Sei sulla pagina 1di 15

IKHTISAS BIL.

2 / 1981

IKHTISAS BIL. 3 / 1981

IKHTISAS BIL. 6 / 1985

IKHTISAS BIL. 4 / 1986

IKHTISAS BIL. 3 / 1987

IKHTISAS BIL. 3 / 1999

IKHTISAS BIL. 7 / 2001

IKHTISAS BIL. 8 / 2016


PEGAWAI-PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN YANG MENJALANKAN
TUGAS-TUGAS DI SEKOLAH

Cuti Yang Diberi Kerana Perkhidmatan

49. Guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat seperti yang Tiada cuti rehat (56)
dibekalkan di bawah perintah Am 7 hingga Perintah AM 12.

50. a) Sebagai ganti cuti rehat, guru adalah berkelayakan mendapat Cuti pengggal sekolah
cuti penggal sekolah dengan syarat Pengetua boleh memanggil boleh dipanggil bertugas
guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas- (56)
tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi
masa yang tidak melebihi separuh atau satu pertiga daripada
jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu.

b) Semua tempoh percutian penggal sekolah yang bergaji penuh


akan diambil kira sebagai perkhidmatan yang melayakkan di
bawah tafsiran Perintah AM

51. a) Kuasa tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada guru-
guru bagi perkhidamatan yang melayakkan atas kadar 30 hari Cuti separuh gaji (57)
bagi setiap-tiap satu tahun tetapi melebihi 180 hari. Cuti separuh
gaji hanya boleh diberi atas sebab –sebab yang berikut sahaja.

i. Sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dengan perakuan


sebuah Lembaga Perubatan (Bab) F.
ii. Sebab-sebab kesihatan anak saudara yang rapat kepada guru
itu; dan
iii. Kerana membuat lawatan sambil belajar di seberang laut yang
telah diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

b) Cuti separuh gaji di bawah (a) (iii) tidak boleh diberi melebihi
had satu-satu penggal sekolah itu yang jatuh sejurus sebelum
atau selepas cuti separuh gaji demikian boleh digunakan untuk
menyambung cuti separuh gaji tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan.

c) Cuti separuh gaji diberi di bawah (a) (i) dan (ii) yang meliputi
kedua-dua tempoh penggal sekolah dan cuti penggal sekolah
hendaklah dikira sebagai cuti separuh gaji yang bersambungan.

d) Walau apapun perbekalan di (a), Ketua Jabatan boleh


meluluskan cuti separuh gai di bawah (a)(ii) tidak melebihi 14
hari dalam satu-satu tahun.

49. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji mengikut Cuti tanpa gaji
perbekalan dalam Perintah Am 14 dengan syarat bahawa sebarang
cuti tanpa gaji yang jatuh pada cuti penggal sekolah akan terus
dianggap sebagai cuti tanpa gaji.
Ruj. Fail. KP.8591/(80)
14hb. September, 1981

Pengarah Pelajaran,
Semua Negeri.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1981 PENGGUNAAN WAKTU TIDAK


MENGAJAR / WAKTU LUANG (FREE PERIODS) OLEH GURU-GURU._______

Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free periods) seperti
yang ditetapkan perlu bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan.

2. Oleh itu Tuan/Puan diminta memberitahu semua Guru Besar supaya:

2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free
periods) itu adalah masa bekerja.

2.2 Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk:
2.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah.
2.2.2 Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku-buku tambahan, membuat nota
mengajar, menyediakan alat-alat mengajar dan sebagainya.
2.2.3 Memeriksa buku-buku latihan murid.
2.2.4 Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah mengenai
pelajaran yang diajar.
2.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja Kokurikulum.
2.2.6 Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar.

Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid-
murid, khasnya dan sekolah, amnya.

3. Harap dapat Surat Pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah dan
Rendah untuk panduan dan tindakan mereka.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“

Saya yang menurut Perintah,

(DATO’ HJ. IDRIS BIN TAIN)


b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
Blok E8 , Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Tel : 03 - 8000 8000
Faks : 03 - 8884 6411
E-MEL : Kpkkpm@moe.gov.my

Potrebbero piacerti anche