan cabutan undi.
4.1.4 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertandingkan kedudukannya.
5.2 Sekiranya dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang kumpulan akan
ditentukan mengikut sistem berikut:
5.2.1 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang.
5.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
5.2.4 Jika masih seri, maka pasukan yang mendapat pungutan (l) Gol, (ll) Try, (lll) Gol Penalti
dan (V) Drop Gol terbanyak akan diambil kira.
5.3 Dalam pertandingan mengikut sistem kalah mati dan akhir, jika berlaku seri selepas sesuatu
perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang:
5.3.1 Masa tambahan 10 minit sehala diberikan (Perlawanan akhir 15 minit)
5.3.2 Jika masih seri, sepakan penalti secara "sudden death" mengikut giliran pasukan secara
selang-seli diadakan di garisan 22 meter.
5.3.3 Hanya pemain-pemain yang bermain dan berada dalam padang semasa masa
tambahan dibenarkan mengambil sepakan penalti.
6. PAKAIAN
Peraturan Pakaian ialah seperti yang telah ditetapkan dalam buku peraturan Lembaga Ragbi
Antarabangsa (IRB)
7. GELANGGANG PERMAINAN
Gelanggang permainan mengikut spesifikasi dan ukuran gelanggang yang telah ditetapkan dalam
buku peraturan Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB). (Lihat Lampiran)
8. ALATAN
Bola pertandingan adalah saiz 5 dan spesifikasi bola ialah menurut peraturan yang ditetapkan oleh
buku peraturan Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB). (Lihat Lampiran)
9. KELEWATAN
9.1 Pasukan yang lewat masuk padang melebihi 15 minit dari masa yang ditetapkan dikira tidak
menghadirkan diri.
9.2 Pasukan yang menunggu akan diberi kemenangan 21 - 0.
11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola
Pertandingan dalam masa 1 jam selepas tamatnya perlawanan berkenaan.
11.2 Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan
ialah 21 - 0 diberikan kepada pihak membuat bantahan.
11.3 Setiap bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak
RM300.00 tunai. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas.
11.4 Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan bersidang terdiri daripada:
11.4.1 Pengerusi Pengelola atau wakilnya
11.4.2 Setiausaha Pengelola atau wakilnya
11.4.3 Pengerusi Teknik Ragbi MSSMK atau wakilnya
11.4.4 2 orang wakil Pengurus Pasukan yang tidak terlibat.
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan Am
MSSMK
UKURAN TIANG GOL RAGBI
3 meter
Diameter tiang ragbi ialah di antara 3 - 4 inci
5.6 meter
UKURAN BOLA
280 - 300 mm
580 - 620 mm
740 - 770 mm
UKURAN PADANG RAGBI
Tidak
KAWASAN GOL melebihi
22 m
5.6 m
5m 22 m
Garisan 5 Meter
Garisan 22 Meter
5m
15 m
Garisan 10 Meter
10 m
Garisan Tepi
Garisan 10 Meter
15 m
5m
Garisan 22 Meter
Garisan 5 Meter
5m 22 m
Garisan Gol
Garisan Tepi Gol
Tidak melebihi 70 m