Sei sulla pagina 1di 2

SEK KEB.

HAJI MAHMUD, CHEMOR


MINIT MESYUARAT AGONG PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
KALI PERTAMA TAHUN 2011
____________________________________________________________________________

Tarikh : 09 Januari 2011


Tempat : Makmal Komputer
Masa : 11.10 pagi

Kehadiran :
( Sila rujuk Lampiran )

CATATAN MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi

En. Khairul Anuar mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat agung PBSM
kali pertama dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberi.

2.0 Perlantikan Jawatankuasa

2.1 Ahli PBSM telah menjalankan undian bagi menetapkan Ahli jawatankuasa Persatuan
Bulan Sabit Merah SKHM pada tahun ini. Pengerusi telah memuktamatkan
perlantikan AJK PBSM berdasarkan persetujuan ahli-ahli PBSM. Senarai AJK PBSM
boleh dilihat di dalam Buku Pelaporan Aktiviti PBSM tahun 2011.
Tindakan : Guru Penasihat

3.0 Perancangan Aktiviti Tahunan 2011


3.1 Unit PBSM telah merancang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun ini.
Antara akitviti yang akan dijalankan tersemasuklah :
i. Latihan Asas Kawad statik dan kawad kaki
ii. Nyanyian lagu PBSM
iii. Peraturan Am Pertolongan Cemas dan Peti Pertolongan Cemas
iv. Kaedah Rawatan Kecemasan
v. Teori dan Rawatan Sengatan Ringan dan Berbisa
vi. Teori dan Amali balutan Luka
vii. Teori berkaitan wabak penyakit berjangkit
viii. Kemahiran asas perkhemahan
ix. Pendidikan asas kesihatan
x. Makanan dan pemakanan
Tindakan : Guru Penasihat

4.0 Hal-hal Lain


4.1 Buku Log
- Pengerusi telah memaklumkan kepada murid tahun 4 supaya menyediakan sebuah
buku log sebagai bahan catatan dan rujukan bagi murid-murid. Manakala bagi murid
tahun 5 dan 6, mereka boleh menggunakan buku log pada tahun lepas. Bagi murid
yang kehilangan buku log, mereka perlu menyediakan buku log yang baharu.

4.2 Pakaian Seragam


- beliau juga menggalakkan murid memakai pakaian seragam PBSM lengkap
semasa aktiviti Kokurikulum.

4.3 Kedatangan
- murid diberi makluman tentang kehadiran aktiviti Kokurikulum adalah wajib justeru,
murid dinasihati agar tidak ponteng aktiviti Kokurikulum. Bagi murid yang tidak hadir
aktiviti Kokurikulum perlulah mengemukan surat makluman kepada guru penasihat
PBSM.
Tindakan : Guru Penasihat

5.0 Ucapan penangguhan


5.1 Ketua Unit mengucapkan tahniah kepada AJK PBSM yang baru dan seterusnya
menangguhkan mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

--------------------------------------- ---------------------------------------
( Khairul Anuar B. Abu Kasim ) ( Faizulzaman B. Mohd Ali )
Guru Penasihat PBSM, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Haji Mahmud, SK Haji Mahmud,
31200 Chemor. 31200 Chemor.